Friday 30 August 2013

Tukar Flight Date AirAsia ke Perth

Tiket ke Perth sebenarnya dah selamat dibeli pada 2 June 2013, untuk travel date : pegi 19 Oct 2013 & balik 23 Oct 2013. Tetapi memandangkan 2 minggu selepas tu aku disahkan positif hamil (erkk skemanya), so we have decided to change our flight date. Kalau ikutkan kira2, end Oct tu my pregnancy akan masuk 6bulan. So, sangat2la tak selesa nak travel bagai. Lagipun aku lebih tau keadaan  fizikal dan mental diriku ini. Pregnancy menyebabkan aku sangat2 cepat letih, maklumla aku ni pembawa 'Thalassemia-trait'. Hb semasa pregnant memang sangat2 low, cepat letih n pening kepala. Mabuk n loya juga tak ketinggalan. Ok takpe, kita carik je date lain untuk bercuti ke Perth tu. Haaa tak pasal2 baby dapat ikut skali kan. Kalau Insyirah dulu 1st time naik flight masa umur 6bulan. Tu pun setakat ke Langkawi, 45minit penerbangan je. Baby plak 1st flight dah nak ke Perth. Umur insya allah 4bulan at that time, 5jam+ dalam flight. Semoga dipermudahkan semuanya kelak, amin ;-)


bila hubby bgtau pasal promo ni, 
terus bukak website AA n carik mana yg paling sesuai

Ok, cerita pasal tukar flight date. Caranya mudah saja, cuma perlu log in di website Airasia. Dah banyak kali naik AA, wajib la jadi member kan. 


 log in macam biasa la ok.

Lepas dah log in tu, pilih manage my booking. Lepas tu akan keluar la booking yang ada,kalau ada 1 je..so 1 je yang appear ye. Pastu klik modify kat booking yang berkenaan.



Klik plak kat Edit Itinerary - change / upgrade flight -- lepas tu pilih la mana2 tarikh dengan harga yang paling berkenan. For me, of cos la pilih yang termurah kan. Kalau tak, takpayah la sibuk2 nak naik AA. hehe. Memandangkan takde yang lebih murah or sama harga dengan yang previous booking, so amik la date berikut : 29 May 2014, return 1 June 2014. Mahal RM300 berbanding sblom ni. Ok xpe, kira ok la tu.


Memandangkan nak bawak baby, so perlu la add infant ke dalam booking. Pilih dari menu Add Ons - add infant. Lepas tu just masukkan la details infant. Yang add infant ni patutnya buat lepas baby lahir n buat passport pon ok. Tapi since aku dah 'ter' tidak sengaja add infant, proceed je la skang. Actually testing2 je..rupa2nya terus masuk record n need payment. Nak tak nak, kena la bayar jugak. Takpela, nanti pun nak kena buat jugak step ni kan.



Ok, hasil 'manage my booking' yang telah dibuat, dapatla add infant ke dalam booking. Nama just letak 'TBA' - stand for to be advised.hehe. Later bleh adjust part nama, date of birth n passport no.


Overall adjustment yang telah dibuat seperti berikut la ye :


Part total paid tu ada 3 kali bayaran. 1st bayaran RM2,383 adalah bayaran masa 1st time book - utk 3orang saja. Kira berbaloi dah harga tu. RM800/pax termasuk meal,baggage,seat selection n insurance jugak. Tapi since nak bawak baby yang unexpected sangat tu, so kena add 2 lagi payment. Add infant kena RM254, actually RM250 tapi nape ntah bayar guna m2u kena caj RM4..ermm layankan saja. Pastu yang 3rd bayaran RM1,170 tu adalah bayaran untuk perbezaan harga RM300 + aku amik extra baggage dari 20kg ke 25kg ~ RM30 + penalti RM840. Haaa jangan ingat takde penalti ye bila nak tukar flight date ni. 

Kalau local flight, better cancel je la flight n beli tiket baru drp nak buat adjustment bagai. Tak berbaloi. Untuk international flight pun kena tgk destinasi jugak. Kalau setakat negara2 jiran pun masih tak berbaloi kot kalau nak adjust. Macam ke Perth ni, untuk add infant saja per way RM125, So return RM250 la ye. Penalti plak RM140 per sector. Maksud per sector? per person per way la..senang cerita. So kalau 3orang - penaltinya adalah RM140x3x2way = RM840. Redhakan saja la amount ni demi nak bawak baby. Apa saja demi untukmu sayang ;-) Ok, selesai sudah aktiviti meng'adjust' flight date. Tunggu je la May 2014 menjelang tiba (mcm tgu raya plak.hehe) nanti ye. Till then, boleh la start survey2 hotel, car rental, etc ye. Ok daaaa.

Friday 23 August 2013

Kindergarten Hunting for 2014

Eh eh tetiba tajuk entry in english.apsal? hehe. Saje je la.kalau translate kang pelik plak bunyinya. Ok ok skang ni dah masuk ujung bulan Ogos dah. Lebih kurang 4bulan lagi nak masuk 2014 plak, sesi persekolahan yang baru la kan. Nuri pun dah start edar surat kepada parents, sape yang nak sambung hantar anak for the next year memang kena reply la surat tu as a confirmation. Untuk tuan puteriku pulak, next year plan nak tukar sekolah, lagipun dah 2 tahun kat Nuri. Actually bukan sebab nak tukar environment semata2 tapi disebabkan insya allah by end January nanti Insyirah nak jadi kakak, so aku n hubby decide nak tukar sekolah yang dekat ngan tempat keje hubby or dekat ngan rumah. Senangla sket, pagi2 ayah hantar.. balik skul plak naik van. Kang ibu dalam pantang n sibuk ngan baby, memang tak dapatla nak hantar n jemput kakak dari skul macam skang ni ye.

Maka bermulalah episod mencari skul. Mula2 tanya pra sekolah kat SK Tg. Puteri, tapi diorang amik yang 6tahun sahaja - ok, takpe..cari lain. 2nd tanya plak Tabika Perpaduan dalam kawasan taman ni je.memang dekat je ngan rumah, sekolah pun baru. 2013 ni 1st year sekolah tu beroperasi. Cikgu dia pun bagi la borang suruh isi dan hantar sebelum 31 Okt depan, result dapat or tak akan diketahui dalam bulan 11 or awal bulan 12. alamakkk lambatnya. Buatnya tak dapat, last minit nak kena carik skul lain. Oh ya, untuk mohon ke Tabika Perpaduan ni kena sertakan salinan slip gaji selain ic ibubapa & mykid n surat beranak anak. Berapa agaknya maksimum pendapatan ibu bapa yang boleh dipertimbangkan untuk masuk sekolah ni? Tak tau & tak dinyatakan plak..cikgu pun tak tau. Apa2 keputusan akan ditentukan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. Lepas bgtau hubby, terus dia decide tak jadi apply..takpe, bagi peluang kat orang lain. Nampaknya kena cari tadika swasta jugak la. Ibu tak kesah pun, ayah yang nak bayar kan.hihihi.

Seterusnya, 20.08.13 cari kat area Taman Air Biru plak. Since ofis hubby kat Jalan Gangsa, so paling sesuai kat area dekat2 ngan Petronas tu la. Boleh singgah je hantar Insyirah pagi2 sblom g keje. 3rd skul yang aku pegi survey - Tadika Evershine, kat Jalan 9/5, pastu Happy Kidz plak kat jalan 9/2. Lepas tanya yuran, subjek, aktiviti, van dsb, aku pun balik dan report kat hubby. 

yeay..inilah skul yang kami pilih - Happy Kidz

Akhirnya kami decide untuk pilih Happy Kidz atau nama asalnya Tadika didik Yuh Chyun. Tadika ni dah lama, sejak tahun 1972 lagi.. haaa ibu ayah pun tak lahir lagi tau masa tu .hehe. Yuran untuk awal tahun RM850 - dah termasuk uniform 2pasang  / baju sukan sepasang / bahan2 pembelajaran untuk half year. Nanti mid year kena bayar lagi dalam RM700. Yuran bulanan plak sama je mcm kat Nuri - RM240, cuma kena tambah bayaran untuk van la. Kalau pergi dan balik RM40/bulan. Balik saja RM30/bulan. Ok, kami pilih nak naikkan Insyirah masa balik skul je coz kalau pagi nak naik van jugak, alamatnya asyik tertinggal van je la.haha. Minah tu biasala, kalau pagi jarang2 bleh terus bangun..selalunya banyak drama. So better ayah je yang hantar, balik baru naik van. Ibu tunggu kat rumah je ye ;-)

22.08.13 - done with registration.
 Tak payah nak tangguh2 la kan. 

 testing uniform baru. 
Cik Vivin kata sama mcm uniform skul sailormoon.erkkk.


test baju sukan plak.
motip terkangkang?unknown.haha.

Saturday 3 August 2013

Selamat Hari Raya Aildil Fitri 2013

Sedar tak sedar, tinggal 4 hari saja lagi menjelang hari raya. Ramadhan tahun ni merupakan antara yang paling mencabar coz aku tengah pregnant, dalam 1st trimester plak tu. Mabuk. Loya. Muntah. Semua tu tak dapat di elakkan. Kalau pregnant yang 1st dulu akan muntah bila makan. 2nd pregnancy ni plak tak boleh lapar. Asal lapar je nak muntah. Pastu mulut plak rasa tawar je. Asyik nak kena makan gula2 ke, kurma ke, asam ke untuk elakkan rasa tawar yang boleh menyebabkan loya jugak. Huhu memang mencabar..agak sukar nak berpuasa dengan keadaan macam ni. Tengkiu to suami tercinta yang bagi kelonggaran tak payah masak untuk berbuka.hehe. Hari2 tapau kat bazar ramadhan, weekend plak biasanya makan kat luar. Cuma sahur je la kena masak, tu pun masak yang simple2 je. Apapun syukur alhamdulillah, setakat 26 Ramadhan ni aku baru cuti 4hari. Kira okla tu..tak expect bleh puasa lebih 20hari pun. Yang dah terkantoi tu, nanti lepas raya or bila dah 5-6bulan pregnancy bleh ganti semula. No worries coz masa tu insya allah la dah tak mabuk & loya lagi.


salam aidilfitri dari Insyirah untuk semua ;-)

bufet buka puasa @ KSL Resort & Hotel JB

shopping @ tesco. 

rambut raya ;-)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ;-)