Sunday 27 January 2013

KL - K.Sngor - T.Karang

Tujuan kami ke KL kali bukanlah kerana makan angin, tapi sebab follow hubby yang ada urusan kerja kat Solaris Dutamas pada esok harinya, Jumaat 18 Jan 2013. Bertolak dari rumah P.Gudang selepas maghrib, hampir pukul 8malam jugak la. Lebih kurang 4jam perjalanan, akhirnya kami sampai di hotel yang telah di booking oleh hubby di website booking.com sejak seminggu lepas. Hotel pilihan kami kali ni adalah Lotus Hotel. Sebab apa pilih hotel ni? sebabnya... hotel ni terletak kat Jalan Masjid India. Jalan kaki dalam 200meter je dah sampai LRT Station Masjid Jamek. haaa sangat strategik kan.

Sampai hotel je terusss tido. Emm sebenarnya tak la terus tido sangat sebab si tecit sibuk nak bercerita itu ini. Sebabnya dia dah segarrr coz dah tido dalam kereta tadi. ish ish. layankan saja, sampaila tertido.


Not bad la hotel ni. Facility macam biasa la, tak perlu nak diceritakan sangat - tv,aircon,water heater,cerek,seterika semua ada. Kelebihannya size katil adalah king size, bukan queen. Rate untuk bilik ni termasuk tax dalam RM150/nite. Breakfast tidak disediakan kat hotel ni, tapi kita akan diberi kupon breakfast untuk digunakan kat restoren terdekat. Best jugakk, just nice ;-)



tido la wahai anak. ibu n ayah dh ngantuk sgt.hehe.

Esoknya, lepas breakfast, hubby pun gerak ke Solaris Dutamas. Aku & Insyirah lepak2 je kat hotel smp kul 10 pagi, then baru check out. Okay, plan hari ni adalah untuk membawa si tecit naik lrt for d 2nd time. Last year on March, dah pernah bawak skali..tapi masa tu naik komuter dari UKM sampai ke KL Sentral, pastu ke Pasar Seni (Central Market) je.

yeayy nak naik lrt.jom jom.

Harga ticket dari LRT Station Masjid Jamek ke KLCC adalah RM1.70, kanak2 bwh 6tahun free saja. Pukul 10pagi, ingatkan dah tak ramai la orang dalam train. Tapi rupanya, samaaa je..padatt. Ciannya anak ibu kena berdiri jugak. Nasib baikla tak jauh, cuma selang 2 station saja.hehe.tak sempat nak penat pun. Kurang 10minit, sampaila kami ke LRT Station KLCC.

dah sampai..bergambar jap.

Jalan2 kat Suria KLCC sejam dua, masuk Kinokuniya jap - beli magazine untuk dak tecit. Around 12.30 macam tu, hubby datang jemput. Terus gerak ke Kuala Selangor, rumah abang. Otw ke sana, singgah plak lunch kat Cendol Bakar Assam Jawa. Kat sini bukan hanya cendol, tapi ada a few gerai yang jual rojak, nasi ayam, etc. 

inilah dia rojak king + cendol bakar.

Insyirah dgn Abg Ikmal, sepupu dia laaa. 

Sabtu 19 Jan - kat Tg. Karang plak. 


Ahad 20 Jan 2013, kami gerak balik ke P.Gudang semula. Sekejap je balik Kuala Selangor & Tg. Karang kali ni. Maklumla, ini pun kiranya sambil menyelam, minum air.. so takde jalan ke mana sangat pun. Dapat jumpa family sekejap pun jadila, buat lepas rindu.hihi. Next time kami balik lagi ye. tunggu tau ;-)


No comments:

Post a Comment