Friday 14 June 2013

Italy & Tunang (apa kaitan??)

Errrm..entry ni takde kena mengena dengan aku sangat pun..kalau ada kena mengena pun sipi2 je.haha.  Saja nak share jugak gambar2 ni sebab cantek menarik tertarik. Actually my hubby la yang berjalan sampai ke Rome sana.. bekerja sambil berjalan pada 29May - 3 June yang lepas. Untunglaaa. Ni dah kali ke 7 kot dia ke Italy sejak 2011, tapi 1st time berjalan sampai ke Rome. B, lepas baca entry ni, sila la pertimbangkan untuk bawak ibu & Insyirah skali ye lain kali.ngeee.



Colosseum (dalam)

Colosseum (luar)


Pisa Tower

Okay, xdapat nak cerita lebih2 coz aku takde di tempat kejadian.hihi. Masa hubby dok berjalan ke Rome, aku & Insyirah ada la ikut menghantar rombongan meminang..ecece.. siap berpantun2 lagi wakil kedua belah pihak. Anak jiran yang  bertunang.. dapat orang dekat je, Tmn Universiti. Kurang sejam perjalanan dah bleh sampai dah.. itu pun sebab berhenti 2-3kali, maklumla berkonvoi 5 buah kereta. Ni antara gambar2 masa majlis tu :

si muka boolat with her fav baju kurung polka ;-)

hantaran dari belah lelaki

akak jiran dengan bakal menantu

hantaran dari belah perempuan

Seronok betul Insyirah dapat berjalan dengan anak2 jiran. Trend skang ni majlis bertunang pun ada provide gudibag..memang suka sangat la si cantek manis ku itu. Peminat gudibag tegar ;-) Malam tu Insyirah skype ngan ayah. Ayat pertama yang dia sebut - "Ayah, Insyirah dah bertunang." wakaka..silap besar la sayang.. Ok ini saja entri kali ni..babai ;-)

Thursday 13 June 2013

Cuti2 Malaysia ~ Cameron Highlands

Sabtu 25 May 2013 - Lebih kurang pukul 9pagi, kami bertolak ke Cameron Highlands dari Melaka. Sebelum tu sempat singgah di 7 Eleven untuk beli bekal makanan dan sedikit toiletteries (betul ke eja ni..ngeee). Semalam dari JB ke Melaka hujan renyai2, pagi ni nak ke Cameron hujan selebat2nya pulak. Tapi alhamdulilah, kurang sejam lepas tu hujan pun berhenti.


we were here.25-27 May 2013

Kalau datang dari arah selatan, sebenarnya ada 3 options yang boleh dipilih untuk ke Cameron ni. Sama ada ikut Tapah, Simpang Pulai, or ikut Bentong-Raub-Sg Koyan. Setelah membuat kajian (laaa sangat..) dan membaca beberapa blog orang yang pernah ke sana, akhirnya kami decide untuk ikut Bentong. Laluan ni agak baru la..dalam 3tahun macam tu. Memandangkan 2 laluan tu aku dah penah ikut, so tu yang beria ajak hubby ikut laluan ketiga ni.. My hubby macam biasa la, dia ok je pun mana2..sayanggg u la b ;-)

Dari Tol Ayer Keroh ke Gombak, ambil masa 2jam lebih jugak la..maklum la hujan. Tak kesah la, kami tengah holiday kan..tak payah nak rushing2 pun. Berhenti rehat jap kat Petronas sebelum tol Gombak tu, tapau Burger King jap sambil tunggu hubby isi minyak. Wajib isi penuh kat sini or kat Raub sebab lepas pada tu takde stesen minyak, sampaila ke Ringlet karang baru ada. 

Okay, perjalanan diteruskan..dari tol Gombak, kami pun masuk ke Lebuhraya Karak untuk ke Bentong. Waaa lama sudah tak lalu sini..tahun 2009-2010 banyak kali la lalu sini, masa tu duk Kuantan kan. Dari Gombak ke exit Bentong, cuma bayar tol RM5 je kalau tak silap.. Murah je berbanding ikut Tapah. Kalau ikut Simpang Pulai lagi mahal tolnya. Apapun setiap route ada pros & cons nya la kan. Ikut laluan ni, kami dapat la tengok kampung yang mungkin kami takkan sampai kalau tak ke Cameron ni. Dari exit Bentong, kami menuju pulak hala ke Raub. Sampai kat pekan Raub, happening sket..ada byk kedai2..alamakk ada kedai makan yang jual lauk ikan patin la..alaaa rugi dh makan burger tadi..kenyang lagi. Kalau tak, wajib singgah..lama tak makan tempoyak ikan patin..Takpela, lain kali je.

Dari Raub-Sg. Koyan masih ok, banyak lagi aktiviti.. i mean ada lagi kedai2, rumah2.. Lepas dari Sg. Koyan, jalan mula sunyi..hubby pun terus je memandu  menghala ke Ringlet..hujan plak lagi. Takpe, drive slowly..sambil layan dvd..eh yang drive tak payah la tgk..dengar je okay.hehe. Akhirnya dalam pukul 2.45 ptg kami pun sampai ke Ringlet. Jem sket dari ringlet nak ke Tanah Rata. Maklumla cuti kan, banyak betul kenderaan naik ke Cameron ni. Sabar je lah kan.. Pukul 3.15 macam tu sampailah kami kat homestay yang aku dah book awal2. Nama tempat tu Desa Anthurium..sama macam kat Melaka, ni apartment jugak..dapat 1st floor,okla..tak perlu nak panjat tangga banyak2.


view dari car park blok kami.

Apartment ni ada 3 bilik jugak. 1st & 2nd bilik ada queen room, 3rd bilik plak 2 single beds. Boleh accomodates 6 person or more la. Kalau family besar pun okay sbb ada disediakan extra tilam dan comforter. Tapi kami cuma berlima je, plus abah+umi jadi 7org. Petang tu abah baru nak gerak dari Taiping..so lewat petang la baru sampai Cameron. Peti ais & peralatan masak n makan semua ada..so boleh masak kalau nak.. Kami tak masak pun,sama je..sebabnya aku kalau gi bercuti, wajibla aku cuti dari memasak jugak kan.hehe. Oh ya, memandangkan Cameron dah sejuk, kat apartment ni takde & memang tak perlu pun kipas & aicond. Heater ada disediakan at both bathroom.. (master bedroom ada private bathroom). Pastu kat sinki dapur pun ada gak heater, kalau takde.. nak cuci pinggan pun sejukkk je air. Highly recomended la apartment ni, semua keperluan lengkap termasuklah tv+astro.


dalam apartment

Okay, bila dah masuk apartment ni apa lagi..landing la atas katil..tido2 jap..Petang kang la baru mula menjelajah ye. Lepas solat jamak, kami pun bergerak ke arah Brinchang. Masa tu lebih kurang pukul 5.30ptg. Waaa punya la sesak jalan, banyak betul kenderaan. Oleh kerana kami pikir macam tak boleh nak bergerak sangat kat depan tu, so kami pun decide untuk ke Big Red Strawberry Farm. Kat sini macam biasa, kami ambil2 gambar..tengok kaktus, pokok2 sayur, etc la. 


kat pintu masuk. 

Cactus Valley ni nak masuk kena bayar..tak masuk pun.
lagipun dah nak tutup.

canteknya cactus

Kawasan ni berbukit..so dari pintu masuk sampai ke hujung tu memang kena mendaki. Kat atas tu ada cafe tapi pukul 6ptg dh tutup..so melepasla nak try waffle stroberi ke apa..waaa xpe,esok masih ada. Kedai souvenir pun ada tapi kami tak membeli pun..mood membeli blom datang..bleh macam tu? 


wowww macam2 ada..tapi dah nk tutup la pulakk.

hari ni cuma boleh pandang je la menu.huhu.

ini je yang dapat dibeli..stroberi blended.jadilaaa.


Pukul 7 macam tu abah call bgtau dah sampai kat apartment..alamakkk, terpaksa la kami balik ke apartment dulu sebab kunci kat kami. Otw nak balik apartment memang kena tempuh pekan Brinchang yang tak berapa nak besar tu. Memang sesak sana sini coz malam minggu kan, ada pasar malam. Since abah pesan suh beli makanan, kami pun singgah la pasar malam ni. Parking memang susah nak jumpa la, penuh saja. Lastly, my hubby tunggu dalam kereta je..cuma aku, Insyirah, Evin, Azira je yang turun. 

Makanan yang dijual kat sini lebih kurang sama je macam pasar malam kat tempat lain..yang lain sket ada jual goreng2 - udang, sotong, brokoli & cendawan goreng (minat cendawan goreng yang halus2 tu..xtau nama cendawan apa..tapi ranguppp). Pastu jagung rebus or bakarnya sedapp.. jagung tu la spesial, isi dia tebal.. makan setongkol boleh kenyang..eh ye ke.haha. Oh ye, tak lupa jugak - stroberi coklat..spesial kat Cameron ni je jumpa. Selesai membeli, kami pun terus balik ke apartment..kesian kat abah & umi yang lama menunggu kat dalam kereta tu. Gambar kat pasar malam ni memang takde ambil pun..maklumla gelap, hujan plak tu..ermm takpela. Esok nak repeat pasar malam ni lagi kot. 

Siap makan malam dan solat, kitorang keluar merayap lagi. Kali ni ke arah Tanah Rata pulak. Kat sini banyak betul restoren @ tempat makan..dan yang bestnya tak crowded sangat macam kat Brinchang tu. Macam2 kedai makan ada..Starbucks pun ada. Biasalah situ penuh ngan mat saleh je. Memandangkan kami dah makan, so takdela pegi redah mana2 kedai makan. Cuma jalan2 cuci mata & masuk kedai2 jual souvenir & baju. Adalah jugak membeli walaupun tak banyak.. 

Esoknya sambung jalan2 lagi, kali ni ke arah Kg. Raja. Tempat pertama yang kami pergi adalah pasar kat area Tringkap.. ni dah penah pegi masa datang Cameron bulan Dec tahun lepas. so target kedai yang sama je. Kat sini kami memborong coklat, buah2 kering, jem & teh stroberi.. untuk diri sendiri dan jugak untuk family & kawan2 ofis hubby. Banyak jugakla membeli..ok puas hati, settle satu hal.





memborong ole2 kat sini.

Dari Tringkap, kami bergerak ke atas lagi (ke atas or ke bawah? bawah la patutnya.haha). Kali ni kami singgah pulak kat Cameron Valley Tea. Nak ambil gambar berlatar belakangkan ladang teh la katakan.. dan nak try minum teh kat sini. 



Menjelang tengahari, kami pun bergerak balik ke apartment. Sambil tu sempat singgah 2 tempat lagi. Ada saja yang nak dibeli kan..selagi ada kedai.hihi. Tak lupe tapau jugak nasi untuk lunch.. Pukul 2ptg+ macam tu, abah & umi gerak balik ke Taiping. Tinggalah kami berlima meneruskan percutian..babai atuk & nenek, nanti jumpa lagi ;-) Berehat2, petang tu lepas asar keluar lagi - repeat pasar malam Brinchang, sblom tu singgah makan waffle stroberi.




Dari pasar malam Brinchang, repeat plak pekan Tanah Rata. Mana lagi nak pegi pun kan..ulang2 itu je la. Bukan besar mana pun Cameron ni. Makan malam roti naan kat Restoran Sri Brinchang. Esok paginya nak gerak balik dah. Seronok & tenang je cuti2 kat sini..sejukkk.


dinner kat sini.

berseleranya dia makan ;-)


last day, 27.05.13
posing dulu sblom balik..tshirt cameron xlupa.hehe.

Balik dari Cameron, singgah drop hubby naik bas kat TBS plak coz dia xbleh cuti lama. Kami yang lain teruskan cuti2 ke rumah abang & kakak. Petang tu sempat plak menjalankan misi mencari monster burger kat Kamasara Maju, Taman Bendahara Kuala Selangor. Oklaa ;-)

Insyirah withs cousins & aunties.


Wednesday 12 June 2013

Cuti2 Malaysia ~ Melaka

Cutinya 2 minggu yang lepas, tapi baru hari ni datang mood nak menulis (menaip la actually kan). Okay, sempena cuti wesak+sekolah kali ni, kami telah bercuti2 Malaysia ke Melaka, seterusnya ke Cameron Highlands, pastu balik pulak rumah kakak & abang kat Tg. Karang n Kuala Selangor..waaa flatttt, penatnyaaa. Cuti kali ni bukan kami 1 family je, tapi adik2 ikut skali - Evin & Azira.
 Melaka..here we come ;-)

Jumaat 24.05.13, gerak dari rumah kami kat P.Gudang. Mula2 jemput adik2 dulu kat UTM, then dalam pukul 8pagi camtu terus shoot ke Melaka. yeayyy. Hujan mengiringi perjalanan kami ke Melaka..tapi alhamdulilah bila sampai sana, tak hujan dah. Lebih kurang pukul 11, kami pun sampai ke Ayer Keroh. Memandangkan waktu check in apartment yang kami sewa adalah pada pukul 2ptg, so kami pusing2 dulu bandar Melaka. Lokasi pertama yang kami terjah adalah - Jonker Walk.


Me & my sweetheart ;-)

Kedai pertama yang kami masuk adalah satu kedai ni.. Nama kedai tu Durian Cottage - jual makanan berasaskan durian la. Tart, pai, kek, aiskrim, durian ball dan macam2 lagi la. Since kami memang penggemar durian, wajiblah try 2-3 jenis makanan kat kedai tu. Dak tecit macam biasa, mintak aiskrim durian..sedapppp. Memang terasa durian, macam makan durian fresh gitu..i likeee.

Durian Cottage..macam2 ada.

ambil gambar jap sblom membeli.

sedapnya eskrem durian.

Okay, dari kedai ni..kami terus jalan2 lagi sepanjang Jonker Walk @ Jalan Hang Jebat ni (eh eh baru tau sebenarnya). Macam2 kedai ada - kedai souvenir, baju2, etc..tapi jangan cari kedai makan Melayu la..memang tak jumpa. Semua kedai makan yang kami lalu adalah kedai makanan cina @ non halal. Takpela, blom plan nak makan lunch pun lagi. So, cuma cuci2 mata dan ada la beli beberapa barang walaupun tak pasti sama ada diperlukan or tak..hehe. Biasala kalau jalan cuti2 camni, ada saja yang dibeli - beg, dompet, botol air + mainan Insyirah. Itu je pun, tak banyak yang menarik hati. 


Antara kedai2 yang ada di sepanjang Jonker Street.

Penat berjalan, kami pun patah balik ke kereta dan ambil keputusan untuk ke homestay yang telah ditempah awal beberapa bulan sblom ni.semangat kan. Homestay ni merupakan sebuah unit apartment tingkat bawah di Bandar Hilir. Memang strategik la tempat ni. Ambil kad akses dan kunci rumah dulu, pastu pegi carik lunch plak. Pusing punya pusing, rupa2nya semua kedai asam pedas kat Melaka ni bukak pukul 5ptg-5pagi..lunch xde.erkkk. Baru ku tahu. Akhirnya singgah je lama mana2 kedai makan yang bukak. Kami lunch kat satu kedai mamak. Kari Kepala Ikan apa ntah namanya..masakannya ok2 je..pedasss. 



kita lunch dulu okayy..lapar sudah.

Siap makan, terus ke homestay untuk berehat 2-3jam..Petang kang sambung berjalan Bandar Melaka.. Homestay ni ok la,ada 3bilik. Bleh muat  lebih daripada 5orang tetamu. Bilik 1st & 2nd ada queen bed & aircond, yang 3rd plak single bed+kipas je. Kami tak guna pun 3rd bilik tu. Selain tu, ada juga tv+astro, sofa, dapur & kelengkapan memasak, peti ais. Sesuai la kalau nak memasak ke apa..tapi kami tak pun..cuma masak air je.hihihi. Oh ya 1 lagi apartment kami duk ni bloknya ngam2 ngadap swimming pool..boleh la bawak dak tecit mandi kejap. Tu pun nape ntah, dia tak berapa minat nak mandi pulak hari tu.mood swing la tu.haha.


swimming pool opposite homestay kami je.


Homestay Bandar Warisan

Lepas puas tido & berehat kat homestay, petang tu kami pun pusing2 la Bandar Melaka yang tak berapa nak luas tu. Ingat nak naik beca tapi tak jadi sebab tak sempat. Prefer lagi nak naik Melaka Rivercruise.. target nak naik menjelang senja.. so dpt naik masa hari masih cerah dan dah gelap ;-) Sebelum naik cruise, ambik2 gambar dulu la, macam biasa.   


with Evin & Insyirah.


kincir air.

tempat beli tiket river cruise.

Ticket untuk naik rivercruise harganya RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak2.murah je pun. Naik cruise dalam pukul 6.45ptg dan turun pukul 7.30mlm.. total lebih kurang 45minit la untuk perjalanan ulang alik. Masa dalam cruise tu baru perasan ada monorail kat laluan yang sama.. cuma monorail tu kat atas la kan, cruise dalam air..itu pun nak bagitau ke.apalaa.






gambar2 dalam river cruise.

Turun dari cruise, singgah plak beli dodol panas.. sedapp. Tak sangka plak Insyirah suka..siap beli untuk makan panas dan yang sejuk & dibungkus kecik2 (individual pack tu la..senang nak makan)..beli untuk Abah. My dad memang peminat dodol pun..so wajib belikan untuk dia ;-) Harga sebekas RM10 utk yang panas & RM12 utk yang bungkus kecik2 tu..



dodol panas! dodol panas!

Dari Melaka Rivercruise, kami bergerak ke Dataran Pahlawan plak. Takde apa yang menarik, cuma lepak2 je kat situ & masuk mall. Kat sana, sempat singgah makan eskrem Tutti Frutti..dak tecit nak sangat..eh eh macamla kat P.Gudang @ JB  xbleh makan kan..layankan saja. Masa tu plak promo sempena anniversary TF, 100g cuma RM4.77, biasanya RM5.30 kot..lupa plak. Yang bestnya ada flavor durian & horlicks, so kami pun try la..sedapp.


Dataran Pahlawan

Selesai melepak, kami ke destinasi seterusnya - Asam Pedas Kota Laksamana. Kedai ni ramai yang rekemen, so kami pun try la.. Memang ramai pelanggan kat kedai tu. Kami pun order 3macam asam pedas - tetel, ikan pari & ikan mayong. Okla,sedap..cuma tak macam yang aku expect..kuahnya cair je. Ingatkan asam pedas Melaka ni pekat..bukan ye? hehe..ni lebih kurang mcm asam pedas kat Muar je.



jom makan ;-)

Kekenyangan makan nasi+asam pedas, kami pun balikla ke homestay.. Rehat la,esok pagi2 nak check out..pastu terus nak gerak ke Cameron Highlands. Ok, selesai cuti2 di Melaka kali ni. Lain kali boleh repeat lagi..bleh la singgah bila otw balik Selangor dr Johor kan.. My hubby sibuk nak try makan kat Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant.  Aku plak nak beli dodol lagi..n frigde magnet jugak..aritu lupa beli.hihi. macamla tak boleh kirim adik yang blaja kat Melaka tu je kan.


ntah berapa kali ntah lalu depan ni.
pusing2 akan lalu sini jugak. kecik je Bandar Melaka.

Babai Melaka, next time kami singgah okayy.