Sunday 28 February 2016

7 Minggu Menjelang Due Date Bersalin

Syukur alhamdulillah, minggu ni kandungan anak ketigaku ini masuk minggu ke 33. Waaa cepat sungguh masa berlalu, diam x diam tinggal lebih kurang 7 minggu je lagi nak bersalin. Kalau ikut previous experience, Kakak lahir at week 40 (induce) while Abang plak lahir at week 39. Anak ketiga ni xtau la, mungkinkah akan lebih awal - week 38 maybe? Just wait and see, apapun semoga proses bersalin nanti akan dipermudahkan. Aminn Ya Rabbal Al-amin.


~ Takde Morning Sickness Yang Serius ~

Cerita pasal pengalaman mengandung kali ni, syukur alhamdulillah morning sickness @ mabuk loya semua tu tak serius sangat. Ada mabuk tapi tak lama dan seteruk yang 1st dan 2nd. Kiranya makin lama makin tak mabuk, maybe mengandung kali ke 4 nanti tak mabuk langsung kot.hehe, Inshaa Allah kalau ada rezeki. Tapi yang tak bestnya mengandung kali ni batuk melanda diriku bukan sekali tapi dua kali. Uwaaa. 

Masa yang 1st batuk tu lebih 2 minggu tak baik, siap berkahak lagi tu. Bila pergi Poliklinik Perdana tu doktor ada bagi ubat pil dan juga ubat batuk cecair yang selamat untuk pregnant ladies. Tapi tak jugak baik batuk. So lepas 2 minggu masa checkup dan appoinment jumpa doktor kat KK, aku pun terus la inform doktor pasal masalah batuk ni. Doktor pun bagi pil antibiotik ngan pil gatal kena makan sampai abis. Selain daripada tu, doktor suggest suh buat test kahak dan darah sebab dikhuatiri kena TB @ batuk kering sebab batuk dalam tempoh yang lama. Tapi sekali lagi, syukur alhamdulillah lepas habis makan antibiotik je batuk pun baik sepenuhnya dan kahak pun dah takde. Result ujian kahak dan darah pun negatif, bukan TB la. So rasa lega sangat2. Tapi after 2 weeks, batuk pulak kali kedua walaupun tak seteruk yang 1st time. Uwaa tak taulah apa punca batuk sebab takde pun minum ais ke apa, cuma adalah minum segelas dua air barli sejuk hari tu. So sekarang masih lagi batuk dan takde makan ubat apa-apa, sekadar banyakkan minum air masak. Harapnya akan baiklah batuk ni tak lama lagi.


~ Bebas GDM ~

Kalau mengandung kali kedua 2 tahun lepas aku ada GDM @ kencing manis masa mengandung, kali ni alhamdulillah bebas GDM. Dua kali minum air gula masa week 12 dan 28, both bacaan ok. So tak payah bersusah payah kena buat BSP yang amik bacaan darah 4x sehari setiap 4minggu pastu bila dah nak dekat bersalin setiap 2minggu kot, lupa sudah. Tapi tapi tapi mengandung kali ni kena refer kat KK pulak, takde dah check up kat KD lagi sebab polisi baru katanya, kalau ada faktor risiko @ sticker kuning/ hijau / merah tu kena check up kat KK saja. Aku memang dari awal bukak buku dah kena lekat sticker hijau sebab Thalassemia Trait. Terus doktor arahkan next check up terus ke KK - Poliklinik Pasir Gudang saja. Ermm, redha sajalah walaupun sebenarnya tak berapa nak suka sebab ramai nau nau nau orang kat sana. 1st dan 2nd check up je bawak Irsyad, lepas tu tak bawak dah dia sebab lama sangat tunggu turn. Irsyad pun dah bosan mula2 tengok video pastu main game kat handphone ibu, lama-lama main lari-lari kat KK tapi tak siap-siap jugak ibunya.huhu. Ibu pun penat berkejar-kejar ngan Irsyad plus risau nurse panggil nama tak dengar. Sudahnya sejak Disember lepas, tiap kali check up ibu akan hantar dia duduk kat taska dekat-dekat ngan rumah ni je. Lebih selamat dan aman dia kat sana daripada ikut ibu ke KK.


~ Vitamin & Supplement ~

Pregnant yang 1st dulu amik Iberet Folic, 2nd pregnancy amik 4 serangkai or hematinic (pil vit c, vit b, asid folik, zat besi). Pregnant kali ketiga ni doktor kat KK suh amik Obimin plak. Ok tak kisah mana-mana pun asalkan dapat maintain hb yang dah sememangnya low sebab Thalassemia Traits kan. Nak naikkan hb memang tak dapat, so kita disiplin makan vitamin plus jaga pemakanan dengan banyak makan makanan yang kaya zat besi. Yang bestnya check up kat KK, of cos la amik vitamin kat farmasi tu free saja. Haritu masa pegi kenduri kawen kat Kota Tinggi ada aku ter'skip makan Obimin, pastu tak bawak plak stok vitamin tu. My hubby beli kat klinik harganya RM1 tau sebiji, haaa kan dah jimat RM30 untuk sebulan bila dapat free je dari KK :-) So far sama macam previous pregnancies, bacaan hb maintain around 7.1 - 7.9 saja, tak lebih tak kurang, kira okla bagi aku. Kalau untuk orang lain memang dah low sangat2 tu. 

Selain daripada tu, ada jugak amalkan minum pati delima macam pregnancy yang lepas. Plus, kali ni minum sekali ngan madu tualang asli or pati kurma. Tapi tapi tapi kan ni dah masuk 8 bulan agak tak disiplin plak minumnya. Madu ngan pati kurma dah habis tapi tak pergi beli lagi pun.aiyakk. 

Pregnant kali ni jugak for the 1st time aku try amalkan minyak kelapa dara @ virgin coconut oil (vco) sejak minggu ke 33 ni dan Inshaa Allah akan teruskan sampai bersalin or sampai stok habis, haha. Aku beli 2 botol brand Catalyst, isinya 60biji sebotol. Total ada 120biji, makan 2biji sehari so boleh tahan untuk 60hari / 8 minggu. So lebih kurang ngam2 or lebih sket la nak sampaikan hari bersalin tu. Kenapa nak makan vco pulak? Actually banyak khasiat vco yang aku baca dari artikel ataupun pengalaman orang lain yang amalkan vco semasa pregnant. Memandangkan pregnant kali ni aku tak dapat nak selalu beli air kelapa muda kat kampung sebelah macam pregnant sebelum ni, so tukarlah amik vco plak. Haha, minyak kelapa dara vs air kelapa muda. Suka hati ko je kan. Apapun dua2 ada manfaat dan kebaikannya kalau di'consume semasa pregnant, Inshaa Allah dengan izin-Nya.

Aku beli yang dalam bentuk softgel, senang nak telan. Kalau nak sapu, just cucuk softgel tu.


~ Saiz Perut Kecil ~

Pregnant kali ni jugak size perut nampak lebih kecik berbanding pregnant kali pertama dan kedua dulu. Mungkin kedudukan baby dalam rahim tu yang buat size perut nampak macam kecik. Plus size baby juga maybe kecik sket berbanding yang sebelum ni. Tak kisah kalau baby kecik sket pun, yang penting sempurna dan sihat semuanya. Inshaa Alllah. Update : setakat scan minggu ke 36 berat baby 2.6kg, doktor kata ok dan within the normal range. Apapun kita tunggu je lepas dah lahir nanti, tak sabar nak jumpa baby dah :-)

Jan 2016 - 6 bulan

Feb 2016 - 7 bulan. Besaqq ni je perut :-p

Mac 2016 - 8 bulan. Blur plak gambar Kakak snap.

April 2016 - 9 bulan, sedang menghitung hari. Berat setakat 39minggu dah turun ke 62.5kg. 


~ Kelengkapan Ibu dan Baby ~

Setakat minggu ke 33, aku belum buat preparation sangat untuk bersalin. Cuma untuk baby, satu-satunya barang yang dah dibeli awal adalah set tilam kekabu baru. Tu pun reason beli awal sebab import dari Kuala Selangor, kat sini tak jumpa plak kedai-kedai jual produk kekabu macam tu. So beli je la masa balik Selangor cuti sekolah hujung tahun lepas. Bukan basi pun beli awal kan :-p


Beli tilam awal, projek jahit sarung tilam dan bantal pun settle awal :-)

2014 Kakak testing tilam bantal Abang.
2016 Abang plak testing tilam bantal Adik :-)

Selain tilam, 2nd thing yang disediakan untuk baby adalah barut. Barut ni siap custom made lagi tu, since yang lepas pakai dalam sebulan lebih je dah tak muat. Maklum saja size anak-anak sebelum ni agak besar. Aku order ngan sorang seller ni yang jahit sendiri barut, ig shopnya @damiastore. Size biasa yang dia jual ukurannya 6inci x 19inci tapi aku request nak besar sket dan panjang, so buat 7inci x 25inci, amik ko puas ati. Tup-tup kalau baby kali ni comel plak sizenya mau bleh pakai sampai 4 bulan. Haha ye tak ye je nak pakai barut selama tu, just wait and see. 

Haha guna lebihan kain buat sarung bantal dan tilam haritu. Siap pos kain ke seller tu dulu, bukan apa yang diorang jual sume guna material cotton flannel. Aku tak brape suke sebab berbulu bila basuh mesin, leceh plak selalu nak basuh tangan. Kalau untuk selimut cum bedung, yes suka material tu.

Barang baby yang lain kebanyakannya guna barang Abang dan Kakak je nanti. Katil ngan baby chair (kalau dah start makan nanti) still guna Kakak punya coz masih elok. Infant car seat ngan buggy plak guna Abang punya, cuma car seat untuk yang 6bulan+ dan dah pandai duduk nanti kena beli lain coz dah tak elok dah condition nya, maklum je la beli brand murah-murah. Dapat pakai untuk 2 orang anak pun dah kira okla tu. Baju Abang pun banyak yang boleh di recycle, plus ada yang aku belikan baru sikit-sikit (setakat ni sikit la.haha) Yela, takkan semua nak recyle, tak aci la kan. Adik pun nak baju baru jugak okay :-) Eh eh apsal recyle baju Abang plak? Hehe 2x scan minggu 28 & 36 doktor kata boboy, so kita pun bajet nak recycle baju-baju Abang la kan.

Update minggu 36 : 
Minggu ni baru beli kelengkapan ibu, tapi takdela banyak mana pun. Bengkung tak beli sebab dah ada 2 helai yang masih in tip top condition, so guna yang tu je. Vitamin memang tak pernah beli, makan yang hospital bekalkan je as usual. Barang lain aku beli mana yang nak pakai je, tak naklah membazir kan. Macam untuk bersalin yang 2nd, takde dah beli set bersalin sebab tak semua pun dipakai nanti. Lagi-lagi jamu memang tak berani nak makan sebab baby kuning teruk masa 1st bersalin dulu. So beli loose dan jenama pun ikut suka hati aku je :-p 

Tablet haruan beli kat igshop @tabletharuanomega
3 barang lagi aku beli kat website amira.com.my
So simple, tak payah carik offline kang takut terbeli yang tak perlu plak.haha.

Tablet haruan omega brand Har-One ni aku ada makan masa 2nd bersalin 2 tahun lepas. Asalnya takde pun beli tapi disebabkan luka jahitan (yang bidan/doktor gunting masa teran2 nak keluarkan baby) tu lebih kurang sebulan tak baik-baik. Aku dah ngilu dah, pergi klinik swasta diorang suruh refer balik ke hospital kot perlu jahit semula. Bukan jahitan terbuka tapi jahitan kurang kemas lebih kurang gitu la, tu yang ada part yang tak tertutup balik sepenuhnya dan aku still rasa pedih walaupun dah sebulan bersalin. Perghh, aku memang dah seram je duk pikir kalau kena jahit semula. Lepas google2, jumpa la pasal tablet haruan ni katanya bagus untuk sembuhkan luka jahitan / dalaman. So aku pun terus carik online seller dan order on the spot jugak. Dalam satu bekas tu ada 50 biji, makan 2 biji sehari selama 25 hari. Syukur alhamdulillah dengan izin-Nya tak sempat habis satu bekas tu luka dah sembuh tapi aku tetap habiskan makan jugak semua. Tu yang untuk bersalin kali ketiga ni, aku dah beli siap-siap dan nak makan terus lepas bersalin nanti. Produk Har-One ni so far tak pernah jumpa la offline kat mana-mana booth atau kedai ubat. Tuan punya igshop tu pun kata diorang baru nak bukak untuk pengambilan stokis so that senang orang nak beli offline.

Minyak pilis Anugerah pun aku pakai masa bersalin yang lepas, rasa relaks dan ringan je kepala lepas sapu. So maintain guna yang ni jugak kali ni, takde dah guna pilis tradisional yang kena bancuh-bancuh tu.hehe. Minyak hangat plak saja try beli brand V-Asia sebab last time beli jenis yang tak panas, tak best pulak. Harap yang ni memang panas, baru best buat sapu dan urut-urut kaki tangan badan semua nanti. Ni untuk urut-urut sendiri je, kalau ngan tukang urut nanti of cos la guna dia punya sendiri. Waaa tak sabarnya nak berurut, badan dah sakit sana-sini dah sblom bersalin lagi pun.haha. Tukang urut inshaa Allah masih lagi akan amik orang sama, best akak tu urut plus dia pun bleh datang ke rumah sendiri tak payah nak fetch dia plak.

Mandian lepas bersalin kali ni try yang uncang plak, mandian herba mak bidan brand D'herbs terlajak laris katanya. Rendam je ngan air panas pastu campur ke dalam air mandian kita yang suam. Huuu suka mandi ngan ada bau-bau herba ni, rasa fresh badan lepas tu. Last time guna yang jenis bunjut tu, kena rebus tiap kali nak mandi sebelum campur ke dalam air mandian kita. Kali ni tukar angin, try jenis uncang plak. Haha, dah senang nak senang lagi pulak ye. 

So far itu je la keperluan ibu untuk bersalin nanti. Yang lain-lain basic lah kot kena beli, dah kali ketiga patut dah tau apa nak disediakan : susu (nak susukan baby, ibu pun kena minum susu), longan kering (milk booster mudah aku), pad, nursing bra, nursing pad, etc. Ooo ya batu untuk buat bertungku pun ada je masih simpan kat rumah ni. Tapi kan ada terbaca katanya lebih elok tuam dengan ais instead of bertungku untuk kecutkan rahim lepas bersalin. Mana satu yang betul ni? Sejuk vs panas? Konpius plak aku jadinya. Nantilah tanya dengan orang yang lebih arif pasal ni. Btw as of today, dah tinggal 4 minggu or kurang sebelum bersalin. So rasanya dah boleh standby 'beg hospital' ku, yeayyy packing2 time :-) Semoga dipermudahkan proses bersalin nanti, dengan izin-Nya. Amin, Ya Rabbal Al-amin.