Monday 29 June 2015

Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu, Sabah (Day 5&6)

Day 5 - 31 May 2015

Bangun pagi ni both ibu dan kakak dah semakin sihat, so hopefully takde dah episod muntah-muntah or sakit kepala. Aktiviti hari kelima ni adalah island hopping. My hubby kata bukan island hopping namanya sebab cuma pergi satu pulau saja.haha. Whatever la, janji dapat experience bawak anak-anak naik boat dan pergi ke pulau. Kitorang memilih untuk ke Pulau Manukan. Pulau-pulau lain yang ada kat sana ialah Pulau Mamutik, Sapi, Sulug dan Gaya.

Around 9.30pagi kitorang keluar dari hotel untuk ke Jesselton Point Jetty. Sampai sana, lama jugalah menunggu my hubby carik parking cos almost semua tempat dah penuh. Lepas lebih 10minit barulah my hubby muncul dan kitorang pun terus ke kaunter untuk beli tiket. Kaunter no 5 - Borneo Ferry Tours & Travel jadi pilihan hati. Kitorang cuma nak ke Pulau Manukan saja dengan total bayaran RM85 untuk 2 dewasa dan seorang kanak-kanak, baby free saja.

sementara tunggu ayah parking kereta, buat-buat comel pulak.

beli tiket dulu.

Lepas beli tiket, terus bergerak ke jeti untuk next boat trip pada pukul 10pagi. Sebuah boat tu boleh memuatkan maksimum 20orang dalam satu trip. Dak tecit mula-mula nangis sebab tak suka dipakaikan life jacket tu, tapi lama-lama dia senyap. Kena angin kuat pulak, terus layu dan tertido dalam boat.hehe. Kakak pulak ok dan steady saja, nasib baik dia tak takut :-p Sebelum ke Pulau Manukan, boat tu singgah turunkan orang kat Pulau Mamutik kejap. Total masa perjalanan ke Pulau Manukan aku tak pasti plak sebab tak tengok jam, tapi takdelah lama mana. Lebih kurang 20minit je dah sampai coz pulau ni takdelah jauh dari tanah besar. 

nanges pulakkk.

lama-lama layu pastu zzzz.

steady je kakak.good 😊

Sampai jeti Pulau Manukan, 1st skali kena tunjuk tiket dan bayar untuk bayaran masuk berharga RM3 per pax. Kalau kita pergi lebih dari satu pulau, simpan tiket tu dan boleh digunakan untuk masuk ke pulau lain juga. Pulau Manukan ni lengkap dengan kemudahan tandas, kedai souvenir, mini mart, kedai makanan dan ada chalet juga bagi yang nak bermalam kat sana. Bangku dan meja sepanjang tepi pantai pun banyak disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

apa-apapun, kita amik gambar dulu.
motip sume pakai tshirt aussie?

jom berendam.

syok je bersantai kat sini.

Aktiviti kat pulau ni dah tentunya mandi dan layan kakak main buat istana pasir. Duduk tepi pantai sambil makan memang syok dan rasa relaks je. Dalam pukul 12.15tengahari, kitorang pun pergi mandi bersih kat tempat mandi yang disediakan sebelum berkumpul semula kat jeti untuk next boat trip pukul 1petang. Tak lama menunggu, boat dari Borneo Ferry Tours & Travel pun sampai tapi jumlah penumpang cuma separuh boat je. So dari sana, boat singgah ambil penumpang kat Pulau Sapi pulak. So aku assume kitorang dah 'pergi' 3 buah pulau la on that day, haha. Dari Pulau Sapi barulah boat bergerak ke Jesselton Point Jetty. Dalam pukul 1.35petang sampailah kitorang kat jeti tu. Aktiviti wajib of cos lah ambil gambar sebelum balik ke bilik hotel. My hubby keluar pulak tapau lunch kat restoren ayam goreng ala-la KFC, namanya Borenos. Kat Sabah ni aku request kat my hubby nak makan KFC tak dilayan pun. Katanya setakat KFC kat Johor boleh je makan,uwaaa tapi nak butter garlic.. camne?? :-p

tengah tunggu boat.

nak sampai tanah besar dah.

dah sampai.

panas terik masa ni.

Inilah dia, Borenos. eh eh tangan tecit sape tu :-p

Siap makan dan solat, rehat kat bilik hotel sampailah lepas asar. Pukul 5+ barulah kitorang keluar semula. Plan petang tu nak repeat Pasar Filipina, nak beli lagi tambahan brooch mutiara untuk ole-ole. Plus nak try makan kat gerai area sana plak, semalam dah makan kat Dataran Todak kan. 

pilih jangan tak pilih.

pasar buah, takbeli pun.tak dan nak makan.

My review pasal gerai makanan kat Pasar Filipina adalah biasa-biasa saja. Takdelah menarik sangat, makanan pun biasa ke. Memang banyak seafood tapi aku tak minat jenis yang dah masak dan longgok siap-siap tu. Lebih suka yang fresh, order baru masak. So malam tu takde pun makan seafood. Cuma order bakso, nasi goreng dan murtabak jawa je. Kakak pulak cuma nak burger ayam je, simple sungguh. Murtabak jawa tu intinya lebih kepada sayur je, pastu murtabak tu digoreng dalam minyak yang banyak. Kalau kat Semenanjung kan goreng minyak sket macam roti canai tu kan. So itulah bezanya which is pada aku best murtabak biasa lagi :-p Bakso plak aku tak makan tapi my hubby kata takde rasa, plain je. Sedap lagi aku masak katanya, haha.

Siap makan kat gerai area Pasar Filipina tu ingat nak balik hotel tapi masih awal lagi. So aku ajak pergi ke Rock Shop (Hard Rock) yang terletak dalam mall yang agak baru juga, namanya Oceanus Waterfront Mall. Mall ni terletak opppsite je dengan Marina Court Apartment. Asalnya dulu nak stay kat apartment ni sebab untuk Sime Darby ada unit apartment kat situ. Staff boleh sewa dengan kadar yang cukup murah. Tapi timing plak tak kena, masa kitorang tu tengah close sebab apa ntah. Takpela takde rezeki nak duduk situ.

Dari Pasar Filipina nak ke Oceanus Waterfront Mall tu takdela jauh tapi since kena u-turn kat roundabout bagai, dalam 15minit jugakla baru sampai. Sampai sana terus bawak kakak & adik ke Rock Shop kononnya nak beli tshirt adik. Oooo baru tau untuk boboy cuma ada design klasik Hard Rock Cafe (HRC) tu saja, kaler plak hitam ngan putih je. Alaaaa terus tak jadi beli sebab simple sangat. Kalau untuk gegirl cantik-cantik ada kaler purple. Sian kan boboy, takpela dulu dah ada sehelai romper HRC Mumbai kaler kelabu tu jadilaaaa daripada takde.

tak beli apa pun kat sini.

Dari Rock Shop, bawak pulak anak-anak ke kedai toys - Tomica. Lama jugak duk dalam ni sebab ada disediakan tempat untuk budak-budak main for free. Tapi faham-faham sendirilah ye, takkan nak main sampai muntah plak. Max 30minutes pun dah cukup lama dah tu. 

Irsyad khusyuk main kat sini.

Waaa besar gedabak. 

Ni jual asing. So boleh je beli dan create sendiri besar mana nak buat.

Dari kedai Tomica, masuk plak kedai kasut jelly - Jelly Bunny namanya. Beli kasut ibu ngan kakak jap, pastu terus balik hotel untuk rehat dan tido. Settle itinerary malam terakhir kat KK. Esoknya dah last day, takde plan apa sangat untuk esok. Cuma nak pergi pasar tani area hotel dan lepak kat mana-mana mall sebelum sampai masa nak ke airport.

yeayy kasut jelly kakak & ibu :-p

Kakak excited nauuu.

-----------------------------------------------

Day 6 - 1 June 2015

Bangun pagi Isnin tu tak tau lah kenapa, aku sakit kepala yang amat sangat plus tak sedap badan, muntah-muntah datang balik. Dugaan betullah cuti kali ni, apapun aku lebih rela ibu yang tak sihat berbanding anak. So last day KK ni aku takde nak update apa sangat. Lepas breakfast terus check out hotel lepastu lepak jap kat Suria Sabah ke apa nama mall yang terdekat dengan jetty tu. Tak lama pun kat sana sebab anak-anak bosan takde indoor playground. So terus ke Tanjung Aru lepak-lepak tepi pantai sambil makan lunch sampailah pukul 2 terus ke airport untuk return kereta sewa. Lepastu solat dan terus check in, flight boarding 5.25petang dan touch down Senai jam 8.50malam. Dari Senai macam biasa uncle teksi hari tu jugak datang jemput. Sampai rumah terus padammm, ibu flat habis sebab asyik muntah.uwaaa.  Apapun syukur alhamdulillah dah sampai rumah dengan selamat. 

Gambar day 6 at KK takde sebab ibu asyik muntah, tak lalu nak amik gambar.haha. Ni gambar kat Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam, seminggu lepas balik KK.

Yam basket kat HOMST Seksyen 13 Shah Alam. Asalnya nak makan kat KK tapi tak jadi sebab was was, kedai yang direkemen Chinese Muslim nampak macam tak muslim je.hihuuu.

Ok, last sekali nak update summary perbelanjaan sepanjang kat KK. Memang selalu aku akan list down tapi kali ni tak berapa nak tepat sebab macam tak rajin nak record. Faktor kesihatan yang menyumbang kepada takde mood dan kemalasan.hihuuu.

Ticket AA + add on = RM579
Sewa kereta 5days = RM500
Petrol = RM110
Kiram Village 2nites (Kundasang) = RM185
Hii-5 Hotel 3nites (KK) = RM444
Ole-ole makanan = RM320
Ole-ole tshirt, brooch, etc = RM200 
Kasut jelly = RM90
Entry ticket = RM40
Island hopping = RM97
Makan (estimate) = RM450

Grand Total = RM3,015

Waaa banyak jugak total kos ke KK ni, add lagi RM600 dah boleh sama dengan kos jelajah semenanjung kitorang tahun lepas. Itu dapat cover 10 negeri & 2 wilayah persekutuan berbanding trip kali ni cuma 1 negeri :-p Nak buat macam mana kan, bukan boleh ke Sabah naik kereta dari Johor.hihi. Memang kena naik flight, dan tambang flight saja dah RM579, tambah plak sewa kereta RM500. So memang banyak kos kat situ. Airasia ticket tu dibeli masa promo setahun awal RM39 + RM49 per way tapi bila dah add on infant, seat selection, meal dan baggage pun dah jadi mahal. Its ok, next year untuk cuti sekolah mid year aku ingat nak cuti-cuti dalam semenanjung je. Takde ke overseas macam 2012 (Bandung) dan 2014 (Perth) or Sabah (2015) Sarawak (2010) sebab both dah pernah pergi. So tak perlu nak naik flight. Maybe boleh pertimbangkan road trip ke pantai Timur sebab tahun lepas banjir tak dapat lagi nak ke Kelantan. Apapun kena plan itinerary dan buat budget dulu sebelum nak pergi sana. Cuti sekolah mid year tahun depan rasanya dah start puasa or dah dekat sangat ngan puasa, so maybe plan cuti-cuti ni bleh bawak ke depan masa ke cuti sekolah bulan 3. Ok, tengok macam mana nanti. Setakat umur kakak 6thn dah pergi semua negeri kat Malaysia kecuali Kelantan, adik plak 1thn 4bln dah jejak semua kecuali Kelantan dan Sarawak.. Alhamdulillah, kecik-kecik lagi dah banyak travel :-)

Wednesday 24 June 2015

Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu, Sabah (Day 3&4)

Day 3 - 29 May 2015 

Hari ketiga, kitorang plan untuk check out seawal pukul 8pagi. Selepas check out, as usual aktiviti bergambar kat kawasan sekitar Kiram Village. Breakfast nanti akan singgah kat Pekan Kundasang je. Sayangnya aku masih tak sihat plus muntah-muntah pulak tu. Kalau tak, mesti semangat nak jalan-jalan dan tengok pilihan makanan kat pasar pagi kat Kundasang tu. Banyak sungguh gerai kat sana tapi aku tak mampu nak turun. Cuma my hubby je turun tapaukan kuih dan bihun goreng. Tu pun lepas jamah sikit, keluar balik apa yang dimakan. uwaaa. Bengkak susu masih tak reda lagi, memang boleh buat spoil mood semua la.

bye2 mushroom room.

pukul 7.30pagi dah cerah

cantik chalet ni.

Dari Pekan Kundasang, ajak hubby singgah kat Kinabalu Park untuk amik gambar. Bayaran masuk ke Kinabalu Park tu RM3 untuk seorang dewasa. Sayang sekali aku lupa nak update intinerary nak pergi kat Timpohon Gate, tempat 1st check point untuk pendaki yang nak panjat Gunung Kinabalu. So sampai sana terpinga-pinga tak tau kat mana arah nak ke Timpohon Gate tu. Since aku pun masih pening-pening dan tak sihat, so malas nak pikir terus cancel je. Cuma kakak je amik gambar kat luar pintu masuk Kinabalu Park. Cehhh kalau macamtu tak payah bayar RM3 pun dah boleh.

amik gambar kat sini sudahlah.

ni kat tepi jalan je.

Sampai kat Pekan Nabalu, my hubby tanya either nak singgah or tak. Since aku masih tak larat, so tak jadi singgah. Terus je ke Tamparuli, plan nak ke Rumah Terbalik. Dalam pukul 10pagi, kitorang pun sampai kat sana. Bayaran masuk RM10.60 untuk dewasa dan RM5.30 untuk kanak-kanak, semua harga after gst. Rumah Terbalik Tamparuli ni merupakan rumah terbalik pertama kat Asia Tenggara dan Malaysia setakat tahun 2012. Tapi sekarang ni kat Melaka pun dah ada rumah terbalik macam ni.

Selain rumah terbalik, ada juga 3d museum kat situ tapi kitorang tak masuk pun. Harga untuk ke 3d museum tu RM30 untuk seorang dewasa which is pada aku mahal :-p Takpela, 3d museum dah pernah pergi kat Penang last year. Selepas beli tiket, kitorang pun amik gambar kat luar rumah terbalik tu sementara tunggu queue untuk masuk dalam rumah. Ye, kena queue cos skali masuk cuma dalam group less than 15orang saja. Rumah terbalik tu pun bukanlah besar mana. 

posing jap sblom beli tiket. kakak nak silang kaki katanya, layann.

ok dah sampai sini 😊

Dalam rumah terbalik tu semua benda diletakkan terbalik kecuali aircond :-p Siap ada staff yang brief tentang sejarah dan info tentang rumah tu. Tak dibenarkan ambil gambar dalam rumah terbalik tu sebab nak jaga nilai eksklusif la lebih kurang. Means hanya orang yang pernah masuk ke situ saja yang tahu apa ada dalam rumah tu. Yang tak pernah masuk takboleh tengok melalui gambar ke apa, kena datang sendiri :-)

Selepas keluar dari rumah terbalik, yang kat luar semua boleh amik gambar. Mula dengan gong kat tangga rumah, pastu yang paling femes kereta terbalik. Kat luar rumah terbalik tu juga ada cafe dan kedai souvenir tapi kitorang tak beli apa2 pun melainkan kakak sibuk nak makan aiskrim, so layankan la sekejap. 

gong, kakak baru tau benda tu namanya gong.

plat kereta JDX, penghuni yang digambarkan dalam cerita tentang rumah ni dulu kerja kat Johor katanya.

kat tandas pun nak bergambar jugak ke?

last sebelum balik.

Settle sudah lawatan ke rumah terbalik, next itinerary akan terus ke bandar KK. Cadangnya nak ronda-ronda sekitar bandar sebelum check in hotel tapi rupanya jem teruk menghala ke bandar dari arah jalan Tuaran tu. Huuu bercinta sungguh nak sampai ke bandar. Finally dalam pukul 1.30petang baru sampai KK dan decide untuk terus check in hotel. Lunch pun my hubby tapau dan makan dalam bilik je cos masing-masing kepenatan. 

Hotel yang kitorang duduk tu namanya Hii-5 Hotel, as usual hotel budget sederhana tapi selesa dan strategik location nya. Tempat makan dan kedai serbaneka macam 7E (namanya Orange) pun dekat sangat ngan hotel. Bilik kitorang ada 2 queen bed dan size pun boleh tahan besar. Hotel tu ada lift jugak, tapi kitorang dapat bilik kat ground floor je so xdela guna lift pun :-p Harga untuk 3malam RM444, kira ok sangatlah. Lepas makan dan solat kat bilik hotel, rehat dan tidurlah kejap. Lewat petang baru keluar, plan nya nak try lokan dan kelapa bakar kat Jalan Sepanggar berdekatan Politeknik KK.

Keluar dari hotel dalam pukul 6petang, sampai kat area tempat makan lokan tu dalam 730malam. Fuyooo lama kan, sebabnya jalan jem la.  Ok, sebelum ni aku sendiri tak  pernah terbaca tentang keadaan trafik kat bandar KK. So kat sini aku nak share yang kat KK ni banyak sangat guna roundabout, flyover sangat-sangat kurang. Jalan dari KK menghala ke UMS tu saja rasanya hampir 10 roundabout kot kena tempuh, pastu berakhir dengan traffic light. Memang trafik sangat slow dan kena queue lama untuk lepas dari traffic light UMS tu. Bila dah lepas yang tu, barulah ok dan boleh tarik nafas lega. Huh, nasib baik itinerary hari seterusnya kitorang tak lalu jalan situ dah. Memang tak sanggup la nak tempuh jem dalam pada tengah bercuti ni.

Sampai kat area tempat makan lokan tu rupa-rupanya berderet-deret gerai yang menjual menu yang sama. Tak pasti pukul berapa diorang mula beroperasi tapi masa kitorang sampai tu kebanyakan gerai dah nak tutup. Tapi still ada gerai yang masih bukak, so kitorang pun redah je la yang mana available. Alhamdulillah rezeki hari tu dapatlah makan lokan bakar yang banyak diperkatakan kat blog. Kitorang order lokan bakar set yang besar (RM12) dengan nasi goreng seafood dan juga nasi goteng pattaya. Ok, sedap masakan  kat situ dan lokan bakar tu pun best. Lokan tu dah digaul isinya dengan rempah macam perapan sate (serai, lengkuas, bawang2,etc) sebelum dibakar. So rasanya memang sedaplah, berbaloi datang semata nak makan lokan.hehe. Air kelapa bakar tu macam biasa je, sedap juga tapi kitorang dah biasa minum kat Plentong, Pasir Gudang kat tempat kitorang :-p

alaaa kedai ni dah tutup, muka hampa.haha.

sedap.

gaya je lebih tapi mana dapat tu kalau straw pun tak cecah dalam kelapa tu :-p

Style kat Sabah ni, kalau kat kedai makan mesti ada set cuka, kicap dan sos@sambal atas meja. Sila adjust makanan ikut suka anda.

Selesai makan, kitorang pun balik ke bandar semula. Kali ni ok sket sebab gps tunjuk laluan yang lain sket. So kurang roundabout dan kurang jem. Dalam less than an hour dah bleh sampai area hotel. Plan asal nak pergi mendobi baju kat Cleanpro tapi since ramai orang, my hubby kata takpe nanti malam sket dia pergi sorang2. Terima kasih banyak2 b, skang ni kalau pergi bercuti mesti tugas mendobi ni dia yang settle kan. Bukan apa, kalau tak mendobi kang banyak sangat baju kotor. Plus haritu kan pergi mandi kat hotspring, ada baju lembab memang kena uruskan segera tu. Balik bilik hotel, rehat tengok tv pastu tidur. Ooo ye, sebelum tu sempat bawak kakak pergi beli sayap (kepak) bakar kat gerai berdekatan. Haaa kan dah cakap lokasi hotel tu memang strategik, semua bleh dapat cuma by walking distance saja. Settle itinerary day 3, esok sambung lagi.

-------------------------------------------

Day 4 - 30 May 2015

Bangun pagi hari keempat ingatkan dah elok la tahap kesihatanku tapi rupanya blom ok lagi walaupun bengkak susu dah semakin kurang. Kepala pulak sakit yang amat sangat sampai rasa nak bangun pun malas. Tapi dah namanya pergi bercuti, takkan nak tidur or terbaring je kat bilik kan. So cubalah gagahkan diri jugak untuk pergi berjalan, hopefully makin sihat nanti. Konon plan semalam pagi hari keempat nak jalan-jalan beli breakfast kat pasar tani dekat hotel kitorang duduk ni tapi cancel. My hubby je yang pergi sorang-sorang tapau makanan. Tapak pasar tani ni adalah tempat yang sama kitorang beli kepak madu malam sebelum tu. Sebelah malam setiap hari akan jadi tapak gerai pelbagai jenis makanan, sebelah pagi setiap Isnin, Rabu dan Sabtu pulak ada pasar tani dari 6pagi sampai 12tengahari.

Siap bersarapan kat bilik hotel, kitorang pun keluar ke area Pasar Filipina. Kat KK ni almost everyday breakfast tapau nasi lemak sebab yang lain macam agak kurang menepati selera kitorang. Aduii jemu plak hari-hari nasi lemak, balik dari KK nanti aku nak 'pantang' nasi lemak la selama 1-2bulan, haha over. 

Pasar Filipina atau pasar kraftangan ni terletak dalam less than 3km je dari hotel yang kitorang duduk tu tapi sebab kena tempuh roundabout bagai, dalam 15-20minit jugaklah baru sampai. Pasar Filipina ni terletak sederet dengan pasar lain, bermula dengan pasar menjual sayur-sayuran ; makanan seperti kerepek, amplang, kuih cincin,etc ; ikan kering, belacan,lain-lain makanan laut kering dan buah-buahan. Pasar Filipina ada menjual macam-macam jenis souvenir : tshirt, kraftangan, mutiara dan macam-macam lagilah. Selepas Pasar Filipina plak ada satu lagi bangunan yang kitorang tak masuk iaitu Pasar Besar Filipina. Tengok dari luar, apa yang dijual kat dalam tu lebih kurang dengan apa yang dijual kat pasar yang sebelum Pasar Filipina tu jugak. 

Keadaan kat kawasan pasar tu memang super sesak masa kitorang sampai tu. Parking semua penuh tapi alhamdulillah rezeki pagi tu kebetulan ada kereta nak keluar masa kitorang sampai, so dapatlah parking. Mula-mula sampai terus ke tempat jual makanan yang nak dibeli sebagai ole-ole. Memang dah list kan siap-siap apa dan berapa yang nak dibeli untuk family dan kawan-kawan. 

Irsyad sibuk nak pilih jajan ada otomen, kakak tengok je.

beli kat 1 gerai je senang, sume jual benda sama je pun.

Untuk beli ole-ole dalam bentuk makanan ni, kitorang beli kat gerai pertama je. Semua beli kat tempat yang sama, pastu mintak akak tu letak dalam kotak, timbang dan seal. Haritu kat Kundasang kakak dah terbeli kuih cincin yang keras. Kat gerai ni plak ada 3 jenis - rangup, lembut ngan keras.erkkk. Of cos la aku pilih yang rangup, siap ada tester lagi tu untuk setiap jenis kuih or makanan yang dijual. So kitorang beli kuih cincin, amplang ikan tenggiri, amplang sotong dan juga kopi tenom sebagai ole-ole untuk family and friends. Total semua sekali dalam RM320 dan seberat 14kg. Disebabkan berat, kitorang mintak akak tu simpankan dulu. Petang or malam nanti baru kitorang datang amik, bleh stop kereta betul-betul depan gerai ni je. Best lagi sebab akak tu siap bagi beberapa jenis kerepek yang kitorang tak beli as a free gift : popia seewed ada, amplang udang ada, kuih lidah buaya @ tiram pun ada. Tengkiu kak! Ooo ya harga kuih cincin 1pek yang besar tu RM10, amplang kecik RM6, amplang besar RM12, kopi tenom RM13. Tapi kalau beli banyak semua dapat diskaun, dont worry. 

Selesai membeli ole-ole makanan, lepastu nak cari brooch plak. Brooch mutiara untuk mak & adik-beradik dan juga butang baju melayu mutiara untuk abah. Tshirt haritu dah beli kat Pekan Nabalu, so kat KK dah tak payah carik lagi dah. Fokus pada 2 benda je, plus beli souvenir untuk teacher kakak dan ayah kat kampung. Trip kali ni, lepas balik rumah aku tak sempat nak snap gambar semua ole-ole yang dibeli sebab mood tak berapa rajin,haha.  

kakak beli bookmark kayu.

haaa tu bekas abu rokok dari kayu, beli untuk ayah. bagus my hubby tak smoking 😀

Ok ni 1st round ye. Orang kata seronok pergi malam, so malam terakhir kat KK repeat datang sini lagi.

Selesai urusan kat Pasar Filipina, kitorang ke destinasi seterusnya, bukit bendera or Signal Hill. Tempat ni kat dalam kawasan bandar KK saja so less than 10minutes dah sampai. Dari Signal Hill Observatory Tower ni, kita boleh tengok pemandangan satu bandar KK termasuklah laut sekali. Dekat Signal Hill ni juga ada 1 kedai @ kiosk jual makanan dan minuman. So bolehlah duduk berehat kat situ sekejap.

view bandar KK & laut. 

kakak tak mau join ke observatory tower, sibuk nak makan minum kat sini.

paksa amik gambar jap. angin kuat ye, thats why ibu nampak gemok.haha.

tempat untuk 'observe'

Tak lama pun kitorang kat Signal Hill tu sebab takde aktiviti sangat nak dibuat, so lepastu singgah Atkinson Clock Tower plak kat bawah tu. Pun takde apa menarik, cuma menara jam je la as per namanya :-) Ambik gambar jap, lepastu terus balik ke hotel untuk rehat dan lunch. As usual tapau je makanan kat kedai makan yang berdekatan. Trip kali ni  breakfast dan lunch asyik makan kat bilik je oleh kerana faktor kesihatan yang tak betapa mengizinkan. Tapi ok je sebab kalau makan kat kedai pun dengan dak tecit sibuk nak memanjat, better makan kat bilik hotel je lagi aman dan tenteram :-p

kitorang datang dari arah yang salah la, so tak cantik view dari sini.

Kakak g mana-mana pun selalu jadi model amik gambar 😀

Lepas lunch kat bilik hotel, solat dan tidur jap sebelum keluar semula lepas asar petang tu. Itinerary petang tu nak ke Pantai Tanjung Aru yang terletak berdekatan KK Airport (KKIA). Less than half an hour dah sampai cos trafik hala sini better than yang menghala ke UMS tu. Kurang roundabout dan ada flyover, thats why sangat membantu kelancaran trafik,hehe. Kalau semalam dan pagi day 4 ni ibu kurang sihat, petangnya kakak pulak tak sihat. Turun je dari kereta dia dah termuntah dan rasa tak sedap badan. Kesian sangat dia, offer makan minum apa-apa pun semua tak nak. Sudahnya kitorang cuma bersantai lepak-lepak kat tepi pantai sambil main belon buih tu je. Plan malam kang je nak makan seafood kat bandar KK. Kat Tanjung Ari ni pun sebenarnya banyak pilihan makanan seafood juga.

aktiviti lewat petang di Tanjung Aru.

Dari Tanjung Aru, kitorang singgah pulak kat Perdana Park. Dalam 500meter je dari kawasan pantai tu. Bayaran masuk cuma RM1 per entry untuk sebuah kereta. Tarikan kat sini adalah pertunjukan air pancut berirama bermula jam 7malam. So sebelum pukul 7 tu, ramai parents yang bawak anak-anak main kat playground or main giant bubble. Okla, sesuai sangat tempat ni especially untuk family yang ada anak kecik macam kitorang ni. Kat kawasan ni juga ada kemudahan toilet dan kedai makan, Secret Recipe pun ada jugak.

main kat playground jap.

nampak sket giant bubble kat blakang tu. Irsyad tak ready la nak selfie :-p

masa ni nak maghrib dah. 

air pancut berirama

Hampir jam 7malam, pengunjung yang datang kat Perdana Park pun kebanyakannya standby duduk mengadap kolam air pancut ni. Tepat pukul 7, 1st show pun bermula. Setiap show tempohnya selama 10minit. Memang cantik dan colorful lampu-lampu  kat air pancut tu. Kreatif betul team yang terlibat buat dan maintain benda ni, kagum saya :-) Show ni dikatakan lebih kurang macam yang kat KLCC, tapi aku mana pernah tengok pun. Setiap malam ada show ni yang dimainkan sebanyak 4 kali : 
Set 1 : 7.00 - 7.10malam
Set 2 : 7.30 - 7.40malam
Set 3 : 8.00 - 8.30malam
Set 4 : 8.30 - 8.40malam

Niceee

Selesai tengok persembahan air pancut berirama tu, kitorang pun terus bergerak balik ke bandar KK. Perut dah lapar seafood dah masa tu :-p Since banyak baca kat blog ramai rekemen makan kat gerai area Dataran Todak (tempat yang ada roundabout ikan todak), so kitorang pun decide pergi yang tu je la. Sebelum sampai kat area gerai tu, singgah sekejap depan gerai beli ole-ole makanan siang tadi. Aku turun sorang, my hubby ngan anak-anak tunggu dalam kereta je, mujur akak gerai tu tolong angkat kotak. 14kg tu, boleh tahan jugak berat kalau aku nak angkat sorang.

Siap amik kotak berisi ole-ole, terus cari parking kat area gerai makan tu. Alhamdulillah rezeki, dapat parking tak jauh dari deretan gerai. Sekali lagi kakak muntah sampai takde apa nak keluar, kesian sangat kat dia. Tapi ibu ayah paksa gak turun ikut pergi makan.uwaaa. Sampai sana memang banyak pilihan gerai, jadinya kitorang main pilih je yang terdekat dan ada tempat kosong. Order air kelapa muda, makan pulak order lobster, sotong, ikan siakap, sayur kailan dan juga ulam rumpai laut. Total damage dalam RM200+ jugak, okla sesekali kan lagipun lobster mana ada murah. Yang penting semua fresh.

kakak tukang posing je tapi dia tak makan langsung pun malam tu, tak selera katanya.siannyaaa.

Lobster telur asin sedap, ulam rumpai laut tu pun best. rangupp dan fresh.

Siap makan, balik hotel la apa lagi. Rehat dan tidur sebelum bersambung esok untuk itinerary day 5 at KK. Ooo ya, sempat layan cerekarama kat tv3 jugak malam tu. Krik krikkk :-p