Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Waaaa sedar tak sedar dah masuk minggu 36 la..cepat plak masa ;-) So skang ni sepatutnya keperluan lepas bersalin dan semasa berpantang dah ada la. So untuk mengelakkan ada yang tertinggal, meh la nak senaraikan apa yang perlu. Kira macam check list la. Memandangkan kali ni plan nak berpantang sendiri, so cara berpantang pun ikut cara sendiri. Kali ni takde beli set bersalin macam masa 1st time dulu coz tak semua barang dalam set dipakai. Jamu makan sket je pastu stop sebab baby kuning, katanya jangan makan jamu untuk elakkan baby kuning. Sebelum tu tak tau pun, maklumla 1st time. Minyak telon dalam set tu pun tak dipakai sebab lebih suka minyak yu yee cap limau.hehe. So kali ni beli loose saja, ikut suka hati aku.haha. Untuk dalaman, aku plan nak makan vitamin je..no jamu. Vitamin yang dicadangkan lepas bersalin - Multivitamin, B complex, Zinc complex & Vitamin C. 


bengkung, bunjut mandian aura, tuam baby, minyak serai wangi.
beli online kat fb : Set Bersalin Luaran Danita

Ok, ni senarai barang2 yang aku perlukan :

1. Bengkung
Bengkung yang lama masih ada dan masih elok, tapi saja nak beli yang baru. So ada la extra. Kalau yang ni basuh, bleh pakai yang lama. Masa 1st dulu macam tak strict sangat pakai bengkung ni, bila basuh xpakai.ish3. Kali ni berazam nak pakai setiap hari tanpa miss.hihi. Aku pilih bengkung dari Danita ni sebab bahagian depan bengkung dijahit guna kain kapas kaler gelap, so xdela cepat nampak kotor kan. 

Tujuan pemakaian bengkung :
- Pembentukan semula tubuh seperti sediakala terutama bahagian perut & punggung.
- Menghalang peranakan turun.
- Menguatkan semula otot-otot yang regang dan lemah.
- Menghalang perut daripada dimasuki angin dalam tempoh berpantang.


2. Bunjut Mandian
Part mandian ni memang aku suka sangat. Last time memang tak amik tahu, tup2 semua dah tersedia. Arwah mak yang sediakan mandian ni, tak tau daun or bahan apa je yang diletak dalam rebusan air mandian tu.huhu. Tapi apa yang aku pasti, ada bau daun limau purut dan serai la. Yang lain tak pasti. Rasa segar je lepas mandi tu, best sangat. Amalan mandi ini dikatakan dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan juga untuk awet muda. 

Untuk kali ni, aku pilih jalan mudah. Beli je bunjut mandian aura ni, kat Danita jugak. Hanya perlu rebus, pastu campurkan dengan air mandian. Boleh ulang rebus selagi ada aroma dan bau. Ermmm tengok macam mana nanti hasilnya. Skang tak bleh nak bagi review lagi.hehe. 


3. Minyak Urut - Minyak Serai Wangi
Minyak ni buat ada2 je, standby katanya. Untuk berurut kang of cos la tukang urut guna minyak dia sendiri. Yang ni saja beli untuk urut2 diri sendiri, oleh diri sendiri or hubby la kot tolong urut. Sesuai untuk melegakan lenguh2 sendi dan otot, sakit urat, sakit lutut, dsb. Dah cium baunya, boleh tahan. Minyak ni tak panas. Last time ada beli losyen pati halia - sapu kat perut , lengan dan kaki untuk rasa hangat, tapi kali ni tak beli pulak. Memang syok rasa hangat je tapi agak melekit la. Tu yang tak suka tu. Mungkin kena cari minyak hangat kot. Tapi tak tau brand apa yang best. Ada terbaca pasal minyak daun ubat TYT tapi so far tak cari lagi kat kedai. Sesungguhnya pregnant kali ni cukup malas nak keluar, yang ada ni pun semua beli online saja.hehe.


4.  Minyak Pilis 
Masa dalam pantang yg lepas, memang aku selalu rasa sakit kepala dan kabur mata. Dulu guna pilis yang kena bancuh ngan air tu, memang ada dalam set bersalin yang dibeli. Memang membantu la, suka pakai pilis ni tapi leceh sket la nak bancuh2 kan. So kali ni aku decide nak pakai minyak pilis je, jenama Anugerah.. dah try, memang best. Baunya pun  best jugak. 
Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan, juga ada dibacakan surah2 seperti : Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Surah Al-Buruj, Surah Al-‘A’raf, Surah At-Tawbah, Surah An-Nahl, Surah Ash-Shu’ara dan Asmaul Husna. Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Akan merasa tenang semasa berpantang, Insya Allah.


5. Feminie Hygiene Wash
Pencuci alat sulit wanita or feminie hygiene wash ni beli skali ngan minyak pilis tu, brand Anugerah. Actually bab pencuci ni aku tak cerewet sangat, rasanya lebih kurang je mana2 brand. Beli kat website mycomel. Apa yang di highlight kan : Ia dirumus khas dari ekstrak pinang dan manjakani, khusus untuk kesegaran vagina sepanjang waktu, mengetat serta merapatkan faraj dan membantu memulihkan kedudukan peranakan yang jatuh ketika bersalin. Okla, dah try.. baunya pun best. Erkkk kakak pun sibuk nak try.. apalaa. 


6. Batu Tungku 
Eh eh apsal kuar gambar batu bata merah ni, nak buat rumah ke apa.hehe. Tapi memang betul pun. Mula2 ingat nak guna tungku besi tapi macam kurang menarik perhatianku je. So decide nak guna batu bata merah ni, sama macam 1st berpantang dulu. Masa tu makcik tukang urut yang bawak datang rumah dan tolong tungkukan.best2. Kali ni ingat nak mintak hubby kesayangan la tolong tungkukan. Takkan nak mintak tolong Kakak Insyirah plak.hehe.

Cara memanaskan batu tungku : 
Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan panaskan batu . Ingat, jangan gunakan api yg besar sbb batu akan rekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat sejuk juga. Tapi dgn api yg kecil panas akan meresap dlm batu , panas akan tahan lama dan batu sukar retak. Biar lebih kurang 5-15 minit, jangan terlalu lama kalau tak kain pun boleh terbakar. Nak lebih baik boleh la dapatkan daun sirih sebagai alas atas kain sebelum meletakkan batu tungku.Biasanya kepanasan tungku batu ini bertahan lebih kurang 1jam.

Cara bertungku :Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih fokus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkannya. Buatlah berulang kali disetiap sudut bawah ari ari anda dengan menolak batu dari bawah ke atas. Bertungku dilakukan dalam posisi ibu berbaring. Sesuai bertungku selama 1/2 jam pada waktu pagi dan petang, maknanya 2x sehari.

Tips : Selalunya kain batik di gunakan untuk membalut batu tungku tapi boleh juga diganti dengan kain cotton atau tuala kecil. Ketika tungku masih panas lapik perut anda dengan baju agar anda yakin dengan suhu yg selesa dan tidak mencederakan kulit anda. Bila rasa ok, baru selak baju dan tungku terus ke kulit perut. Bila tungku makin sejuk kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat guna dlm masa yg lama. Lepas tungku boleh letak di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki. 

p/s : mana dapat batu ni? mula2 ingatkan nak beli seketul kat kedai hardware @ brg2 pembinaan. sekali tu last month hubby ajak balik kmpung batu pahat, tengok ada plak tersadai elok 3-4ketul kat bawah rumah. apa lagi, amik la seketul ;-)


7. Tuam baby
Tuam baby ni masa Insyirah dulu takde pun. Masa tu tak brape glamer lagi jual beli online macam skang ni. Aku sendiri pun mula bisnes online pakaian baby kat CuteBaby Collections masa Insyirah umur 6bulan. hihi. Masa baby selalu jugalah Insyirah kembung, nangis kuat2. Masa tu tak tau nak buat apa, yang arwah mak bgtau suh tuam ngan tuala suam (panaskan ngan seterika bagi suam2 la). 1 lagi letak daun sireh sebelum pakaikan barut dia. Membantu la jugak kot. Tapi kali ni saja la standby tuam baby ni. Lepas mandi nak try tuam perut baby supaya rasa selesa je kan ;-) 

Kebaikan lain penggunaan tuam baby yang diperkatakan adalah : 
- menenggelam pusat bayi baru luruh
- menghindar batuk dan selsema bayi selain drp kembung
- mengelakkan angin pasang bayi lelaki

*wink wink. kakak dah sibuk book, dia yang nak tolong tuam kat adik ;-)


8. Minyak Yu Yee Cap Limau
Ni dia my favourite minyak untuk disapu kat perut baby. Insyirah pakai dari lahir sampai umur lebih 2tahun kot. Aiyakk dah besar pun kadang2 masih kembung. Sungguh ibu tak paham. haha. Best baunya dan lepas sapu kat perut dan betis, takde pun rasa melekit ke apa. Kat tangan pun tak melekit. Best2, i -like ;-) So akan continue guna minyak ni utk 2nd baby. Sapu lepas siap mandi dan tuam perut dia. Alalaa tak sabar plak rasa nak pegang baby. hihi.


9. Tukang Urut
Ermm apsal tukang urut ni letak last skali. Bukan apa, yang atas2 tu semua barang2 yang perlu dibeli. Tukang urut ni plak bukan barang, tapi servis. Tu yang asingkan, letak last skali. hihi. Tapi sebenarnya ini yang paling penting okay. Wajibla aku nak berurut lepas bersalin nanti. Mungkin nak start hari ke 2 or ke 3 lepas bersalin nanti. Macam yang lepas, baru urut sekali dah terbantut sebab baby kuning. Ikut pulak masuk wad (jaga baby) 2 hari. Pastu sambung urut balik. Hope kali ni baby tak kuning or kalau ada pun, rendah je dan tak perlu sampai masuk wad. Bolehla ibu terus berurut in few days, straight je. 

Oooo ye upah mengurut yang aku amik ni RM60 sekali urut. Aku dah book siap2 kat akak yang duk kat Tmn Scientex tu.  Mungkin nak urut 3x, pastu lepas 44 hari nak urut sekali lagi, blom decide lagi. Akak tu muda lagi, dalam 40an gitu, tenaga pun banyak.. puas dia urut compared to urut ngan makcik2 yang dah agak berusia. Dia akan datang ke rumah la untuk urut, kita just stand by je apa yang perlu. (apa yang perlu?kain batik,tikar alas dan of cos duit la ye) Dah penah urut 2-3kali dengan dia, memang best. So tak kisah sangatlah soal harga tu kot. Lagipun bukan aku yang bayar pun.haha. Tengkiu b bayarkan semuanya ;-) Masa 1st dulu kat Kapar kalau tak silap RM40 sekali urut. Terlupa sudah, maklumlah dah lebih 4tahun berlalu.


Okay rasanya tu je la kot keperluan selepas bersalin. So far semua dah ada. Nanti pikir2kan lagi apa yang perlu ditambah, kalau ada. Ooo ya, kena buat check list untuk apa yang perlu dibawa ke hospital plak la kan :-)

Comments

  1. semua yang di list tu memang perlu disediakan. if ada bajet lebih boleh la dapatkan set bersalin shaklee sekali. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Sy pn dlm perncgn..Tp xde rezki lg..skrg survey2 dl Cari info psl ni..nervous lebih dr org Nk besalin lak..hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Banyaknya list utk berpantang. Hihi. Saya lak rasa tak sabar nak berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Mktam jual bengkung jenama maktampaktam berminat dan nak tengok whatapp kat no ni..0179362924

    ReplyDelete
  6. Menyediakn rawatan penhagaan slpas bersalin..d4 pnjagaan ibu hingga bayi..daily visit atau stay in..berminat bleh hubungi atau whtapp di no 0126383021

    ReplyDelete
  7. Lengkap untuk IBU berpantang dan babynye
    .
    Jemputlah smua ke laman blog saya ye. www.vitamin4mama.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. ikut pwngalaman berpantang saya dulu..
    dengan persediaan lengkap bantu kita tau...takla teruk sangat if tak cukup tido jika kits makan vitamin dan juga herba dalaman..
    www.zuerieybeautysecret.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Saya ada menjual jamu herba 100% herba asli diasaskan oleh bidan kampung. Jamu dalam bentuk kapsul mudah ditelan. Rm25sebotol(50biji) . Berminat contact 0179749734 .

    ReplyDelete
  10. Untuk para ibu yang sedang membuat persediaan untuk menyambut kedatangan bayi bolehlah singgah ke laman web FB kami Haab Design. Harga yang kami tawarkan murah dan boleh dirunding.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete
  12. Ibu2 yang bakal bersalin perlukan mandian herba sauna homemade & lain2 herba kg saya ada jual seperti minyak angin serai wangi
    Jamu kacip wanita
    Maajun basah(sesuai lelaki wanita)
    Scrub beras kunyit
    Kopi herba boleh terus wsup 0193291084 puan zi

    ReplyDelete
  13. Salam,boleh tau contact no Akak urut yg kat taman sceientex tu..Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Buah Plum Untuk Baby Sembelit