Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 3)

Sama macam hari sebelumnya, hari ni breakfast kat bilik hotel je dan selebihnya buat bekal. So tak kalut nak keluar breakfast kat luar pastu nak early check out plak. Untuk car private transfer dari Da Lat ke Mui Ne dah book siap-siap awal 3minggu macam tu sebelum required date. Book dekat website bookaway. Comfort car for 6pax dapat harga USD89.90 ~ RM387, rate pada waktu tu la ya. Pickup time 8 pagi dan estimate time arrival 12 tengahari. Pickup dan drop off point tu kita pilih sendiri so kitorang choose dari Raon Da Lat Hotel ke Coconut Garden Villa Mui Ne la.

tempat yang nak dituju hari ni
Vietnam pun ada padang pasir ya

Driver sampai 5 minit sebelum pukul 8, bagus punctual hehe. So terus gerak ke Mui Ne. Jalan nak turun ke bawah tu tak la berliku macam Cameron-Tapah ya tapi more to macam Cameron-Simpang Pulai. So tak la berliku-liku sangat. Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan, driver bawak kitorang berhenti kat satu hentian ni untuk minum ke, pegi tandas ke. Kat sana tandas @ toilet dorang label sebagai WC ya. Ma Shaa Allah, cantik sangat view kat situ tau. Check kat google maps, nama tempat tu Bac Binh - Phan Lam. 


sebelum gerak, sempat lagi snap kat luar hotel





breathtaking view 💜
siap makan durian dan minum air kelapa muda

Settle makan minum dan pegi toilet sini, perjalanan diteruskan lagi. Actually jalan sebelum nak sampai sini, 1/4 daripadanya ada lalu macam kampung-kampung sikit. Jalan dia kurang elok sikit la, so tu yang ambil masa total 4 jam untuk sampai ke Mui Ne walaupun jarak around 160km+ je. Alhamdulillah, sampai akhirnya ke tempat accomodation yang kitorang dah book, villa kat beach area. Beach dia kat belakang villa tapi memandangkan cuma 1 malam kat sini, takdela sempat nak jalan ke sana. Villa belum ready lagi masa ni so tak boleh bawak masuk beg dan check in lagi tapi staff dia bagi kitorang masuk kejap untuk solat. 

Siap solat jamak, ambil grab ke T Halal Restaurant dalam 1.2km je dari villa ni. My hubby kata lepas appear kat grab ride transaction the next day dia tengok cost ke sana RM2 macam tu je, murahh. Owner kedai makan ni orang Melayu Islam Champa, ramah dan masakannya pun boleh tahan. Masa tengah makan tu jeep driver yang kitorang dah book siap-siap pun sampai. Ambil 4 hours sunset tour, harganya VND600k ~ RM107 per jeep boleh muat 6 orang. Ingatkan driver tu bawak jeep siap-siap rupa-rupanya dia jalan kaki je dari 1st point, lebih kurang opposite T Halal tu je pun. 1st point tu Fairy Stream tapi ku tak nak hehe so skip je dan terus ke 2nd point which is fishing village.



sekejap je kat fishing village ni
belakang tu, nampak banyak bot nelayan 

Dari fishing village, jeep bergerak ke arah 2 padang pasir yang kitorang nak pergi - White Sand Dune dan jugak Red Sand Dune. Jauh jugak white sand ni, dalam 20km+ dari fishing village. Kalau red sand tu dah lalu dan nampak, tepi jalan je masa kitorang otw dari Da Lat ke Mui Ne. Sebelum nak sampai, jeep driver tu berhenti kat tepi laut untuk kitorang take photos. Tapi semua gambar dia yang tolong amikkan. Terbaiklah, service included. Dah almost hari-hari amikkan gambar pelancong ya. Cuma ibu lupa nak suh guna fon ayah, lagi cantik hehe.







alhamdulillah.
making memories with our kids 💙

Once sampai kat White Sand Dunes tu, hujan plak tapi renyai-renyai dan tak lama. Kitorang tunggu kejap je dalam 10 minit dah almost berhenti, terus naik ATV. Bayaran VND300 x 3 adults dan VND200 x 3 childs, total VND1.5juta ~ RM259. Lebih VND100k berbanding alpine coaster ride kat Datanla.  Quite pricey tapi my hubby bayar je la, dah sampai sini takkan tak pegi ke tengah dune tu kan 😂 Setiap satu ATV tu driver dia bawak kitorang berdua, so total 3 ATV la. Kita dibawa ke 2 stops, 1st kat top dan 2nd kat tepi tasik untuk spend masa bergambar kat sana. Make sure simpan tiket sebab kena tunjuk masa nak naik ATV seterusnya. 

the boys layan main buai ni jap 
sambil tunggu hujan berhenti








antara gambar kat white sand

mcm nak tercampak weh.
abang Idlan tanya,
ibu tutup mata tak? 😆

Ok, settle sudah di White Sand Dune sebelum ke next destination. Pegi toilet siap-siap, bagus toiletnya bersih dah luas, banyak pintu juga so tak perlu menunggu pun. Otw nak ke sana, singgah masuk jap area electric wind mill. Unik kot tu, kat Malaysia takde kan hehe. Port wajib amik gambar. Kalau dari white sand boleh nampak juga tapi sayup-sayup je.






ok, 10 minit je settle dah
kat electric wind mill ni

Next akan pergi ke Red Sand Dune plak, tadi lalu depan dia je. Memang akan pergi kemudian time lewat petang sebelum senja sebab nak tengok dan snap gambar sunset combine dengan pasir kemerahan dia tu, semoga cantik la guna handphone pun kan. Tempat dia pun tak seluas white sand. Nak naik atas tu jalan kaki je tapi kitorang naik tak sampai half pun hehe. Bukan senang ya nak berjalan mendaki atas padang pasir. The boys pun dah penat, mula nak meragam dah hahaha. Mujur abang Idlan dapat di distract kan dengan sand board (kepingan board nipis). Boleh la try sliding dengan benda tu ya. Sewa dia lupa plak dah berapa, VND50k ~ RM8+ gitu kot kalau tak silap. Sewa dari orang lain, pastu ada orang lain yang tunjuk dan bantu camne cara nak sliding. Pastu dia mintak tips VND50k plak 😁 

seronok plak dia 1st trial kan
tak curam pun, okla for newbie

sambung main pasir merah plak

senja nan merah
sape rajin dan tak penat lagi
boleh la ke atas sana ya

abang kakak pun main pasir jugak 😛

hanya kita berdua kekal sampai tua 💕
tetiba kluar lirik lagu FT 😆
aamiin2 In Sha Allah 

Sebelum nak ke red sand ni, jeep driver ingatkan kitorang untuk jaga-jaga dengan bag dan duit. Mungkin ada kes la tu kot. Tq sgt2 la ingatkan ya, so memang kitorang hati-hati. Settle pengalaman padang pasir, otw balik ke villa mintak driver berhentikan kitorang kat sing I 💜Mui Ne tu jap nak snap gambar, tapi kan dah ter'gelap plak pastu kemain jauh plak amik gambarnya 😂 Ok takpela, ada jugak gambar kenangan. Siapa nak bergambar kat situ, better singgah masa otw pergi ya bukan masa balik jeep tour.

gelap pun elok 😚

End of jeep tour, driver hantar ke villa. Mandi, solat pastu keluar makan malam lewat sket sebab sebelum pukul 8 kedai fully book. Kitorang dah tanya siap-siap, owner T Halal Restaurant tu kata after 8pm ok. Anak-anak pun dah penat harini kan agak panas berbanding sebelum ni kat Da Lat sejuk.  Sampai kedai, order dan makan pastu terus balik villa untuk tido dan berehat. Esok akan gerak ke Ho Chi Minh pulak. Alhamdulillah, experience kat Mui Ne pun best jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit