Friday 26 April 2013

Ekspres Rakyat >> Kluang Rail Coffee >> Gunung Lambak


"Ekspres Rakyat
Cepat cepat
Jangan terlambat"

Ini je lirik lagu yang aku masih ingat. Dari kecik duk dengar lagu ni. Tapi tak pernah naik masa zaman tu. 1st time naik keretapi masa blaja kat U dulu..masa tu naik dari JB ke KL. Ekspres Rakyat - ini lah nama tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kami naik hari Sabtu yang lepas, 20.04.13. Selain tu, ada a few lagi jenis tren@keretapi yang disediakan oleh KTMB. Antaranya Sinaran Timur & Senandung Timuran (dari JB ke Kelantan), Senandung Langkawi (dari JB ke Perlis) dan Senandung selatan (dari JB ke KL).

Motif naik KTMB? sajaaa nak bawak dak tecit naik keretapi. Public transport lain dah penah bawak - komuter, lrt, flight, bas henti2..ooo ya bas ekspres belum lagi..Akan difikirkan kemudian ;-) Kami naik keretapi ni dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang..tak jauh pun. Tapi dalam tak jauh tu, makan masa hampir 1 1/2 jam jugaklaa. Maklumla, keretapi ni kelajuannya tak seberapa. Aku anggarkan dlm 40km/j kot..entah ye entah tak. Kami lalu 3 stesen sebelum sampai Kluang iaitu Stesen Renggam, Kulai dan Sedenak (eh turutan tu mcm xbetul la.hehe). Bertolak dari Stesen Kempas Baru jam 9.30pagi.


naik dari stesen ini

dak tecit ngn tiketnya


Kempas Baru - Kluang - Kempas Baru
Dewasa RM13 / Kanak2 RM11 sehala
Total RM74 return.oklaaa..suke2

Okayy kami dapat beli tiket kelas 2 saja.4seats per row.
Konon nak beli yang 1st class tapi takde, maybe sebab dekat sangat kot.


Ayah duduk sebelah orang - sibuk je Insyirah duk membebel.

Jam 11pagi  kami pun sampai ke Stesen Kluang. Sebab apa pilih nak ke sini? Sudah semestinya sebab nak try kopi yang sangat femes itu - Kluang Rail Coffee. Turun je dari tren, terus nampak kedai ni. Memang jadi tumpuan orang ramai la, tempat duduk pun penuh je. Tapi tak lama menunggu, ada abang ni sibuk panggil dan tunjukkan tempat kosong. Rupa2nya abang ni bawak kereta sewa, or lebih tepat lagi kereta sapu. Memang ramah tamah la orangnya, harusla la kan. Ok, kami abaikan dulu abang tu sebab sibuk nak amik gambar dan try kopi dulu la, of cos.


serius je muka cik abang ku ini..hmmmm.


yeayy kami dah sampai sini ! batakkk ;-)

roti bakar mentega+kaya
special kaya tu buat sendiri..sedap.
kopi tu memanggg sedap seperti yang di war2kan.

Selesai minum, kami pun mintak abang kereta sapu tu bawak kami ke Gunung Lambak. Jarak dalam 5km dari stesen keretapi nak ke sana. Ada banyak juga kemudahan@aktiviti yang boleh dibuat kat sini - camping, jungle trekking, treasure hunt, water park dan macam2 lagi. Tapi memandangkan kami cuma datang sekejap saja, so cuma masuk water park saja. Kecik je water park tu, tapi bolehla..bagi si cantek manis kami hepi2 that day ;-) Lagipun kami ni pun bukan jenis yang suka nak mencuba jungle trekking bagai,dengan bawak anak ni..hehe. Oh ye, bayaran masuk ke water park ni cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2.



kat pintu masuk Gunung Lambak Water Park 
yeayy saya nak mandi !


Adusss peluh2 dah dak tecit ni.. 
cuaca panas tapi takdela terik sangat..just nice.

Selepas lebih 2 jam bermandi-manda, kami pun call semula abang kereta sapu suh amik dan hantar kami ke bandar Kluang semula. Abang tu caj RM12 sehala. Ok baiklahhh ;-) Kami ber window shopping, rehat2 dan solat sekali kat Kluang Mall. Dak tecit sibuk ajak masuk Secret Recipe..atoii ni kat JB pun boleh masuk.layankan saja..bolehla makan kek dan minum kat situ jap.

macam biasa, our favourite choc indulgence

Selesai ber window shopping, kami bersiar2 (laaa sangatt) kat bandar Kluang - berjalan kaki saja. Insyirah pun nampaknya mood baik je..tak meragam langsung walaupun kena menapak lebih kurang 1km jugak tu. Singgah lunch kat Nasi Ayam Haji Ali, masa tu dah pukul 4+ dah..hehe lunch apanya. 

lengang je bandar Kluang ni 
okayy dah sampai stesen semula

Sampai stesen keretapi, pekena kopi for the 2nd round plak.hehe.kering tekak okay berjalan dari Kluang Mall ke stesen ni. Kali ni order kopi ais plak..best jugak tapi aku prefer yang panas, lebih kawwww. Sekali lagi, order jugak roti bakar..sedap plak combination butter+kaya tu. Siap minum dekat kul 6 dah. Tiket tren pukul 6.40, tapi delay plak ke pukul 7.20mlm. So sampai Stesen Kempas Baru dekat pukul 9malam dah.


aktiviti sementara tunggu keretapi sampai.
pusing2 stesen sambil tolak troli ni.atoiii.melayan dak tecit.

ewahhh gembiranya dia.anda ingat anda kat airport ke???

bukti dah sampai Kluang.hehehe.

Chamek - Mengkibol
1st time dengar nama tempat ni.heeee.

haaa siap tapau kopi
uncang 16pcs - RM8.50

Dari Stesen Kempas Baru, kami terus gerak ke Pasir Gudang. Singgah makan jap, pastu kul 10 baru sampai rumah. Penatnyaaa tapi seronok dapat jalan2 n spend masa with my sayangs ;-)

Saturday 6 April 2013

Kali Pertama

eh nmpk beza la pulak rupa dak tecit ni.
omeyyy katanya.

Sejak umur 3tahun 6bulan, inilah kali pertama budak tecit bernama Insyirah Syaza ni gunting rambut. Heee sedikit batak (or banyak??) di situ ;-) Lokasi gunting rambut bukanlah di Pasir Gudang tapi kat Kota Tinggi..waaa nape sampai ke sana nak gunting rambut. Bukanlah sengaja..kebetulan semalam lepas balik dari kenduri kawen kat Felda Sg. Mas tu lalu depan salon ni, bukak la..so apa lagi, terus menyinggah. Kat area rumah kat Pasir Gudang tu bukan takde kedai gunting rambut unisex,ada sebijik.. tapi memanjang tutup.. Bila bukak, kita plak tak dapat nak menyinggah sebab baru nak gi amik anak balik skul ke apa..eh sudah laa.banyak pulak ceritanya.

baru sampai.posing dulu sementara tunggu turn.
ramai plak pelanggan.

yeayy dh sampai turn.
sampai balik rumah dak tecit sibuk cakap -
Insyirah gunting rambut pakai kain kaler pink.
ada ibu kesah? kuikui.

okey..mulakan menggunting ;-)
dak tecit nmpk tembam la..hihi.

dah siap gunting..tgh duk keringkan rambut

yeayy dah siap..my new hair style
(style la sgt kann.)
siap beli vitamin utk rambut..yo laaa.
dah siap, jom balik rumah jom ;-)

esoknya jalan2 @ Aeon Tebrau dgn rambut baru ;-)