Friday 14 August 2015

Ramadhan & Syawal 2015

Rasa cepat sungguh masa berlalu sejak balik dari KK, lepastu masuk bulan Ramadhan lepastu bulan Syawal. Maybe sebab kita bz dengan macam-macam aktiviti, tu yang rasa pantas je masa. Syukur alhamdulillah tahun ni my hubby ada kat Malaysia sepanjang puasa dan raya. Tahun kedua berpuasa dengan breasfeed baby, aku dah ok dan takde masalah pening or loya. Extra letih dan haus tu memang tak dinafikan sebab Irsyad masih kuat menyusu walaupun dah makan solid food. So apa yang penting, waktu malam sebelum tido aku tak pernah skip minum susu putih + oat + horlicks or vico. Air masak pun aku akan habiskan at least 1.5litre, tak kisahlah walaupun kena keluar masuk toilet buang air waktu tido malam.hihi. Alhamdulillah, dapatlah berpuasa penuh tahun ni macam tahun lepas jugak. Selain tu amalkan makan kurma masa buka puasa, minum malam (or moreh lepas hubby balik tarawikh) dan masa sahur.

Kakak pulak tahun ni berjaya puasa penuh 27 hari, plus 2 hari lagi half day. Ok sangatlah tu berbanding tahun lepas cuma 9 hari yang full. Actually aku takde paksa dia untuk puasa, tapi Kakak sendiri yang nak puasa disebabkan faktor sekolah dan kawan-kawan. Kat sekolah tadika, teacher ada bagi 1 table @ kalender bulan Ramadhan plus sticker bentuk bulat untuk setiap student. Kalau student tu dapat puasa full day pada sekian date, diorang akan lekat sticker bulat tu. Kalau cuma dapat puasa half day, sticker bulat tu kena potong dua jadi semibulatan dan lekat. Haaa ni secara tak langsung memang membantu menaikkan semangat Kakak untuk berpuasa sebab dia nak lekat sticker yang full, tak nak semi ataupun takde sticker langsung. Lepas naik dari cuti beraya, table tu plak kena submit teacher. Syukur sangat sepanjang 29 hari dalam bukan Ramadhan, ada 2 kali je dia meragam dan nangis liat sket nak bangun sahur sebab ngantuk. Selebihnya  ok je Kakak bangun sahur dan makan minum sendiri. 

tahun ni jugak Kakak dah mula solat tarawikh. dak tecit berbaju melayu kaler gold hujung sana tu sibuk 'mengukur' masjid.

comotnya makan aiskrim sementara tunggu masuk waktu isyak.

iftar @ Sangkar Kristal, JB. 

Memandangkan tahun ni my hubby ada kat sini, so merasalah iftar kat restoren or hotel secara percuma. Alhamdulillah, semuanya di'sponsor' oleh pihak vendor kepada company tempat keje hubby ku itu. So memang puas hati dan dalam masa yang sama dapat jimat duit, tak payah nak ber'buffet' ramadhan dengan duit sendiri. Kakak semestinya happy dapat buka puasa kat luar, so takdelah dia meragam sangat nak tunggu azan maghrib tu.hihi. Adik plak as usual, as long as dapat berjalan memang dia suka sangat. Kalau bab makan tu, memang dia akan makan sikit-sikit je. Tak taulah sejak lepas umur setahun ni dah kurang minat makan, more to jalan-jalan dan main saja kerjanya.aiyooo.

Insyirah @ Amansari pulak. 

@ Dayang Catering, area Larkin sana. Sate ayam dan daging kat sini lembut je, sedappp.

KSL Resort, last 2years pun pernah ber'buffet' kat sini. Masa tu Irsyad dalam perut lagi.

Raya tahun ni turn beraya kat Batu Pahat dulu, then baru Selangor. Tapi memandangkan abah tak sihat, kitorang balik ke Bagan Serai sebelum ke Selangor. As usual bila balik ke utara musim raya memang jemmmm teruk. Bayangkan perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Selangor yang less than 250km boleh cecah sampai 9 jam untuk sampai. Waaa memang jem sangat2 kat highway PLUS dari arah Taiping sampailah ke Bidor. Memang bercinta sungguh, mujur anak-anak ok dan tak meragam dalam kereta. Berhenti rehat, solat dan makan kat R&R Tapah tu pun sesak betul, sampai ada orang yang duduk makan kat tembok tepi-tepi gerai tu je cos meja semua penuh dan ramai juga yang tunggu turn. Perghhh. Apapun syukur alhamdulillah, jam 3.30petang bergerak finally jam 12.30malam sampai kat rumah abang kat Kuala Selangor. Beraya 2 hari kat Selangor, then balik semula ke rumah Pasir Gudang on 6th day of Syawal. 

anak bujang, 1 Syawal @ Kg Lubok

anak dara, 2 Syawal @ Klang. muka mashammm.

dak tecit wefie dengan kakak & cousins.

Irsyad & Izz, sebaya. tahun lepas bergambar 2 orang baring je.

Sambung pulak raya, marhaban dan open house kat sini sampai 30 Syawal. Perghh memang meriah raya tahun ni, maklumlah rakyat kan tak terkesan dengan GST,hihi. Skang ni open house plak dah jadi macam trend bukan macam zaman aku kecik-kecik dulu. YB or ketua kampung je yang buat open house.  Tapi takdelah semua besar-besaran, ramai  kawan-kawan yang buat open house sederhana je. Yang penting dapat berkumpul dan mengeratkan silaturrahim.  Semoga kita berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan & Syawal lagi tahun depan, inshaa Allah.

1st time beraya as a tuppy lover.haha.

ziarah dan marhaban raya dengan jiran-jiran. 

geng bapak-bapak orang 😁

open house sana sini. kakak suke sangat beraya katanya. start raya ni jugak kakak request nak terus bertudung bila keluar rumah. alhamdulillah.