Monday 19 May 2014

Tukar Duit MYR ke AUD

Tinggal seminggu je lagi sebelum kitorang nak 'terbang' ke Perth. So aku pun gigih la pegi carik money changer a.k.a pengurup wang untuk tukar duit. Tapi tapi tapi.. hasilnya sangatlah mengecewakan. 1st pegi kat Masai, bukan sekali tapi 2 kali pegi okay. Hari Jumaat & Ahad, dua2 kali pegi tu tak bukak. Or maybe jugak dah tak bukak, dah tutup, dah pindah dan sebagainya. Ok, surrender tak mau ulang untuk kali ketiga. 

Seterusnya misi berpindah ke Tesco Seri Alam plak. Kali pertama pegi hari Ahad, orang tu cakap takde stok duit AUD, esok ada katanya. Ok noted di situ. Esoknya (semalam la tu) aku tak terus ke Tesco sebab takut blom ada. So pegi la pulak Permas Jaya sebab pernah tukar kat sana. Nama kedainya Tropiwang. Saja la try ke sana.. in case kalau xde, bleh pegi try kat Aeon Permas plak. Dekat2 je tu. Sekali tu, dua2 tempat pun takde stok duit AUD & taktau bila nak ada. Eh eh kat Aeon ada la, tapi tinggal AUD20 saja sekeping.haha. Adoiii nak buat tambang teksi dari airport ke Perth CBD pun xlepas okayy. Sangatlah frust.

Dari Aeon Permas, gigih la aku drive ke Tesco Seri Alam plak. Ni kalau kakak tau aku keluar berdua je ngan adiknya mau dia nangis ni. Kakak skul, ibu tinggal je la okay..hehe.jangan marah :-p Kali kedua ke Tesco Seri Alam, cer teka ada ke tak? Semalam orang tu kata Isnin ada, so jawapannya adalah.. takde jugak! Huhu.. apalaa. Adakah orang JB ni memang xde pegi Australia ? Ermm xpela, terus pecut kereta balik rumah. Jap lagi kakak balik skul (naik van) ibu xde kang sure dia meraung.haha. So setakat ini, misi menukar duit MYR ke AUD adalah gagal. Redha.


duit2..di mana kau duit??

dak tecit angat ibu sedia menemani ;-)

pengurup wang, kenapa takde duit AUD?uwaaa.

Balik rumah terus whatsapp hubby laju2.hehe. xpayah nak kecoh sangat boleh? My hubby kata xpe kalau xde nanti cucuk kat ATM kat Perth Airport je. Ooo ok baiklah. Tapi kan, macam xbest plak xde duit kat tangan :-p Tengokla macam mana nanti. Mana tau dalam masa seminggu ni ada plak duit kat money changer tu. Apapun kitorang (ke aku je?) dah tak sabar nak bercuti & jalan2. Tapi sebelum tu tunggu la hubby balik sini dulu Jumaat ni, Insya Allah. Dah dekat 2 bulan dah dia xde kat rumah. Anak2 dah rindu sangattt kat ayahnya tu. Ibunya tak payah cakapla rindu banyak mana.hihi.

Update : 22 May amoi dari money changer Aeon Permas Jaya tu call kata dah ada duit dalam AUD700, so datanglah semula untuk tukar. Tak cukup la, nanti kemudian cucuk kat ATM bila sampai Perth.


@ Aeon Permas Jaya

finally, dapat jugak.hihi.