Friday 9 October 2015

Tak Period Selepas 19 Bulan Bersalin

Sejak mengandung anak kedua sampailah umurnya 19 bulan @ 1 tahun 7 bulan aku langsung tak period @ datang haid. Total 28 bulan aku tak period bermula dari May 2013 sampailah September 2015. Waaa lama sangat kan. Memang Kotex kehilangan seorang pengguna setia macam aku ni sejak zaman belasan tahun lagi.haha. Ada tak ada pun cuma guna 3-4pek Kotex masa tempoh nifas selama 2 minggu selepas bersalin Irsyad. Ok bukan nak cerita pasal Kotex pun sebenarnya :-p Cuma nak cerita pengalaman diri sendiri sebab buat pertama kali tak period sejak bersalin sampailah anak umur 19 bulan. Selepas 19 bulan pun tak jugak period, tapi alhamdulillah aku pregnant untuk kali ketiga. Waaa satu surprise yang sangat menyeronokkan :-) Irsyad ni memang takde minum susu formula, fully direct breastfeed saja selain makan solid food sejak umur 6 bulan. So nak katakan breastfeed ni bantu jarakkan @ rancang kehamilan tanpa makan pil pun ya dan tidak juga. Sebab doktor bagitau ianya hanya praktikal untuk 6 bulan pertama saja kalau exclusive breastfeed macam aku ni. Selepas baby umur 6 bulan dan makan solid food, better ibu amik pil or suntikan or mana-mana cara family planning yang lain. But as for me, takde planning apa-apa, semuanya biarlah natural :-) 

Memang sangat-sangat tak disangka sebab sejak Irsyad umur setahun aku lebih kepada menantikan bila period nak datang. Tapi tak jugak kunjung datang sampailah mid September lepas aku mula rasa lain macam. Selalu pening kepala macam low hb, cepat lapar dan ada mual-mual dan sesekali nak muntah. So aku pun try la beli pregnancy test kit kat farmasi. Bila budak farmasi tu tanya nak jenis yang mahal ke murah, aku jawab nak murah je sudah. Disebabkan murah, cuma RM5 aku pun beli 2 bleh simpan kot nak buat 2x ujian.kihkih. Lepas dah balik rumah baru kaji apa beza pregnancy test kit yang mahal dengan yg murah. Barulah tau (dulu dah pernah baca tapi lupa kot) rupa-rupanya yang murah tu hanya dapat kesan pregnancy kalau hormon yang dipanggil HCG dalam kepekatan yang tinggi. Kalau yang mahal pulak even HCG dalam air kencing dengan kepekatan yang rendah pun dah boleh detect. Lagi lama usia pregnancy, lagi tinggi kepekatan hormon HCG dalam air kencing seseorang wanita hamil tu. Ok, means ok jugak aku beli yang murah sebab kalau hasil test positif memang 99.7% confirm aku pregnant dan dah banyak minggu la usia pregnancy tu kan :-) So esok paginya aku pun terus buat test ikut arahan kat pek pregnancy test tu. Syukur alhamdulillah within few seconds terus keluar double line. 

2 hari lepas tu buat lagi test untuk kali kedua sebab masih ada lagi 1 test set yang belum guna kan.haha. Kira untuk double confirm la kononnya. Kali ni double line tu appear lagi clear dan cemerlang warnanya berbanding yang kali pertama. So malam tu 22 September 2015 aku pun ajak my hubby pergi double triple confirmkan kat klinik pulak. Klinik pilihan aku masih lagi Poliklinik Yuslina kat Taman Air Biru Pasir Gudang, sama macam masa pregnant Irsyad dulu. Tapi bila sampai klinik lengang je xde patient. Tanya kat kaunter katanya doktor takde malam tu, siang baru ada..pulak dahh. Terus ajak my hubby pegi Poliklinik Yuslina Taman Cendana pulak. Pernah sekali je pegi situ untuk buat scan 4D masa Irsyad 29 minggu dalam perut. Cuma lokasi klinik tu dah berubah, dulu kat hujung skali sekarang dah kat tengah shoplot, sebaris dengan ejen Perodua Service tu.

Lepas register dan tunggu hampir sejam, akhirnya sampailah turn aku. Doktor bertugas malam tu Dr. Noraini yang sebelum ni kat Taman Air Biru, dah tukar ke Taman Cendana pulak katanya. So terus mintak doktor scan sebab upt dah check 2x. Hasil scan, doktor bagitau kandungan dah masuk 9 minggu dan EDD @ expected due date pada 22 April 2016. Uniknya pregnancy kali ni, aku takde LMP @ Last Month Period atau hari pertama period terakhir. In fact, kan aku tak period langsung sejak bersalin anak kedua tu. So EDD memang kena follow hasil scan semata, takde ikut chart yang macam roda tu (paham tak?).hihi. Actually sebelum ni aku ada keraguan, boleh ke pregnant tanpa period selepas bersalin? Tapi bila dah baca artikel-artikel dari doktor kat blog-blog dan dah terjadi kat diri sendiri, barulah aku yakin. Takkan tak pregnant bleh plak hasil scan tunjuk 'kantung' dan jantung baby semua tu kan. Doktor Noraini pun siap cakap, kalau sesetengah perempuan yang takde morning sickness selalunya tak sedar dirinya mengandung sampailah rasa gerak baby.waaa. Sampai macam tu sekali kan. Tapi tak terjadi kat aku sebab sikit sebanyak aku ada loya-loya dan pening low hb. Settle buat scan, mintak (beli ok) vitamin siap-siap sementara tunggu buat appointment untuk bukak buku merah kat KD @ Klinik Desa nanti. Kalau dah mula terlibat dengan KD memang tak payah risau la, stok vitamin confirm takkan putus :-)

singleton, edd 22.04.16 ; hepinya kakak :-)

Seminggu selepas kejadian (scan kat klinik), aku pun pergi buat appointment untuk bukak buku merah. Minggu depannya lagi baru bleh datang bukak buku, ok baiklahhh. So hari Ahad 4 Oktober tu aku pun pergilah KD Pasir Putih. Nurse yang settlekan urusan aku tu memang jenis ramah-tamah sangat. So macam-macamlah berborak dan dia siap tanya - eh boleh ye mengandung kalau belum period.hehe. Adoii, mungkin kes macam aku ni 1st time kot dia jumpa sepanjang jadi nurse. Sebabnya tak tau bila waktu subur, tup-tup dah pregnant. Alhamdulillah tu semua rahsia dan kuasa Allah SWT. Syukur sangat-sangat atas kesempatan mengandung kali ketiga. Semoga dipermudahkan semuanya sampai melahirkan nanti, aminnnn. Ooo ya pregnant kali ni BMI aku cantek, tak macam 2nd time pregnant dulu. Tapi memandangkan umur dah masuk 35 tahun ni, so kena jugak minum air gula untuk MGTT test tu. Uwaaa. So tunggu je lah 2 minggu lepas buat buku  iaitu 18 Oktober untuk sesi minum air gula. Till then, silalah jaga makan dan berdoa semoga bacaan sebelum dan selepas minum air gula normal dan takde GDM @ kencing manis semasa mengandung. Aminnn :-) 

p/s : Untuk MGTT test tu kena puasa bermula jam 10malam, esoknya pergi KD 8pagi amik bacaan (normal <5.4 mmol/L) pastu minum air gula dan tunggu 2 jam. Amik plak bacaan lepas minum air gula (normal <7.8 mmol/L). Lepas tu baru bleh makan dan minum. Hopefully dapat minum air gula dengan jayanya, tak muntah dan bacaan pun normal.

takde kaitan. just nak letak pic bday Kakak 07.10.15 hari tu :-)

Kakak 6bln vs 6thn. Omeyyy.

Abang to be, Inshaa Allah :-)