Thursday 23 October 2014

Happy 5th Birthday, Insyirah Syaza !

Birthday nya dah 2 minggu lepas, tapi baru hari ni ibu nak type entry ni. 7 Oktober 2014, genap umur kakak 5 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka dah 5 tahun jadi ibu. Masih teringat2 kenangan masa nak bersalin kali pertama. Sakit kena induce & masa nak memeran lahirkan baby serta merta hilang bila nurse letak baby kat dada. Syukur alhamdulilah berpeluang menjadi isteri & ibu. *syahdu*

Sempena 5th birthday ni kakak dah pandai request birthday cake macam mana yang dia nak. Kalau dulu ibu yang pilih, kali ni dia yang nak pilih sendiri. Okla kakak, apa saja untukmu. Since skang ni demam Frozen masih belum kebah, kakak Insyirah pun request nak tema Frozen. Nak cupcakes Frozen katanya, tak nak yang lain.

Ok, demi memenuhi hajat si anak.. aku pun mula la meng'contact' sorang akak ni, June namanya. Dah pernah order kek birthday masa Insyirah 3 tahun tapi masa tu order kek edible image gambar Insyirah with Boboiboy & Yaya. Setelah ber'whatsapp', kitorang pun setuju nak deal. Haha.macam nak order apa je, kek je pun kan. So terus confirm order 25pcs cupcakes, RM4 each..so total sume RM100.. yeayy anak & ibu both excited ;-)

inilah dia.. cupcakes edible image Frozen katanya.. mix ngan gambar kakak & wording skali.

day 1 - 071009, Klang,Selangor

So masa birthday kakak 7 October tu dia celebrate ngan kawan2 kat skul.. sama macam masa 3 & 4 tahun. Ibu bawakkan kuetiaw & nuget goreng je untuk kakak & friends. Sambutan harijadi kecil-kecilan je pun. Yang penting kakak happy. Gambar2 asyik lupa nak mintak kat teacher, next week la ibu mintakkan ye kakak ;-)

bekas untuk goodies. just tepek sticker kakak+elsa frozen.

Semoga anak ibu dan ayah - Insyirah Syaza sihat selalu dan membesar dengan baik. Semoga berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.. menjadi anak yang akan mendoakan ibu dan ayah kelak. Aminnn.

hepi dapat surat.. rupa2nya birthday card.

happy birthday dear!

takde kaitan. saja letak gambar adik kesayangan kakak ni plak ;-)

Tuesday 21 October 2014

Groceries Shopping @ Mydin Mall Taman Rinting

Mydin Mall kat Taman Rinting, Pasir Gudang ni dah dibuka sejak end June 2014, masa dekat nak puasa ari tu. Tapi kitorang 1 family cuma berkesempatan nak pegi sana pada minggu kedua raya. Okla tu kan, kalau pegi awal2 masa baru buka tu mau ramai sangat manusia kat sana kan.


kakak posing dulu before masuk

Sejak 1st time pegi tu aku terus berkenan kat Mydin ni sebab variety kat bahagian groceries. Sayur2 dan buah2an yang jarang or memang takde dijual kat pasaraya lain pun ada kat Mydin. Especially buah2an untuk si kecik hensemku macam buah avocado, aprikot, peach dan juga plum. Avocado setakat ni kalau kat Pasir Gudang memang tak pernah jumpa lagi ada jual.

Skang ni dah jadi rutin. Every weekend mesti pegi shopping groceries kat Mydin Mall. Memang convenient sangat bawak 1 baby & 1 kid kat sana instead of beli kat market or kedai2 kecik. Bila shopping kat mall macam ni mudah nak bawak stroller or buggy since aku jenis tak reti nak ber 'ring sling' or baby carrier. Nak2 lagi my hubby mmg slalu takde, asyik keje overseas, memang kena sangat2 berdikari. Alhamdulilah si kakak memang boleh diharap untuk jaga dan temankan adik sementara ibu nak pilih barang.


adik buat aktiviti isap jari kaki sementara tunggu ibu ;-)

Baby room pun sangat selesa dan luas. Bukan setakat ada tempat untuk changing diaper dan kerusi untuk breastfeed baby, dalam tu ada juga toilet for kids. So sambil ibu breastfeed adik, kakak bleh masuk toilet sendiri. Surau plak sebelah baby room tu je, tapi blom penah solat kat situ coz slalu pegi shopping in the morning je.


hasil sopingan untuk seminggu


siap menyusu terlena plak dia.comeyy.

Siap shopping terus lunch kat foodcourt. Nasi kandar & nasi beriani kat kedai mamak dalam tu memang sedap, every time pegi mesti nak makan ;-) Nasi Kandar Padang Kota namanya, so xpayah sibuk2 nak pegi Penang lagi dah kalau nak makan nasi kandar.hihi. Kat kawasan foodcourt tu jugak ada disediakan indoor playground yang simple. So biasanya lepas makan kakak mesti akan main kat situ at least for 15minutes before balik rumah.


masa ni kali ke 3 ke Mydin, ibu try rojak plak.pedasss gila.kakak xmau makan.


ada je pilihan lain.so orderkan steamboat untuk kakak.


elok plak adik masih lena masa ibu & kakak nak makan.


okayy dah bangun, turn adik plak nak mamam ;-)


Siap shopping, lunch & kakak main.. apa lagi, balik rumah la ye.


ni antara stok makanan for my baby. meriahhh ~ eh macam nama kad Mydin la plak.hihi.