Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 1)


Sementara masih baru dan belum lost memory, marilah nak update posting tentang cuti-cuti family kecil kitorang ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam cuti sekolah baru-baru ni. Plan nya dah dibuat sejak Mac lagi. Hotel booking dan flight ticket plak dah beli sejak bulan May. Sejenis suka early planning. Awaii tak kalut bak kata orang utaghaa hehe. Bas je beli lewat sket sebab online purchase akan open lebih kurang sebulan sebelum travel.

Departure flight AirAsia KL-HCM Sabtu 14 September 2024 pukul 7.35 malam. Petang tu kitorang gerak awal dengan grab sebab risau jalan busy kan masing-masing ramai yang bercuti. Sampai airport baru tau flight delay to 9.50 malam. Risau jugak tu sebab tiket sleeper bus untuk 6 orang dah beli siap-siap sedangkan expected arrival time yang baru adalah 10.50 malam. Ada masa 40 minit je nak catch up bas tu. Tapi apapun tetap tenang, doa dan tawakal je la.

sebelum masuk ke departure hall

Iqbal dalam flight pun masih baca kamus ya
minat sungguh dengan buku dia ni ;-)

Sampai airport Ho Chi Minh, lepas settle ke tandas, amik luggage dan imigresen terus keluar amik grab. Syukur alhamdulillah, masih rezeki kitorang nak naik bas yang sama. Terbaik la bus operator and bus driver tu jugak siap wasap my hubby tanya kitorang kat mana dan dorang willing untuk tunggu. Yela, kesian la kat kitorang kalau burn 6 seats kot hehe.

Now nak review pasal sleeper bas ni plak. Actually sleeper bus ada beberapa jenis @ seats per bus. Bas yang kitorang naik ni 24 seat per bus, sejenis VIP bus gitu la. Nama bus operator dia Phong Phu Limousine. Before nak naik bus, dorang akan bagi plastik untuk simpan kasut. So kat atas kaki ayam je tau, bas memang bersihh. Ada pilihan sama ada nak duduk sorang or berdua. Tapi ku decide untuk each of us amik seat sendiri-sendiri, lebih selesa untuk perjalanan selama 7 jam. Memang selesa dan luas sampaikan anak-anak tido sangat lena, siap tak nak bangun bila dah sampai Da Lat! Bas bergerak dari pickup point pukul 12.05 pagi dan sampai Da Lat around 7.30 pagi. Sepanjang perjalanan bas ada berhenti untuk siapa yang nak ke tandas tapi my hubby sorang je yang pegi, yang lain dah lena dah lupa nak kencing haha.

see, luas kan.
kalau ibu+ sorang anak kecik duk sama-sama pun masih selesa

muka ada senyum
selimut, air mineral 2, tisu basah 2 disediakan untuk setiap seat
lampu terpulang masing-masing, nak buka or tutup


usb port, charging port semua lengkap
yang ni remote utk massage ya.
sambil baring sambil massage, mau tak tidur lena. hehe

ayah & abang Irsyad seat blakang bawah
ibu & iqbal seat depannya bawah jugak

abang Idlan atas ibu
ni la orang yang tak nak bangun haha

kakak Insyirah atas Iqbal

Final stop, bas akan berhenti dekat office Phong Phu Limousine tu la. Tandas dan ruang menunggu selesa, light refreshment biskut-biskut gitu la disediakan. Pilih la mana yang ada logog halal sebelum nak makan ya. Cuma staff kat kaunter je belum masuk kerja lagi. Dari situ, kitorang amik grab ke hotel untuk tinggalkan beg. Check in later after 12 tengahari. Sementara tu, kita terus ke itinerary day 1 at Da Lat, kawasan tanah tinggi so sejuk nyaman je pagi tu suhu around 17 degrees.

bench panjang macam ni banyak disediakan

cantik, kemas dan bersih je tempatnya

1st destination, nak breakfast kat Halal Restaurant Kampung Melayu. Bila sampai sana dan masuk kedai nampak ada je seat kosong tapi rupanya dah fully book tapi group tu belum sampai lagi.  Ramai sungguh ya orang Malaysia datang Da Lat cuti Hari Malaysia ni kan. Sekali datang 1 bas plak tu, memang penuh la restoren tu. But it's ok, kitorang naik grab semula ke kedai makan lain yang terdekat, Halal Food Dalat - Hajah Hawa, lebih kurang 4 km je jaraknya. 

photobomb by adik :-p
tak jadi makan sini

tuka sini pun ok
layan roti daging, roti kari ayam, mihun goreng

 
dah sampai Vietnam, wajib la minum coffee kan
sejuk-sejuk ni kita minum order yang hot 

Siap breakfast, kitorang tuju plak ke salah 1 hydrangea garden namanya Catuka Garden and Coffee, lebih kurang 13km dari kedai makan breakfast tadi. Nak amik gambar dengan bunga besar besar tu la apa lagi. Bayaran masuk ke sini VND100k ~ RM17 siap dapat free coffee kat cafe dia. Actually coffee price tu included la kan hehe. Selain tempat ni, ada banyak je flower garden yang lain. Sama macam kat Cameron Highlands, ada garden yang sangat luas, ada yang sederhana luas. Tapi ku pilih yang ni sebab berkenan dengan surrounding dia. Siap boleh sewa baju untuk posing kat situ. Tapi kitorang kan bukan jenis reti sangat  berfotografi ni, just amik gambar biasa-biasa guna handphone untuk kenangan. Jom layan beberapa gambar kat sana.








Gambar last tu, bridge dia inspired by bridge sebenar kat Da Nang. Puas amik gambar, coffeing dan anak-nak makan aiskrim kat sini, kitorang ke Da Lat Old Railway Station sambung amik gambar kat sana pulak. Ada 1 bilik or mini theatre gitu tayangkan video sejarah tempat tu. Tepek sket gambar-gambar kat old railway station ya.









Next, kitorang amik grab untuk lunch pulak sebab dah tengahari. Masa ni dapat grab driver yang pandai cakap English, so lebih mudah berkomunikasi berbanding sebelum ni my hubby duk ber google translate bagai. Grab driver ni bawak kitorang ke 2 kedai makan - Fatimah & Kampung Melayu sekali lagi tapi fully book jugak. So cuba cari yang lain, jumpa la Sarah Restaurant. Cantik kedainya dan ada 2 tingkat, alhamdulillah ada rezeki nak makan kat situ plak.

ada menu makanan Vietnam, Thailand dan Malaysia kat sini
gambar makanan tak snap
tapi antara yang kitorang order nasi goreng seafood, tomyam
dan nasi putih ayam goreng untuk adik

buah ni beli masa otw balik dari Catuka tu tadi
mintak staff Sarah Restaurant tolong cuci 
dorang siap serve dengan garam+cili untuk cicah
terima kasih banyak la ;-)

Siap lunch, barulah kitorang balik ke hotel untuk check in. Rehat, mandi, solat semua sampai lepas maghrib baru keluar lagi. Waktu kat Vietnam awal sejam dari Malaysia dan waktu solat semua awal ya. Subuh around 4.30 pagi, 6 pagi dah terang benderang. 

yang ni seller kata namanya 'na' je
ku ingat kecik-kecik penah makan macam ni buah nona
rasa dia manis masam sket macam soursoup

Keluar malam tu hujan, so extra sejuk. Pakai sweater sederhana tebal ok dah tu. Kitorang amik grab nak ke Sarah Restaurant lagi sebab tengahari tadi kitorang walk in ok je ada seat kosong. Tapi datang malam tu fully book plak sampai pukul 9. So takpela, my hubby google yang lain jumpa 1 kedai halal Indian restaurant. Ok je, kita makan Indian food plak malam tu. Owner dan sorang kawan dia dari Saudi Arabia peramah sungguh. Doakan kami sampai Mekah tunaikan umrah tahun ni ya, In Shaa Allah. Makanan kat kedai ni sedap, rasa dia lain la berbanding kedai Indian kat Malaysia. Portion pun besar, sekeping roti paratha dan cheese nan tu kitorang sharing. Tambah plak Irsyad order nasi beriani dan ibu order mee goreng. Almost tak mampu nak habiskan sebenarnya. Gambar semua makanan takde, nanti Abang Idlan tanya ~ kena amik gambar dulu ke baru boleh makan? hahaha.

adik Iqbal menung je, lapar dah ke
tapi tak nak makan pun dia,
balik hotel makan mamee cup beli kat kedai mamee KLIA2 ;-p

appetizer kitorang tak order, dorang bagi
macam cucur, rangup-rangup gitu
best la, unik rasa dia

Nepali Indian ya, memang takleh banding la
ngan kedai mamak Malaysia hehe

Siap dinner, amik grab ke area Da Lat Night Market plak. Perut pun dah kenyang, just jalan-jalan amik angin tengok suasana malam kat Da Lat. Happening sungguh, kebetulan saing dengan ada festival dorang sendiri masa tu. Ada tarian singa, macam time Chinese New Year la kalau kat Malaysia. 






antara gambar dan video kat Da Lat night market

Lebih kurang sejam kat sini, kitorang pun amik grab balik ke hotel. Sebelum tu, tengok-tengok jugak kot ada convenient shop ala-ala 7 eleven kat sana tapi takde, ingat nak la beli kudap-kudap sket kan. Takpe, esok kita pegi mart terus ya cari. Alhamdulillah settle jalan-jalan Da Lat day 1 kat Vietnam ni. Sambung esok plak ya.

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit