Friday 17 July 2020

Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Post ni wajib aku type sebab ni sejarah dan kenangan penting tahun 2020 yang semua orang akan ingat sampai bila-bila. Kali pertama jugak aku  dengar perkataan ‘pandemik’ iaitu wabak besar atau penyakit berjangkit yang merebak melepasi populasi manusia bukan setakat satu negara atau benua tapi sehingga satu dunia. Apa yang aku tau, cuma less than 10 negara kat dunia ni je yang takde kes Covid-19. Selebihnya, semua ‘terkena’ wabak penyakit berjangkit ni. 

Wabak Corona Virus Disease ni bermula di Wuhan, China sekitar Disember 2019, thats why nama ringkas yang digunakan adalah Covid-19. Dari China merebak ke negara-negara lain termasuklah Malaysia sendiri. Kalau tak silap kes pertama kat Malaysia  pada Januari 2020 tapi permulaan kluster yang besar bermula dari perhimpunan tabligh kat Masjid Sri Petaling pada mid Februari 2020. Salah seorang ahli tabligh tu ‘dapat’ virus Covid-19 tu masa kat Korea, sebelum hadir perhimpunan. Sejak dari tu, wabak bukan saja berjangkit ke ahli jemaah tabligh tapi merebak ke generasi kedua, ketiga dan seterusnya. 

Oleh kerana semakin banyak kes dan untuk kawal penyebaran virus serta nak putuskan rantaian jangkitan, kat Malaysia ni diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Fasa pertama diumum 2 minggu, pastu tambah lagi setiap 2 minggu untuk fasa kedua sampai keempat pulak. Semua orang kecuali frontliners (pekerja perubatan, keselamatan,etc), perkhidmatan penting saja dibenarkan beroperasi. Yang lain semua diarah stay at home @ duduk rumah. 

Masa mula nak start PKP tu kebetulan kitorang baru balik dari Perak melawat Abah & Umi. Seminggu sebelum tu pulak Ayah ngan Mak baru datang ke KL ada jemputan kawen. So bila PKP tak dibenar keluar rumah kiranya kitorang dalam keadaan lega jugakla. Sebab ada banyak kes orang yang terkandas kat kampung lagi-lagi masa tu cuti sekolah. Diorang dah kat kampung, pastu tak sempat nak balik rumah sendiri semula. Paling kesian yang anak terpisah ngan mak ayah or suami isteri terpisah dengan pasangan masing-masing. Kitorang cuma terkurung kat rumah sendiri dengan family sendiri yang lengkap ahli, dah syukur sangat-sangat dah.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1D9h9dzy9SY2Q1lNIV2dMnTG4oRzFTzaZ
Sempat ke kampung kat Kuala Kurau weekend sebelum PKP.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1q4fLCh-DNYpw2YUCFLwVu-Zxx2uT3BCL
Singgah kedai laksa sarang setinggan kat Simpang Pulai, Ipoh otw balik ke rumah. Nama je setinggan tapi kat lot kedai dalam kawasan perumahan. Mungkin asalnya dulu kot setinggan. Adudu Adik nape nangis beria tu.

Kitorang balik ke rumah Isnin 15 Mac, esok malamnya PM Tan Sri Muhyiddin Yassin umum PKP start Rabu 18 Mac. Rupanya ramai yang buat panic buying sebab risau bekalan makanan tak cukup ke apa tak tau la. Yang pastinya esok harinya bila aku keluar pegi kedai runcit ke speedmart ke apa, roti, sardin, susu semua habis. Hahaaha sabo je la. Yang paling kronik roti Gardenia sampai 2-3 minggu PKP pun kitorang tak dapat beli, manjang abes. Sudahnya beli je sebarang jenama roti putih yang ada kat NSK, syukurlah masih bleh makan roti. Tengok kat fb ramai plak dah pandai buat roti sendiri sampaikan stok yis mauripan plak sold out kat mana-mana kedai. Hahaha hadoi hebat betul. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13jre4KFoTAAY8DO9lyxPuJ6W4NIvN_r2
Mujur sempat tukar tayar basikal Abg Idlan. Bolehla beraktiviti naik basikal depan rumah dalam pagar masa PKP.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Fv6ryrUV1bFfRjvkncKwvPUuIeZgWMLw
Sempat jugak ber’corndog’ kat fav place anak2, Chinta Cafe kat Bukit Kapar.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1A9ejZAs1B3bK-xl0qSPwcGKgNWar90Lg
Sejak PKP, buat sendiri je corndog. 

Memang masa tu life berubah 360 degrees la. Anak tak pergi sekolah, my hubby pun fully bekerja dari rumah. Anak-anak belajar thru group whatsapp dan google classroom saja. Ibu la kena pantau kerja sekolah anak-anak or buatkan soalan latihan dan mengajar sendiri anak kat rumah. Untuk keluar beli barang keperluan pulak, cuma seorang saja dibenarkan keluar. Polis dan tentera berkawal kat jalan raya. Mana-mana kenderaan yang ada lebih dari seorang memang akan kena tahan. My hubby je la yang keluar dan hadkan keluar seminggu sekali je. Itupun dengan norma baru, kena pakai mask sentiasa bila keluar rumah. Kerap cuci tangan dengan sabun or gunakan hand sanitizer. Nak masuk pasaraya or kedai pun kena jarak 1 meter dari orang lain dan perlu diambil suhu sebelum dibenarkan masuk. Pastu bila dah balik rumah, anak-anak dilarang immediately sentuh barang-barang yang dibeli. Ayahnya pun terus mandi dan baju pun terus asingkan & nak basuh. Agak paranoid jugakla, tapi untuk keselamatan kita folo je la kan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BhX3q8_HJhjVtd0CgwA2YuVzJH29EB2e
Aktiviti kat rumah.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1x-oKbxzHMnkgco0mVJojo1t8OP8-G5W4
Belajar kat rumah. Tecit tu pun belajar jugak ke :-p
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kTn7XSiac8M8wagzWo41Ax3BjCxqsRHChttps://drive.google.com/uc?export=view&id=161dBFy950KhHvK5m6cViHg0OSa1fiAMUhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1Egk2v2g0Wk6U1nQ8x_Zg-I-TvUayYwjw
Barber shop semua tutup. Kita jadi barber la kat rumah :-)

Kedai-kedai pun tak semua dibenarkan buka, hanya yang penting dan jual barang keperluan harian dan makanan saja buka. Kedai makan plak tak boleh dine in, hanya take away or delivery saja dibenarkan. Stesen minyak buka pada waktu terhad, tak 24 jam macam selalu. Harga minyak jatuh gila-gila sampai lebih kurang RM1.25 seliter. Tapi takdela nak isi minyak sangat sebab kena stay at home kan, keluar seminggu sekali je pun. Yang paling terkesan bila masjid surau semua tutup, rasa lain je bila my hubby takde keluar pegi solat macam selalu. Hikmahnya kitorang solat 5 waktu berjemaah sekeluarga kat rumah. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yvUfQdH1kJAtvk_-JSom7CkMp0vLXp6thttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1lgVU6Tqo8FfwXMUKhrZfvbu7jcrbKpNGhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=106nfU8PUfmS0GdfDwwh6-yhitl8Romph
Sambut birthday Abg Idlan ke 4 dalam PKP, mujur Secret Recipe bukak :-p 

Macam-macam kenangan betul sepanjang PKP ni. Rutin harian memang lebih kurang sama setiap hari. Kebanyakan berkisar tentang masak makan masak makan or sesekali order makan thru Food Panda. Kalau tengok kat fb kawan-kawan asyik uplod gambar makanan dan macam-macam menu yang dicuba. Siap ada fb group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ muncul,adududu. Anak-anak pun faham, so diorang belajar dan main kat dalam rumah or depan rumah je. Bila petang plak pukul 5 je mesti bukak tv nak tengok perkembangan kes. Masa ni Dato’ Dr Norhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia tu jadi famous. Hari-hari tunggu muka dia keluar kat tv.hehe. Abang Irsyad sampai hafal jumlah kes baru, jumlah kes sembuh, jumlah kematian setiap hari. Kes setiap negeri pun dia gigih nak tau dan bleh plak ingat statistik tu setiap hari. Hebat Abang Irsyad.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1eMS1cmtW_QaNbpMRnWUpwtGs6fv-Lp4T
Rajin tolong basuh pinggan. Tugasan prasekolah ni cikgu suh anta gambar tolong ibu. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bCdnTDn_PF3E5TmncrJOUhHQLQoSRJXr
Tugasan jugak.
Bermula dari PKP fasa 1, 2, 3 dan 4 dari 18 Mac hingga 12 Mei, pastu bersambung pulak PKPB (bersyarat) dari 13 Mei sampai 9 Jun. Habis PKPB sambung plak dengan PKPP dari 10 Jun sampai 31 Ogos nanti. Masa fasa 1-3 tu aku memang tak keluar rumah langsung. Masuk fasa ke 4 baru ada keluar tu pun sebab sakit gigi. Keluar ke klinik gigi gov tapi doctor tak advise cabut gigi, just suruh up kan jaga kebersihan gigi.huhu. After 2 days dah tak tahan sangat, pegi klinik gigi swasta terus cabut gigi. Tak tahan weh takleh tido malam dengan sakit gigi plus puasa plak tu. Selamat dah cabut gigi kat Foo Dental Clinic, dekat je ngan rumah kat area Forum Setia Alam tu. 

Memandangkan bulan puasa dan raya tahun ni dalam tempoh PKP, rutin pun memang lain. Takde bazar ramadhan apatah lagi buka puasa dan tarawikh kat masjid. Hampir setiap hari buat kuih untuk berbuka sendiri. Kalau tahun-tahun lepas biasanya lauk je masak, kuih beli siap je. Tapi tahun ni banyak buat je sendiri ngan adikku Evin pun ada kat rumah, so ada geng dan Kakak Insyirah selaku assistant Ibu. Sesekali je order kat Meru Food Channel, siap diorang COD depan rumah. Alhamdulillah jugak hikmah PKP ni kitorang solat tarawikh berjemaah sekeluarga cukup 30 malam. Abang Irsyad kali pertama belajar puasa tahun ni pun dapat penuh 30 hari plus tarawikh pun penuh jugak. Kakak Insyirah je tak penuh tahun ni sebab dah mula ‘cuti orang perempuan’. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1F8R301mq8BszOAWwqUkb_qYzxAH0ieyi
Semangat puasa sebab bleh cop kat jadual tu. Menjadi idea Ibu :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Py8Ny8izeqxY_YaD5JdXKv0BwghWtkNU
Vadai. Kacang ulunthu beli kat Shopee. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fVkcjlF4y9KyOlRCpszg7nL3XkN6EbIf
Sagu gula melaka. 2x buat kaler merah skali buat kaler ijo.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1hR79mOK3L4UOKfEuitwshj7adKgN76Qc
1st time melaksam. Gambar dgn luah tak dan nak snap. Anak-anak semua suka.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Nk3DkhHlT8R0LanY78zpuBmCPCMsrBrW
Agar-agar oreo & cucur badak, antara juadah buka puasa tahun ni. Bomboloni tu beli la, takkan buat :-p

Lebih kurang seminggu sebelum raya plak start PKPB, jadinya ada certain sektor ekonomi dah dibenarkan beroperasi. My hubby pun dah start masuk ofis secara bergilir ikut group. Masa raya pulak PM umum dibenarkan ziarah raya tapi masih tak boleh rentas negeri. Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Ismail Sabri plak umum ziarah raya hanya untuk raya pertama saja dan tak lebih 20 orang pada satu-satu masa. Takpela, kita redha je. At least dapat pegi rumah kakakku, Kak Yan kat Tanjong Karang petang raya pertama tu. Rumah Abang Sofi tak dapat nak pegi sebab dia takde, beraya kat Selayang. Untunglah kawen orang sama negeri :-) 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rK3q0z7BJDE4sshA7S9ImTbeznsUGt5c
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mh_asMiPwR_XrOuuPRoF3PlQPrvp0x2m

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1IJZ93LKsrrdM-gIMhYLud79BNdsmkKpN
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rJ4GsFozAO1qc-FGiab9gdPYZ9mIh72j
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vtmjRAwOUrhtz4OtvEtvAqWbYeVg-4m_
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1t9qGii5irRExv4XQlH3h-CfF5e5U1iij
Raya PKPB 2020

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ahx6Fyz5WRUbmFd9MhdY-lZLWXscgK-Q
Gambar Mak Ayah pagi raya dapat kat wasap je.

So raya pertama tu, pagi raya aku masak masakan raya macam biasa. Siap sarapan raya, solat sunat Aidilfitri sekeluarga pastu bergambar dan makan kuih raya sendiri sambil layan tengok tv. Hikmah PKP jugak, seminggu raya dah start puasa 6 straight. Syukurrr. Maklumlah takde nak keluar pegi beraya ke mana-mana, so raya ke 15 kita dah ‘raya ketupat’ @ selesai puasa 6. Istilah ‘raya ketupat’ tu aku dapat sejak kawen ngan my hubby. Memang Mak Ayah sebut gitu, kita folo jugak. Done puasa 6, kita masak sekali lagi masakan raya. Cuma tukar menu sket la berbanding menu raya pertama. See, asyik masak sedap-sedap je kan PKP ni :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DmD3ilSU5uPgdKpjiVtqv5mzP5_nAaDyhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1Yb70E6j9Na2lVxokClpnHjA3Se15ytJk
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TT18ZieCX5zHod05rmwTDn9qdnGPqQc7https://drive.google.com/uc?export=view&id=16C5i7Trh2Q8qWZY6WCw3wEbadqL8mGr5
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DXjZTnZG_AUVc-0fMda1noVroQ4MRTX-
Raya ke-4 @ rumah sendiri je. Raskog trolley dan Bekvam step stool Ikea raya. yeayy.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19NOjUV4aeEav7T4js2Py0_Fx3iA65SXr
Naik kereta pusing kawasan perumahan kitorang je.

Habis PKPB, PM umum plak PKPP yang membolehkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi. My hubby masih maintain 2 minggu masuk ofis, 2 minggu work from home. Rentas negeri dan sektor pelancongan pun dibenarkan semula. Hujung minggu tu jugak Abah balik Selangor dan dapatlah kitorang berkumpul sekeluarga. Hujung minggu depannya plak kitorang dapat balik Batu Pahat jumpa Mak Ayah, penutup raya katanya. Mak siap masak ketupat, rendang, serunding semua tu macam raya la kan. Bestnyaaa, terima kasih Mak :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1pCv6O9sC4R-IW2dt11zLY5U-3ZiE8cVF
Adik beradikku. 3 boys tu menyelit pulak.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FvLLY6YSSDgKZUhI5yGSM4Q67A6buVe1
Cucu-cucu Atuk Asri. 3 lagi tak masuk.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15rt12AyQNzwTWIuUZXiFMSKfvY4k9-6x
Kat Kg Parit Lubok. Ketupat Abg Idlan :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PnU5s1DE2Klv9AnUIEd0lSIOuCfMJcoZ
Jalan-jalan makan durian kat Tmn Sri Sulong.

Lepas hampir sebulan PKPP, kitorang pegi plak bercuti kat Cameron Highlands pada 6-7 Julai. Abang Irsyad dah start prasekolah semula pada 1 Julai dan Kakak Insyirah plak bakal naik sekolah pada 15 Julai nanti, both sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Sekolah dah pastinya tak sama macam sebelum ni, semua kena folo SOP. Kalau Prasekolah JAIS tu folo social distancing 1 meter, so ada penggiliran hari sekolah. 5 tahun sekolah cuma pada hari Isnin & Selasa. Abang Irsyad 6 tahun, sekolah hari Rabu sampai Jumaat setiap minggu. Kakak plak utk SKSA, pihak sekolah dah keluar SOP takde social distancing 1 meter, cuma body to body. So takde penggiliran, semua sekolah macam biasa tapi yang pastinya ikut norma baru. Takboleh bersentuhan, kantin tutup dan hanya makan di kelas, no perhimpunan, no koko dan no kelas tambahan. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aqQdJdXGyHDMS64NMWUYfxaQyoHpP56_
1st day of school setelah 3 1/2 bln stay at home. Mask budak kehabisan stok, pakai dewasa punya dulu. Lepas 2-3 hari baru dapat stok :-p


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KFgkQqfx_nw6DNHNwXr94WYzjxKjmj8e
Cuti PKPP, jalan2 kena pakai mask.

Sejarah jugak bilamana tahun 2020 ni peperiksaan UPKK (tahun 5), UPSR & PSRA (tahun 6) dan PT3 (tingkatan 3) dibatalkan Cuma SPM/ SPVM/ STAM/ STPM je akan dibuat, itupun tangguh ke awal tahun 2021. So Kakak Insyirah takdela amik UPKK. Takwim persekolahan 2020 pun dah diubah, cuti hujung tahun nanti jadi 2 minggu je. 

Setakat hari ni, jumlah kes kat Malaysia dah cecah hampir 8.7k kes dengan 121 kematian dan 97% kes sembuh. Dalam dunia plak jumlah kes dah lebih 12juta kes dengan 557k kematian. Semoga semuanya baik-baik saja dan kita semua dilindungi dari wabak penyakit merbahaya. Semoga Covid-19 akan berlalu dan ekonomi keluarga, negara kita & dunia pun semakin pulih, walaupun kita tau akan amik masa bertahun. Ameen Ya Rabbal Al-Ameen.