Monday 24 February 2014

Lahirnya Anak Kedua ~ 05 Feb 2014

5 Feb 2014, jam 7.20pm lahirlah anak kedua kami di Hospital Sultan Ismail (HSI), Tebrau, JB. Syukur alhamdulillah hajat di hati nak merasa sakit bersalin secara natural dan bersalin normal diperkenankan Allah SWT. Syukur sangat2.. pengalaman yang cukup berharga dan akan dikenang sepanjang hayat ;-) Sakit bersalin dan kontraksi sebelum bersalin pun tak la lama sangat. Actually pagi 5 Feb tu dah start sakit sikit. Masa tu around kul 7pagi macam tu. Tapi masih yakin tak yakin je. Is it a real contraction? 1st pregnancy dulu kena induce, sakitnya dari pinggang bawak ke perut. Kali ni plak sakit dari pinggang sampai ke ari2, bukan perut. Tu yang confuse.haha. Duk whatsapp kawan2 ex UTM / KTF.. ada yang kata yes, itu contraction. Ada plak yang kata bukan tu, haishh lagi confuse. 

alolo comeynya anak ibu ayah ;-)
boy, 3.4kg, 51cm, 5Feb 2014, 7.20pm
born at 39w 2d, normal delivery ;-)

Pukul 9 pagi pergi ke KD utk buat rutin checkup week 39. Setakat kul 7pagi sampai 9pagi tu ada la rasa sakit dalam 4x mcm tu. Tapi tak konsisten, kejap selang 20minit.. next 30minit baru sakit lagi. Tanya kat nurse, ni contraction ke? Nurse tu kata bukan, kalau contraction sakit dari pinggang sampai ke perut, bukan ari2.. Laaa ye ke? Terus tak jadi nak rekod kekerapan rasa sakit tu. Padahal, betul la tu contraction.. nurse pun salah bagi info.hehe. Tanya doktor lagila tak membantu, saya xde pengalaman lagi pregnant n bersalin. Aiyakkk. Tapi doktor kata kalau sakit dari pinggang membawa ke depan ye la tu contraction. Kalau sakit makin kerap, terus pegi hospital katanya. Ok doktor, tq for the info ;-) Tapi lepas kul 11pagi dah makin hilang plak rasa sakit tu. 

Sambung lagi whatsapp dengan kawan2.. Siap diorang pesan, lama lagi tu nak bersalin.. pegi la jalan2 n makan puas2. Itu je ke yang korang bleh pesan?haha. Tapi takpe, aku ikut pesanan korang tu. Balik dari checkup kat KD singgah tapau lunch. Amik ko.. beli nasi udang penyet, durian crepe, air kelapa, buah2an.sedapnyaaa. Cadangnya nak beli lauk untuk masak petang tu, tetiba malas plak. Terus sms hubby cakap ari ni tak masak utk makan malam tau..tak larat.hehe. Bagus jugak, rupa2nya menjelang petang makin kuat n kerap sakit.. memang tak larat sungguh nak memasak pun.

lunch terakhir sebelum bersalin..
kalau ku tahu nak bersalin hari tu, makan double dari ni.haha.

Lepas lunch, sakit makin kurang. Siap dapat tido lena lagi lepas kenyang makan n solat zohor. wawawa. Bangun tido around kul 4 petang pun tak sakit dah. Tapi hampir kul 5 petang tetiba sakit jadi kuat n makin kerap plak. Cepat2 whatsapp hubby bgtau sakit makin menjadi2, dia pun ajak pegi hospital petang tu. Ok, saya setuju! hehe. Sebelum tu sempat suh hubby pegi pasar malam beli nasi kerabu, nasi dagang untuk makan petang@malam n stok ikan bilis untuk berpantang nanti. Around kul 5.40 hubby pun sampai rumah. Aku n Insyirah dah mandi n pakai baju siap2 dah.. ready untuk ke hospital dah ;-) Sementara hubby mandi n solat, aku ajak Insyirah makan nasi kerabu. Tapi tak lalu makan dah masa tu, sakit dah makin kuat. Terus bungkus balik makanan, nanti biarla Insyirah n ayahnya makan kat hospital je.

Sudah je hubby solat n bersiap, terus kitorang shoot (bertolak laaa) ke HSI. Otw nak ke hospital tu sakit tambah kuat, kerap n konsisten. Haaa nak beranak sangat dah rasanya ni. Tapi since blom ada tanda keluar either darah or air ketuban pecah, so takdela rasa nak meneran. Cuma rasa sakit yang amat kuat. Nasib baik trafik ok je otw nak ke hospital tu, takde jem pun kat Hiway Pasir Gudang tu. Syukur alhamdulillah. Bayangkan kalau jem, huh.. tak dapat nak bayang la.

Dalam kul 6.30 petang, kitorang pun sampai kat HSI, straight away ke bahagian kecemasan / bilik saringan tu. Aku turun dulu, hubby g carik parking ngan Insyirah. Ku sangkakan bilik saringan tu kat tingkat bawah je macam kat HTAR, Klang tu. Rupa2nya kat tingkat 4 da... uwaa. Terpaksa la tunggu hubby datang balik. Nasib baik ada wheel chair, duduk la kat situ dulu. Sorang staff hospital pun takde lalu lalang kat situ nak mintak tolong tolak ke bilik saringan. So nak tak nak tahan je la sakit sambil tunggu hubby. Bila hubby sampai je, terus dia tolak masuk lift untuk ke bilik saringan kat tingkat 4 tu.

Sampai bilik saringan kul 6.40 petang, terus bagi buku merah n bagitau staff bertugas yang aku dah sakit sangat. Okay, tak payah tunggu. Terus dia suh baring kat one of katil yang kosong untuk di check. Datangla sorang lady doctor nak check jalan. Sekali dia seluk, dah bukak 9cm katanya. Wawawa tak sangka sungguh dah bukak banyak tu. Patutla tak rasa apa bila dia seluk tu. hihi. Terus doktor tu arahkan aku ditolak ke bilik bersalin. Masa tu agak bz la coz tengah waktu pertukaran shift. Tak ingat plak bilik bersalin no brape. Tapi kat HSI ni banyak bilik bersalinnya, lebih dari 10buah bilik.. dan ianya betul2 bilik, bukan dewan bersalin macam kat HTAR. Individual room, so tenang la, takdela nak dengar suara orang lain mengerang sakit nak bersalin or tengah meneran nak melahirkan.hihi.

Masuk bilik bersalin 6.50 petang, tak sempat nak tukar 'uniform' hospital ke apa. Mujur aku dah standby pakai maxi dress, so bersalin pakai baju tu je la. Buku merah pun nurse bleh tertinggal kat bilik saringan. So masuk bilik bersalin tanpa pengenalan diri la jawabnya. Takpe, yang penting settlekan beranak ni dulu.hehe. documentation tu kemudian. Pukul 7 malam doktor pecahkan air ketuban, terus la datang rasa nak meneran. Tak bleh nak tahan-tahan lagi dah. So bermulalah sesi teran-meneran hingga akhirnya keluarlah putera idaman yang dinanti selama 39minggu. Aku tak tengok jam plak pukul berapa masa tu. Tapi rasanya sebelum 7.15 malam macam tu. Jururawat masyarakat @ bidan yang sambut baby pun tak alert kot kul brape. Tapi untuk rekod, diorang letak waktu bersalin pukul 7.20 malam. Ok xpe, xkesah pun ;-) Syukur alhamdulilah proses bersalin kali kedua ni dipermudahkan oleh-Nya.

7.20 malam bersalin, dekat kul 10 malam baru ditolak ke wad.
Kakak dapat teman ibu sekejap coz ayah keluar beli makanan n amik bag.
Nurse bagi kelonggaran untuk malam tu saja ye ;-)

Adik kena tahan kat NICU 1malam coz dah terberak masa dlm perut.
wawawa nape tak tunggu keluar baru berak ye.hehe.

Tu dia.. tanda lahir kat kaki.

Esok tengaharinya dah di transfer ke wad pediatrik.
12jam sekali nurse bagi antibiotik.
Sabtu 8 Feb baru bleh kuar wad n balik rumah.
Ibu sambut besday kat wad je 7 Feb tu.haha.

Sunday 2 February 2014

Waffle Maker Takada

Ini merupakan kali kedua membeli di website Lazada. 1st time aritu beli mesin jahit ;-) Memandangkan si cantek manis ku itu suka sangattt makan waffle, tu yang terpikir baik beli waffle maker. Boleh buat waffle kat rumah je kan untuk breakfast & bleh bawak bekal Insyirah pegi skul. 28 Jan aritu my hubby pun terus la order kat Lazada. Tapi bleh plak dia tersilap pilih method of payment, pilih cash on delivery.. tak bayar thru online banking macam biasa. Tak kesah la, mana2 pun boleh je. 2 hari lepas tu dapat call dari Ta-Q-Bin bagitau nak hantar barang. yeayyy. Harga murah saja, RM59 + kos penghantaran RM8 = RM67. Bayar by cash kat orang yang hantar barang tu. Bagus, sangat cepat dapat waffle maker yang dipesan. Petang tu jugak testing buat waffle untuk minum petang kononnya ;-) eh eh ni anak ke ibu yang lebih excited ni.haha.

tadaaaa.. inilah dia bendanya. comel je size.

sebelum guna, panaskan dulu waffle maker.
bila lampu padam bleh la curah bancuhan tepung waffle dalam tu.

hasil 1st time bakar waffle.
kurang garing as per requested by Insyirah ;-)

favourite Insyirah - letak planta + nutella

i like this love shape ;-)

sedapnyaaaa ibu buat waffle.
(padahal tepung tu guna yang premix je.haha)
tepung premix beli kat kedai jual keperluan bakery.

esoknya buat waffle lagi. kali ni untuk breakfast plak.
this one requested by my hubby, nak garing sket.

My personal review pasal waffle maker ni ialah.. sangat puas hati. Senang diguna dan dibersihkan, boleh buat waffle yang sedap dengan cepat. Lepas ni tak payah dah beli waffle kat luar.hehe. 

Saturday 1 February 2014

Kedai Makan Upin Ipin Bandar Baru Uda, JB

Last weekend, kitorang berkesempatan bawak si tecit (erkk masih tecit ke??) pegi lunch kat Kedai Makan Upin Ipin. Lokasinya kat Bandar Baru Uda, JB.. belakang deretan kedai Jakel BBU tu je. Tapi 1st time masuk area situ, biasala..berpusing2 jugak baru jumpa. Padahal senang je pun kalau datang dari Plaza Angsana. Memandangkan masa tu weekend terakhir sebelum CNY, jalan sesak sangattt..byk btol kereta yang nak masuk kawasan Plaza Angsana tu.haishhh sabar je la. Ditambah lagi dengan masa tu tengahari, time budak balik sekolah. Ni yang aku tak berkenan Johor kerja/sekolah pada hari Ahad.erkkk membebel plak. Ok, finally kitorang sampai jugak kedai yang dicari around pukul 12.45 tghari mcm tu.alhamdulillah.

kat luar kedai, sebelum balik.
siap beli botol air temokkk.

Sebelum decide nak ke kedai ni, ada la aku baca review orang2 yang penah ke sini. Kebanyakannya bagi review yang kureng - servis lembab. Tapi masa kitorang datang ok je plak. Order tak sampai 15minit dah dapat dah apa yg di order, complete. Mungkin sebab masa tu blom ramai customer kot, lenih kurang half penuh je. Lepas 1/2jam macam tu barulah mula penuh kedai ngan customer. Ok, nasib kitorang memang baik that day.

jom pilih menu ;-)

siap mention dalam order form -
dalam keadaan sibuk mungkin akan ambil masa baru bleh dpt menu yg di order ye ;-)

ok, tak lama tunggu dah dapat dah apa yang di order.

smiley fries favourite Insyirah

ni je yang kitorang order 

Basically dalam kedai tu takdela menarik sangat.. tak macam yang aku imagine. hehe. Ingatkan dalam tu ada la disediakan tempat untuk budak main2..ala2 indoor playground gitu. Tapi rupanya takde pun..cuma ada 2bijik TV yang duk ulang2 tayang 5 or 6 episod Upin Ipin. Ermmm kat tablet Insyirah lagi banyak episod kot, berpuluh2.hehe. Tapi apapun Insyirah tetap layan, suka plak dia duk lepak lama2 kat kedai tu tengok episod Upin ipin yang diulang2 itu. Ibu & ayah layankan saja.. bagi la peluang kat dia ;-)

kakak excited berposing

dan lagi..

Satu yang menarik kat kedai ni, ada disedikan surau untuk customer. Bagus kan, siap asing lelaki & perempuan. So sementara tunggu anak yang blom nak balik lepas beberapa kali diajak balik, parents boleh la solat dulu. Kecik je surau tu, tapi ok la kan..bleh muat 2 or 3 orang skali masuk. Kedai makan lain susah kot nak jumpa yang sediakan surau macam ni. Thumbs up!


ibu pun nak join bergambar okayy.
@9months pregnancy..kecik je kan perut ;-)

Lepas hampir 1 1/2 jam kat kedai tu, akhirnya Insyirah pun setuju untuk balik rumah.haha. Apa yang best sangat duk lama2 dalam tu pun ibu xpaham. Ooo ya bercakap pasal harga.. standard macam kita makan kat KFC or M'D la lebih kurang. Boleh la, sesekali bawak anak datang sini. Total tak termasuk botol air tu dalam RM30+ macam tu. Makanannnya nak kata sedap sangat takla, nak kata tak sedap pun tak juga. Ok2 la. Sambal udang petai tu for me boleh tahan sedap, tak pedas..sesuai untuk budak2. Next time boleh datang lagi..tunggu ibu lepas bersalin & abis pantang la kot ye..hihi.

last..sblom balik.

esoknya g skul ngan botol air baru ;-)
erkkk serabut sket blakang tu.