Saturday 21 June 2014

Souvenir Yang Dibeli di Fremantle & Perth City

Final entry, nak kongsikan sebahagian souvenir or baju & barang2 yang aku beli semasa cuti di Perth tempoh hari. Ada 4 kedai je aku pergi untuk beli benda2 ni : 1st kedai ni namanya The Australian Clearance Centre dalam Harbour Town. 2nd dekat E-Shed Market iaitu Aussin dan Megabes, both kedai ni sebelah menyebelah je. Last skali kat Perth City, nama kedai tu Global Brands Outlet di Murray Street. Kedainya betul2 kat persimpangan jalan, bleh nampak sebesar2nya tulis - Importers Cancelled Orders.

last minute shopping kat sini

shopping bag tu beli kat Aussin - 3pcs for AUD10
shopping bag bendera Australia beli kat Global Brands Outlet - AUD3/pc
apron+mitten+pot holder set pun kat Aussin - AUD6/set
topi beli kat Megabes - AUD1.50/pc

model apron+mitten+pot holder set Aussie ;-)

semua ni beli kat Megabes. 
koala &kangaroo yang kecik - AUD2/pc
kangaroo rugby - AUD10/pc

kawan baik kakak so far.hehe.

dan jadi 'bahan buli' adik..haha.

tshirt kakak 2pcs beli kat Australian Clearance Centre 
mahal sket, AUD10/pc
yang lain semua beli kat Megabes
tshirt - AUD4.90/pc
pencil case kepala koala & kangaroo - AUD5.90
stationery set Australia - AUD5.90
key chain 12pcs beli 2pack - AUD2.50/pack

tshirt adik 1pc beli kat Australian Clearance Centre - AUD10
2pcs tshirt & romper kat Megabes
tshirt AUD4.90, romper AUD9.90


 
tshirt ayah 1pc beli kat Australian Clearance Centre - AUD13
tshirt pink & sweater ibu beli kat Megabes 
- tshirt AUD4.50, sweater AUD10
tshirt long sleeve ibu beli kat Aussin - AUD15

beg kecik beli kat Global Brands Outlet - AUD2/pc
yang lain beli kat Megabes/Aussin :
luggage tag, key chain : AUD2.95 - AUD4.95

Friday 20 June 2014

Cuti2 Perth Day 4 ~ 1 June 2014

Huk huk huk..dah masuk day 4 dah, last day cuti2 di Perth. Bak kata owner kedai Megabes smalam - very short vacation. Takpela, cuti kali ni sebenarnya sama je ngan yang lepas2. Tak lebih dari 5 hari, okla coz target nak jalan2 sekitar Perth City dan attractions yang berdekatan bandar je. Lagipun bawak baby, sesuai macam ni. Kalau nak bawak sampai ke Pinnacles semua tu tak berapa sesuai. Walaupun percutian ni singkat, tapi aku dapat rasa 2 musim okay - musim luruh 3hari, musim sejuk sehari coz musim sejuk start 1 June. hihihi.aci tak. Last day ni itinerary nya adalah London Court, Swan Bell Tower dan naik ferry ke South Perth/Perth Zoo.

Pukul 7.30 pagi kitorang dah keluar coz target nak balik semula ke hotel dalam pukul 12 tengahari sebelum bergerak ke airport. Pagi tu breakfast maggi cup + nescafe 3 in 1 je coz kedai berdekatan takde serve breakfast. Subway ada, selang 1 lot je dari hotel tapi non halal ye kat Perth ni. Check out hotel siap2, baggage akan collect kemudian. Taxi untuk ke airport pun mintak staff hotel tolong call kan. Pukul 12.30 tengahari nanti taxi akan datang pick up. Ok, mulakan day 4 dengan aktiviti bergambar di hotel dulu ;-)


Criterion Hotel, aku bagi 5 star untuk lokasi ;-)

hari2 lalu depan building ni, wajibla bergambar kat sini.

Dari hotel, kitorang berjalan kaki ke London Court, jalan yang sama je ngan hotel - masih di Hay Street. Sebenarnya dah 3-4x kot kitorang lalu lalang kat depan tu tapi cuma tak perasan. Rupa-rupanya kawasan London Court tu cuma la 1 lorong yang kecik. Thats why kitorang tak perasan..apadaaa. Sesi bergambar sepuasnya, kedai semua tak bukak lagi pun sebab hari Ahad kan. Feeling la konon2 dah sampai London ;-)


sweetnya kakak @ London Court

London Court lagi

dan lagi

London Court Cafe..
bukak sebab masih awal tapi tengah prepare nak bukak tu.

Dari London Court, jalan kaki pulak ke Swan Bell Tower. Aikk semuanya jalan kaki je, memang takde naik CAT bus kat Perth City ni. Barulah namanya bersiar2 kan..lagipun bleh snap gambar banyak2 kat mana2 yang dirasakan sesuai dan suka. Nak ke Swan Bell Tower tu lalu Stirling Garden, so kat situ pun berenti snap gambar jugak. Depan sket je dari Swan Bell adalah Barrack Jetty, tempat untuk naik feri untuk ke few destination. Nak ke Fremantle naik cruise kat sini pun boleh. Tapi kitorang cuma naik ferry je ke seberang sana - South Perth di mana terletaknya Perth Zoo. Kalau hari ni kita masih ada ticket Family Rider yang valid, boleh naik dengan tunjuk tiket tu je. Tapi since dah tak valid, so bayar je la by cash. Murah saja untuk naik ferry tu. AUD2.80 for adult & AUD1.10 for child.. tu harga return ticket @ 2 way ye.


tak tau building apa.. since macam cantek je ,so snap je la.

tengok signboard, namanya Stirling Garden
nampak cantik pokok kat belakang tu.hihi.


Swan Bell Tower

konon2 letak kunci la kat situ.
berlakon je pun.hehe.

@ Barrack Jetty

dah siap beli tiket.
ferry ni pun dikendalikan oleh Transperth

tiket kena simpan.
tunjuk kat driver ferry masa nak naik nanti.

Sampai di jeti belah sana yang namanya Mends Street Jetty, kitorang jalan kaki plak sampai ke Perth Zoo. Tak masuk pun dalam zoo tu sebab dah masuk Caversham kan masa day 2. Ticket masuk ke zoo ni lebih kurang je harganya dengan ticket masuk Caversham. Kitorang cuma duduk2 kat taman luar tu dan bergambar kenangan. Puas bergambar, jalan kaki semula ke jeti untuk balik ke West Perth. Sebelum balik ke hotel, sempat singgah 1 lagi kedai souvenir for last minute shopping. Siap shopping baru la bergerak ke hotel untuk lunch kat Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express. Sekali tu bila sampai sana belum bukak daaa. Tak ada rezeki sungguh la nak makan kat situ. So terus tukar plan, makan kat another kedai kebab tapi tak ingat nama kedai & tak amik gambar sebab dah penat berjalan.huhu. 


dah sampat jetty di South Perth
Mend Street Jetty namanya
kakak pun berlakon konon2 tengok map ;-)

dah sampai taman kat luar Perth Zoo

autumn / winter 2014

dah sampai Perth Zoo
erkk.. luar zoo i mean :-p


Selesai makan, balik semula ke hotel dan rehat2 kejap sementara tunggu taxi datang pick up. Ingatkan taxi yang besar sket je tapi rupanya yang datang maxi taxi yang boleh memuatkan up to 14pax. Padahal kitorang cuma berlima je, 3 adult, 1 child & 1 baby. Tapi mungkin takde size taxi  lain yang sesuai, itu la yang diorang send. Tambang ke airport naik maxi taxi tu mahal okay, AUD66. Bayar je la kan, dah itu je pun choice yang ada.hihi. Sebelum masuk departure hall, kitorang solat jamak dulu. Pukul 4.05 petang naik flight ke KL, sampai sana dalam 9.45 malam. Perth ditinggalkan dengan banyak kenangan manis ;-) Walaupun cuma percutian yang sangat pendek, tapi dah rasa happy sangat dah. Syukur alhamdulillah, cuti2 kali ni berjalan lancar walaupun 1st time bawak baby fly jauh2.

Thursday 19 June 2014

Cuti2 Perth Day 3 ~ 31 May 2014

Hari ketiga di Perth kitorang keluar lewat sikit, tak macam hari kedua coz nak return kereta sewa. Tempat tu bukak pun pukul 8 pagi. So kitorang keluar dari hotel dalam pukul 7.45 pagi. Sebelum keluar dah siap2 breakfast kat hotel. Sandwich tuna + nescafe 3 in 1 prepared by my hubby sangatlah sedap.hehe. Makan half je, half lagi tapau untuk buat bekalan jalan2 day 3 ni sementara belum berjumpa kedai makan halal. My hubby turunkan kitorang kat area Perth Train Station, lepas tu dia pegi ke Baywater Car Rental untuk urusan return kereta. Sambil tunggu my hubby settle semua urusan dan datang balik ke tempat kitorang menunggu tu, apa lagi.. sesi bergambar la. Lengang je pagi tu kat Perth City coz hari Sabtu, bukan working day kan.


bus stop untuk naik CAT (central area transit) bus
tapi kitorang tak naik bus pun kat Perth City ni.

posing ala2 kesejukan.

i'm the no.1 !


ayah pun nak posing jugak ;-)

Bila my hubby dah datang balik, kitorang pun masuk la ke dalam building Perth Train Station tu. Untuk tiket pada weekend, kitorang beli tiket 'Family Rider' berharga AUD11. Tiket ni boleh digunakan untuk 1 family max 2 dewasa dan 5 orang kanak2. Penggunaannya pulak unlimited untuk sepanjang hari, tak kira untuk naik tren, bas ataupun feri yang dikendalikan oleh company tu, Transperth. My sister plak walaupun sorang2, beli jugak tiket berharga AUD11 cuma namanya lain - Day Rider. Penggunaannya pun unlimited untuk whole day jugak, tapi tengokla macam mana.. sempat ke nak naik macam2 in 1 day? Jawapannya ialah tidak coz hari ni nak ke Fremantle untuk shopping. Kat situ je mau makan masa 2-3jam kan..haruss.

Ok, settle urusan beli tiket, kitorang pun naik lift untuk ke Fremantle Line train platform. Sekali tu ada plak guard bagitau, line ke Fremantle tu tutup untuk 2hari bermula malam sebelumnya dan sampai Ahad malam. Alamak, tak dapat la nak naik tren ke sana. Sejarah kini berulang, dulu masa kat Langkawi pun tak dapat nak naik cable car coz tutup ngam2 4 hari mengikut jumlah hari kitorang bercuti kat sana. Takde rezeki la tu namanya, ok takpe.. terima seadanya.kihkih. Oleh kerana perkhidmatan tren takde, so digantikan dengan bas. Kitorang pun menapak la ke bus station yang terletak sebelah je dengan Perth Train Station tu. Nasib baikla cuaca sejuk je kat sana, banyak berjalan pun takde la nak berpeluh.. tapi kaki lenguh la jugak :-p
disruption la pulakkk.

tak dapat naik tren, amik gambar je pun jadilah kan.

Sampai tempat bas, cari je la bas yang dimaksudkan untuk ke Fremantle. Tunjuk tiket kat driver bas, pastu masuk carik seat yang sesuai dan ada space untuk letak buggy. Naik bas kat Perth ni sangatlah convenient sebab buggy/stroller and wheelchair friendly. Bila driver nampak kita bawak buggy, diorang akan tekan button.. pastu ada 1 'lantai' yang akan menjulur turun kat bahagian pintu masuk bas. Eh eh paham ke apa aku maksudkan ni. Buat2 paham sudah la ye. Once lantai tu turun, bolehla kita tolak buggy tu naik ke atas bas. Tak perlu susah2 nak angkut buggy tu. Memang memudahkan orang yang bawak anak dalam buggy/stroller.. dan lebih bermanfaat lagi untuk warga tua or OKU yang menggunakan wheelchair. Bagus sangat kan. Thats why ramai je old couple yang guna wheelchair boleh dating 2 orang naik bas, kat Malaysia memang takkan jumpa macam tu.hihi.

Dalam bas, aku duk compare laluan bas dengan train route dalam map Fremantle Line tu. Memang sama je, cuma ada la masuk2 sket kawasan taman perumahan. Perjalanan dari Perth City ke Fremantle naik bas memakan masa lebih kurang 40minit. Turun bas je rasa sejuknyaaa.. maklum la Fremantle ni kan kawasan pelabuhan, so memang berangin la. Suhu yang rendah + angin, so memang rasa lebih sejuk la. Kalau tak pakai jaket or sweater memang aku takkan tahan. My baby Irsyad Syamim plak as usual, steady je dia.. tido dalam buggy. Turun je dari bas, kitorang pun jalan kaki ke E-Shed Market, dari jauh dah nampak dah building tu. Ada banyak building macam tu : A-Shed, B-Shed and so on. Tapi tak tau plak jual apa kat building yang lain. Apa yang aku baca dari blog lain, nak shopping souvenir beli kat E-Shed, so terjah yang tu je la kan.

Sampai E-Shed market, tukarkan diaper & susukan Irsyad dulu so that dia bleh duk diam2 dengan ayahnya sementara ibu nak shopping.hihi. Kakak Insyirah dah sibuk nak beli koala bear tu. Siap dia dah ikut Cik Vivin pusing2 kedai dalam building tu dulu. Yang penting dia ingat pesanan ibu, pilih yang kecik je okay.haha. Bukan apa, dak tecit tu bukan jenis stick pada 1 benda lama2, cepat bosan. So beli yang kecik dan murah2 sudah la ye.


gembira setelah mendapat susu ibu.hihi.

Untuk membeli souvenir, aku tak pegi banyak2 kedai sebab just follow apa di rekemen oleh orang2 yang pernah ke sini. So terus tuju kedai Megabes dan Aussin je. Walaupun cuma pegi 2 kedai tapi amik masa yang lama jugak untuk membeli coz murah sangat harga souvenir kat situ. Rasa macam2 nak dibeli, tapi still dapat kawal diri sebab mengenangkan jenuh nak mengangkut nanti. Megabes tu owner nya orang Cina dari Singapore, siap offer ajak pegi ke warehouse kalau nak membeli banyak. Tapi memandangkan kitorang naik bas, so tak payah la.. lagipun plan asal memang tak nak beli byk sangat souvenir nanti exceed baggage limit plak.


shopping, jangan tak shopping.

beg2 plastik sudah di'transform' jadi shopping beg.yeay.

Selesai aku membeli souvenir untuk diri sendiri dan adik-beradik, turn my hubby plak. Macam biasa, dia cuma nak beli souvenir untuk kawan2 office je. Tak sampai setengah jam pun dia membeli tu, waaa jauh berbeza dengan aku. Beli souvenir pun mau 2 jam..haha. Maklum saja la perempuan, pantang nampak yang comel2.. terus rambang mata. Sebenarnya aku tak expect harga baju@souvenir kat E-Shed or lebih tepat lagi kat Perth ni banyak yang murah. Bukan kat E-Shed je murah, kat kedai souvenir area hotel kitorang duduk pun murah. Contoh sweater kat Aussin ni boleh dapat AUD6 ~ RM18 je. Topi plak kat Megabes cuma AUD1.50 ~ RM4.50. Haaa memang tak dapat harga macam tu kat Malaysia. Ye, memang made in China.. ermm apa barang yang tak made in China skang ni. Ok je kan quality nya, so memang seronoklah membeli. Kalau tau harga murah2 macam ni, datang beli souvenir ni naik kereta sewa ok.hihi. Nanti aku akan share kan gambar2 apa yang dibeli kat sini dalam final entry ye.

Dari E-Shed Market, kitorang jalan kaki ke je untuk pegi makan lunch kat Kaili's Fish Market. Bak kata orang, tak lengkaplah cuti di Perth kalau tak makan fish n chips kat Fremantle ni. Kalau ikutkan kat Fremantle ni ada free CAT bus juga macam kat Perth City, tapi kitorang tak naik bas pun untuk ke sana sebab bila tanya salesgirl kat Megabes tu, dia bagitau direction macam dekat je. So jalan kaki je la, sambil jalan sambil cuci mata. Lagipun cuaca sejuk, no hal sangat nak berjalan kaki. Lebih kurang 10-15 minit berjalan, sampai la kitorang kat Kaili's Fish Market ni. Sebelah menyebelah je dengan Cicerellos tu. Both kedai serve makanan yang sama. 

Masa kitorang sampai tu agak penuhla jugak kedai tu dengan customer. Takpe, terus masuk dalam dan queue untuk order. Aku order fish n chips 1set dan squid n chips 1set. Harga untuk each set AUD14, termasuk 2pack (pek kecik) tomato sauce. Kalau tak cukup boleh beli tambahan tomato or tartar sauce harganya 50cents per pack. Kalau nak beli sauce/salad/coleslaw pun ada jugak, diorang ada letak dalam fridge.. tapi takde display harga la pulak. Lepas order, diorang akan bagi 1 device apa ntah. Device tu akan vibrate once order kita dah ready to collect. Okla, walaupun ramai customer tapi order kita siap dengan cepat. Kaunter untuk air plak sedikit lembab, tapi still acceptable lagi la. 
tengah tunggu air..hot choc & latte.
AUD4 each cup.

pilih..jangan tak pilih.

ni dia fish n chips yang sedap itu.rangupp.
chips nya sangat banyak dan besar2 saiznya.
harga set of 2pcs fish fillet AUD14.50
kalau yang 1pc AUD10. baik amik yang 2pcs la kan.

makan squids plak.. serius sedap & fresh.

dah kenyang & nak balik dah..
amik gambar jap..fefeeling 'aku isterinya'.hihi.

kenyang perut suka hati..
inilah yang boleh aku describe kat budak 2 orang ni.
eh sorang budak & sorang not so budak la.kihkih.

Siap makan dah pukul 3 lebih, kitorang duk lepak2 jap kat Esplanade. Kakak Insyirah as usual la, asal jumpa playground je mesti nak main. Sampai ke Fremantle kakak main kat taman ye.hihi. Layankan saja, boleh la ibu duduk berehat jap sambil tunggu dia main. Gambar takde plak snap Cik Vivin je yang teman dia kat playground tu. Lepas 20minit main, aku pun ajak kakak balik. Nasib baik dia ok je, takde sibuk nak main lama2. Huh, setakat playground kat taman rumah kita ni pun boleh main kan kakak ;-)

Esplanade kat belakang tu.

suasana ni Fremantle petang 31 May 2014 ;-)

Kalau datang tadi kitorang sanggup menapak, balik ni rasa tak sanggup a.k.a kemalasan plak. So naiklah CAT bus kat Fremantle ni ye. Bus tu kitorang naik dari Fishing Boat Harbour sampai ke Fremantle Bus Station, dalam 1km je kot. Dari sana, kitorang naik bas ke Perth City semula. Sama macam masa datang tadi, just tunjuk tiket yang sama kat driver.. kan unlimited ride katanya. Sampai Perth City hampir ke pukul 5 petang. 

naik free bus dari sini

Dari Bus Station ke hotel kitorang jalan kaki je, tak tunggu pun CAT bus walaupun free. Sepanjang Murray Street & Hay Street yang kitorang lalu tu memang happening petang2 weekend macam tu. Ternampak 2-3 tempat orang sedang basking (ye ke basking namanya?).hihi. Tak pastila namanya apa, tapi diorang menyanyi la..layann. Kedai2 plak kebanyakannya dah tutup menjelang pukul 5 petang pada hari Sabtu ye. wawawa bagusnya, weekend semua spend time with family la tu. Kalau kat sini, weekend la segala macam kedai akan bukak kan. Shopping complex plak sampai lewat tengah malam pun still bukak bila malam minggu. Berbeza sungguh dengan kat Perth ni.

Sampai hotel, solat jamak..pastu mandi dan rehat. Dalam pukul 8 malam kitorang keluar semula untuk makan dinner dan jalan2 ambil angin (ada ke angin?hihi) sekitar kawasan berdekatan. Kononnya nak makan kat Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express tu sebab recommended by Zarul Umbrella lagi tu.eh tetiba masuk nama Zarul.hihi. Terbaca kat blog dia, slalu makan kat situ bila fly kat Perth, almaklumlah steward kan. Lagipun selang 2 lot je pun dari hotel kitorang duduk ni.. sekali tu, dah tutup la pulakkk. Semalam elok je bukak 2 malam kitorang kat sini. Weekend dia tutup awal la pulak. Takpe try esok pulak for lunch ye. 

Since kedai kebab tu tutup, kitorang pun jalan kaki, membelok ke Pier Street. Dekat je dari hotel, cuma jalannya dah berbeza. Tengok kedai Love & Care tu macam bukak je. Pegi kat pintu depan dan tanya, ye memang bukak. Confuse jap sebab pintu dia jenis half cermin, nampak pekerjanya tengah sibuk mengemas. Ingatan dah tutup, rupanya masih bukak.. alhamdulillah. Kedai ni serve makanan authentic dari Malaysia. Kitorang order nasi putih, ayam masak lemak cili padi, sambal tumis udang, telur dadar, sayur campur & hot water. Semua sekali dalam AUD40+ untuk makan berempat. Okla.. eh bukan setakat ok tapi sedap masakannya,yes.. tepat sekali jolokannya - aunthentic malaysian food. Terasa macam makan kat kampung, mak or makcik2 yang masak.hihi.

Love & Care - nama tak macam kedai makan kata my hubby.
tapi masakan sedap, so mak ok je.hihi.
Ibu terus pakai sweater Australia itu ;-)

Siap makan, kitorang pusing2 sekitar Pier/Murray/Hay Street. Masih banyak juga kedai2 yang bukak especially kedai makan. Antara kedai makan halal yang ada kat Murray Street ni ialah Insan Cafe dan Ispa Kebab yang kitorang makan day 1 tapi kat Harbour Town tu. Kalau kat Hay Street plak, kedai2 yang jual baju or souvenir kebanyakannya dah tutup malam tu. Letih berjalan kaki, kitorang pun balik semula ke hotel. Lagipun sejuk sangat kat luar, takut baby kembung plak nanti. Rehat dan tido la, esok sambung lagi untuk hari terakhir di Perth.

Cuti2 Perth Day 2 ~ 30 May 2014

Hari kedua di Perth kitorang bangun seawal pukul 5 pagi coz dah plan nak keluar sebelum pukul 6 pagi coz nak elak bayaran parking yang mahal melampau. Lagipun pukul 6 pagi kat sana dah terang macam pukul 7+ kat Malaysia. Musim luruh nak masuk ke musim sejuk, waktu siang agak pendek. Subuh 5.40 pagi, lebih kurang kat Malaysia je tapi Maghrib pukul 5.20 petang. Insyirah agak liat nak bangun, maklumla sejuk. Kena plak mandi pagi2, tapi bila dipujuk2 dia okla. Irsyad plak tak mandikan, cuma lap2 & tukar baju je.hehe. Kesian plak nak mandikan baby pagi2, petang je la mandikan dia.

Plan pagi hari kedua adalah untuk ke Perth International Terminal coz nak jemput my sister. Itu orang agak last minute jugak nak ikut kitorang bercuti kat Perth. Nak ikut bertolak sama2 semalam tapi tiket mahal, so dia amik flight sehari lewat. Sanggup tu kan fly sorang2.. takpela tido je pun dalam flight tu. Balik ke KL nanti baru dapat sama2 coz ada tiket yang murah.hihi. Ok, apa2 saja la dik oiii. Sampai kat terminal tu agak lama juga menunggu dia coz flight AA yang my sis naik tu sampai sama masa ngan flight MAS. Jadinya double la jumlah passenger yang nak queue untuk cop passport & immigration checking kan. Dalam 7.15 pagi macam tu baru la dia muncul. Risau gak coz masing2 tak roaming in case nak call ke apa. Nak berwhatsapp pun kitorang cuma guna wifi kat hotel je sejak day 1.

Dari airport, kitorang terus shoot ke Danish Patisserie yang terletak kat 5, Dyer Road untuk breakfast. Dari airport dalam 11km la lebih kurang, terletak kat kawasan perindusrian. Danish Patisserie merupakan kilang pastry & bakery ni ada sijil halal ye, so semua makanan yang dijual adalah halal. Boleh beli dan makan apa saja kat sana tanpa was2. As for me yang memang minat pastry & bakery ni memang rambang mata jugak nak memilih. Tertarik dengan frozen pie yang dijual kat sana tapi tak beli pun coz kat hotel takde microwave untuk panaskan. Nak bawak balik KL pun xsesuai coz nanti kitorang tak terus balik rumah. Rosak la pulak pie tu karang. So beli je pie yang ready to eat kat kedai tu. Tak lupa juga hot & cold coffee.. hot nak minum on the spot & yang cold untuk bekalan dalam kereta. Selain tu beli jugak 1 pack of assorted muffin yang sangat sedap dan murah. 10pcs cuma AUD5 je, means cuma 50 cents seketul..waaa syoknya.


breakfast di sini.
gambar kureng sebab silau..dah la guna camera henpon je kan.

Selesai breakfast, kitorang bergerak ke Caversham Wildlife Park pulak. Wajibla pergi sini kalau ke Perth kan. Tempat ni bukan macam zoo biasa tapi ianya milik persendirian. Boleh tengok kangaroo, wombat, etc secara dekat. Kalau berani boleh je nak pegang2. Insyirah memang tak berani la, asyik jerit2 takuttt.. sabar je la ibu. Tiket masuk berharga AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak2 umur 4tahun+. Lama jugak kitorang spend masa kat sini, lebih kurang 3 jam jugak la. Okla tu, manfaatkan sebaiknya harga tiket yang telah dibayar tu. Memandangkan masa tu cuti sekolah, ramaiii sangat orang Malaysia kat Caversham tu ok. Dah rasa macam berada kat Zoo Negara kat KL plak dah.hehe.


 kangaroo lepas macam tu je.

kakak takut nak masuk.
tunggu luar pagar & buat gaya kangaroo pun jadilaaa.hehe.

ayah sempat tengok semua show 
ibu byk tunggu luar je coz kakak takut.aiyakk.

ni kat tempat 'Meet Wombats & Friends' show


me & my sis plak nak bergambar ngan wombat.

comelnya koala bear tu.

Destinasi seterusnya, kitorang terjah pulak Margaret River Chocolate Factory yang terletak di Swan Valley. Sudah semestinya nak try free tasting coklat kat sana & beli sikit untuk dimakan masa jalan2 or kat flight dalam balik nanti. Tapi takdela nak beli banyak kan sebab harganya pun boleh tahan mahal. Coklat yang disediakan untuk free tasting tu ada 3 jenis - putih (white choc), coklat (milk choc) dan coklat gelap (dark choc). Daripada 3 ni aku suke yang milk chocolate.. tak manis sangat & tak pahit sangat.. just nice. Coklat tu dalam bentuk pastilles @ butir2 kecik je, kira masuk mulut untuk sekali ngap je la. Aiskrim coklat kat sini biasa2 je, xde special pun. Aku beli yang perasa chocolate brownies, harganya AUD4.25 per scoop. Aku beli dalam cup je coz macam cantek plak cup kaler pink tu, bleh guna semula.hihi. Air coklat tu AUD5 kot per bottle, dah lupa plak.. tapi memang sedap & fresh.


sedap sedap sedap!
free tasting tu kitorang ulang2 amik & makan.


yang ni macadamia cluster - kacang @ nut yang disalut coklat
sangat sedap, harga seketul AUD3.25
ada 2 lagi pilihan lain iaiyu ferrero & cashew nut cluster.

inilah dia milk chocolate tu. 
1 pack 100g harganya AUD5.95


Next destination, nak cari tempat makan lunch coz masa tu pun dah pukul 1.30 tengahari. Kalau ikut itinerary yang aku buat, plan nak makan kat Charcoal Chicken Express yang terletak kat area Bellmont tapi cari2 tak jumpa la pulak. So terus decide untuk makan kat Nando's dalam Bellmont Forum Shopping Complex tu je.. ayam panggang jugak kan, lebih kurang. Ermmm ayat nak sedapkan hati :-p Siap lunch, kitorang solat jamak kat dalam shopping complex tu je. Kat sana ada disediakan parents room. Gambar takde la pulak snap. Tapi memang luas dan selesa dalam tu, ada sinki dan toilet. Senang nak tukarkan diaper anak ke apa dalam tu. Nak solat pun memang boleh sangat la. Microwave pun ada dalam tu. Kalau ku tahu, wajibla tapau frozen pie kat Danish Patisserie pagi tadi.hehe.

Memandangkan kitorang dah solat siap2 kat Bellmont tu, so plan nak solat jamak kat Perth Mosque cancel. Terus ke Kings Park untuk kali kedua tapi nak carik port lain untuk bergambar. Dari Bellmont ke Kings Park makan masa dalam 20minit kot, terlupa sudahhh. 


tanda dah sampai Kings Park.hehe.

kakak with cik vivin.

hero kecik ibu ;-)

eh eh kenapa semua orang tiru saya ni??
agaknya itula yang Irsyad fikirkan :-p

family kecik saya ;-)

Perth City view dari Kings Park

Siap sesi bersiar2 dan bergambar kat Kings Park, kitorang baru terpikir bagus jugak kalau return kereta petang ni sebab esok pagi nak ke Fremantle naik train. Kitorang sewa kereta untuk 2 hari je, so thats mean esok pukul 8 pagi kena return sebab amik aritu pukul 8 pagi hari Khamis. So tak payah la nak bayar parking untuk 1 nite kan. Tapi bila tengok jam, dah pukul 5.45 petang daaa, petrol blom pegi isi sampai full tank. So redha je la bayar parking malam tu, esok pagi2 my hubby akan return kereta tu. Tak banyak pun kitorang berjalan rupanya, xsampai half tank pun petrol. So isi untuk penuhkan tank, cuma AUD28 sahaja. Okla tu, save kat situ. Lepas isi full tank minyak kereta, kitorang pun balik ke hotel. 

Selesai solat jamak maghrib + isyak, mandi pastu kitorang keluar jalan2 kat sekitar Hay Street. Inilah yang best duk kat Criterion Hotel ni, lokasi sangat2 strategik. Tempat makan halal memang ada je berdekatan hotel. Penat berjalan2 malam tu, kitorang pun balik semula ke hotel. Sebelum tu duk rehat2 jap kat cafe sambil minum complimentary drinks from hotel. Balik hotel apa lagi, rehat dan tido la. Esok sambung cuti2 Perth day 3.