Sunday 20 October 2019

Trip to Pulau Pangkor - Day 3

Hari terakhir, aku bangunkan anak-anak awal sebab diorang kata nak mandi pool lagi sebelum balik. Haruslah bangun awal kalau macam tu sebab target pukul 7-8 mandi pool pastu naik bilik mandi bersih, sarapan pastu bersiap ke jeti. Kitorang tak ikut yang lain check out pukul 11 sebab ada urusan kat JPJ. Memandangkan urusan tu tak kisah, boleh je buat kat mana-mana cawangan JPJ, so kitorang decide buat hari Isnin tu kat Sitiawan, few km je dr Lumut sebab ari lain kang hubby nak kena amik cuti lain pulak. 

Siap semua, kitorang sefamily pun check out resort pukul 9.15 macam tu. Pastu naik van pink ke jeti tapi tak sempat nak naik feri pukul 9.30 jadinya tunggu next feri pukul 10.30 pagi. Tambang dari resort kat Teluk Nipah ke jeti adalah RM18 per van. Sejam tunggu, sempatlah amik gambar kat sana. Anak-anak pulak sibuk tanya, bila feri nak sampai? Adudu bertabahlaaa. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19zcJJQ78o1pnlc1-Urbr10UcDEHy-xV5
Ni je gambar sempat snap. Baru nak snap sefamily, van pink dah sampai.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OSzss1FbRefO1H4EwAK8gjRRYfWTtZ2k
Dalam teksi @ van pink.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K3wuH4H0L3x0wVFuQI8cNtrELnmTVUlq
Sambil tunggu feri.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ILuJojLz8WS41aph6NpgY9nrim6cOSFI
Lagi gambar.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rKr8Kry5qdcNPMOtwotpYEziVcAqIQ1N
Dan lagi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ej6iZ_Iqtn4wnqY6-NfuLctnkTUr8uQ1
Yeayy dah boleh naik feri, kata Abang Irsyad. 😀
https://drive.google.com/uc?export=view&id=13k-TtegIdwWdxdZeaxBkPknzpwyd8z7B
Amboi bang, siap panjat.

Pukul 10.30 naik feri, sebelum 10.45 dah sampai dah Jeti Marina Island. Tak ramai pun penumpang dalam feri tu, so semua dapat tempat duduk. Lama part tunggu my hubby nak amik kereta kat tempat parking sebab jauh parking kat tempat terbuka. Bayaran parking untuk tempoh tak sampai 48jam @ 2hari bermula Sabtu pukul 1petang hingga Isnin pukul  11pagi adalah RM30. 

Dari Marina Island terus ke JPJ Sitiawan, settle urusan dalam setengah jam macam tu. Lepas settle, patah balik ke Lumut makan lunch sambil tunggu ahli trip yang lain sampai konon nak join shopping sama-sama pastu konvoi balik ke Meru pun sama-sama. Tapi rupanya miscommunication @ silap paham kat whatsap group bapak-bapak tu. Kitorang ingatkan pukul 11.45 diorg send gambar tu masih kat Jeti Pangkor so target 12.30 la baru diorang akan naik feri dan 12.45 sampai Jeti Marina Island. Rupa-rupanya 11.45 tu diorang dah sampai Jeti Marina Island. Sudahnya diorang pegi shopping produk hasil laut tu, kitorang sefamily makan lunch kat Lumut. Sudah makan lepak plak dalam kereta konon tunggu yang lain. Anak-anak dah sibuk suruh jalan, kenapa duduk dalam kereta je katanya.

Kitorang pun gerak la dulu ke area Lumut Waterfront, tempat nak shopping tu. Kedai yang jadi pilihan adalah kedai namanya Hasil Laut Jamilah. Tengah dok shopping, hubby bagitau ahli group whatsapp update diorang dah sampai Sabak Bernam. huhuhu. Kita punyalah tunggu, kita plak kena tinggal. Dah tak dapat join konvoi, so gerak la sefamily je lepas sudah siap shopping tu. Nak buat macam mana kan, dah silap komunikasi.  Antara yang kitorang beli kat situ ialah fish satay yang cucuk lidi tu, fish snacks yang nipis panjang-panjang tu, sotong bakar madu, ikan bilis mata biru, sayap sotong dan jugak ikan kering bulu ayam rangup. Katanya rangup, aku belum goreng lagi. Ikan bilis mata biru tu dah goreng memang best kurang masin, rangup plak tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zFj9tdoaOyZO488vP3x6X8VP5d-CpY_7
Luar kedai.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SA0WpKPiZ47fFLVzqSWtIDD2zWHR6WOO
Pilih kak, jangan tak pilih.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uRWCua4R1qPCzjqwJOV4fh611DqXTbXH
Aku pilih yang ni. Harga tu letak je RM10.80 tapi kita beli dia kira RM8.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13VoxePKCnvc6SsEyl5XaCjm8AIPuDI4N
Tak beli yang siap kopek, tapi ku tau lakiku sayang.haha.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13IWqpuetZwbjU5we9WkNsRo1aoOZmU4K
Beli sayap sotong tu jugak. Lepas balik buat sambal tumis, sedap jugaaa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1d921MiowDQ3ujrJZTb_-eeg5_5GzNW8x
Ada jugak kupang kering tapi tak beli.

Gerak dari Lumut pukul 2+, singgah berhenti solat jamak kat Sabak Bernam pastu dah selamat sampai kat Setia Alam pukul 6 petang. Alhamdullilah anak-anak seronok, kita pun seronok juga cuma penat sket la nak mengurus baju kotor lepas balik tu.hihi. Tu dah memang jadi kerja tetap tiap kali balik trip. Finally, done post trip ke Pulau Pangkor.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rZakwcwV0LxovrRX-UMvZLXiw2xblq4X
Tak guna dah walkie-talkie ni masa balik sebab dah tertinggal geng konvoi. Adik main2 je la ye.

Monday 14 October 2019

Trip to Pulau Pangkor - Day 2

Ahad 6 October 2019, bangun around pukul 6 pagi untuk solat subuh pastu sambung golek-golek atas katil jap sebab anak bujang 3 orang pun belum bangun. Hubby turun sorang, nak tengok sunset katanya. Pastu sarapan sorang-sorang jugak sambil tapaukan sarapan untuk aku ngan anak 4 orang tu. Bila semua dah bangun, mandi,  sarapan kat bilik pastu siap-siap untuk berkumpul kat pantai. Hari kedua dah ada aktiviti yang dirancang nak buat dengan semua ahli yang join trip kali ni. Semalam free and easy je ikut family masing-masing.

Pukul 9 pagi sementara tunggu semua complete, layan mandi laut jap. Mandi kat tepi-tepi je memandangkan masing-masing bukanlah jenis berani sangat. Aku pun berani sampai air tahap ketiak je. Maklumla tak pandai berenang, setakat main air geli-geli bolehla layannn. Kakak Insyirah, Abang Irsyad ngan Abang Idlan plak layan main bina istana pasir kejap. Bila semua dah ready, kita pun mulakan aktiviti island hopping. Pulau yang kitorang pergi dan berhenti turun untuk snorkelling dan main air semestinya Pulau Giam. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1YRkOTSG02e2s4Tapwx5ZJ-PJEiBxNxeW
Korek pasir jangan tak korek.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1H_HBG0vgHUWA50c0ovd1GRwACsr8-Ln4
Eh ehhh yang kecik pun main jugak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ayaUiqIgjtQrOSBS3RhsOkRLkV0kqw06
Hai bang. Happy nya dia :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1NfjYedxwZc8qBtHb16wozw3BmjSlS2ta
Best ke dik?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LIw6NwsD3IBVNfpmetpY-6rRq1OgBv36
Dah ready semua ngan jacket.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e6KMcDpwMjhN4gjRmwu2ZA5HwSzEYg9E
Tunggu boat ready.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gbzqFqymZAo7fiuSBpzhjkYaiGoDrE3p
Wefie satu kali :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yMPBWaTANfNv3gMIbgP9lfOt-k_9kHWy
Merajuk takde jacket untuk baby.haha.
Kena beli @ bawak sendiri la adik.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SVDP0lXK3b6yr75gC_lzOldx1k9Fw3nM
Ok, ready nak naik bot dah.

Dekat je naik bot dari Teluk Nipah ke Pulau Giam tu, dalam 10 minit dah sampai. Bukan jauh mana pun, nampak jelas pulau tu dari pantai kat Teluk Nipah. Tak macam masa kitorang pegi Pulau Tioman dulu, jarak nak ke pulau-pulau kecik tu agak jauh sket. So lebih lama la duk atas bot tu, pulau tu pun nampak sayup-sayup je kalau dari tepi pantai kat resort yang kitorang duduk tu. Tapi walaupun kali ni sekejap dah kira ok as long as anak 4 orang tu dah merasa naik bot. Bolehlah jadi modal bercerita seronok-seronok diorang untuk seminggu dua ni. Iqbal kecik lagi so tak tau lagi dan tak ingat lagi experience ni. Abang Irsyad dulu 1st time island hopping ke Pulau Manukan kat Kota Kinabalu, besar sket la dah setahun plus tapi still la belum boleh mengingat momen tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gMHSJhsRqSKnhfyhZY_XcGwfCgh5N0Pj
Dah sampi Pulau Giam, sambung mandi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=10IL3NL17XpwJvhcWRQDAUE5e78GTDRf2
Sape berani dan reti boleh snorkelling. Kalau tak mandi situ je la ye.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1H_vZO07jBjDojCOAEm_PGQVn3TJDxQpu
Alamak bang, jaket tu ternaik pulak.hehee.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jLdSK44aSKG3smheh9bTJ2z4qHEAl1rG
Adik sambung main pasir.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1O8hiTfGEhRlOZ-ZhAAmw3wgSsgHiZGtR
Saya tak makan pasir la Ibuuuu.
Ehh tu kat atas bibir tu apa plak ye? 😇

Lebih kurang 2 jam kat Pulau Giam, bot pun datang nak amik group kitorang. Sama macam masa pergi, balik pun kitorang perlukan 3 buah bot untuk memuatkan semua ahli. Kali ni, pemandu bot bawak kitorang ke 3 buah pulau kecik yang lain tapi tak turun pun. Just cerita serba sikit dan tunjuk apa yang ada kat pulau-pulau tu. Monkey Island tu seperti namanya, ada monyet berkeliaran. Aku tengok yang datang ke situ cuma pengunjung Cina je, tengah duk bagi makanan kat para monyet :-p 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12kmhfe8e9xm1ro3Gdr3fmh9dMkXaGxiB
Bergambar sefamily sebelum naik bot balik ke Teluk Nipah.

Pukul 12 tengahari, kitorang pun sampai semula ke pantai Teluk Nipah. Masing-masing sambung mandi-mandi lagi, main bina istana pasir dan ada yang naik jet ski. Puas main, kitorang sekeluarga pergi makan tengahari kat kedai makan berdekatan. Siap makan, balik ke resort sambung pulak mandi pool sampai masuk waktu solat Zohor.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_YlnJsJ-dXBYKmdDNitwIpvdznnKcwkY
Main buai jap.

Balik bilik terus mandi, solat jamak pastu rehat dan tido sampai pukul 3. Ikut itinerary, pukul 4 nak start aktiviti sukaneka lepastu bbq. So dalam pukul 3.30 petang kitorang dah bersiap dan turun, jalan-jalan kat gerai carik kudap-kudapan sebelum ready untuk sukaneka. Banyak jugak acara yang di arrange untuk anak-anak, mak bapak dan family juga. Memang masing-masing enjoy la dengan aktiviti sukaneka dan bbq petang tu. Paling happy anak-anak la kan, lagi-lagi dapat hadiah. :-) Jom layan gambar-gambar aktiviti sukaneka dan jugak masa penyampaian hadiah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1drInjxm1fZ-CQ3aqMLTCmvXhraXqMI9D
Usaha nak menyusun anak-anak :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_nXjUKw4xUBgxAcZBZudNrpUENFU7xNj
Acara lari kepit belon.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13F2eT8t-eN0TXHP_jbiJO6qU_6PVqo4N
Mak bapak berusaha pujuk anak join sukaneka. Ni acara untuk anak bawah 4thn. Kejap mau kejap tak mau.hehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Q6dGrldFQe4yrG3Lk6wHEA3ZErg2OfSd
Idlan no 3 acara bawak bola pingpong dalam sudu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bTQwwX-yo6FPUiqcSwk_SVCQEBuwNLr1
Hadiah no 2 sukaneka berpasangan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1efrexkLHVMtY_Q5wh3ws0wEle93J1ndk
Hadiah family sedondon ;-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XS41MbnXB9_j2YO9aVJJifLSUji0fjvI
Makan time :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-IXX8DwUI659BIy4pLUeEW_rK-kd14D5
Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai. Nak senja dah masa tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-f1g451jWDnzPFZDPPQWFhXYCQgFVCFt
Jom balik resort.

Balik bilik terus mandi dan solat jamak pastu tunggu sorang akak baker tu anta kek batik melting yang aku order untuk birthday Kakak Insyirah. Cantik, kemas dan sedap kek tu. Aku dah tengok fb dia dan order siap-siap 2 hari sebelum datang Pangkor ni. Macam-macam jenis kek birthday dan juga kuih akak ni ada buat, bleh try view kat facebook dia k. Recommended. 👍

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Erh2oaJkw8qHyvd4510usbP-y73y6Vzd
Anak dara dah beso. Ibu je tak beso2.haha.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xdHJ1uX-Z1AY2gJlIZ5t41M9UYBQwzDP
Insyirah, Irsyad & Idlan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1a4KZNRjFv8yQzWZBWz7jreLWJE-OW1uR
Sorang lagi sibuk main kat belakang :-) 
Kakak main saukk je tudung Ibu, pun bolehhh.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=16wv1qAorJUpOPjXBcRnA7aDTmBlRhxEl
Kek batik melting. Pic amik dari fb akak tu ;-)

Siap makan kek kitorang pun turun nak jalan-jalan malam last kat Pangkor. Kek batik tu takla makan habis, suku je makan. Selebihnya simpan dalam freezer, lagi sedap nanti nak makan sejuk. Ada freezer box comel tu okay kat bilik walaupun rate bilik murah je. Freezer brand Sanyo tu, mana ada jual lagi kat kedai skang. Tahan lama tu, bagus sungguh. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=196be0twp5hzrnMBbabU50w1gFo2lE2f5
Erkk adik tu dah kenapa?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xSh-QHk9chZnt8xdPNPyHRgDM1DabhG3
Wefie sefamily :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1F-eJMlad2odIHjp1d1aGAj8JFQ2W_nhB
Kedai jual hasil laut tapi tak beli pun. Tak rajin mengangkut. Plan esoknya nak beli kat Lumut je.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TQnXFrN6Ebyh_KH1bTF_xzdl2aDUhI43
Kedai souvenir.

Siap jalan-jalan, beli fridge magnet dan jugak ngeteh malam tu kitorang pun balik semula ke bilik resort. Malam Isnin dah lengang dah sekitar kawasan gerai dan kedai-kedai sebab ramai yang datang weekend je kan, dah check out tengahari tu dah. So petang sampai ke malam tu dah tak busy macam hari sebelumnya. Settle hari kedua kat Pulau Pangkor, esok hari ketiga nak check out dan gerak balik rumah dah. 

Memandangkan kitorang join trip bersama jiran-jiran, so masing-masong takde pun yang sewa kereta or naik van pusing pulau. Sebab dah ada aktiviti bersama, follow je itinerary yang dirancang. Kalau ikutkan boleh je kalau nak selit masa kalau nak berjalan, tapi kitorang memang suka santai-santai, tak pack sangat jadual nak berjalan tempat lain pulak. Kalau sesiapa nak sewa kereta, rate sewa kereta sewa sehari RM100, moto plak RM50. 

Friday 11 October 2019

Trip to Pulau Pangkor - Day 1

Sementara tunggu feri dari Jeti Pangkor ke Marina Island aku type la dulu sket blog. Kang simpan-simpan basi plak cerita:-p 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1AC3Zu3-GHGrmh4fcAolimP4G62F-dTe1
Jadual feri.

Actually 2 tahun lepas penah cadang nak ke Pulau Pangkor ni tapi pastu cancel sebab rasa macam tak brape happening kalau setakat nak pegi sendiri with family je. So bila Julai aritu jiran setaman JM8 propose trip ke  Pulau Pangkor secara berjemaah dan hubby tanya - nak join ke? Terus jawab - nakkk. hihi. Biasalah aku kalau diajak berjalan jarang sangat kata tak nak.

Awal-awal rasanya macam 10 buah family nak join tapi lastly cuma 8 family yang join. Kira okla tu, JM8 - 8 keluarga. Tarikh yang dipilih  5 October - 7 October (Sabtu - Isnin, 3hari 2 malam). Walaupun kitorang sebenarnya dah pindah rumah mid July tu, tapi aku ngan hubby tak leave pun group wasap JM8. So kira acila kitorang join trip tu. Date pun cun, takde bertembung dengan apa-apa aktiviti or urusan lain. So kita followww. Btw, JM8 tu ringkasan Jalan Mulia 8, somewhere in Meru,Klang. hehe.

Jumlah bayaran trip aku tak berapa pasti la berapa sebab hubby yang bayar. Yang aku tau bapak-bapak semua buat bayaran dalam 3x bayaran bermula July sampai September. Okla tu, takdela bayar sedepuk. Dalam lebih kurang RM500 sefamily kalau tak silap including bayaran bilik untuk 2 malam, island hopping, sukaneka dan bbq. Bayaran lain macam petrol, makan minum dan tiket feri adalah budget sendiri dan prepare sendiri pada hari kejadian. Next, cite pasal perjalanan trip pulak.

Sabtu 5 Oktober 2019 - Semua bangun awal termasuk dak tecit Iqbal. Alhamdulillah, anak-anak aku kalau bab berjalan memang diorang bersemangat dan bangun pun kira okla, senang. Cuma bila balik dari trip nanti je la kena bertabah sket dengan mood diorang. Pukul 7.20, semua dah siap lengkap sekali ngan loading beg baju dan barang masuk kereta. Pantasss. Takde sarapankat rumah sebab aku takut lambat. Prepare ok boleh cepat tapi nak nak kemas nak cuci bagai kang amik masa pulak. So kita order saja kuih dari Kak Has, jiran JM8 jugak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VFlkDKSnGQXYIVx4rwY4y0aHF2pVnhah
Sedap both kuih ni. 👍👍

Pukul 7.30 kitorang gerak dari rumah kat Setia Alam, dalam 7.45 sampai JM8. Terus amik kuih pastu sarapan dalam keta sambil tunggu semua peserta @ jiran yang join trip kumpul. Sempat agih kuih jugak kat jiran sambil diorang loading barang. Ikut itinerary pukul 8 kumpul, pukul 8.15 nak gerak. Tapi biasalah, pukul 8.25 baru dapat kumpul. Tu pun tak semua, cuma 5 buah kereta @ family je yang dah ready. Sebuah kereta akan jumpa kat Sungai Besar, sebuah kereta lagi gerak lambat sikit sebab tuan kereta baru bangun tido.hihi. 1 family lagi pulak akan jumpa kat Lumut je sebab dah gerak malam sebelumnya. Kampung diorang berdekatan Lumut, sekali harung balik kampung la tu kan. So kita mulakan konvoi dengan 5 buah kereta saja la ye. Gambar sebelum gerak takde plak amik.

Gerak dari Meru Klang pukul 8.30, sampai kat Lumut, Perak lebih kurang pukul 12.30. Tu dah termasuk berhenti isi minyak, pegi toilet dan jugak carik kedai RM2 cari pelampung kat pekan Sabak Bernam tapi tak jumpa. Sudahnya bila masuk simpang 4 traffic light (simpang besar ye, jalan utama) nak ke Lumut tu nampak sebesar-besar kedai RM2. Sesiapa yang nak ke Pulau Pangkor tapi tak sempat beli pelampung, set mainan istana pasir dsb boleh la singgah kedai ni la ye. Kalau beli kat Pulau Pangkor dah jadi RM12-15 tau set mainan istana pasir size kecik yang biasa-biasa saja. Kalau yang besar jejak RM20-30 okayy. Pelampung pun sama, takde harga bawah RM10 kalau beli kat Pangkor or lebih tepat lagi kat Teluk Nipah la.

Sampai je Lumut, kitorang kumpul semula kat Restoren Silatulrahim. Memang best kedai makan ni, macam-macam jenis makanan ada sampai tak tau nak decide nak yang mana satu sebab semua nampak sedap.hehe. Masakan kampung : ikan bakar, lemak tempoyak, sup daging, kerabu, ulam-ulaman semua ada. Sambal pun ada banyak jenis, tapi aku pilih sambal kuini. Sedap sungguh kombinasi manis manis pedas. Lawankan dengan keli bakar ngan lemak pucuk manis & labu. Harga pun sangat-sangat ok, kitorang makan 1 family cuma lebih kurang RM30 saja including minuman. Recommended sangat. 

Siap makan, semua family bergerak ke Jeti Marina Island yang terletak tak berapa jauh dari kedai makan tu, rasanya dalam 2-3km je. Actually ada 2 tempat untuk nak naik feri dari tanah besar ke Pulau Pangkor iaitu sama ada naik dari Jeti Marina Island atau pun naik dari Jeti Lumut. Marina Island tu just nama je ye, bukan pulau pun. Kalau naik feri dari Marina Island akan amik masa less than 15 minutes untuk sampai ke jeti Pulau Pangkor. Tapi kalau naik feri dari jeti Lumut plak amik masa dalam setengah jam katanya sebab perbezaan jarak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1t_2bR0KTKYNhwF_AAw3i4cawLmQr74dh
Bergambar jap sementara tunggu bapak-bapak selesai parking kereta.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uIYcvFg5SSVKCK2n9EpOOVEBQrpILlht
Tiket Marina Island - Pangkor Island - Marina Island untuk kitorang berenam.
Harga tiket macam dalam gambar kat atas ye. Untuk family kitorang, perlu dapatkan 3 tiket berbeza mengikut umur. Idlan 3 tahun dan jugak Iqbal masih baby baru 10 bulan tak perlu bayar tapi tetap dapat tiket. Ibu ayah dewasa RM14 sorang; Kakak Insyirah & Abang Irsyad pulak kanak-kanak RM5 sorang. So total RM38 untuk sefamily 2 dewasa 2 kanak-kanak 4-12 tahun  dan 2 baby/kanak-kanak bawah 4 tahun untuk pegi dan balik. Tiket perlu simpan baik-baik sebab masa nak naik feri pegi dan balik kena tunjuk tiket yang sama.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=17itT32_vEwEBQL5w2SlM8VZhYAxiS3yK
Feri penuh kat dalam. 2 orang ni lagi suka kat luar bleh tengok laut.
Kitorang naik feri dari jeti Marina Island pukul 2 petang dan sampai kat jeti Pangkor Island dalam 2.15 petang. Kejap je dalam feri, tapi lama pulak nak menunggu bergerak ke resort sebab ada 1 family dari group kitorang yang hilang beg. Mungkin guest lain tersalah amik ke macam mana tak pasti la kan. Lepas berurusan dengan staf bertugas dan tinggalkan contact no barulah kitorang bergerak ke resort. Petang tu baru dapat tahu, beg dah dapat semula kat family tu sebelum asar petang tu. Alhamdulillah. Kalau tak jenuh juga takde pakaian nak pakai sepanjang kat Pulau Pangkor. Nak kena shopping luar dan dalam la pulak kan.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=10eStcsB3LsYbz5_9SC0mY4BEcbkpS17Chttps://drive.google.com/uc?export=view&id=12iEBqFsUInFiDM9pCpteXCJGPF6stw0uhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1gch-8ekp3YuFKyD74nNbCxBGBaB9-okh
Sambil tunggu semua ready untuk naik van ke resort.
Dari jeti ke resort, semua naik teksi kaler pink yang merupakan pengangkutan rasmi la kat Pulau Pangkor ni. Group kitorang 8 family semuanya dalam 40+ orang semuanya. Muat 3 biji van campur dewasa, kanak-kanak dan jugak baby dalam 1 van 15-18 orang. Takpe padat-padat sket duk dalam van sebab jarak pun takdela jauh mana. Dalam 10minit lebih kurang dah sampai resort yang dipilih iaitu Pangkor Bayview Beach Resort yang terletak kat Teluk Nipah. Jalan nak ke sana memang berliku-liku, kalau suruh aku drive memang tak mau la. hehe. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qLFJU0hJ2gjTjd5hltbc_Mj-z9jBYu4C
Bergambar jap sebelum naik van. Aishh nape la tarik-tarik baju Ibu plak.
Happening sungguh Teluk Nipah ni, gerai sepanjang jalan berlatar belakangkan pantai. Opposite gerai dah resort dan jugak kedai-kedai makan, mini market, kedai kek, kedai souvenir & macam-macam lagi. Sama lorong dengan Pangkor Bayview Beach Resort ni saja pun rasanya ada dalam 10 buah resort, rapat-rapat je. Semuanya within walking distance je, memang lokasi terbaik. Seperti yang dijanjikan, sebelum check in bilik kita bergambar dulu memandangkan semua tiga van pink dah pun sampai kat resort.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-RjFuomJ95CE_UgeN4eBeAYjzwpwlD2yhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1blPeQuGCAS4aB211pAznFvrQOC05wPaQhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1ne5T6SZyoModAfIaz98-OyAmbZ6MOWYE
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1io9sFkA8BpdJcGuzjsO-oN9GE7diYa0g
Team merah :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1N11vicctKiQbtIEItY-Xm6y0CE9GHS9v
Saya landing dulu ye. Penat lebih setengah hari tak dapat golek-golek :-p

Bilik untuk semua 8 family dari group kitorang kat 1st floor, family room dengan 2 double bed @ 4 single beds. Kitorang cantumkan je 4 single beds jadi 1, so lebih luas. Lagipun memandangkan masing-masing berebutkan ibu, bila dah lekat jadi sama adil semua dapat ibu.hehe. Sampai bilik masing-masing kepenatan, solat jamak, rehat dan tido sampai pukul 4.30 petang. Lepastu baru turun ke bawah layankan anak-anak mandi pool. Rupa-rupanya jiran lain dah lama turun pool, anak diorang dah tak sabar nak mandi. Terus join mandi sampai pukul 6. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1NUaLgpJ1lvEFBWVBgTivJXjaJNmAlxDh
Tak sabar nak mandi pool. Dak tecit tu tau ke nak p manaaa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XeT19-lBeK9EQW9bwjQOxDxGQiGT_2xr
Sulung & bongsu. Confirm bongsu :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1GAYR14ES0-Hrl5MEYvbbeacaDgz3gZuH
Ayah & Iqbal.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PxuIqfCRKncVnuk5TzJo8BGm9WmD31Tk
Mandi jangan sampai lebam tauu.hehe.

Lepas mandi, jalan-jalan tengok gerai sambil carik kudapan petang. Tengah jalan-jalan hujan pulak, so stay kat satu gerai terus order makan berat merangkap makan malam. Order nasi goreng seafood dan jugak rojak ketam. Sesap dua-dua tu, nasi goreng seafood RM8 rojak ketam RM20. Alaaa takde plak amik gambar rojak ketam tu tapi macam rojak biasa la ada tepung cuma special ada bebola ketam dan jugak ketam seekor size sedang. Sepinggan boleh makan 2-3 orang juga tu. Siap makan, terus balik bilik sebab dah senja. Banyak kedai tak sempat pun nak tengok, esok je la pulak.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1HhCg_WwlzOe7VfSlSR0ZiyCnuBe56isv

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ucxIj1DfjO5EMbGB3VqT0VE10mxxAQI6
Meriah sepanjang jalan. Sambil jalan-jalan tu baju pun kering :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DGZscpYOqrYHv7rm4PwRdIKj5kSkiCD1
Hujan pulak. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=16yx8M0jeCWydjTCfFo7-BPRHiZgRIvXv
Layan tengok pantai & laut la. Abang Idlan sempat tido kejap kat sini. Adik steady je lepak sambil makan pisang goreng :-)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1HgKY0J1QJDRQKJrl98nZQ5MzSks7mtjyhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1bRoukIj7T_3k7E_N7vI4mLN0hH6KwstI
Sambil tunggu makanan sampai, layan view cantek ni.

Malam tu dah tak keluar bilik dah. Layan tengok cite Karate Kid kat tv sambil minum milo 3 in 1 panas, solat jamak terus tido. Hubby je ada turun ngeteh ke karoks dengan bapak-bapak lain. Tu pun tak lama pastu dah naik bilik, ngantuk sesangat dah masing-masing. Selesai hari pertama kat Pulau Pangkor, bersambung kat next entry untuk cerita hari kedua dan ketiga.