Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 4)

Nak check out dah Coconut Villa kat Mui Ne ni, memang sekejap je kitorang kat sini sebab aktiviti yang nak buat pun cuma 4 jam tu je sunset jeep tour semalam. Villa ni cantik both interior dan exterior pun. Walaupun kejap, malam dan pagi tu anak-anak masih sempat ya mandi pool. Ok sangatla tu lepas rindu nak swimming, ke berendam 😀 Nice la villa ni ada 2 tingkat. Bilik anak-anak 2 queen bed  pastu bilik ibu ayah 1 queen bed. Memang selesa la, alhamdulillah. Macam biasa kitorang book kat booking.com, bayarnya by cash saja VND1.18juta ~ RM205. 





antara gambar dan video kat villa

Dari villa, amik grab ke tempat nak naik bas ke Ho Chi Minh. Plan asalnya nak naik private car tapi sebab semalam dah naik car, saja la nak cuba another type of transportation plak. Kalau trip Ho Chi Minh - Da Lat naik vip sleeper bus 24-seater, kali ni try naik sleeper bus yang 36-seater plak. Kalau search bus secara online kat Vietnam ni, mostly memang akan keluar sleeper bus dari pelbagai company ya. Bas biasa yang duduk macam bas ekspres kat Malaysia tu takde or kalau ada pun sangat-sangat kurang. Mungkin kena beli offline @ walk in ke kaunter bus company tu la kot.




antara gambar dalam bas 

Bus ni ada 3 lajur x 6 baris x 2 tingkat so total 36 seats la ya. Ku tengok more to local people la yang naik. Diorang naik dan turun kat beberapa tempat berbeza, macam kita naik bas ekspres pastu mintak driver turunkan kat jalan yang dekat ngan area rumah kita, tak follow sampai bus station. Gitu la lebih kurang. Kami je la tourist dalam tu hehe. Harga pun murah je USD7.95 per pax including insurance. So total US$47.70 =RM206 untuk kitorang berenam. 

Sama jugak macam aritu, nak naik bus ni kena bukak kasut dan simpan dalam plastik. Air mineral diberikan untuk setiap seat. Walaupun bus agak lama tapi masih cantik dan paling penting bersih dan selesa je. Ruang antara seat agak open gitu sesuai la untuk travel siang hari. Kalau jenis vip 24-seats tu ku rasa lebih kepada nak tidur malam dan privacy. Makan masa 3 jam juga nak sampai ke Ho Chi Minh. Hujan otw tu dan sebelum nak sampai tu trafik slow sket sebab hujan dan ada part yang ada construction. Diorang transfer baki penumpang yang masih ada termasuk kitorang ke minivan, so okla boleh sampai cepat sket. Overall puas hati dengan bus service Cao Lam ni, sesuai dengan harganya. 

Bas berhenti depan office Cao Lam, terus order grab untuk ke Mays Hotel - Ben Thanh Market. Nama kat booking pun  gitu, so wajibla dia berada sangat dekat Ben thanh market kan. Jalan dia tu Nguyen An Ninh kalau ikut alamat tapi biasa dipanggil Malaysia Street sebab ramai Malaysian tourist situ. Time kitorang sampai tu bilik dah ready so dah boleh check in terus. Kitorang stay 1 malam je kat Ho Chi Minh, bayaran hotel untuk 1 family room with 2 queen bed + 1 room with 1 queen bed total VND900k ~ RM155. Pada kitorang, murah dah tu dah la yang family room tu siap ada bath tub. Memang seronok la the boys mandi dalam tu.

check in terus

Settle hantar beg ke bilik, terus turun semula untuk lunch. 1st kedai yang kitorang terjah adalah Jamilah Restaurant. Order pho (sup) daging, roti, fries untuk adik dan menu nasi untuk ibu kakak abang.. lupa sudah menu hehe. Location hotel ni memang terbaik, turun je dah ada kedai-kedai makan halal dan kedai souvenir. Nak ke Ben Thanh market pun jalan kaki dalam 150 meter dah sampai salah satu pintu masuk, tapi bukan pintu masuk utama sebab dia ada beberapa pintu - utara selatan timur barat gitu. Tak kisah la, janji dah sampai boleh terus masuk dan building dia pun tak la besar mana. 

abang idlan pilih roti sosej
sedap, terus pakat semua nak breakfast
roti ni jugak esok 😛

Settle lunch, ibu kakak abang-abang terus terjah Ben Thanh Market. Adik dengan ayah je balik hotel. Kat sana ada jual macam-macam souvenir, pakaian, kopi, kekacang, makanan kering etc. Seller kat sini ada yang agak agresif sikit promote, abang Idlan kata orangnya paksa Lan beli keychain 😂Harga pun diorang tak display dan start bukak kat kita dengan harga tinggi pastu kita kena tawar menawar plak sampai harga terendah, lecehhh. Kain lace, kain pasang pun banyak dijual kat Ben Thanh Market dan kedai-kedai bawah hotel kitorang tu. Boleh terus tempah baju dan siap dalam masa satu hari. 

hotel belah sini, cross jalan tu je pasar

jom masuk tengok apa ada

lepas tawar menawar pun seller bagi RM20 
 next beli kedai-kedai bawah hotel sehelai RM10 je

Petang lepas Asar datang sekali lagi 6 orang sama-sama beli kopi. Macam-macam jenis kopi ada dan diorang akan blend dah pack selepas kita pilih. Pun sama, harga awal dorang letak mahal  then kita kena tawar menawar. Masa ni hubby ada kan, so dia la yang tawar. Packing pun dorang start offer yang 500g per pack dulu tapi kitorang request paling kecik 100g je sebab nak buat souvenir kan. Beli 10 pack siap free 1 pack dan my hubby mintak extra filter sekali. Total harga dalam RM200, mahal ke ok ku tak tahu la. Memang my hubby pilih gred yang paling tinggi so harga pun paling tinggi kat kedai tu la.

macam-macam jenis kopi ada
teh pun ada banyak jenis

yang atas abang Irsyad pegang
tu la filter dia

jajan takde tau adik 😆

comel kan handphone sling bag tu
bag besar tu plak ayahnya beli kat Rio
bolehla buat isi semua kopi 😁

Settle beli kopi, amik grab nak ke supermarket BigC plak. Gambar abang dan kakak kat atas tu masa tengah tunggu grab la, dari pintu opposite yang kitorang masuk tadi. Kalau ikutkan map, jarak nak ke Big C tu dalam 3.5km je tapi nak sampai ke sana lebih 20 minit jugak. Trafik busy sungguh, penuh dengan kenderaan atas jalan especially moto la. Sampai BigC terus pilih apa yang nak dibeli, bayar dan amik grab semula balik ke area hotel kitorang. Senang semua makan kat jalan yang sama je lunch, dinner dan breakfast esok jugak. Siap dinner, ibu kakak sambung shopping dan yang lain naik atas hotel rehat.

adik carik megi 😇

kat luar supermarket 
masing-masing dah tuka baju tido je ni 
kecuali abang Irsyad belum mandi 😝 

seriously pho (sup) kat
Pho Halal Amin ni sedap, recommended!
kopi dia pun padu, pekat

boleh pulak adik duduk situ 😇
opposite tu ada hotel, selang 2-3 je hotel kitorang stay

dah malam makin meriah,
siap ada yang bukak meja letak barang jualan

start hujan plak
so beli la baju hujan ni VND30K ~ RM5

beg besar tu pun beli
elok kalis air dan boleh isi banyak 
mostly beli telekung, pashmina kakak 
dan tambahan souvenir

Walaupun malam tu hujan, ku tengok makin malam makin meriah dan ramai pulak yang datang shopping. Dari dalam bilik hotel pun masih boleh dengar kemeriahan tu, tapi takdela sampai tahap mengganggu pun. Personally, suka sangat lokasi hotel macam ni. Turun je dah penuh kedai makan dan kedai souvenir. Settlekan kemas beg, esok nak check out dan nak fly balik ke KL dah. Memang plan 1 malam saja kat Ho Chi Minh sebab trip kali ni tak focus kan jalan dalam bandar pun. 

Posting hari terakhir include sini je la. Pagi tu breakfast kat Jamilah Restaurant, kali kedua ke sini. Asalnya nak masuk Halal Food Hajah Hawa tapi dah fully book for the whole restaurant plak, yang lain plak belum bukak. Ok je kat Jamilah Restaurant, sini pun sedap-sedap makanan dia. Siap breakfast, anak-anak berempat naik balik hotel. Ada yang baru nak mandi la, ada yang nak sambung main kat bath tub la. Si kakak layankan je la ya, ibu ayah keluar dating berdua je jalan kaki plan nya nak amik gambar kat Saigon Central Post Office dan jugak Al-Musulman Mosque @ Masjid Saigon. Saigon ni nama lama Ho Chi Minh la ya.

popiah dia sedap rangupp. inti pun best

dari kat Da Lat lagi, merata dijual roti ni
kira kalau kat Malaysia nasi lemak kot

macam-macam pilihan nak isi apa
kitorang order sorang 1 

meriah dah walapun belum 7 pagi

macam-macam ada pagi ni
kemudian ku beli bingka
dari pakcik jual kat motor tu

Jarak dari hotel ke post office almost 1km pastu post office plak around 800m. Ok je la, ibu ayah nak walk bakar lemak sket setelah beberapa hari tak exercise. 





antara gambar kat luar dan dalam
post office
dalam tu ada jual souvenir jugak

suasana luar post office, ada cafe ni
ramai juga yang minum kat luar
sambil duduk kat bangku kecik tu

Sebelum nak sampai masjid tu, ada 1 kedai kopi ni pun sama jugak. Ada je customer yang minum sambil duduk kat bangku-bangku kecik macam tadi. Actually dari Da Lat lagi pun dah nampak. Gitu la gaya local people minum kopi ya. Kalau kat Malaysia biasa minum duduk atas kerusi dan siap ada meja. My hubby tanya nak minum kopi ke, ku kata takpela nanti minum ngan anak-anak je selepas check out hotel dan sebelum naik grab ke airport. Beli air mineral je kat situ, kering tekak weh jalan kaki total pegi balik dah berapa km tu 😂

masjid ni dibina tahun 1935

building biru tu Sheraton Hotel
peach tu plak Caravelle Hotel

Dari masjid ni, jalan kaki lagi saja nak sightseeing sekitar bandar sebelum tinggalkan Ho Chi Minh ni. Mostly butik-butik or mall bukak 10 pagi, so masa tu belum bukak lagi la. Ada lalu a few la tapi takde plan pun nak masuk. Ada jugak uncles yang bawak beca kat tengah-tengah bandar tu. Bagi siapa yang berminat nak naik, bolehla tu. Or boleh jugak try MEX Buggy Saigon macam kat gambar bawah ni.

ku sebenarnya berminat nak try ni
tapi pagi tu tak terfikir plak nak naik
pegi jalan kaki plak 😆

tu ada route dia

Final route jalan kaki kitorang pun sampai ke Ben Thanh Market. Masuk dalam tu, keluar balik tembus terus ke lorong hotel. Sampai hotel check anak-anak dah bersiap belum, jawapannya mestila belum hahaha. So tunggu diorang siap semua, terus check out. Minum jap for the last time kat Halal Food Restaurant Haji Osman, try la Vietnamese roll dan of course minum kopi lagi. 

sellers baru nak bukak kedai pagi ni
kat Ben Thanh Market

kat pakcik ni special sebab selain bingka ubi, 
ada jugak bingka labu dan pisang
RM4/slice, RM10/whole 4inci
ada jual jugak yang loyang besar RM30

kakak cantik dengan pashmina baruu
beli kat Ben Thanh 
ibu pinjam satu yang pink tadi
sehelai VND100k ~ RM17

belakang tu ada kaunter 
Ibrahim Muslim Tour & Travel
sebelah je denga kaunter Mays Hotel
mana-mana yang baru nak decide
amik package, boleh terus ke sini

serius sedap ! original Vietnam

bingka ubi kat kedai ni dorang jual by slice
almost semua kedai makan Muslim ada 
dari 1st kedai kat Da Lat lagi
yang tu dah siap pack dan kitorang pun ada beli

Siap minum terus amik grab ke airport. Kitorang sampai awal, around 10.15 pagi sebelum flight pukul 12.40 tengahari. Alhamdulillah touch down KLIA2 pukul 3.40 petang dan sampai rumah dengan grab jugak sebelum pukul 7 petang. Seronok trip kali ni, every trip pun seronok la kan. Part anak penat, meragam, menangis apa semua tu biasa la. Ku pun masa kecik bukan senang nak di handle kot, haha tiberr. In Shaa Allah panjang umur murah rezeki ada kesempatan, jalan ke negara lain plak. Aaminn.

bye-bye Ho Chi Minh
bunyi hon tu akan dirindui 😂

dalam flight
dak tecit makan nasi lemak banyak
 siap mintak ibu punya 😁

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit