Buah Plum Untuk Baby Sembelit

Masa umur Irsyad 7 bulan, tiba2 je dia ada masalah sembelit or susah buang air besar. Aku start bagi makan bubur nasi @ nasi blend yang dicampur dengan puree buah dan sayur masa umurnya lebih kurang 6bulan 3minggu. Awal2 bagi solid food cuma puree je, semua dia ok dan pass, takde kembung ke.. sakit perut or sembelit. So aku buat kesimpulan bahawa semua buah dan sayur tu sesuai dengan dia. Melainkan ada a few yang dia tak suke or kurang suke makan, bukan alahan. Contohnya pisang, kadang2 bagi dia nak makan. Kadang2 bagi dia tak nak makan. Baru suap sekali dia dah palingkan muka, taktau la kenapa. So pisang ni kira kiv, sampai skang dah nak dekat 9 bulan ni.. pisang ada la aku bagi kat dia sebulan sekali or 2x je. Buah dan sayur2 lain aku pun continue bagi, kombinasi je tukar2 dan di blend ngan nasi.

Berbalik pada kes sembelit tu, benda tu berlaku bila start bagi nasi. Aku takdela cuak sangat coz kakak Insyirah dulu pun sama, malah lebih teruk sampai dah bawak pegi jumpa doktor. Masa umur setahun doktor ada bagi sejenis ubat cecair.. namanya Lactul untuk lembutkan najis. Kesian sangat kat kakak setiap kali nak berak ibu kena baringkan dan tolong angkat kaki dia. Dari umurnya 7 bulan dah start sembelit.. sampai setahun lebih baru ok. Insyirah pulak jenis tak suka makan buah. So memang lebih lambat la nak ok masalah sembelit tu. Doktor kata benda tu bukan sesuatu yang luar biasa untuk sesetengah baby, memang ada sikit masalah pasal bowel movement baby dan Inshaa Allah akan ok after umur 1 tahun+. Lazy bowel istilahnya, sampai skang aku masih ingat.haha.lazy sungguh. Alhamdullillah memang lepas umur 1 1/2 tahun masalah sembelit tu dah takde, syukur.

Untuk Irsyad plak, kalau boleh memang aku nak control sebelum jadi lebih serius. So aku pun apa lagi, mak mak zaman sekarang.. terus la google. Memang macam2 idea or petua yang orang bagi.. tak kurang juga yang suggest makan itu ini. Salah satunya suh bagi jus prune or pitted prune macam brand Sunsweet tu kat baby. Tapi aku macam tak berapa berkenan sebab risau dengan preservative dalam jus or pitted prune tu. As usual aku suke yang original, so back to asalnya prune tu la which is buah plum.


sumber gambar - artikel dari Indonesia

Antara manfaat buah plum yang dinyatakan dalam artikel tersebut, secara ringkas :
# Menjaga kesihatan jantung.
# Mencegah kanser.
# Meningkatkan kekebalan tubuh.
# Melindungi dari radikal bebas.
# Meningkatkan kekebalan tubuh.
# Mengawal kolesterol.
# Menajamkan penglihatan.
# Menjaga kesihatan pencernaan - atasi sembelit. (ini yang buat aku nak try bagi plum kat baby.. and it works!)

Bila pegi je shopping groceries kat Mydin Mall tu aku pun beli la 3-4 biji plum. Tapi kat sana jual agak masam la walaupun aku dah pilih yang paling gelap kalernya.. aku assume dah agak masak la kan. Try bagi kat Irsyad, dia tak berapa nak. Memang Irsyad ni agak memilih bab makan, kalau masam dia tak nak. Padahal dah campur ngan kurma jugak tu, tapi still masam.

Next, aku try beli kat Pasaraya Maslee plak. Sizenya lebih besar berbanding yang kat Mydin Mall tu dan warnanya pun lebih gelap. Aku assume lebih masak dan kurang masamla. So terus rembat sepeket sebab kat situ memang jual dah siap pack 4pcs or 6pcs each pack. Balik rumah try kupas kulit, hiris isinya dan try makan.. yeayy memang tak berapa masam. So boleh la bagi Irsyad, memang dia nak makan dan suke je. Kadang2 bagi makan macam tu je.. potong2 & letak dalam food feeder dia tu. Kadang2 letak dalam makanan dia, since skarang ni dah start bagi sayur yang ditumis untuk Irsyad. Contohnya tumis ikan + sayur sawi dengan bawang merah + bawang putih + halia + serai. Last skali masukkan plum dan blend semua skali dengan nasi.

buah plum beli kat Maslee

RM5.99 utk 6biji size besar dan masam manis rasanya. Sesekali campur ngan kurma plak.

Syukur alhamdulilah, Irsyad dah tak sembelit dah. Memang sesuai buah plum tu ngan dia la tu. Ibu pun dah tak risau lagi. Ye la kan, kesian sangat kalau tengok baby teran2 sambil nangis2 bila nak buang aur besar. Lagipun masalah sembelit ni kalau dibiarkan lama2 boleh jadi buasir. Jadinya baiklah kita mencegah sebelum kena kan. Mencegah lebih baik daripada mengubati katanya ;-)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang