Itinerary, Budget & Tips Cuti DIY ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam
Actually bukan la tips sangat, tapi just nak share info berdasarkan experience setelah kitorang balik dari cuti-cuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam bulan lepas secara DIY. Kitorang memang biasa DIY je, tak penah lagi amik ground or fullboard package dari any travel agency. Kebetulan masa travel ke Vietnam hari tu, mana-mana pergi cuma jumpa orang Malaysia ikut package. Tu yang ada yang tanya kat kitorang, senang ke DIY? Senang je la sebab memang dah biasa cuma sebelum nak travel, biasalah kena la study sikit-sikit, plan itinerary dan kira budget dulu kan. Nak study tu sekarang sangat senang, kat fb ke tt ke banyak yang share. Cuma kalau kat tt tu sikit-sikit perkara la kan. For me, masih lagi suka blog sebab biasanya akan cerita full hehe. Old skul sangat kan.
Untuk plan itinerary plak, kenalah ada pilihan route dan decide tempat mana je nak pergi dulu kan. So, route kitorang adalah KL - Ho Chi Minh - Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh. Itinerary asal ada lain sikit, bawah ni ku share kan actual itinerary.
ITINERARY
Day 1
- flight KL to HCM
- bus HCM to Da Lat
Day 2
- breakfast Halal Food Dalat Hajah Hawa
- Catuka Garden & Cafe (Hydrangea)
- Da Lat old railway station
- lunch Sarah Restaurant
- dinner Nepali Indian Restaurant
- Da Lat night market
Day 3
- Mongo Land, naik rainbow slides
- lunch Halal Restaurant Kampung Melayu
- Datanla waterfall, naik alpine coaster
- supermarket Go!
- tasik Xuan Huong Lake
Day 4
- car DalatDa Lat to Muine
- lunch T Halal Restaurant
- sunset jeep tour
- dinner T Halal Restaurant
Day 5
- bus Muine to HCM
- lunch Jamilah Restaurant
- Ben Thanh market
- supermarket bigC
- dinner Pho Halal Amin
Day 6
- breakfast Jamilah Restaurant
- central post office & mosque HCM
- breakfast part2 Haji Osman Restaurant
- to HCM airport, flight to KL
Itinerary kitorang agak simple, tak banyak sangat tempat pergi. Just pilih mana yang berkenan je nak pergi dan sesuai dengan masa supaya tak padat. Kat Dalat contohnya ada tempat yang biasa tourist pergi tapi kitorang tak pergi antaranya Crazy House dan Fresh Garden Dalat. Kat Muine plak kitorang amik 4 hours sunset jeep tour dan stay 1 malam kat sana. Kalau ikut package, ada yang just singgah saja Muine ni dan tak bermalam. Lepas settle kat padang pasir @ dune tu, terus naik bas ke HCM dan bermalam kat sana. Untuk kami kurang sesuai la sebab lepas dah settle aktiviti kat dune tu, anak-anak dah penat nak golek-golek atas katil hahaha.
Kat Ho Chi Minh plak kitorang tak amik tour naik sampan kan Mekong River tu walaupun tu kiranya signature la kan. Plan kali ni bandar macam Ho Chi Minh tu just nak pegi market dan makan saja. Ada juga 1 family yang kitorang jumpa masa tengah sama-sama makan kat Dalat, diorang plak skip tak pergi pun langsung Muine, tapi include Mekong River tour tu. Family tu amik private tour, so diorang pilih sendiri mana tempat nak pergi dan tak. Kesimpulannya, semua berbalik kepada preference masing-masing. Cerita lebih details tentang tempat yang kitorang pergi, boleh klik sini : HCM-Dalat | Dalat | Muine | HCM
![]() |
ni kat dalam Central Post Office kat Ho Chi Minh, final day |
Next, budget plak. Antara perkara perlu dimasukkan dalam budget sebelum travel > flight ticket, transportation to/from KLIA2, hotel, local transportation, entry ticket, makan dan souvenir.
1- Flight ticket
2- Transportation to/from KLIA2
Decide naik grab je dari rumah kat Setia Alam ke KLIA. Senang terus hantar depan pintu departure, tak kalut nak parking. Kos parking kalau 6 hari pun dah berapa kan plus petrol & tol & tenaga kalau drive sendiri hahaha. Kitorang amik kereta sedan 2; 3 orang + 1 luggage each. RM80 x 2 cars x 2 way = RM320 β
3- Hotel
3 hotel berbeza, total 4 nights macam biasa book dekat booking.com
πDa Lat = RAON Villa - STAY 24H - 2 nights
family room (3 double bed) = RM168 β
πMui Ne = Coconut Garden Muine - 1 night
1 bedroom villa (2 queen bed) +
1 bedroom (1 double bed) =RM205 β
πHo Chi Minh = Mays Hotel - Ben Thanh Market - 1 night
1 family room (2 double bed) +
1 standard bedroom (1 double bed) =RM247 β
4- Local transportation
π¦Ho Chi Minh - Da Lat
Sleeper bus VIP 24-seater by Phong Phu Limousine
order melalui website vexere.com
6 seats includes insurance = VND2,820,00 =RM491 βπ¦Da Lat - Mui Ne
Comfort car 6-seater by G5Car
order melalui bookaway.com
π¦Mui Ne - Ho Chi Minh
Sleeper bus 36-seater by Cao Lam
order melalui bookaway.com
6 seats includes insurance = US$47.70 =RM206 β
π¦Grab around Da Lat, Mui Ne, Ho Chi Minh = RM320 β
5- Entry Fee & Rides
πCatuka Garden & Cafe
VND100k x 3 adults, VND60k x 3 childs = VND480k ~ RM86 β
(harga per ticket termasuk hot/ice coffee kat cafe)
πMongo Land
VND100k x 3 adults, VND50k x 3 childs = VND450k ~ RM81 β
πDatanla Waterfall - New Alpine Coaster
VND250k x 5 adults, VND150k x 3 childs = VND1.4k ~ RM235 β
π4 hours Sunset Jeep Tour
VND600k ~ RM105 βπATV rides at White Sand Dune
VND300k x 3 adults, VND200k x 3 childs = VND1.5juta ~ RM259 β
ni bayar sebelum naik, cash or kad pun boleh
selain ATV, nak naik jeep pun ada
6- Makan
RM250 x 5 days = RM1,250 β
7- Souvenir & spend at supermarket
RM586 β
GRAND TOTAL : RM8,370 β β
>> RM1,395/pax
Surprisingly, budget asal yang ku buat RM8,306 versus actual yang kitorang spend as per my hubby punya record and calculation is RM8,370. Beza sikit je around RM64 tak lari banyak pun, terer kan daku π Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sama ada dari segi budget kewangan, masa mahupun itinerary. Sikit-sikit adjustment tu biasala la kan, yang penting semua happy.
TIPS @ INFO TAMBAHAN
1- Kalau stay kat area Shah Alam, boleh tukar duit kat Asia Exchange, Plaza Shah Alam Seksyen 9. Rate dia antara yang paling ok. Masa pegi tu, ku tukar total VND13juta ~ RM2,327 iaitu exchange rate dia VND1juta ~ RM177
2- Kat Da Lat, Mui Ne dan Ho Chi Minh belanja guna cash saja kalau kat kedai makan. Tempat tarikan ada certain terima kad. Pasaraya semua terima kad. Hotel mostly terima kad.
3- Kat Da Lat dan Mui Ne cash transaction guna VND saja. Kalau kat Ho Chi Minh area Malaysia Street & Ben Thanh terima both cash VND dan RM. Mostly harga barang pun dorang akan letak both in VND dan RM. So terpulang kita nak bayar guna duit apa yang ada.
4- Kalau pegi Mongoland nak naik rainbow slides tu, make sure pakai seluar yang sesuai. Kalau pakai palazo wajib pakai stoking panjang or sebaiknya legging. Lajuu weh memang akan terselak. Akan ada sorang staff yang akan rekodkan video untuk group kita secara percuma masa kita tengah slide tu. Yang berbayar pun ada siap guna drone tapi kitorang tak amik, harga kena refer kat tempat sebelum kita start slide.
5- Kalau naik apline coaster kat Datanla Waterfall plak, ada 2 point tau camera dia. Kalau rasa yang 1st tak cantik, tak payah beli. Pegi tengok yang 2nd plak kot cantik hehe. 1st dijual kat area waterfall dan 2nd dijual kat area starting/end point.
6- Kedai makan halal kat Da Lat yang kitorang tau ada tak lebih dari 7, boleh refer previous post. Kalau kat Mui Ne memang ada 1 tu je T Halal Restaurant, tak jumpa pun yang lain. Kalau kat Ho Chi Minh memang banyak la ya, kat jalan yang sama ngan hotel tu je dah penuh.
7- Grab sangat-sangat banyak dan super cepat nak dapat sama ada kat Da Lat, MuiNe mahupun Ho Chi Minh pun. Kiranya search dan select seminit dua dah sampai keretanya. Semua kitorang naik yang 6-seater, kereta semua baru dan cantik mostly dapat Toyota Innova & Mitsubishi Expander. Driver belah kiri ya bukan kanan macam Malaysia.
Rasanya tu je la nak share, kalau ada lagi nanti ku tambah π
Comments
Post a Comment