Tuesday 29 October 2013

Sewing Machine for Beginner - Global GSM-505

Niat nak menjahit sendiri memang dah lama ada. Tapi asyik tertangguh je. Tiap kali nak jahit langsir rumah or sarung bantal, abah la jadi mangsa yang kena jahit bagi pihak aku. Terbaru, nak jahit sarung bantal n sarung tilam untuk baby. Ermm ermm i am currently 26 weeks pregnant ;-) Ish ish tak boleh jadi ni. Kena cuba jahit sendiri jugak. Takkan selamanya nak mintak abah tolong jahitkan. Memandangkan mesin jahit pun takde kat rumah, so misi pertama adalah untuk survey dan beli mesin jahit. Semestinya nak mesin jahit yang mudah digunakan untuk beginner macam aku ni. 

Setelah duk google2, terjumpa plak website Lazada yang ada menjual a few type of mesin jahit. Terberkenan kat portable sewing machine ni, brand Global, model GSM-505. Baca review orang yang dah beli n try mesin ni pun nampaknya ok. So tanpa berlengah lagi, terus la order. Harga RM169, tapi disebabkan aku register newsletter Lazada, dapatla baucer RM10 yang boleh terus digunakan. So, just bayar RM159 sahaja..murah kan. Kat Tesco katanya ada jugak jual n lebih murah, tapi takpela..lebih mudah beli online.hehe. Oooo ya kat Lazada ni kita bleh pilih sama ada nak COD (cash on delivery) or bayar pakai credit card..tak pun online banking. As usual, aku lebih suka bayar guna online banking je. Dah biasa shopping online gitu. 

Selepas order n bayar, 2 hari lepas tu Lazada pun hantar email untuk notify yang barang sudah di pos. Esoknya sampailah ke tanganku, sent by GDex Courier. Kecik comey je mesinnya. Dalam kotak sewing machine tu consist of : mesin jahit la of cos, foot pedal, adapter, sekoci 3pcs, benang 3pcs, jarum 2pcs dan tak lupa juga user manual. Sekoci, benang n jarum 1set dah siap terpasang kat mesin. So dah boleh terus testing menjahit. Apa lagi, cuba la try test menjahit guna mesin ni. Memang mudah dan senang sangat nak guna, so far aku berpuashati. Jahitannya pun boleh tahan, kukuh dan kemas je. Yela, setakat jahit sarung bantal n tilam tu apalah sangat kan. Jahit yang tebal2 maybe tak boleh la. Belum try lagi. Selain daripada guna elektrik, mesin jahit ni boleh juga guna 4pcs bateri size AA untuk beroperasi.

Warranty yang diberi oleh pihak Global adalah selama setahun. Boleh pos kad warranty ke alamat yang diberi or register online je dalam masa 10hari dari tarikh beli@invoice. My hubby dah tolong register kan warranty tu online. Tengkiu b ;-) 

yeayyy.inilah dia mesinnya

contoh jahitan.okla, not bad.

Insyirah verangannn jadi baby.hihi.

siap 4 sarung bantal, 2 sarung tilam

Okay, 1st trial dah berjaya..so next bleh cuba jahit yang lain plak. Alas meja ke, langsir ke. Eh eh langsir agak tebal kot..xtau bleh jahit ke tak guna mesin comey lote ni.hihi. Takpe, will try later ;-)

2nd set sarung bantal & tilam.
mcm biasa kakak nak enterprem ;-)