Monday 16 January 2017

Azam Tahun 2017

Dah masuk hari ketujuh belas dalam tahun 2017, baru sibuk pasal azam ye. Sebenarnya baru sempat nak type post kat blog ni. Takpe, sebenarnya tak payah nak tunggu tahun baru je nak tanam azam. Hari-hari lain sepanjang tahun pun boleh je nak berazam. Tak nak cakap banyak, kali ni aku nak list down azam sebab nanti mid year nak review balik, jalan ke tak azam aku ni. Selalunya, i means tahun-tahun sebelum ni bukannya takde azam. Ada azam tapi azam dalam hati dan tak di'visualized'kan. So bila dah lepas beberapa bulan, keluarlah ayat 'takpela, tahun depan la pulak buat azam ni' ataupun buat-buat lupa diri tu ada berazam.hahaha hadoi. 

Ok, meh aku senaraikan azam 2017 ku ;


Azam 1 : Nak buat simpanan emas.

Hasrat nak simpan emas ni dah beberapa tahun jugakla. Asyik cakap nak beli dan simpan emas fizikal sendiri tapi asyik bertangguh. Takut nak simpan kat rumah la, takut hilang la macam-macam alasan la aku bagi kat diri sendiri. Memandangkan duit RM pun makin low berbanding USD dan matawang lain, memang terasa sangat bila nak beli barang sekarang ni. Shopping untuk diri sendiri ataupun anak-anak memang tak ada ataupun jarang sangat yang guna USD, tapi tetap terasa sebab banyak barang naik harga oiii kesan dari turunnya RM tu. Paling terasa bila nak beli stok barang jualan untuk online biz ku kat fb page CuteBaby Collections dan instagram @esfarisya_asri tu la kan. Aku dah start beli thru China-based website ni sejak 2011 lagi. Masa tu jual baju baby, pastu sejak 2014 jual soft toys , soft book dan a few barang baby lain. Dulu kalau convert RM1=USD3.xx je, skang as of January 2017 dah jadi Rm1=RM4.55 okay. Adoii memang terasa sangatlah kan. Barang yang dulu modal RM12.xx dah jadi RM18.xx, haaa kan banyak beza tu. Nak naikkan harga banyak sangat susah juga, so naikkan la sikit je. So margin keuntungan tu dah turun la sikit berbanding dulu tapi InShaa Allah, ada rezeki tu Allah nak bagi. Berusaha dan bertabahla ye. Haaa panjang pulak mukadimah pasal ringgit ni. 

Berbalik pasal topik emas fizikal, lepas google sana sini dan baca fb post kawan-kawan, akhirnya aku pun nekad (laa sangat) nak mulakan simpanan emas. Yelah, seperti yang aku tau dari dulu sampai sekarang harga emas makin naik bukan turun pun. Masa beli cincin tunang dan rantai tangan masa nikah tahun 2007 dulu harga per gram tak sampai RM140 pun. Sekarang dekat RM200, haaa banyak naik dalam masa 10 tahun. Akan datang lagi 15-20 tahun mungkin dah jadi RM300 pulak ke. Actually kalau google pasal simpanan emas fizikal kat Malaysia ni yang aku jumpa paling top adalah Power Gold dan Public Gold. Cerita pasal Power Gold vs Public Gold dengan lebih panjang lebar kemudian la pulak aku post. Tapi secara ringkasnya, Power Gold tu milik bumiputera Islam, Public Gold pulak sebaliknya. Dari segi harga per gram Public Gold lebih rendah tapi spread pulak lebih tinggi. So sebenarnya antara dua ni ada pros and cons tersendiri, tapi apa yang penting kedua-duanya jual emas fizikal untuk dijadikan simpanan, bukan pelaburan emas ye yang buat bayaran pastu kena tunggu tempoh setahun atau beberapa bulan untuk dapat pulangan. Bukan itu, cuma jual beli emas untuk simpanan. 

Kempen Powergold untuk simpan 1g setiap bulan tu memang bagus dan mampu milik oleh kebanyakan orang. Public Gold pun ada pilihan untuk simpan sikit-sikit thru Gold Accumulation Program (GAP). Oleh kerana tak tau nak pilih yang mana 1, last-last aku decide untuk pilih dua-dua. Haha tamak nak menyimpan takpe, jangan tamak nak berbelanja. So dah bulat tekad azam 2017 : simpan 2g emas setiap bulan. Ini kiranya aku combine kan Power + Public sekali la. Kedua-dua ni aku join under 2 kawan yang berbeza. Semoga aku dapat menyimpan secara istiqamah dan kawan berdua tu dapat juga menambah passive income masing-masing walaupun tak banyak, at least ada la kan. Aku pun ada terfikir pasal nak jadi trader @ dealer emas jugak, dalam entry lain jugakla aku post nanti InshaaAllah. 

1g kecik sangat & perlu di laminate. Lepas dah dapat kat tangan baru kawan bagitau, kalau nak dia hantar setiap 5g pun ok. Okla next nk tunggu 5g baru kawan hantar. Kalau nak tolak kat ArRahnu pun 5g baru senang diterima.  

MyGap. Setakat ni baru ada 1g tu je la. Online statement saja, dont worry macam saving account kat bank jugak. Kita tak pegang cash money, tapi nak guna boleh transfer atau pegi cucuk kat ATM. PublicGold ni kalau nak amik emas fizikal tu pergilah amik kat branch. Kalau kat JB kat Taman Perling sana. Aku plan dah cukup 5g baru nak amik, 1g kecik sangat. 

Berusaha untuk istiqamah menyimpan 2g setiap bulan sampai layak bayar zakat emas, which is 86g. Rasanya makan tahun jugak tu nak ada emas sebanyak tu kalau setakat simpan 2g sebulan. Part ni aku kena banyak membaca dan merujuk kepada orang yang lebih arif atau dah terlibat dengan pembayaran zakat emas ni. Jangan lupa dan buat-buat lupa. Peringatan buat diri sendiri. 


Azam 2 : Kurangkan Shopping.

Aku rasa aku bukanlah orang yang kuat shopping pun, kalau shopping pun ikut kemampuan. Tapi tahun 2017 ni (kesan dari kejadian tahun 2016 yang hanya aku ngan hubby paham) aku rasa kena lebih strict bab shopping ni. Boleh kurangkan lagi part mana yang tak perlu. Contohnya tudung, haaa nampak macam tak banyak spend tapi kalau kurangkan beli lagi ok. Sebagai seorang stay-at-home-mom (SAHM) a.k.a surirumah rasanya tak perlu beli banyak tudung pun. Bukan maksudnya kita SAHM ni tak nak pakai yang cantik, sesekali keluar weekend or jalan-jalan nak jugak tukar-tukar tudung tapi taklah memerlukan sebanyak masa aku bekerja dulu. Sebab 5 or 6 hari seminggu bekerja, sekurang-kurangnya nak juga tukar-tukar tudung dengan lebih kerap. Ini aku cakap diri sendiri la, orang lain terpulang macam mana. Yang penting ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. So bagi diri sendiri untuk 2017 ni aku nak cut cost bab tudung. Mula-mula nak set azam tak nak beli tudung baru langsung tapi macam tak munasabah pulak.hahaha. Bab shopping selain tudung rasanya dah tak boleh cut lagi dah, sebab beli pun dah berpada-pada dah. Tudung je yang selalu berlebih beli, so kita kawal yang 1 ni je la. Silalah recycle mana yang beli tahun 2015 & 2016, semua elok-elok belaka lagi.


Rasanya dua tu je la azam 2017, haha tadi macam banyak nak list kan. Kesimpulannya nak lebihkan menyimpan dan kurangkan perbelanjaan. Takpe, walaupun 2 tu je yg list out tapi yang paling penting azam nak upgrade diri sendiri. Kalau dulu sesekali ada lewatkan solat, sekarang ni nak solat awal waktu setiap masa. Kalau dulu pukul 7-8 sibuk tengok tv, skang tak bukak tv dah waktu tu. Kalau dulu ajar anak baca Al-Quran lepas tengok tv, skang tak lagi sebab dah tengok slot axxxxx tu :-p Semoga apa yang baik diteruskan, istiqamah katanya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami sekeluarga pada tahun ini dan seterusnya. Untuk my hubby, semoga dapat sales yang banyak dan dapat pergi free trip setiap tahun. Yang penting jangan lupa berkongsi rezeki dan bayar zakat :-) Dan paling-paling amat tersangat penting, semoga kami sekeluarga sentiasa dekat denganNya dan ingatkanNya tak kira waktu susah mahupun senang. Amin Ya Rabbal AlAmin.