Monday 28 January 2013

Jalan2 Singapore

Selepas lebih 5tahun duduk kat P.Gudang, akhirnya semalam kami telah pun meluangkan masa pergi berjalan2 ke Kota Singa. Sebenarnya takdela 5tahun sangat sebab start pindah P.Gudang pd 2007, then 2009-2010 kami tinggal kat Kuantan. Mid 2010 pindah balik ke sini,  so plus minus lebih kurang 3tahun+ je la di P.Gudang.Okayy, bukan nak cite pasal tu pun.hihihi.



Plan nak jalan2 ke Singapore ni kami buat last minute je. Since weekend ni cuti panjang smp ke Isnin sempena Thaipusam, so aku pun ajak la hubby g jenjalan. Google itu ini lebih kurang, akhirnya kami sepakat nak ke Sentosa & Marina Bay Sand pada keesokan harinya, Ahad 27 Jan 2013. 

Ini bukanlah kali pertama kami masuk ke Singapore. Tahun lepas kami pernah ke rumah sedara belah Mak kat flat Choa Chu Kang n 1 lagi kat flat apa ntah, lupa sudahhh.. tapi location area Woodlands je. Pastu bulan Dec kami masuk Singapore lagi, tu pun sebab nk ke Bandung. Flight dari Changi Airport. Bagi hubby plak, keluar masuk Singapore dh byk kali coz stiap kali nak keje oversea slalu amik flight dari sana jugak.Kiranya dah biasa la duk melangut & tunggu queue kat Woodland Checkpoint tu.hihihi.


Okay, berbalik kepada cerita jalan2 kami. Memandangkan plan pun last minute, malam tu kami pun pergila ke Tesco Seri Alam utk tukar duit. Sampai sana, ngam2 tokey tgh tutup kedai. Erkkk memang tak ngam sungguh. Tak dapat la nak tukar duit malam tu. Ok, xpela..plan esok pagi je la tukar. So malam tu kami shopping je la kat Tesco. Beli air kotak & jajan2 untuk bekal esok. hihihi,jimattt. Singapore semuanya lebih mahal kotttt.


Esoknya, kami bertolak dari rumah dlm pukul 10pagi gitu. Singgah kejap tukar duit kat Permas Jaya untuk tukar duit. Tukar RM300 >> dpt SGD112 je..Kenapa sikit sangat tukar duit? Sebabnya tempat yang berbayar, kami cuma plan nak ke Sypark saja, Universal Studios tak plan untuk masuk kali ni. So, hanya perlu sediakan duit untuk ticket monorel dan Skypark saja. Perjalanan dari rumah ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) cuma ambil masa kurang 1/2 jam. Sejak highway EDL tu bukak, memang cepat je kalau nak ke JB. Pejam mata pun tak boleh sampai..kihkihkih. Kat BSI kejap je, petugas mintak passport, pastu cop..ok,dh bleh jalan..Waaa sekali keluar je dari BSI, amik ko...jemmm di kedua2 arah..Maklumla cuti kan..org JB nak ke Singapore, begitu juga sebaliknya.Ok fine, sabar je la tunggu queue ok.



yeayyy tu dia jem di kedua2 side ;-)

Setelah lebih kurang sejam, akhirnya kami pun sampai di Woodlands Checkpoint. Itu pun sebab lorong untuk lori dibuka untuk hari tu memandangkan terlalu banyak kereta nak masuk, lori pulak sangatla kurang. Legaaa. Selepas isi & serah white form, cop passport & di check lebih kurang, kami pun memulakan perjalanan di Singapore..cehhh memulakan perjalanan.. sangat skema okay.

Oh ye.. sebelum terlupa, untuk memandu kereta sendiri (hubby yg pandu ye.hihi), apa yang diperlukan ialah wajib ada Autopass, lebih kurang macam Touch n Go la kalau kat Malaysia. Kegunaan Autopass ni adalah untuk bayar tol dan parking kereta. Tapi.. Autopass ni hanya dibolehkan untuk 1 kereta saja ye. Macam kami, daftar n beli Autopass tu guna plat no kereta hubby JMXxxx tu, so Autopass tu hanya boleh guna untuk kereta hubby saja. Kereta aku yang JLFxxxx tak boleh yeee.Sila beli sendiri kalau nak which is, memang tak payahlaaa.hehe.

Satu hal lagi , masa nak beli autopass tu, kena parking  kereta secara reverse parking ye. Tak perlu tunjuk geran kenderaan kita, cuma maklumat cukai jalan kita je yang diperlukan. Isi borang autopass dan bayar SGD10, dalam kad tu ada kredit SGD4 saja. Boleh topup kat mana2 kedai 7 Eleven kat Singapore. Banyak je 7 eleven kat sana. Tempoh sah laku Autopass adalah 5 tahun. Autopass tu tak boleh dikembalikan dan jika ada baki pun kira dalam kad tu dan akan hapus dengan sendiri jika tak guna dalam tempoh 5 tahun.

Penting, wajib pastikan Autopass ada kredit yang mencukupi sebelum bawa kenderaan kita balik ke Malaysia. Jika kredit tidak mencukupi dalam Autopass tu,  denda sebanyak SGD10  akan dikenakan. Baki yang tak tak cukup tu kena bayar juga la ye, of cos.

Sebelum ini di Singapore, LTA - Land Transport Authority (kalau kat Malaysia JPJ la ye) mengenakan bayaran sebanyak SGD30 sehari untuk kereta Malaysia/ Asing yang masuk ke Singapore. Tetapi sekarang ni, LTA dengan baik hatinya memberi 10hari percuma untuk setiap kenderaan Malaysia yang masuk ke Singapore. Mana tak baik hatinya, makin ramai rakyat Malaysia datang sana, maka makin banyakla duit yg dibelanjakan kat Singapore tu kan..haruss.

Satu hal lagi, memandu kat Singapore ni kena ikut had laju yang ditetapkan. Tengok kat highway pun had laju dibenarkan cuma 80km/j je.Adehhh.Dah macam bawak keta nak amik & hantar Insyirah ke skool je lajunya.hehe. Takpe, ikut je la. Kang tak pasal2 kena saman, kita juga yang susah. Lagipun bukan nak kejar apa pun, kan kan kan.1 benda yang mesti dan wajib ada semestinya GPS. Kalau setakat nak ikut signboard, takut terlepas jalan. Memang no no no la. 

Destinasi pertama yang kami tuju ialah Vivo City Mall (VCM). Nak bawak si tecit naik monorel/train @ Sentosa Express. Senang je nak ke VCM tu, just ikut arahan dari encik GPS. ngeee. Carik2 parking, at last kami parking kat Level B2, Lobby H..dah jumpe tu yg kosong, parking je la. Lepas tu,alamakkkk jauh la pulak nak menapak ke tempat nak naik monorel tu. Sebagai panduan, kalau korang nak naik train dari VCM ni, sila la parking kereta korang kat Lobby L/M/N ye coz dekat je ngan tempat beli tiket dan turun naik monorel ituuu..Sentosa Station terletak di Lobby L Vivo City Mall, di tingkat 3.

View dari tingkat teratas VCM (diorang panggil skypark) tu memang sgtla nice. Ini la antara gambar yang ada, diambil dari tab dan henpon saja. So kualiti pun paham2 je la.



Lepas sesi amik gambar sekeping dua (keping ke?), kami pun pegi la beli tiket Sentosa Express. Harganya SGD3.50/pax. 3 orang maknanya SGD10.50 la ye.

dak tecit yang kepenatan berjalan. 
duduk jap sementara tunggu ayah beli ticket ye.

yeayy dh beli ticket.jom jom.

inilah ticket nya

inilah train yang kami naik
*gambar dari google je

Ok, dengan Sentosa Express ni, kita boleh naik train ni unlimited untuk hari tersebut. Ada 3 next station saja -- Waterfront, Imbiah dan Beach Station. Kami turun di 1st station dulu, kononnya nanti akan naik semula untuk menjelajah ke 2 station berikutnya, tapi...nanti la cerita.hehe. Waktu operasi Sentosa Express ini adalah : first train on 7am & last train on 12mn. Kalau nak ke Hard Rock Cafe & Universal Studios, kat Waterfront Station inilah anda kena turun ye ;-)

turun je dari train, nampak ni la..
pilih sendiri nak ke casino or USS.haha.

eh eh nampak kecikkk sangat dak tecit ni.

Ada 1 kedai ni namanya Candilicious. Menarik, macam2 jenis coklat, candy, aiskrim, souvenir,etc ada dijual kat sini. Waaa cantek view luar kedai. Kat atas tu ada 'pokok candy'.ngeee..tak lepaskan peluang bergambar kat sini.

belakang tu lah 'pokok candy' yang dimaksudkan ;-)

smiley candy for SGD3 each.mahal lorrr. 
tak kasi beli, nak jugakk. pastu tak makan pun.
tak pasal2 kena potong duit belanja skool 
untuk seminggu oleh ayahnya.kihkih.

comeyyy nya m&m

Insyirah with hershey's fav ibu.hehe.

comey kan bekas air ni.harganya SGD9
berlakon je tu.baru beli,mana ada air dalam tu.hihi.
eh serabai dah rambut dak ni.

erkkk blur la plak gambar

Kami tak masuk pun USS kali ni. Maybe next time je. Harga ticket untuk dewasa pada weekend adalah SGD74. So kalau nak masuk, harusla dari pagi sampai petang, baru berbaloi bayar sebanyak tu. Plan nak melepak kat sini for 3 to 4 hours only. Lepas tu nak ke Marina Bay Sands (MBS) pulak. Dak tecit pun dah mula meragam, tak larat katanya. Cehh taktik nak mintak dukung la tu..dah besar kot, mana bleh dukung lagi..emmm.

muka budak nak start meragam.huhu.

eh eh.ayah pun dh suka buat gaya mcm Insyirah ;-)
kami tak masuk pun Hard Rock. 

Lepas lebih 3jam kat sini, kami naik monorel semula ke Sentosa Station @ Vivo City Mall. Memandangkan Insyirah dah mengadu yang dia ngantuk sangat, sampai sana terus masuk kereta. Jauh jugakla nak berjalan dari station ke tempat parking tu. Nasib baik ada troli pasaraya Giant, apalagi.. sumbat je la anak dalam tu.hehe.Masuk kereta, terus zzzzz, tido la.alahai ngantuk betul rupanya. Bayaran parking di VCM cost us SGD4.90, ditolak dari Autopass je. Rate : SGD1.40 utk 1st hour, additional RM0.70 for subsequent 1/2 hour.

Dari VCM, kami plan nak carik masjid untuk solat dan lepas tu makan. Dengan bantuan GPS, jumpa la masjid. Problemnya masa nak carik tempat makan, susah betul nak dapat lot parking. Last2 kitorang decide untuk terus ke Marina Bay Sands (MBS) je la. Nanti makan kat sana je.

Sampai MBS, parking penuh.huhu. Hasrat hati nak naik ke Skypark terpaksa dibatalkan. Kalau nak pegi juga, boleh je tapi perlu berjalan jauhhh sangat2 coz MBS tu sendiri dah cukup luas. Insyirah pun dah tak larat jalan, kaki dah melecet..ciannya dia.Rasanya next time kena plan lain..datang semata untuk ke MBS, seeloknya awal pagi la kot. Takpela, takde rezeki kali ni. 

sempat snap gambar dari dalam kereta.
huhu.sedeyy xdpt nak naik ke Skypark.

Sedikit info tentang Skypark di MBS ni :
Ia terletak di tingkat 56, tempat paling best untuk tengok pemandangan Singapore. Observation deck ini boleh memuatkan sehingga 3900 orang pada satu2 masa. Skypark dibuka dari 9.30pg - 10mlm (Isnin-Khamis) dan 9.30-11mlm (Jumaat-Ahad). Kadangkala, ia ditutup khas untuk tempahan private. Sila call +65 6688 8826 sebelum datang untuk memastikan Skypark tidak ditutup pada hari anda merancang untuk ke sana. Harga ticket adalah SGD20 untuk dewasa dan SGD14 untuk kanak-kanak berumur 2-12tahun. Parking plak SGD6 sekali masuk kalau lepas pukul 6 pada weekend dan public holiday. Sebelum pukul 6, SGD6 for 1st 3hours, selebihnya dah lupa.hehe. 

inilah view dari atas skypark tu.
*gambar google je ;-)

Pukul 6petang, kami decide untuk balik saja. Bayaran tol yang dikenakan di Woodlands adalah sebanyak SGD1.20 saja. Murah saja jalan2 ke Singapore kali ni. Sebabnya kami tak masuk tempat yang berbayar, dan juga tak makan kat sana walaupun plan asal patutnya masuk Skypark dan makan di Pasar Lau Pa Sat. Sudahnya kami hanya membelanjakan duit untuk tol dan parking saja. Bye2 Singapore. Lain kali kami datang lagi. Mengikut GPS, jarak MBS dari rumah kami di P.Gudang cuma sekitar 50km+ saja. So, lain kali mesti kena repeat datang sini, Insya Allah. 

Sampai JB dah lapar sgt, singgah makan di ZZ Sup Tulang..best2..pastu straight away balik rumah..home sweet home ;-)

No comments:

Post a Comment