Cuti2 Perth Day 4 ~ 1 June 2014

Huk huk huk..dah masuk day 4 dah, last day cuti2 di Perth. Bak kata owner kedai Megabes smalam - very short vacation. Takpela, cuti kali ni sebenarnya sama je ngan yang lepas2. Tak lebih dari 5 hari, okla coz target nak jalan2 sekitar Perth City dan attractions yang berdekatan bandar je. Lagipun bawak baby, sesuai macam ni. Kalau nak bawak sampai ke Pinnacles semua tu tak berapa sesuai. Walaupun percutian ni singkat, tapi aku dapat rasa 2 musim okay - musim luruh 3hari, musim sejuk sehari coz musim sejuk start 1 June. hihihi.aci tak. Last day ni itinerary nya adalah London Court, Swan Bell Tower dan naik ferry ke South Perth/Perth Zoo.

Pukul 7.30 pagi kitorang dah keluar coz target nak balik semula ke hotel dalam pukul 12 tengahari sebelum bergerak ke airport. Pagi tu breakfast maggi cup + nescafe 3 in 1 je coz kedai berdekatan takde serve breakfast. Subway ada, selang 1 lot je dari hotel tapi non halal ye kat Perth ni. Check out hotel siap2, baggage akan collect kemudian. Taxi untuk ke airport pun mintak staff hotel tolong call kan. Pukul 12.30 tengahari nanti taxi akan datang pick up. Ok, mulakan day 4 dengan aktiviti bergambar di hotel dulu ;-)


Criterion Hotel, aku bagi 5 star untuk lokasi ;-)

hari2 lalu depan building ni, wajibla bergambar kat sini.

Dari hotel, kitorang berjalan kaki ke London Court, jalan yang sama je ngan hotel - masih di Hay Street. Sebenarnya dah 3-4x kot kitorang lalu lalang kat depan tu tapi cuma tak perasan. Rupa-rupanya kawasan London Court tu cuma la 1 lorong yang kecik. Thats why kitorang tak perasan..apadaaa. Sesi bergambar sepuasnya, kedai semua tak bukak lagi pun sebab hari Ahad kan. Feeling la konon2 dah sampai London ;-)


sweetnya kakak @ London Court

London Court lagi

dan lagi

London Court Cafe..
bukak sebab masih awal tapi tengah prepare nak bukak tu.

Dari London Court, jalan kaki pulak ke Swan Bell Tower. Aikk semuanya jalan kaki je, memang takde naik CAT bus kat Perth City ni. Barulah namanya bersiar2 kan..lagipun bleh snap gambar banyak2 kat mana2 yang dirasakan sesuai dan suka. Nak ke Swan Bell Tower tu lalu Stirling Garden, so kat situ pun berenti snap gambar jugak. Depan sket je dari Swan Bell adalah Barrack Jetty, tempat untuk naik feri untuk ke few destination. Nak ke Fremantle naik cruise kat sini pun boleh. Tapi kitorang cuma naik ferry je ke seberang sana - South Perth di mana terletaknya Perth Zoo. Kalau hari ni kita masih ada ticket Family Rider yang valid, boleh naik dengan tunjuk tiket tu je. Tapi since dah tak valid, so bayar je la by cash. Murah saja untuk naik ferry tu. AUD2.80 for adult & AUD1.10 for child.. tu harga return ticket @ 2 way ye.


tak tau building apa.. since macam cantek je ,so snap je la.

tengok signboard, namanya Stirling Garden
nampak cantik pokok kat belakang tu.hihi.


Swan Bell Tower

konon2 letak kunci la kat situ.
berlakon je pun.hehe.

@ Barrack Jetty

dah siap beli tiket.
ferry ni pun dikendalikan oleh Transperth

tiket kena simpan.
tunjuk kat driver ferry masa nak naik nanti.

Sampai di jeti belah sana yang namanya Mends Street Jetty, kitorang jalan kaki plak sampai ke Perth Zoo. Tak masuk pun dalam zoo tu sebab dah masuk Caversham kan masa day 2. Ticket masuk ke zoo ni lebih kurang je harganya dengan ticket masuk Caversham. Kitorang cuma duduk2 kat taman luar tu dan bergambar kenangan. Puas bergambar, jalan kaki semula ke jeti untuk balik ke West Perth. Sebelum balik ke hotel, sempat singgah 1 lagi kedai souvenir for last minute shopping. Siap shopping baru la bergerak ke hotel untuk lunch kat Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express. Sekali tu bila sampai sana belum bukak daaa. Tak ada rezeki sungguh la nak makan kat situ. So terus tukar plan, makan kat another kedai kebab tapi tak ingat nama kedai & tak amik gambar sebab dah penat berjalan.huhu. 


dah sampat jetty di South Perth
Mend Street Jetty namanya
kakak pun berlakon konon2 tengok map ;-)

dah sampai taman kat luar Perth Zoo

autumn / winter 2014

dah sampai Perth Zoo
erkk.. luar zoo i mean :-p


Selesai makan, balik semula ke hotel dan rehat2 kejap sementara tunggu taxi datang pick up. Ingatkan taxi yang besar sket je tapi rupanya yang datang maxi taxi yang boleh memuatkan up to 14pax. Padahal kitorang cuma berlima je, 3 adult, 1 child & 1 baby. Tapi mungkin takde size taxi  lain yang sesuai, itu la yang diorang send. Tambang ke airport naik maxi taxi tu mahal okay, AUD66. Bayar je la kan, dah itu je pun choice yang ada.hihi. Sebelum masuk departure hall, kitorang solat jamak dulu. Pukul 4.05 petang naik flight ke KL, sampai sana dalam 9.45 malam. Perth ditinggalkan dengan banyak kenangan manis ;-) Walaupun cuma percutian yang sangat pendek, tapi dah rasa happy sangat dah. Syukur alhamdulillah, cuti2 kali ni berjalan lancar walaupun 1st time bawak baby fly jauh2.

Comments

  1. A good cab services company should offer you not just punctuality and reliability, but also ease of booking. Cab services also endow you the added benefit of calling them up from virtually anywhere throughout the area.
    Taxi Melbourne airport |Maxi taxi Melbourne

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit