Saturday 21 December 2013

Resepi Masakan Ikan Semasa Berpantang

Okay, kali ni nak senaraikan plak contoh resepi masakan ikan. Senang nak refer masa dalam pantang nanti. 1st time dulu bolehla, arwah mak yang jaga.. so tak ambil tahu pun apa yang boleh makan or tak. Tau2 bila lapar & sampai time makan, semua dah sedia. wawawaaa bahagia sungguh. Kali ni, merasa la masak masakan sendiri ye.

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang seperti di bawah ni :

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon





Nampak kat list tu, ada 15 jenis.. banyak kan. Tapi bukanlah semua tu senang nak dapat especially kat kedai yang aku slalu belanja lauk dan barang dapur tu. Kalau kat pasaraya macam Tesco & Giant mungkin la boleh dapat ikan salmon, ikan kod semua tu kan. Tapi takpela, ada 3-4 jenis pun dah ok. Aku pun bukanlah jenis cerewet bab makan ni. Okay, jom refer resepi2 kat bawah plak. 

1)  SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.

Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


2) STIM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Stim sampai ikan masak.


3) SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


4) IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


5) IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


6) IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
500 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


7) SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


8) IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


9) IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


10) SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


11) IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/ YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


12) IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


13) IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


14) IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


15) IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


16) IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


17) IKAN BILIS LADA HITAM

Bahannya:
1 genggam ikan bilis
2 inci halia - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang merah - dihiris
2 sudu besar biji lada hitam

Caranya:
1. Goreng ikan bilis tanpa minyak menggunakan api sederhana sehingga garing. Asingkan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan halia, bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Blender atau tumbuk ikan bilis bersama lada hitam, halia, bawang merah dan putih.
3.  Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


18) IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – digoreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
 



Sunday 15 December 2013

Makanan Semasa Berpantang

Memandangkan bersalin kali kedua ni nanti aku bercadang untuk berpantang sendiri, so sekarang ni tengah rajin mengumpul info makanan yang boleh dan tak boleh dimakan semasa pantang. Bolehla digunakan sebagai rujukan untuk diri sendiri dan juga my hubby yang akan mengambil alih tugas membeli sayur/lauk/barang dapur selama tempoh aku berpantang nanti ;-) Okay, meh la rujuk table kat bawah ni :


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

JENIS MAKANAN
BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



·  Burung puyuh
·  Burung merpati
·  Ayam hitam
·  Ayam didik
·  Ayam selasih
·  Ayam kampung
·  Daging batang pinang


·   Ayam biasa (takut gatal)
IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu

·  Ikan haruan
·  Ikan yu
·  Ikan selar
·  Ikan gelama
·  Ikan jenahak
·  Ikan merah
·  Ikan tenggiri
·  Ikan kurau
·  Ikan bawal putih
·  Ikan senangin
·  Ikan bilis
·  Ikan kerisi
·  Ikan kod
·  Ikan salmon

·   Ikan kering
·   Ikan masin
·   Ikan keli
·   Ikan bawal hitam
·   Ikan terubuk
·   Ikan duri
·   Ikan pari
·   Ikan sembilang
·   Ikan parang
·   Ikan kembung
·   Ikan tamban
·   Ikan cencaru
·   Ikan tongkol
·   Makanan laut
·   Udang
·   Sotong
·   Kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

·  Halia
·  Serai
·  Lengkuas
·  Pucuk pegaga
·  Pucuk mengkudu
·  Pucuk ulam raja
·  Pucuk betik
·  Lempuyang
·  Jantung pisang 
·  Daun atau ubi cekur
·  Bunga kantan
·  Kunyit hidup
·  Daun lemuni hitam
·  Daun kaduk
·  Daun sekentut
·  Daun kesum
·  Daun cemumar
·  Daun pudina
·  Daun kari
·  Daun bebuas
·  Daun ruku


·   Petai
·   Jering

SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

·  Ubi kentang
·  Peria
·  Sawi
·  Lobak merah
·  Lobak putih
·  Tomato
·  Brokoli


·   Ubi kayu
·   Kangkung
·   Petola
·   Terung
·   Cili
·   Timun
·   Kubis
·   Seleri
·   Terung
·   Timun
·   Sayur keladi
·   Pucuk ubi
·   Pucuk paku
·   Bayam
·   Sayur atau daun keti (bunga putih)
·   Kacang panjang
·   Kacang botol
·   Labu
·   Rebung
·   Jeruk maman


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

·  Buah anggur
·  Kurma
·  Oren
·  Epal merah
·  Strawberi
·  Peach
·  Prune
·  Kismis
·  Longan cina

·   Nenas
·   Limau
·   Buah lai
·   Tembikai susu
·   Tembikai merah
·   Tembikai cina
·   Epal hijau
·   Kiwi
·   Buah pear
·   Pisang
·   Jambu
·   Belimbing
·   Durian belanda
·   Mangga
·   Betik
·   Ciku
·   Langsat
·   Nangka
·   Cempedak
·   Pisang masak hijau
·   Pisang nangka
·   Pisang embun
·   Pisang udang
·   Ubi kayu
·   Ubi keladi
·   Sengkuang
·   Manggis
·   Bacang
·   Kuinin
·   Binjai


LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 

·   Biskut
·   Roti
·   Nestum
·   Quaker Oat
·   Cornflakes
·   Masakan panggang
·   Masakan rebus
·   Masakan kukus
·   Masakan bakar
·   Masakan salai
·   Asam jawa
·   Asam keping
·   Tempe
·   Burger
·   Nugget
·   Sosej
·   Bihun
·   Mee
·   Kuey teow
·   Laksa
·   Telur
·   Semua jenis ubi
·   Semua jenis makanan laut
·   Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.


·   Air suam
·   Air pati kunyit
·   Jus pegaga
·   Air halia
·   Air kopi
·   Air manjakani 
·   Jus halia kurma
·   Air madu

·   Air ais
·   Air sejuk
·   Air bergas
·   Air tebu
·   Air cincau
·   Air kelapa muda
·   Air jus buah-buahan yang dilarang


Nota :
Makanan penggalak susu ibu (milk booster) ~ lobak putih, buah longan kering, kurma, pucuk betik, jantung pisang, daun cekur manis, kacang soya & air kosong sekurang2nya 3liter sehari.

Thursday 5 December 2013

Surah-surah Amalan Ibu Hamil

Assalam. Entry kali ni nak share kan surah-surah amalan yang disarankan untuk ibu yang sedang hamil. Sejak disahkan hamil, aku terus mula mengamalkan bacaan surah-surah seperti berikut :



Untuk memudahkan aku untuk membaca, aku pun cari la buku yang combine semua surah-surah ni. Akhirnya jumpa 1 buku ni, tajuknya Yasin Ibu Hamil keluaran Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd. Harganya cuma RM7 sahaja, boleh beli online or cari je kat mana-mana kedai buku. Tanpa lengah masa, aku pun terus la cari buku ni kat 1 kedai buku kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Ye, memang ada ;-) Terus grab dan alhamdulillah setiap hari tak pernah miss baca. Bukan setakat surah, himpunan doa pun ada dimasukkan sekali seperti : doa keselamatan anak kandung, doa zuriat soleh, doa dikurniakan anak yang baik dan lain-lain. 


Ringkas je entry kali ni, semoga bermanfaat ;-)

Sunday 24 November 2013

Scan 4D @ Minggu 29

Sebelum ni tak pernah terlintas langsung pun nak buat scan 4D ni. Masa pregnant Insyirah 4 tahun lepas tak pasti plak dah ada ke blom scan 4D. Mungkin dah ada tapi belum famous macam skang kot. Masa tu tinggal kat Kuantan, checkup kat Klinik Kesihatan (KK) Jaya Gading. So scan semuanya buat kat KK tu je. Tak payah la nak ke swasta untuk scan ke apa. Pregnant for the 2nd time ni plak check up kat klinik desa (KD). Memandangkan kat KD takde pun mesin scan tu, so doktor suh la kita scan kat luar - aku pilih klinik swasta la. So far dah 3 kali scan. 2x scan untuk determine expected  due date, masa kandungan bawah 16minggu. Then after 28minggu kena scan skali lagi. Next appointment ngan doktor kat KD, diorang nak tengok la result scan tu. 2x scan sblom ni kat Poliklinik Yuslina Tmn Air Biru, kat situ ada scan 2D je. Untuk 28minggu ni tiba2 terasa nak scan 4D plak.hihi. Cakap kat hubby, dia as usual, ok je. Terbaik la, luv u b. ;-)

Tanpa lengahkan masa terus la call Poliklinik Yuslina Tmn Cendana sebab tau kat situ ada scan 4D. 1st time call pada 15/11, staff klinik tu bagitau minggu tu takde servis untuk buat scan 4D tu. Next week ada, tapi kena call semula pada 20/11 untuk confirmkan n set appointment. So pada sekian date, aku pun terus la call. Appointment pun dah di set pada Ahad 24/11 pukul 11pagi. Aku mintak appointment yang paling awal bleh dibuat. Yeayyy excited la pulak walaupun dah anak kedua. Rasanya berapa kali pregnant pun akan rasa excited kot sebab kita nak sambut new baby.

nampak mata, hidung, kaki & tangan.

Pagi Ahad 24/11, kami (me, hubby & Insyirah) pun pegi la kat Poliklinik Yuslina Tmn Cendana tu. Eh Ahad tu baru semalam je kot. Nampak sangat excitednya kan, Isnin terus nak type post pasal scan 4D ni.haha. Sekali tu bila sampai klinik, waaa ramai jugak orang yang tengah tunggu turn. Ada sorang pregnant lady yang sampai skali ngan kitorang. After 5 minutes rasanya ada lagi 2 orang plak yang sampai, nak buat scan jugak la tu ye ;-) Ingatkan bila buat appointment pukul 11 untuk scan, bleh la jumpa doktor around pukul 11 jugak. Rupanya tidakkk.. bleh plak dia campur skali ngan patient lain yang demam ke, anak nak inject ke. Aiyakkk so apa motip buat appointment tu ye.hehe. Takpela, sabar menanti demi nak tengok baby ibu dalam perut ni ;-) Nasib baik jugak klinik ni ada provide tempat main untuk budak2. Boleh la Insyirah yang dah besar tu main kat situ, macam la awak tu umur 3 years or below.haha. Apapun dapatla mengurangkan kebosanan menunggu.

 big sister to be ;-)

 dah mula bosan..duk kat luar jap.
kakak meragam xmau amik gambar.cett.

bosan kat luar, masuk dalam semula.
ibu dah senak duduk lama2.haishh.

1 1/2 jam menunggu, akhirnya sampai la jugak turn kami. Gambar dalam bilik doktor takde coz hubby duk melayan Insyirah yang sibuk nak timbang berat. cehh macam kat rumah takleh timbang. hihi. Kat tempat scan tu macam biasa la, ada 2 skrin - 1 untuk doktor n 1 lagi untuk kita+husband la tengok. Sekali scan baby tak nak tunjuk muka la pulakkk. Saje je tau baby ni nak bagi ibu tertunggu2. After dipujuk2 (eh baby paham ke?) akhirnya baby tunjuk jugak muka dia. Walaupun tak nampak full, tapi boleh la.. nampak mata & hidung, mulut je xnampak coz tertutup dengan jari dia. 


tu diaaa. kaki terangkat skali.
jari siap buat 'thumb up' lagi tu.hihihi comeyy sangat.
ermm hidung mcm ayah je.

awww nampak bird. malu laaa ;-)

video 6seconds je. nmpk muka kejap je. jadilaa ;-)

video jugak. awww tunjuk bird lagi.
muka xnak tunjuk sangat. tang tu nak tunjuk plak.hihi

fetal heart rate - 138bpm (seminit)

Info : Pada trimester ketiga, purata denyutan jantung bayi adalah antara 120-160bpm. Ada terbaca artikel, kalau gegirl biasanya lebih tinggi heart rate nya berbanding boboy.

Syukur alhamdulilah, doktor bagitau semuanya ok - baby sihat, perkembangan pun normal je. Berat baby setakat 29minggu adalah 1.5kg. So far baby masih belum pusing, means kepala belum ke bawah. Tanya kat doktor, bila paling lambat untuk baby berpusing, katanya 36minggu. Ok just wait and see. Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudahkan sampai melahirkan nanti, aminnn ;-) Tu je la doa aku setiap hari.. walaupun 2nd time, tapi tetap berdebar okay. Kata orang, pengalaman mengandung & melahirkan setiap anak tak sama.

Oh ya, masa terbaik untuk buat scan 4D yang dicadangkan adalah ketika kandungan sekitar 22minggu ke atas dan kurang 30minggu. Kalau dah lebih 30minggu, baby dah agak besar. So most probably tak boleh tengok keseluruhan badan baby. Apapun hasil scan ikut nasib jugak, ikut mood baby sama ada dia nak tunjuk ke tak. Kalau baby tengah tido ke, tengah tutup muka ke..bukan kita boleh arahkan dia alihkan tangan pun kan.hihi. Bayaran untuk buat scan 4D kat Poliklinik Yuslina Taman Cendana ni adalah RM90 - ni termasuk gambar yang di print dan juga gambar&video yang di save dalam cd. Kalau nak tengok contoh2 scan 4D yang the best (baby tunjuk muka n genital parts) bleh tengok facebook dia la. Memang nampak clear ;-)

Lepas selesai urusan kat klinik, terus pegi lunch kat foodcourt Tmn Cendana yang sebelah Maslee tu. Recommend by sorang akak ni, ramah plak cite pasal tempat makan kat sekitar PG & JB. Bosan la tu lama tunggu turn nak jumpa doktor.hehe. Kitorang try nasi kukus ayam janda berempah (maksud janda???) + abc + jagung susu..sedappp. Nanti bleh recommend kat org lain plak ;-)

Nota kaki : Hubby kena keje di Mumbai start mid Dec smp mid Jan, sebulan laa. Erkkk, yang penting masa bersalin nanti hubby dah ada kat Msia la ye. EDD antara end Jan - early Feb 2014.

Thursday 7 November 2013

Mengidam Tomyam Kelapa Muda

Sebenarnya sejak 2-3 bulan lepas lagi dah mengidam nak makan tomyam kelapa muda ni. Puas mencari kat a few restoren sekitar JB ni, tapi takde 1 pun yang serve tomyam kelapa muda ni. Asal google je, mesti jumpa yang kat area Klang Valley..atoii stress makk. Tak boleh jadi ni, nak jugak merasa. So terusla plan nak pegi makan masa balik ke Selangor, which is on 2 November - Sabtu baru2 ni je. Banyak pilihan kat area Shah Alam, tapi aku decide untuk pilih 1 restoren ni, namanya Restoren Thai Village, Seksyen 13.

ini dia yang diidamkan.hihi.

sebelum masuk, snap gambar luar restoren dulu.

Ni alamat restoren tu :
Restoren Thai Village
No. 52 & 54, Jalan Renang 13/26,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55110232, 012-5193062 

antara menu yang ada

me at 6month's pregnancy.erkk so biggg ;-)

kami order : 
tomyam kelapa muda, nasi putih, nasi goreng,
butter prawn, air kedondong+asam boi, air asam boi.

Asalnya nak pegi makan ngan my family je. Tup2 bila bgtau sorang kawan ex-UTM ni, kuar plak idea nak buat gathering. So apa lagi, terus create grup whatsapp n jemputla kawan2 ni join gathering. Alhamdulilah, keenam2 kawan yang dijemput dapat plak spend masa malam tu. Seronokla sangat mak buyung ni.hihi. Ada yang dah lebih 4tahun xjumpa okay, bila jumpa balik memang tersangatla excited. Tengkiu korang!

Pidah n Illa. Sama course masa kat UTM dulu.

bergambar dulu sblom balik.
alalaaa kualiti kureng..maklumla guna henpon je.
from left : Ina, Pidah, Illa, Ezreen, me, Zai, Nor

Okay, settle sudah misi memuaskan hati makan tomyam kelapa muda. hihi. Masa peknen Insyirah dulu xde pun ngidam apa2. Kali ni ada mengada sket la.. nafsu makan lebih sket coz mabuk pun tak lama. Lepas 4bulan dah boleh makan macam biasa. Compare ngan masa 1st peknen dulu, 5bulan+ pun masih mabuk n muntah. Maybe sebab tu dulu xde ngidam nak makan apa2 sangat coz selera pun kurang. Tapi tapi tapi, sila berjaga2..jangan sampai berat badan naik melampau plak. Kang pengsan nak turunkan balik after bersalin. Syukur alhamdulilah, really enjoy every moment in pregnancy .. Tambah2 lagi skang dah nak masuk 27 minggu, baby pun makin kuat gerak n tendang. Semoga dipermudahkan semuanya sampai melahirkan nanti, aminnn.

Nursing Pillow yang dibeli di Little DJE
Kebetulan lalu depan kedai ni, area Seksyen 13 jugak.
So apalagi, singgah la beli. Jimat kos pos RM15.hihi.
Insyirah rasmikan dulu, as usual ;-)