Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 2)

Day 2 , kitorang plan nak pergi tempat yang agak jauh sikit. Dalam 20km juga dari hotel kitorang stay, Raon Da Lat. My hubby dah siap-siap deal ngan grab driver smalam untuk book service dia sehari @ 8 jam terus sebab lebih berbaloi. VND1juta bersamaan lebih kurang RM176 untuk perjalanan ulang alik ke beberapa tempat. Pagi tu kitorang tak breakfast kat luar tapi breakfast kat hotel je. Memang ada bawak stock makanan dan 3 in 1 drinks sket dari Malaysia. Menyempat ya ibu buat sandwich siap, teringat masa trip ke Perth dulu pun gitu. Sebahagian buat breakfast kat hotel, yang lain buat bekal sambil jalan-jalan nanti especially untuk adik Iqbal yang tak makan breakfast awal sangat. Sebelum bergerak ke destinasi pertama, kita amik gambar dulu kat sekitar hotel.



ready for day 2 💕






ni gambar-gambar sebelum mandi dan bersiap 
pegi lobby nak iron shawl kakak😇
masa ni pukul 6 pagi

Driver datang amik kitorang pukul 7 pagi, terus gerak ke Mongo Land. Lebih daripada setengah jam jugak la nak sampai, hala dia menurun kawasan tanah tinggi tu. Sampai sana belum ramai lagi visitor sebab masih awal pagi, ngam sangat la. Memang plan datang awal untuk mengelakkan lama queue nak naik rainbow slides dia tu. Beli tiket masuk untuk 6 orang total VND480k ~ RM80 siap dapat drinking water sorang 1 botol. Total 6 botol berat juga weh nak angkut sambil nak explore tempat tu hehe. Tiket tu bayar sekali je pastu boleh la tengok apa yang ada kat kawasan tu, bergambar, nak slides beberapa kali pun boleh tapi kena queue la. 

must try kalau dah sampai sini. lajuuu okayy. 

posing cepat-cepat sebelum next group turun

yeayy. selamat dah sliding :-p 

yang ni pun layan jugak. 
individu yang berat max 80kg saja bleh naik ya
masa ni xde orang lain sangat lagi
nak main ulang kali pun boleh tanpa queue

semua tempat pegi nak ice crem :-p

kerusi banyak disediakan
adik duk sini tengok abang2 main
sambil makan sandwich bekal tadi

ada alpaca

goat pun ada. lepas gitu je


boleh bagi rabbit makan carot
staff dia ada stanby situ dengan carot siap potong 

nice view. byk lagi part yang cantik untuk bergambar

boleh tak nak gambar Kakak Insyirah sorang je 😁

Puas pusing-pusing kat Mongo Land, kitorang gerak ke area Da Lat centre semula untuk lunch sebelum ke next destination. Lalu depan Hajah Hawa semalam tapi tutup sebab depan tu ada construction, so agak berhabuk and kotor sket la. Yang terdekat Kampung Melayu, so kita cuba nasib kali ketiga sebab masa tu awal lagi baru pukul 10.15 macam tu. Sekali bila sampai tanya, diorang kata dah fully book juga. Hanya boleh tapau je, so okla kitorang tapau nasi goreng seafood. Tapi lepas siap dorang bagi makanan tapau kat kitorang, elok kosong je lagi pun kedai tu. Tak sampai lagi group yang booking tu. Rasanya kalau kitorang dine in pun sempat je hehe. Ok takpela, takde rezeki nak makan kat situ tapi masih ada rezeki nak rasa masakan dia. Terus je bergerak ke Datanla Waterfall nak naik apline coaster as per plan.

Sampai sana, sebelum nak beli tiket kita makan dulu nasi goreng seafood yang ditapau tadi. Kerusi meja ada disediakan untuk visitor duduk berehat or makan minum. Okla, memang sedap dan udang pun fresh. Siap makan, beli tiket untuk kami berenam. Tiket tak ikut umur tapi ikut ketinggian. Under 100cm saja consider as kids, lebih dari tu perlu bayar harga adult. Ada tempat ukur disediakan ya dan staff dia akan tengok hehe. So adik Iqbal sorang je la kid dan bayar VND150k, abang-abang kena bayar sama macam ibu ayah kakak, adult VND250k. Total untuk kami berenam RM1.4juta ~ RM235. Sangat berbaloi untuk experience coaster ride sejauh 2.4km, terpanjang di Asia katanya. 

Make sure simpan tiket sebab nanti kita akan turun dari coaster kat 1 station ni after lebih kurang 2/3 ride, berhenti kat tempat waterfall tu. Then sambung naik coaster semula kat another stattion untuk habiskan baki ride. Masa berhenti tu ada booth untuk beli gambar kita yang di snap semasa 1st ride tadi ya. Ada 2 camera, 1 masa 1st ride 1 lagi masa 2nd ride. 

kita boleh control ya, nak jalan or break
ibu control, abg Irsyad rekod video
terimalah seadanya 😝
baki ride baru abg Irsyad plak control




antara gambar kat tempat waterfall

muka ibu tak ready masa 1st camera
2nd baru ready tapi tak beli dah 😛
1 gambar VND50K 
dapat hardcopy dan softcopy

Settle alpine coaster ride dan anak-anak makan ice cream (lagi dan lagi :-p) kitorang mintak driver suggest dan hantar ke any supermarket kat Da Lat. So dia pun bawak kitorang ke 1 tempat ni, dah lalu few times dah situ. Berdekatan dengan tasik dan view sekitar pun cantik, best tu kalau nak run situ dengan suhu yang cuma 20 degrees. Baru tau dalam tu ada supermarket, Go! namanya. Building dia unik, supermarket dan kedai-kedai lain semua underground gitu. Ku ingatkan stadium or court ke apa hehe. Dah habis shopping, mintak driver turunkan kitorang kat tepi tasik. Duduk situ kejap ambil angin sambil makan snek yang baru beli. Sedap plak buah-buah kering tu tapi tadi tak beli banyak. Next la cari kat Ho Chi Minh plak.
luaran. rupa-rupanya dalam tu ada bowling,
opera house, kidzone, gym dan kedai-kedai makan
selain daripada supermarket.

misi mencari yang halal
anak-anak memang paling minat pegi supermarket :-p

pilih jangan tak pilih

brand ni ada logo halal 
ada beberapa jenis buah kering
sejenis buah per pack ada, mix pun ada

supermarket bleh bayar guna card
kalau kedai market semua cash only

santai-santai
adik duk layan gula-gula gummies dia :-p

ada kereta kuda juga bagi yang nak
pusing-pusing area ni 

Tu saja tempat yang kami pergi hari kedua kat Da Lat ni. Memang decide santai-santai ikut kesesuaian dan minat anak-anak dan tak pergi banyak tempat. Mana yang ada ride, naik itu ini dorang suka la. Kalau setakat taman bunga, kurang sket anak-anak lelaki ku hehe. Kitorang deal ngan driver 8 jam, dari 7pagi sampai 3 petang. Masa kat tasik tu pun dah pukul 2.30 macam tu, so kitorang mintak driver hantar balik hotel dan otw nanti tolong recommend kedai mana nak beli fresh strawberries. Lepas beli strawberries, terus balik hotel rehat dan solat semua. 

adik pun turun nak pilih ya

cantik elok ranum sedang-sedang
VND80 ~ RM13 per box
  
sedap sungguh mkn begitu saja
cicah ngan garam ni pun onzz

Malam tu konon nak keluar makan tapi tak jadi, masing-masing prefer rehat-rehat dan makan cup noodles beli kat supermarket Go! tadi. Okla, layankan saja lagipun 5 kedai makan yang kitorang tau, dah pegi dah semua. Thanks to driver yang bawak kitorang semalam dan harini, very helpful dan senang communicate. Malam tu ibu  kemas beg siap-siap sebab esok nak check out dan gerak ke Mui Ne plak. 

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit