Tuesday 12 January 2016

Kakak Dah Masuk Darjah 1

Pejam celik pejam celik, tahun 2016 ni Kakak @ Insyirah akan masuk 7 tahun umurnya. Lahir 2009, so tahun ni dah masuk sekolah kebangsaan selepas 4 tahun sekolah tadika. Haaa awal betul Kakak ke tadika kan. Bukan apa, bagi peluang dia berkawan coz masa umurnya 3 tahun, dia agak pemalu dan tak pandai bergaul sebab asyik berkepit je ngan ibu kot. Sepupu or sedara mara plak takde kat sini, so memang dia jarang bergaul. Ada pun petang-petang bawak dia bersiar-siar kat luar rumah, bukan nak join pun anak-anak jiran main sama. Tapi dia tengok je, nak tegur memang jauh sekali. Tapi alhamdulillah lepas hantar ke Tadika Nuri, dia dah mula pandai berkawan. Belajar abc, membaca, menulis, mewarna, menyanyi semua tu of cos la kan kat mana-mana tadika pun akan belajar. 

Ada orang kata kalau hantar anak awal-awal ke tadika, nanti masuk darjah 1 diorang jadi bosan. Tapi tu pendapat masing-masing la kan. Alhamdulillah untuk Insyirah ok je, malah masa cuti hujung tahun dia tak sabar nak masuk sekolah baru especially nak masuk darjah 1 ni. Hari-hari tanya bila nak mula sekolah. Kakak bosan duduk rumah, Kakak suka skul katanya. Selama 4 tahun tadika, umur 3 & 4 tahun hantar ke Tadika Nuri kat Bukit Dahlia. Bagus dari segi penguasaan English language, buku-buku mostly in English. Masa 5 tahun pulak Tadika Happykidz @ Yuh Chyun kat Taman Air biru dengan tujuan nak dia belajar Mandarin tapi nampaknya tak minat. Tapi masa 5 tahun ni Insyirah dah boleh membaca lancar tanpa perlu mengeja dulu. Umur 6 tahun hantar ke Tadika Iman kat Taman Pasir Putih, alhamdulillah banyak perkembangan sepanjang tahun 2015 tu. Kakak boleh hafal 15 surah, surah yasin ayat 1-20 dan boleh menulis & membaca jawi. Bahasa arab pun banyak perkataan yang dia hafal. 

Masuk darjah 1, ibu dan ayah masukkan Kakak ke Sekolah Kebangsaan Tg Puteri Resort untuk sesi pagi dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih untuk sesi petang. Sekolah kebangsaan (SK) tu dekat je dengan rumah, maklum saja dalam kawasan taman ni je pun. Jumlah pelajar pun tak ramai sangat, so boleh buat 1 sesi saja. Sebelum tu, dalam November 2015 sebelum cuti sekolah hujung tahun tu semua bakal murid dipanggil ke sekolah untuk hadiri ujian bertulis untuk penentuan kelas masa darjah 1. Ujian bertulis ringkas je, just nak tengok sama ada murid tu dah boleh membaca arahan dan menjawab dalam kertas soalan yang disediakan. Masa ujian tu my hubby yang hantar, katanya Kakak siap jawab in less than 30 minutes. Masa sesi taklimat sebelum sekolah buka hari tu pulak penempatan murid ke kelas pun dah ditetapkan, Kakak masuk kelas 1 A (Anggerik). Ada 3 lagi kelas lain iaitu B (Bakawali), C (Cempaka) dan D (Dahlia).

hari taklimat, 31/12/15

Bagi sekolah agama pulak, takde ujian untuk tentukan kelas. Sekolah agama ni bagi aku ada banyak juga perbezaan sebab dulu aku lahir dan sekolah kat Selangor. Kalau my hubby memang lahir dan bersekolah rendah kat Johor, so dia rasa sama je la dengan masa zaman dia dulu kan. Antara perbezaan sekolah agama (SA) kat Selangor vs Johor :

1. SA kat Johor ni kaler kain sama je ngan SK. Kalau kat Selangor dulu kain kaler hijau. so untuk Kakak, jimat pakai kain sama. Tudung je tukar sebab lencana lain. Kalau murid lelaki sama je la, kena sediakan uniform berbeza sebab SA pakai baju melayu dan sampin, SK pakai kemeja&seluar panjang.

2. Pasal sesi persekolahan SA pulak kat Johor ni banyak sesi dan setiap sesi cuma 1 1/2jam saja. Pagi ada 2 sesi, petang pulak 3 sesi. Kakak sekolah sesi petang, masuk 2ptg habis 3.30ptg. Kalau kat Selangor dulu semua fix ; darjah 1,5,6 SK sesi pagi 7.30-12.30 then SA sesi petang 2-5ptg. Darjah 2,3,4 pulak sebaliknya. Maknanya SK 2 sesi, SA 2 sesi. Kat Johor ni lain sikit sebab SK ada yang 1 sesi saja, ada yang 2 sesi. Tu yang jadi murid darjah 1 ada yang SK belah pagi, SA plak belah petang dan ada juga yang sebaliknya. 

3. Kat Johor ni kalau tak lulus exam kat SA, tak boleh naik kelas. Waa yang ni bagi aku old skool sangat. Zaman aku dulu pun takde style macam ni kat Selangor. Zaman abah ngan arwah mak adalah style gitu. Mula-muka aku pelik jugak bila tanya anak jiran darjah berapa dan jawabnya - SK darjah 5, SA darjah 4. Oooo kisahnya, now dah tahu :-p

4. Takde nama kelas tapi cuma ikut no bilik saja. Maklum saja 1 kelas tu digunakan untuk 5 sesi yang berbeza, taklan nak letak banyak nama plak kat pintu masuk kelas tu. Kalau kat Selangor dulu, ada 2 sesi je satu bilik tu cuma guna untuk 2 kelas saja contohnya sesi pagi 4 Abu Bakar, sesi petang 1 Abu Bakar pulak. Nama sama tapi darjah berbeza. Kat SATPP Kakak masuk kelas Darjah 1, Bilik 11.

5. Kat Johor ni ada darjah khas iaitu selepas habis darjah 6. Tapi kalau anak dah masuk sekolah asrama tak dapatlah nak masuk darjah khas ni, sama macam my hubby. Sebabnya kelas diadakan setiap Sabtu. Kalau dapat masuk darjah khas dan lulus, dapat sijil dan dah boleh jadi guru SA ni. Kot la lepas SPM tu tak dapat or belum dapat peluang sambung belajar, boleh apply jadi guru SA.

ni plak masa hari taklimat sekolah agama 28/12/15.

boboi sibuk panjat tangga sampai tingkat 4, sudahnya ibu tak dengar taklimat pun :-p

So far, selepas 3 minggu masuk darjah 1 Kakak makin matang (waaa matang) walaupun ada jugak sesekali datang negatif 'm' nya - manja, meragam, etc. Bangun pagi memang kena lebih awal berbanding masa tadika dulu coz sesi persekolahan start pukul 7.15pagi. Untunglah sekolah dekat je, so pergi pukul 7pagi just nice. 5minit je pun SK dari rumah, SA pulak dalam 8minit dari rumah. Makanan kat kantin semuanya sendu, so hari-hari Kakak bawak bekal je. Memang dah biasa pun berbekal sejak Tadika Happykidz dulu, so just continue je. Kakak pun lebih suka makan bekal daripada beli kat kantin sebab cuma donat je yang dia minat nak makan, lain semua tak minat :-p Oklah tu, save duit belanja. Walaupun hari- hari ada bagi duit belanja kat dia, tapi mostly buat simpan dalam tabung. Cuma seminggu sekali je dia beli donat kat kantin or beli aiskrim kat luar sekolah tu. Bagus, cepatlah penuh duit tabung Kakak ye. Nanti bolehlah masuk dalam akaun bank dia.

SA pulak setakat 1 1/2jam je, memang takde waktu rehat or masa datang tu nak pergi kantin ke apa. Dah lunch siap-siap kat rumah, lagi kenyang dan tentu arah apa yang dimakan :-p Syukur alhamdulillah ibunya seorang SAHM - stay at home mom. Jadinya pagi, tengahari, petang & malam semua makan hasil air tangan ibu ye. Cuma adalah sesekali ibu pun datang 'm' nya or tak tau nak masak apa.haha. Hopefully Kakak belajar rajin- rajin dan kurangkan 'm' yang tak baik tu ye sayang. Kakak masuk darjah 1 ni memang tak pernah berjenguk apatah lagi bertunggu kat sekolah, ibu cuma hantar dan amik kat bus stop kat depan / luar sekolah je. Alhamdulillah Kakak ok je, boleh berdikari dan pandai bawa diri. 

Irsyad Syamim hari-hari ikut amik & hantar Kakak.

Bekal roti jala hari ni 18/01/15, fav Kakak ni. Gigih ibu menjala pagi-pagi :-)

Siap ada meja study sendiri. Import dari Ikea Damansara lagi :-p Bilik sempit so guna jenis ni, lipat kerusi dan meja kalau tak guna. Jimat space.