Monday 28 January 2013

Jalan2 Singapore

Selepas lebih 5tahun duduk kat P.Gudang, akhirnya semalam kami telah pun meluangkan masa pergi berjalan2 ke Kota Singa. Sebenarnya takdela 5tahun sangat sebab start pindah P.Gudang pd 2007, then 2009-2010 kami tinggal kat Kuantan. Mid 2010 pindah balik ke sini,  so plus minus lebih kurang 3tahun+ je la di P.Gudang.Okayy, bukan nak cite pasal tu pun.hihihi.



Plan nak jalan2 ke Singapore ni kami buat last minute je. Since weekend ni cuti panjang smp ke Isnin sempena Thaipusam, so aku pun ajak la hubby g jenjalan. Google itu ini lebih kurang, akhirnya kami sepakat nak ke Sentosa & Marina Bay Sand pada keesokan harinya, Ahad 27 Jan 2013. 

Ini bukanlah kali pertama kami masuk ke Singapore. Tahun lepas kami pernah ke rumah sedara belah Mak kat flat Choa Chu Kang n 1 lagi kat flat apa ntah, lupa sudahhh.. tapi location area Woodlands je. Pastu bulan Dec kami masuk Singapore lagi, tu pun sebab nk ke Bandung. Flight dari Changi Airport. Bagi hubby plak, keluar masuk Singapore dh byk kali coz stiap kali nak keje oversea slalu amik flight dari sana jugak.Kiranya dah biasa la duk melangut & tunggu queue kat Woodland Checkpoint tu.hihihi.


Okay, berbalik kepada cerita jalan2 kami. Memandangkan plan pun last minute, malam tu kami pun pergila ke Tesco Seri Alam utk tukar duit. Sampai sana, ngam2 tokey tgh tutup kedai. Erkkk memang tak ngam sungguh. Tak dapat la nak tukar duit malam tu. Ok, xpela..plan esok pagi je la tukar. So malam tu kami shopping je la kat Tesco. Beli air kotak & jajan2 untuk bekal esok. hihihi,jimattt. Singapore semuanya lebih mahal kotttt.


Esoknya, kami bertolak dari rumah dlm pukul 10pagi gitu. Singgah kejap tukar duit kat Permas Jaya untuk tukar duit. Tukar RM300 >> dpt SGD112 je..Kenapa sikit sangat tukar duit? Sebabnya tempat yang berbayar, kami cuma plan nak ke Sypark saja, Universal Studios tak plan untuk masuk kali ni. So, hanya perlu sediakan duit untuk ticket monorel dan Skypark saja. Perjalanan dari rumah ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) cuma ambil masa kurang 1/2 jam. Sejak highway EDL tu bukak, memang cepat je kalau nak ke JB. Pejam mata pun tak boleh sampai..kihkihkih. Kat BSI kejap je, petugas mintak passport, pastu cop..ok,dh bleh jalan..Waaa sekali keluar je dari BSI, amik ko...jemmm di kedua2 arah..Maklumla cuti kan..org JB nak ke Singapore, begitu juga sebaliknya.Ok fine, sabar je la tunggu queue ok.



yeayyy tu dia jem di kedua2 side ;-)

Setelah lebih kurang sejam, akhirnya kami pun sampai di Woodlands Checkpoint. Itu pun sebab lorong untuk lori dibuka untuk hari tu memandangkan terlalu banyak kereta nak masuk, lori pulak sangatla kurang. Legaaa. Selepas isi & serah white form, cop passport & di check lebih kurang, kami pun memulakan perjalanan di Singapore..cehhh memulakan perjalanan.. sangat skema okay.

Oh ye.. sebelum terlupa, untuk memandu kereta sendiri (hubby yg pandu ye.hihi), apa yang diperlukan ialah wajib ada Autopass, lebih kurang macam Touch n Go la kalau kat Malaysia. Kegunaan Autopass ni adalah untuk bayar tol dan parking kereta. Tapi.. Autopass ni hanya dibolehkan untuk 1 kereta saja ye. Macam kami, daftar n beli Autopass tu guna plat no kereta hubby JMXxxx tu, so Autopass tu hanya boleh guna untuk kereta hubby saja. Kereta aku yang JLFxxxx tak boleh yeee.Sila beli sendiri kalau nak which is, memang tak payahlaaa.hehe.

Satu hal lagi , masa nak beli autopass tu, kena parking  kereta secara reverse parking ye. Tak perlu tunjuk geran kenderaan kita, cuma maklumat cukai jalan kita je yang diperlukan. Isi borang autopass dan bayar SGD10, dalam kad tu ada kredit SGD4 saja. Boleh topup kat mana2 kedai 7 Eleven kat Singapore. Banyak je 7 eleven kat sana. Tempoh sah laku Autopass adalah 5 tahun. Autopass tu tak boleh dikembalikan dan jika ada baki pun kira dalam kad tu dan akan hapus dengan sendiri jika tak guna dalam tempoh 5 tahun.

Penting, wajib pastikan Autopass ada kredit yang mencukupi sebelum bawa kenderaan kita balik ke Malaysia. Jika kredit tidak mencukupi dalam Autopass tu,  denda sebanyak SGD10  akan dikenakan. Baki yang tak tak cukup tu kena bayar juga la ye, of cos.

Sebelum ini di Singapore, LTA - Land Transport Authority (kalau kat Malaysia JPJ la ye) mengenakan bayaran sebanyak SGD30 sehari untuk kereta Malaysia/ Asing yang masuk ke Singapore. Tetapi sekarang ni, LTA dengan baik hatinya memberi 10hari percuma untuk setiap kenderaan Malaysia yang masuk ke Singapore. Mana tak baik hatinya, makin ramai rakyat Malaysia datang sana, maka makin banyakla duit yg dibelanjakan kat Singapore tu kan..haruss.

Satu hal lagi, memandu kat Singapore ni kena ikut had laju yang ditetapkan. Tengok kat highway pun had laju dibenarkan cuma 80km/j je.Adehhh.Dah macam bawak keta nak amik & hantar Insyirah ke skool je lajunya.hehe. Takpe, ikut je la. Kang tak pasal2 kena saman, kita juga yang susah. Lagipun bukan nak kejar apa pun, kan kan kan.1 benda yang mesti dan wajib ada semestinya GPS. Kalau setakat nak ikut signboard, takut terlepas jalan. Memang no no no la. 

Destinasi pertama yang kami tuju ialah Vivo City Mall (VCM). Nak bawak si tecit naik monorel/train @ Sentosa Express. Senang je nak ke VCM tu, just ikut arahan dari encik GPS. ngeee. Carik2 parking, at last kami parking kat Level B2, Lobby H..dah jumpe tu yg kosong, parking je la. Lepas tu,alamakkkk jauh la pulak nak menapak ke tempat nak naik monorel tu. Sebagai panduan, kalau korang nak naik train dari VCM ni, sila la parking kereta korang kat Lobby L/M/N ye coz dekat je ngan tempat beli tiket dan turun naik monorel ituuu..Sentosa Station terletak di Lobby L Vivo City Mall, di tingkat 3.

View dari tingkat teratas VCM (diorang panggil skypark) tu memang sgtla nice. Ini la antara gambar yang ada, diambil dari tab dan henpon saja. So kualiti pun paham2 je la.



Lepas sesi amik gambar sekeping dua (keping ke?), kami pun pegi la beli tiket Sentosa Express. Harganya SGD3.50/pax. 3 orang maknanya SGD10.50 la ye.

dak tecit yang kepenatan berjalan. 
duduk jap sementara tunggu ayah beli ticket ye.

yeayy dh beli ticket.jom jom.

inilah ticket nya

inilah train yang kami naik
*gambar dari google je

Ok, dengan Sentosa Express ni, kita boleh naik train ni unlimited untuk hari tersebut. Ada 3 next station saja -- Waterfront, Imbiah dan Beach Station. Kami turun di 1st station dulu, kononnya nanti akan naik semula untuk menjelajah ke 2 station berikutnya, tapi...nanti la cerita.hehe. Waktu operasi Sentosa Express ini adalah : first train on 7am & last train on 12mn. Kalau nak ke Hard Rock Cafe & Universal Studios, kat Waterfront Station inilah anda kena turun ye ;-)

turun je dari train, nampak ni la..
pilih sendiri nak ke casino or USS.haha.

eh eh nampak kecikkk sangat dak tecit ni.

Ada 1 kedai ni namanya Candilicious. Menarik, macam2 jenis coklat, candy, aiskrim, souvenir,etc ada dijual kat sini. Waaa cantek view luar kedai. Kat atas tu ada 'pokok candy'.ngeee..tak lepaskan peluang bergambar kat sini.

belakang tu lah 'pokok candy' yang dimaksudkan ;-)

smiley candy for SGD3 each.mahal lorrr. 
tak kasi beli, nak jugakk. pastu tak makan pun.
tak pasal2 kena potong duit belanja skool 
untuk seminggu oleh ayahnya.kihkih.

comeyyy nya m&m

Insyirah with hershey's fav ibu.hehe.

comey kan bekas air ni.harganya SGD9
berlakon je tu.baru beli,mana ada air dalam tu.hihi.
eh serabai dah rambut dak ni.

erkkk blur la plak gambar

Kami tak masuk pun USS kali ni. Maybe next time je. Harga ticket untuk dewasa pada weekend adalah SGD74. So kalau nak masuk, harusla dari pagi sampai petang, baru berbaloi bayar sebanyak tu. Plan nak melepak kat sini for 3 to 4 hours only. Lepas tu nak ke Marina Bay Sands (MBS) pulak. Dak tecit pun dah mula meragam, tak larat katanya. Cehh taktik nak mintak dukung la tu..dah besar kot, mana bleh dukung lagi..emmm.

muka budak nak start meragam.huhu.

eh eh.ayah pun dh suka buat gaya mcm Insyirah ;-)
kami tak masuk pun Hard Rock. 

Lepas lebih 3jam kat sini, kami naik monorel semula ke Sentosa Station @ Vivo City Mall. Memandangkan Insyirah dah mengadu yang dia ngantuk sangat, sampai sana terus masuk kereta. Jauh jugakla nak berjalan dari station ke tempat parking tu. Nasib baik ada troli pasaraya Giant, apalagi.. sumbat je la anak dalam tu.hehe.Masuk kereta, terus zzzzz, tido la.alahai ngantuk betul rupanya. Bayaran parking di VCM cost us SGD4.90, ditolak dari Autopass je. Rate : SGD1.40 utk 1st hour, additional RM0.70 for subsequent 1/2 hour.

Dari VCM, kami plan nak carik masjid untuk solat dan lepas tu makan. Dengan bantuan GPS, jumpa la masjid. Problemnya masa nak carik tempat makan, susah betul nak dapat lot parking. Last2 kitorang decide untuk terus ke Marina Bay Sands (MBS) je la. Nanti makan kat sana je.

Sampai MBS, parking penuh.huhu. Hasrat hati nak naik ke Skypark terpaksa dibatalkan. Kalau nak pegi juga, boleh je tapi perlu berjalan jauhhh sangat2 coz MBS tu sendiri dah cukup luas. Insyirah pun dah tak larat jalan, kaki dah melecet..ciannya dia.Rasanya next time kena plan lain..datang semata untuk ke MBS, seeloknya awal pagi la kot. Takpela, takde rezeki kali ni. 

sempat snap gambar dari dalam kereta.
huhu.sedeyy xdpt nak naik ke Skypark.

Sedikit info tentang Skypark di MBS ni :
Ia terletak di tingkat 56, tempat paling best untuk tengok pemandangan Singapore. Observation deck ini boleh memuatkan sehingga 3900 orang pada satu2 masa. Skypark dibuka dari 9.30pg - 10mlm (Isnin-Khamis) dan 9.30-11mlm (Jumaat-Ahad). Kadangkala, ia ditutup khas untuk tempahan private. Sila call +65 6688 8826 sebelum datang untuk memastikan Skypark tidak ditutup pada hari anda merancang untuk ke sana. Harga ticket adalah SGD20 untuk dewasa dan SGD14 untuk kanak-kanak berumur 2-12tahun. Parking plak SGD6 sekali masuk kalau lepas pukul 6 pada weekend dan public holiday. Sebelum pukul 6, SGD6 for 1st 3hours, selebihnya dah lupa.hehe. 

inilah view dari atas skypark tu.
*gambar google je ;-)

Pukul 6petang, kami decide untuk balik saja. Bayaran tol yang dikenakan di Woodlands adalah sebanyak SGD1.20 saja. Murah saja jalan2 ke Singapore kali ni. Sebabnya kami tak masuk tempat yang berbayar, dan juga tak makan kat sana walaupun plan asal patutnya masuk Skypark dan makan di Pasar Lau Pa Sat. Sudahnya kami hanya membelanjakan duit untuk tol dan parking saja. Bye2 Singapore. Lain kali kami datang lagi. Mengikut GPS, jarak MBS dari rumah kami di P.Gudang cuma sekitar 50km+ saja. So, lain kali mesti kena repeat datang sini, Insya Allah. 

Sampai JB dah lapar sgt, singgah makan di ZZ Sup Tulang..best2..pastu straight away balik rumah..home sweet home ;-)

Sunday 27 January 2013

KL - K.Sngor - T.Karang

Tujuan kami ke KL kali bukanlah kerana makan angin, tapi sebab follow hubby yang ada urusan kerja kat Solaris Dutamas pada esok harinya, Jumaat 18 Jan 2013. Bertolak dari rumah P.Gudang selepas maghrib, hampir pukul 8malam jugak la. Lebih kurang 4jam perjalanan, akhirnya kami sampai di hotel yang telah di booking oleh hubby di website booking.com sejak seminggu lepas. Hotel pilihan kami kali ni adalah Lotus Hotel. Sebab apa pilih hotel ni? sebabnya... hotel ni terletak kat Jalan Masjid India. Jalan kaki dalam 200meter je dah sampai LRT Station Masjid Jamek. haaa sangat strategik kan.

Sampai hotel je terusss tido. Emm sebenarnya tak la terus tido sangat sebab si tecit sibuk nak bercerita itu ini. Sebabnya dia dah segarrr coz dah tido dalam kereta tadi. ish ish. layankan saja, sampaila tertido.


Not bad la hotel ni. Facility macam biasa la, tak perlu nak diceritakan sangat - tv,aircon,water heater,cerek,seterika semua ada. Kelebihannya size katil adalah king size, bukan queen. Rate untuk bilik ni termasuk tax dalam RM150/nite. Breakfast tidak disediakan kat hotel ni, tapi kita akan diberi kupon breakfast untuk digunakan kat restoren terdekat. Best jugakk, just nice ;-)



tido la wahai anak. ibu n ayah dh ngantuk sgt.hehe.

Esoknya, lepas breakfast, hubby pun gerak ke Solaris Dutamas. Aku & Insyirah lepak2 je kat hotel smp kul 10 pagi, then baru check out. Okay, plan hari ni adalah untuk membawa si tecit naik lrt for d 2nd time. Last year on March, dah pernah bawak skali..tapi masa tu naik komuter dari UKM sampai ke KL Sentral, pastu ke Pasar Seni (Central Market) je.

yeayy nak naik lrt.jom jom.

Harga ticket dari LRT Station Masjid Jamek ke KLCC adalah RM1.70, kanak2 bwh 6tahun free saja. Pukul 10pagi, ingatkan dah tak ramai la orang dalam train. Tapi rupanya, samaaa je..padatt. Ciannya anak ibu kena berdiri jugak. Nasib baikla tak jauh, cuma selang 2 station saja.hehe.tak sempat nak penat pun. Kurang 10minit, sampaila kami ke LRT Station KLCC.

dah sampai..bergambar jap.

Jalan2 kat Suria KLCC sejam dua, masuk Kinokuniya jap - beli magazine untuk dak tecit. Around 12.30 macam tu, hubby datang jemput. Terus gerak ke Kuala Selangor, rumah abang. Otw ke sana, singgah plak lunch kat Cendol Bakar Assam Jawa. Kat sini bukan hanya cendol, tapi ada a few gerai yang jual rojak, nasi ayam, etc. 

inilah dia rojak king + cendol bakar.

Insyirah dgn Abg Ikmal, sepupu dia laaa. 

Sabtu 19 Jan - kat Tg. Karang plak. 


Ahad 20 Jan 2013, kami gerak balik ke P.Gudang semula. Sekejap je balik Kuala Selangor & Tg. Karang kali ni. Maklumla, ini pun kiranya sambil menyelam, minum air.. so takde jalan ke mana sangat pun. Dapat jumpa family sekejap pun jadila, buat lepas rindu.hihi. Next time kami balik lagi ye. tunggu tau ;-)


Friday 25 January 2013

Penang, Taiping, Cameron 2012

Cuti sekolah...masa utk berjalan.yeayyy.
Seminggu lepas balik dr Bandung, ibu & Insyirah pegi rumah atuk plak kat Taiping. 12Dec (Rabu) - 20Dec (Khamis) kat sana. Seminggu la kat sana, tinggal ayah sorang2 kat rumah. alolo ciannya.

Flight dari Senai Airport ke Penang Airport pada 12Dec 2012, 9.30pm..Sampai sana around 10.25pm. Tak lama menunggu, atuk pun sampai jemput kami ;-)


@ bayan lepas international airport.

Selama seminggu kat sana, kami pergi beberapa tempat seperti berikut :

13 Dec 2012 - Tmn Tasik Taiping

tgh tgu feri

aikk main pun masamm je.

pusing tasik naik feri (kecik je feri tu..hehe)
bayaran utk 3org RM11 kalau tak silap.


15 Dec 2012 - Zoo Taiping

Harga ticket adalah RM12, tapi kalau guna ic penduduk tempatan (nenek tolong belikan tiket coz ic dia alamat Perak), bleh dapat RM8 sahaja ;-)

senyummm ;-)


gelap la sayangg ;-)

singgah minum cendol & makan rojak 
@ Cendol Bismillah..next time bleh repeat..sedap


16 Dec 2012 - Tanah Rata, Cameron Highlands

Kami bertolak dari rumah atuk around 8am..sampai Tanah Rata 10am.Kejap je sampai,xjauh pun.Masuk toll Taiping Utara, keluar toll Simpang Pulai. Bayaran toll adalah sebanyak RM10.40. Kami tak bermalam pun kat sana. Pegi pagi, petang dah balik. Plan lain kali nak datang lagi dengan hubby plak bulan May nanti.. honeymoon again and again.heeee.honeymoon la sgt dengan adanya dak tecit tu ye.hehe.

@ Butterfly Farm


sedapnya strawberi coklat


with atuk


peace ;-)


beli jangan tak beli


membeli lagi..best2


otw balik, singgah makan durian & beli madu asli
@ Pos Lim (perkampungan orang asli)


19 Dec 2012 - Taiping Sentral

Hari ni last day kat Taiping. Esoknya nak balik JB dah. So petang-malam tu bawak Insyirah & Cik Safa nya pegi tengok watang kat Big Cinemas Taiping Sentral. Lepas tengok wayang, pegi makan piza dan aiskrim plak ;-) eh eh tak tau plak hari Rabu ada less kat Snogurt - Ladies Nite - less 30% okay. Kalau tau, haruslaa amik banyak2.hehe.



Sekian catatan ringkas cuti2 di Taiping. Kali ni tak pegi berjalan ke Penang pun..next time je la ;-)

Monday 21 January 2013

Bandung Dec 2012

Peginya dah dekat 2bulan. Skang ni baru la nak post. Kami pegi 5hari 4malam. 19Nov - 2Dec 2012. Actually xdela 5 hari sgt kat sana coz flight mendarat kat Bandung Airport on 29Nov tu dah petang, depart from Bandung to Changi on 2Dec plak seawal kul 7pagi. so cuma 4hari 4malam sajaaa kat sana. Uwaaa xpuas soping..eh eh eh bleh plak gitu.

wajib amik gambar kat sini once sampai.
sila abaikan kualiti gambar coz sekadar guna hp / tab saja.
kami xde camera dslr pun.heee.

Plan nak ke Bandung ni dah dibuat seawal 4bulan sebelum lagi. Cehhh semangat..tiket pun dibeli dari AirAsiaGo.com around bln 8 mcm tu. Tak beli masa promo ke apa. Sebabnya tiap kali nak cuba beli, asyik tak berjaya. Okay, xnak cite pasal tu pun.hihi. Beli masa xde promo/sales pun dpt harga yg okayyy sesangat la. Package includes return flight Changi-Bandung-Changi utk 2dewasa + 1kanak2 plus hotel utk 4malam = SGD548.87 = RM1300+ . Actually masa tu just cuba2 masukkan sekian date, tgk murah plak, terus suh hubby beli on d spot jugakkk.ngeee. Tengkiu b ;-)

yeayyy inilah hotelnya.Amaris Hotel, letaknya di Jalan Cihampelas.

 ni plak bilik.kitorang amik standard room saja.ok la tu.just nice for 3 of us.

siap ada pool utk kanak2.

*gambar dr agoda.com

----------------------------------------------------

Day 1 - 29 Nov 2012

Bertolak dari rumah ke Changi Airport dalam kul 11.30 mcm tu. Hubby amik kereta sewa persendirian a.k.a kereta sapu je. Mamat tu bwk keta Myvi je. nasib baek la beg bagasi kami yg besarrr tu muat masuk bonet kereta. hehehe. Persediaan utk beli byk barang kat Bandung nanti. Siap bawak extra beg jugak, sumbat dlm bagasi tu. Kalau xcukup jugak, nanti kat sana belila beg lain plak.haha.tamak sungguh.

Perjalanan ke Changi Airport lancar je, kat Woodlands pun xperlu tunggu lama. Lebih kurang kul 12.30, kami dh sampai sana. Ibu siap berjanji ngan sorang customer dr Spore yg nak beli 5helai tudung. Janji jumpe kat Terminal 3 airport tu.heee.sempat lagi nak berbisnes sblom pegi holiday.. alhmdulillah.. dptla SGD112 = rm280 ari tu.Penuh la purse ngan duit 3 buah negara - RM, IDR, SGD. aiyakkk.Lepas siap urusan berjual-beli, kami pun check in bag, pastu terus duk kat tempat menunggu. Sebelum tu, of cosss sempat lagi berposing dulu.hihi.acara wajib tu.

1st time bergambo pesen gini..haha.

Insyirah with Ayah ;-)

Selepas lebih kurang menunggu, akhirnya kami pun dipanggil masuk ke dalam flight. Berlepas dari Changi Airport pukul 2.30pm, mendarat di Bandung Airport pukul 4pm macam tu. Hujan sepanjang penerbangan sehinggalah selamat mendarat, hujan masih belum berhenti. Pukul 4pm dah macam pukul 6pm+ dah..gelap je. Urusan di imigresen & baggage collection mengambil masa lebih drp 1/2 jam. Airport tu kecikk je, baggage plak byk..tu yang perlu lama menunggu.

Driver @ Supir sudah sedia menunggu ketika kami selesai mengambil baggage. Supir ni kami telah book di fb 2minggu lebih awal. Bayaran yang dikenakan adalah IDR1.1juta = RM370 untuk 3hari (full day) + ambil di airport 29nov + hantar ke airport 2dec + parking. So, transport dah settle dah..xyah risau nak kemana2 di Bandung ni. Supir sedia menghantar anda ke mana saja, siap tolong angkut barang lagi tu. Boleh tengok di fb Hayuka Bandoeng ;-) Kereta yang digunakan adalah mpv - Nissan Evalia (kecik sket dari Serena, kat Malaysia xde ye) or Suzuki APV. Kat Indonesia ni memang bersepah la mpv, harga pun boleh tahan. Menurut supir kami, harga jualan sebiji Toyota Avanza di Indonesia sekitar IDR120juta = RM40k..waaaa.

Oleh kerana kami dah kepenatan dan lapar, so kami decide untuk singgah makan dulu sebelum check in hotel. Supir bawa kami makan di sebuah restoren makanan sunda, Bumbu Desa. Alamakkkk, sampai sana terpinga2 jap, tak tau nak pilih yg mana 1..hehe. Akhirnya kami cuma pilih nasi putih, ayam goreng, tempe goreng, begedil jagung dan sayur asem. Air plak, just minum air yang disediakan which is hot tea (mcm chinese tea gitu la rasanya). Sebab dah lapar, terusss la makan. Malas nak amik masa pilih lama2.. teruk betull la,hehe.esok masih ada. Takde amik gambar pun kat restoren ni, mood blom datang.ngeee. Lepas makan, straight away ke hotel untuk check in.  Sudah tak sabar nak landing atas katil..dak tecit pun dah mula nak meragam tu..sambung cerita keesokan harinya..dadaaa..babai.

----------------------------------------------------

Day 2 - 30 Nov 2012

Bangun pagi seawal pukul 4.30pagi. Kat Bandung Subuh masuk awal pagi ye. Pukul 6.30pagi dah terang benderang ok, dah abis waktu tau.hehe. Segarnya bangun pagi ni..lebih bersemangat sebab 1st place yang nak dituju hari ni adalah - Pasar Baru..yeayy.. Memang itu lah plan nya. Beli ole2 untuk family dulu. Lepas siap sarapan di hotel, tunggu supir datang jemput around pukul 8.30+ gitu. Pasar Baru dibuka seawal pukul 9pagi, tutup pukul 6ptg.

yeayy we'r ready to shopping ;-)
padahal ibu yg excited terlebeyy

 
inilah dia Pasar Baru.ambik ko, bertingkat2..letih nak jelajah semua.

Pasar Baru ni merupakan sebuah kompleks membeli belah, lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah kalau kat Kota Bharu. Bezanya, Pasar Baru ni ada sehingga 8 lantai (floor)..waaa..Macam2 ada dijual kat sini, dari pakaian, tudung, kelengkapan solat, souvenir, kasut, handbag, kain pasang dan macam2 lagi la..Lif ada disediakan di Pasar Baru, tapi sentiasa penuh dengan orang yg nak turun naik. So, alternatif yang ada..sila la gunakan eskalator ye. Jangan risau dengan barang belian yg banyak sebab supir sedia membantu untuk membawa barang.heee.tengkiu pak supir!

1st day ni aku beli barang2 untuk ole2 dulu - telekung, kemeje, tshirt, blouse, etc..utk diri sendiri sempat jugak beli sehelai dua. Nanti on the 4th day, akan datang semula ke Pasar Baru, shopping untuk diri sendiri saja.haha.tamakk. Hari ni, aktiviti membeli-belah di sini hanya mengambil masa lebih kurang 3jam sahaja..ha,cepat je kan. ;-) Untuk shopping kali ni, aku cuma gunakan duit cash yang sudah ditukar dari RM ke IDR siap2 di P.Gudang 2-3hari sebelum trip ke Bandung ni. 

dak tecit tak minat nak ikut shopping.
so main kat sini je la, ayah teman.

Settle shopping di Pasar Baru part 1 (ada part 2 nanti.hihii), kami pegi makan plak. Supir bawak kami makan masakan padang plak. Sesampai je kat sana, kat atas meja penuhhh dengan pilihan lauk. Rupa2nya memang gitu style nya..lauk2 dihidangkan atas meja, pastu kita pilih mana yang nak makan. Kalau nak makan semua pun boleh, tapi of cos la tak larat nak makan kan. Memandangkan kami cuma bertiga, termasuk dak tecit yang makan pun tak seberapa..jadinya kami cuma pilih 1/4 dari hidangan yang ada. Antara hidangan yang kami pilih ialah : sambal udang, cumi (sotong), ayam, sayur nangka..yang lain sudah lupa..heee.

ni sebahgaian je dari pilihan lauk.

Kat restoren ni, musolla (surau) yang selesa dan luas ada disediakan utnutk kemudahan pelanggan. Selesai solat jamak, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya - shopping lagi, kali ni Rumah Mode. 

satu2nya gambar yang diambil di Rumah Mode

Di Rumah Mode, aku dah ada target apa yang nak dibeli. So takde la spent so much time kat sini..sekitar 1jam je..masih lagi menggunakan cash yang ada. Selesai bershopping kat sini, pegi la keluarkan duit kat ATM untuk kegunaan seterusnya memandangkan cash yang dibawak susut mendadak selepas ke Rumah Mode ni..paham2 sendiri la ye. ;-) ATM kat sini plak cuma boleh keluarkan duit dalam gandaan IDR50k saja. So xdela nak keluar duit banyak2..bukan apa,tebal sangatttt..nak masuk purse pun xmuat okayy. Nampaknya kena carik ATM lain nanti.

Dari Rumah Mode, kami ke Toko Tiga pulak..dikhabarkan kat sana pusat jeans, so memang membuak2 la keinginan nak ke sana untuk sambar jaket & seluar jeans sehelai dua. Tapi, sampai sana..takde plak yang berkenan..jaket jeans plak memang xde stok.. yang ada tinggal 2-3helai,tu pun size s.. kecewa sungguh..sekadar beli 1-2helai tshirt saja, pastu terus ajak supir bawak pegi tempat lain plak.

Destinasi seterusnya, pegi factory outlet (f.0) di Jalan Riau. Masuk terminal tas, tapi tak beli apa2 pun. Next, masuk Heritage..dapatla sambar jaket jeans yang di aim sejak semalam ;-) Insyirah & ayahnya beli toys saja, tak beli baju pun kat situ. Lepas tu masuk plak 1 lagi f.o,  The Secret tapi xbeli apa2 pun. F.o terakhir, Cascades..xde yang menarik jugak, so sekadar beli tshirt sehelai.. dlm xde yg menarik, tapi tetap membeli jugak ye..jgn xtau..hehe.

Penat dan lapar, kami pun decide utk pegi makan sebelum balik hotel. Supir bawak kami ke sebuah rumah makan, speciality kedai ni adalah.. ikan gurame..1st time dgr..kami pilih ikan gurame bakar manis..memang marvelous la..makan dgn nasi putih, pucuk betik (pahit plak mkn byk2), begedil jagung, jus tembikai+jus mangga..jus mangga memang terbaik, sedap. Sekian catatan day 1 ;-)

----------------------------------------------------

Day 3 - 1 Dec 2012

breakfast di hotel dulu ye ;-)

posing ngan jacket yg dibeli dr Rumah Mode semalam.
brand Zara, price IDR180k = RM60
beli besar sket coz dak tecit ni cepat tinggi ;-)

Pagi ni kami gerak lebih awal dari hotel cos nak pegi jauh sket - Tangkuban Perahu.Ia merupakan kawasan gunung berapi beratus-ratus tahun dahulu, skang ni tinggal bekas saja dan dijadikan tempat pelancongan. Suhu di Tangkuban Perahu ni macam di Cameron Highland la kalau kat Malaysia, sejuk. Jarak dari pekan Bandung lebih kurang 29km sahaja tapi disebabkan jalan yang agak berliku2 dan sempit, perjalanan mengambil masa hampir 1jam.

my happy family ;-)
belakang tu, kawah gunung berapi.tak aktif dah la.

dak tecit ngan topi+mafla Tangkuban Perahu

Di Tangkuban Perahu ni, ramai penjual yang tidak putus asa mengekori dan memujuk kita untuk membeli barang jualan diorang. Kami pada mulanya seboleh2nya mengelak untuk membeli, tetapi akhirnya terpaksa akur tapi akhirnya beli jugak setelah diekori dan dipujuk oleh penjual yang sama..tak daya nak menolak dah.hehe. Harga mula2 diorang letak sampai la harga terakhir (last price) memang jauh beza dan tak logik. Contohnya set topi+ mafla Insyirah tu. Mula2 diorang letak harga IDR60k=RM20 untuk topi saja, last2 skali bleh dpt sepasang - topi+mafla..hehe..beli je la.kesian plak tengok diorang..Hubby plak beli 1set rantai leher+rantai tangan yang dibuat dari batu yang diambil dari kawasan gunung berapi tu dan ada khasiatnya (menurut kata si penjual tu la)..ntah ye ntah tak..yang pastinya aku yang jenis cepat alergik itu ini, pakai gelang tu rasa gatal2.haha.ada kaitan tak?

jagung bakar..sedap,sedap.
IDR6=RM2

Apa yang menarik dan mesti dibeli kat sini ialah 3jenis buah - strawberi, bluberi dan rasberi. Memang manisss..harga dah lupa, tapi yang penting kena habiskan makan kat atas tu jugak. My sister kata dia bawak turun, makan dah tak manis..ntah ye ntah tak.haha..sekali lagi,kebenaran or mitos semata?
Oh ye, sebelum terlupa..bayaran masuk ke Tangkuban Perahu ni ialah IDR50k = RM18+ per person, kanak2 free (xsure bwh umur brape free,yg pastinya Insyirah xkena cos baru 3tahun). Kenderaan plak dikenakan bayaran IDR15k=RM5.

Destinasi seterusnya, kami pergi ke Sari Ater Hot Spring. Bayaran masuk untuk 2dewasa + kenderaan adalah IDR54k=RM18, xingat plak in details. Bayaran tu adalah untuk masuk saja, kalau nak mandi air panas or buat apa2 aktiviti lain, bayaran lain dikenakan. Kitorang cuma pilih kolam air panas saja cos Insyirah begitu excited nak mandi. Harga ticket : IDR21k=RM7 untuk seorang dewasa, budak 3tahun masih free.

Insyirah sgt excited nak mandi smp terlompat2.

sudah siap..eh aiskrim tu mahal okayy.IDR18k=RM6

Selesai mandi dan tukar pakaian, kami bergerak balik ke pekan Bandung semula. Sebelum tu singgah juga Kg Daun untuk makan, tapi memandangkan terlalu ramai orang, n dak tecit pun dah meragam..kami terus balik je. Esok la repeat datang sini, Insya Allah.. 

berhenti jap.amik gambar berlatar belakangkan kebun teh ;-)

Sampai di Bandung, supir bawa kami makan di restoren yang diberi nama Ayam Goreng Suharti..tgk dari luar, ingatkan makan ayam je..rupanya macam restoren biasa, macam2 ada.. Tapi speciality sudah tentunya ayamg goreng la kan. Kami pun order 1ekor ayam goreng.. comel je size 1ekor tu cos ayam muda..sedappp.

inilah rupa ayam goreng nya.nyum2.

Seperti biasa, kat restoren ni ada disediakan surau. Kami pun buat solat jamak, pastu mintak supir hantarkan ke Jalan Cibaduyut. Menurut pembacaan (cehh pembacaan gitu), sinilah tempat menjual barang2 kulit. Dalam kepala dah terbayang beg,kasut kulit semua tu la. Perjalanan nak ke Jalan Cibaduyut tu memakan masa hampir 45minit..haaa bukan apa, sebab macett (jem) teruk. Sempatla kami 3 beranak tido dalam mpv tu.hihi..recharging la katakan.

Sampai sana, tak ada pula yang menarik  hati. Banyak juga capal/sandal kulit tapi tak beli pun cos xminat,takut melecet.hehe. Beg tangan pun takdela fully kulit pun.so xde beli apa2 pun. Kami sekadar lepak2 makan aiskrim durian + tempe goreng. Tshirt Bandung banyak dijual kat sini tapi memandangkan dah membeli banyakk dan mencukupi kat Pasar Baru semalam, so hari ni kami tak membeli lagi la. Singgah di 1 kedai jual sale pisang, beli la beberapa pack untuk dibawa pulang sebagai ole2. Sale pisang ni takde plak amik gambarnya. Tapi sedapla, ada yang original..ada jugak yang ada perisa - coklat, bluberi, durian, etc. Beli dalam 12pack kalau tak silap, total IDR180k=RM60 jugakla.

Dari Jalan Cibaduyut, kami minta supir hantar kami ke mall saja - Cihampelas Mall, tak jauh dari hotel tempat kami menginap. Makan malam pun kat dalam tu saja. Kami order sate ayam, nasi putih dengan sup bontot (sup + bontot lembu dibakar ye) + es jeruk kelapa + es pisang ijo. maksud es=ais, ijo=hijau ye.hihi. 

bontot bakar


sup, sate, nasi putih dibungkus dalam daun pisang.nice ;-)

es jeruk kelapa & es pisang ijo

Selesai makan, balik hotel la, agak kejar masa cos nak tgk bola malam tu. Malaysia lwn Indonesia, last match peringkat kumpulan utk AFF Suzuki Cup 2012. Rugi wooo kalau tak tengok. Kami 1family minat bola..termasuk dak tecit.hehe..Malaysia menang malam tu..yeayy.

----------------------------------------------------

Day 4 - 2 Dec 2012

Pagi ni, breakfast kat hotel macam biasa. Destinasi hari ke 4 ini adalah - Kampung Gajah dan Kampung Daun. Dua2 tempat ni actually terletak di jalan yang sama nak ke Tangkuban Perahu, tapi memandangkan semalam tak sempat..so kami decide untuk pegi hari ni pulak. Sebelum bertolak ke sana, kami singgah ambil gambar kat Cihampelas Walk sekejap.

@ Cihampelas Walk

Otw, kami singgah pulak di Paris Van Java yang terletak di Jalan Sukjadi..Konon nak ambil gambar jugak, sekali tu..sampai sana tengah ada constrction la pulak. So, cancel..tak jadi ambil gambar, straight away ke Kampung Gajah.



Nama tempat ni - Kampung Gajah Wonderland. Bayaran masuk untuk dewasa 2pax + kenderaan ialah RP70,000=RM23+. Lepastu,  kat dalam ni kalau beli pass harganya RP200k= RM70+ seorang, then akan dapat gelang. Dengan adanya gelang tu, kita boleh main or cuba banyak aktiviti. Kalau tak silap, hampir 20 aktiviti boleh kita cuba, selagi mampu.hehe. Tapi kami tak beli pun pass tu sebab kami hanya plan untuk spend masa around 2-3hours there. Klu nak beli pass tu, seelok2nya kena habiskan sehari kat sini, baru berbaloi dengan harga yang dibayar tu. Kami cuma lepak2, Insyirah plak main kat playground je.haha.cettt.kat rumah pun bleh main,kata hubby. Takpela,saja bagi peluang kat dak tecit hepi2. Kat sini best, mcm kat Genting Highland la, sejukk je..

antara aktiviti yang ada di sini

Dari Kampung Gajah, kami bergerak ke Kampung Daun plak..Tak jauh pun, sekitar 1.5km saja. Once sampai, 1st thing yang kita kena buat adalah - daftar kat kaunter, pastu kita akan diberi no. pondok. Di sini, konsep makannya adalah unik. Setiap pelanggan/keluarga/kumpulan akan diberi pondok masing2 (individual). Ia terletak dalam kawasan air terjun. Kami dapat pondok no. 16, boleh tahan jauhnya..penat berjakan. Tapi takpe, bila dah sampai pondok, kita bleh relaks. Makan dengan duduk bersila n ada bantal, nak tido pun boleh.hehe. Tempat solat dan tandas pun ada disediakan, sangat selesa dan best. Kat sini harga makan mahal agak mahal sedikit dan ada service charge yang dikenakan ye. Kalau datang Bandung, wajibbb makan kat sini tau..confirm puasa hati.
air terjun..syokk ;-)

Insyirah & ayah berehat seketika..sambil tunggu makanan ;-)

jom makan jom..nasi dlm tempurung la..unik ;-)

waaa sedapnya air

Selesai lunch di Kampung Daun, kami bergerak ke Pasar Baru untuk aktiviti shopping part 2.hehe.Alamak,silap percaturan rupanya..sampai sana baru tahu, pasar tutup pukul 5,mungkin sebab hari Ahad agaknya..ingatkan pukul 6.huhu. Sampai sana pun dah pukul 2+, tinggal 3jam je masa untuk shopping. Tak puasss..huhu..takpela, sempatla juga menghabiskan jutaan rupiah kat sana. Kakau cukup masa, lagi banyak la ye yang dibelanjakan. Berura2 untuk datang lagi next time ke Bandung, tapi khusus utk ke Pasar Baru saja.haha.

Selesai bershopping kat Pasar Baru (walaupun sebenarnya tak selesai.hehe) kami ke Kartika Sari. Kat sini ada nbanyak pilihan ole2 (makanan) utk dibawa       balik. Ada brownies, kek lapis, sale pisang & macam2 lagi. Tapi kami cuma beli brownies bakar saja. Brownies kukus tak beli, takut rosak kat jalan. Kek lapis nampak menarik hati tapi tak beli juga cos takde size yang kecik & perlu keep refrigerated (btul ke eja ni. haha). Nampak semua sedap tapi yang tak bestnya takde tester macam kedai kek lapis di Kuching yang kami pergi tahun lepas.huhu.Sudahnya kami beli je la brownies bakar - coklat n keju special. 

Selesai beli ole2, kami minta supir hantar ke tempat makan..sekali lagi,nama restoren lupa..hehe..Sudah makan, terus balik hotel..nak kemas2 barang cos esok nak balik dah.

----------------------------------------------------

Day 5 - 3 Dec 2012

Bangun seawal pukul 5pagi, mandi & terus bersiap untuk ke Bandung Airport -- flight pukul 7.30 pagi ke Changi Airport. For the 1st time si tecit Insyirah breakfast dalam flight.hihi.batakkk di situ..

yeayy nak balik rumah.
si tecit pakai sandal crocs - camelion dari Pasar Baru.
kaler cream sudah tukar ke kaler purple.hehe.


Bye2 Bandung..Insya Allah ada rezeki, kami datang lagi ! (Pasar Baru, i owe u..haha).

Catatan :
Semasa di Bandung, kami hanya menggunakan duit cash sahaja untuk berbelanja. Takde pun guna credit card. 
Cash yang ditukar dan dibawa ke Bandung sekitar RM1k=RM3juta+ saja.
Selebihnya, kami keluarkan dari mesin ATM di Rumah Mode & Pasar Baru dengan menggunakan Big Card. Caj untuk sekali pengeluaran adalah RM6 berbanding RM12 jika menggunakan kad ATM dari Maybank/CIMB (perlu call bank untuk aktifkan roaming).
Better cari mesin ATM yang boleh keluarkan cash dalam gandaan RP100K sebab kalau dalam gandaan RP50K, tak banyak cash yang boleh kita boleh dapat..pastu penuh tebal la note RP dalam beg ya. 
Big Card ni adalah loyalty card. Setiap kali beli ticket di airAsia, bleh kumpul pont. Pastu bila point dah mencukupi, boleh ditukar dengan ticket flight. Tambahan lagi, Big Card juga berfungsi macam kat debit, hanya perlu masukkan duit dalam tu sebelum pergi bercuti. Then, bolehla keluarkan duit di mana2 mesin ATM, nak swipe macam credit card pun boleh, nanti akan deduct je duit dalam tu. Senang je kan ;-)