Tuesday 25 March 2014

Habis Berpantang & Buat Passport Baby

Khamis lepas, 20 Mac 2014 genaplah 44 hari aku berpantang. Petang tu aku pun berurut lagi plus botakkan kepala Irsyad. Nak suh ayahnya yang botakkan, dia tak berani. So nak tak nak mintaklah tolong akak tukang urut tu tolong botakkan. Masa Insyirah dulu pun habis berpantang baru botak skali ngan bersunat, masa tu kat kampung - Kg. Lubok. Esoknya plak bawak Irsyad for his 1st time outing ;-) Dekat je outing, kat Bukit Dahlia je. Kebetulan ibu nak beli barang sket kat Mom's Nest + farmasi + Kipmart Masai. Kakak plak sebok ajak nak makan kat 'kedai hijau' katanya. Ermmm rupa2nya nak makan kat Subway.. haha, cakap je la Subway, tak payah nak 'kedai hijau' sangatla.

smileee ;-) 

with my 2 kids.love u both!

Esoknya, Sabtu 22 Mac 2014 kitorang ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri kat Setia Tropika tu plak untuk buat passport Irsyad plus renew passport ibu + kakak yang akan expired September nanti. Memandangkan nak fly ke Perth bulan Mei, so memang kena renew la passport. Hanya bleh guna passport yang valid lebih dari 6 bulan dari tarikh luput kan. Thats mean kalau kita buat passport untuk 2 tahun, kita cuma bleh guna untuk tempoh 1 1/2 tahun je kan. Ish ish ish.. dari dulu sampai sekarang aku tak paham kenapa macam gitu.hehe. Selain daripada Imigresen, kat kompleks ni juga menempatkan Pejabat Pendaftaran untuk daerah Johor Bahru. Irsyad hari tu takdela buat kat sini sebab kat Pasir Gudang ada Pejabat Pendaftaran sendiri. Kompleks ni dibuka setiap hari termasuk Jumaat & Sabtu tapi untuk urusan tertentu sahaja. Kat Pejabat Imigresen ni hanya pemprosesan passport saja dibuat pada hujung minggu, dari pukul 8pagi sampai 1tengahari saja. Okla tu, memudahkan orang untuk buat@renew passport on weekend, tak perlu ambil cuti on weekdays kan.

Seawal pukul 6.40 pagi lagi kitorang dah bertolak dari rumah, wawawaa awal tu. Pagi2 dah kejut anak2 dari tido. Mujur kakak tak meragam & senang juga nak mandi awal pagi. Tapi ayah la kena tolong mandikan dia. haha. Adik plak ibu tak mandikan pun, just lap2 ngan kain lembap je. Dalam 7.10 pagi kitorang pun sampai la kat kompleks KDN Setia Tropika tu. As expected, dah ramai juga orang yang dah sampai & mula berbaris sementara tunggu untuk ambil no. giliran pada pukul 8. So kitorang pun beratur dulu. Kitorang budget kakak kena ambik no. giliran macam biasa, adik & ibu plak bleh ambik no. kat kaunter khas coz baby bawah 2tahun memang diasing kan. Sekali tu bila sampai time nak ambik no, petugas imigresen tu bagi kakak join ibu skali. So okla, bleh jalan 3 orang sekaligus ;-) Dapat no. 2003, 2004 & 2006. Yeayy. No. 2005 tak tau missing mana.hehe. Takpe, takde kaitan ;-p

tunggu ambik no.
kakak dah mula bosan tunggu dari 7.20-7.50pagi

tiga2 dapat ke kaunter khas.alhamdulilah ;-)

Lepas ambil no giliran, kitorang pun naik ke tingkat atas untuk urusan buat passport (eh lupa la tingkat brape.haha) Tak tunggu lama, terusla sampai no. kitorang. Maklumla no. pun 2003 memangla tak lama tunggu ;-) Mula2 renew passport untuk ibu & kakak dulu. Renew untuk 2 tahun dah la. Bayaran untuk 2 tahun bagi dewasa RM150, baby & kanak2 bawah 12 tahun plak RM80 saja. Kalau baby & kanak2 bawah 12 tahun nak buat untuk 5 tahun - RM150 je, murah kan. 

Start 2014 ni, tak payah dah bawak gambar sendiri. Setiap kaunter dah dilengkapi dengan kamera, so ambik kat kaunter tu je. Tapi untuk baby memang sukarrr la nak amik gambar dia. Tambah2 lagi Irsyad ni baru 46 hari, kepala pun tak kuat lagi. Ibu duk pegang badan dia, ayah plak tahan kepala dia.hehe. Try snap dalam 4-5x tak dapat jugak yang elok, sudahnya Irsyad dah bosan & mula nangis. uwaaa. Last2 petugas kaunter tu cakap bleh ambik kat kedai gambar kat luar..aiyakkk. Apsal tak habaq awai2, takpayah susah2 paksa my baby duk kat kerusi tu semata nak ambil gambar.hehe. Takpela, kitorang pun turun ke tingkat bawah. Dalam cafe tu ada kedai gambar & kedai fotostat jugak. Orang tu ambik gambar Irsyad dari dalam stroller@buggy dia je. Cuma letak kain hitam belakang badan Irsyad, then snap.siappp. Pandai2la dia edit bagi gambar tu jadi background kaler putih. Harga mcam biasa, RM10 untuk 4pcs. Siap ambil gambar, kitorang naik tingkat atas semula untuk settle kan permohonan passport Irsyad. Siap apply & bayar, tunggu resit then bleh collect passport dalam masa sejam. Cepat kan..bagus ;-)

ibu & kakak renew passport dulu, then baru adik.

kat dalam bilik penyusuan..bagusnya,luas bilik ni.
ada disediakan meja untuk tukar diaper juga.

tunggu untuk ambik resit bayaran.

kul 10+ dah siap..yeay dah bleh fly ;-)

balik tu singgah jalan2 AEON Bukit Indah.
kakak dapat Lego set.untunglaaa.

day 48 - 2 org budak kena tinggal ngan ayahnya.
babai ayah! keje baik2 kat negara orang ;-) 

budak botak @ day 50.
omeyy teman kakak main lego.