Persediaan Bercuti ke Perth ~ May-June 2014
Tinggal sebulan lagi nak start cuti sekolah pertengahan tahun. Kalau cuti sekolah bulan March hari tu kitorang tak ke mana2, cuti bulan May-June ni Insya Allah kitorang akan bercuti ke Perth, Australia. Balik dari Perth, sambung cuti kat rumah abang & kakak kat Kuala Selangor & Tg. Karang plak.. yeayyy. Lama sangat dah tak balik Selangor. Last balik awal November tahun lepas. Lepas tu langsung takde balik coz masa hujung tahun tu dah sarat mengandung, nak drive tak larat. Husband plak kat India sebulan. 2 minggu sebelum bersalin baru la dia balik Malaysia. Pastu 3 hari lepas habis berpantang, pegi lagi India. Kali ni lagi lama, 24 March sampai 23 May 2014. 2 bulan tu, lama kannn. Sabar je la duk kat rumah ni menguruskan 2 orang anak. Syukur sangat baby kecilku tu jenis sangat senang dijaga. Tak meragam dan tak berjaga malam. Alhamdulilah.
Okay, cerita pasal holiday planning ke Perth yang asalnya Oktober tahun lepas. Disebabkan ter'pregnant' (terrr la sangat) kita pun postpone la ke bulan May 2014 ni. Daripada rancangan asal nak pergi bertiga, dah jadi berlima plak. Plus baby & my sister yang tetiba nak ikut plak, so okla..on je. Sebelum pergi bercuti, ada beberapa perkara la yang perlu dibuat. Meh la buat check list sket :
1) Tiket
Tiket penerbangan Air Asia telah pun dibeli sejak June tahun lepas. Date asal pada 19 Oktober 2013 tapi kemudiannya di tukar date kepada 29 May - 1 June 2014 sebab pregnant tu la. Memandangkan kos serba-serbi di Perth adalah mahal (sebab nak kena times 3 duit kita.hehe) jadinya we have decided untuk stay kat sana selama 4 hari 3 malam saja. Kejap je kan? Takpela, rasanya ok dah tu sebab hari sampai pukul 5pagi, flight balik ke KL plak 4petang. Thats means kitorang akan dapat spend 4 days, solid. Masa ke Bandung dulu, sampai sana dah petang. Hari balik plak flight awal pagi, after Subuh. So bila di compare dua2 ni, sama je la jumlah waktu yang kitorang ada untuk di spend masa bercuti tu. Bezanya kena tidur extra 1 nite kat hotel. Bandung okla murah, Perth ni mahal wooo. Hotel 2-3 star pun dah RM500 semalam. Ok, next issue pliz! hehe.
2) Passport
Passport ayah ok, masih valid maklum la asyik keje kat luar je, so ok la.
Passport ibu & kakak - valid sampai September. Means kurang 6 bulan dari tarikh nak pegi which is on May. So perlu renew - sudah pun renew pada 22 March lepas.
Passport baby - Irsyad dah selamat buat passport skali ngan renew passport ibu&kakak.
Ok, settle bab passport.
dulu bertiga, skang berempat ;-)
alhamdulilah..
3) Visa
Nak masuk Australia kena buat visa. Kitorang punya visa dah selamat di apply & approved pada March lepas. Apply online je kat website EasyETA, mudah dan cepat. Harga cuma AUD9.95 ~ lebih kurang RM30 per visa.
Ok, settle dah bab visa ni.
email dari EasyETA.. our visa dah confirm la ni ;-)
4) Hotel
Macam biasa, kitorang suke book hotel kat booking.com ;-)
Setelah membaca review dan blog orang pasal hotel kat Perth dan kesesuaian bilik, akhirnya me & hubby sepakat memilih Criterion Hotel. Hotel ni memang famous la di kalangan orang Malaysia yang bercuti kat Perth. Selain daripada hotel ni, hotel lain yang biasa jadi pilihan ialah Mountway Holiday Apartment, City Stay Apartment dan Travelodge Hotel. Mountway Holiday Apartment ni agak jauh kalau nak berjalan kaki ke Perth CBD & jarak ke bus stop terdekat pun 650m, so kitorang reject. City Stay Apartment plak memang ok location nya, opposite Harbour Town tapi sudah penuh at the time kitorang nak book. Travelodge Hotel plak takde bilik yang sesuai, semua 1 queen or king bed saja. Since we have 1 infant & 1 toddler, we need at least hotel with 1 queen & 1 single bed. Tu yang akhirnya kitorang pilih Criterion Hotel. Hotel yang agak klasik la, style lama2 gitu.. tak kisah la asalkan selesa dan boleh berehat. Sememangnya kitorang jenis tak cerewet sangat bab hotel ni. Ok, settle bab hotel. Sudah selamat di book pada February lepas kot, harga untuk 3 nites around RM1.5k, which is within our budget.
Criterion Hotel
5) Car Rental
Banyak juga pilihan car rental ni, antaranya Avis, Hertz, Budget dsb yang boleh di book online sebelum tiba or thru kaunter kat Perth Airport. Kereta yang disewa pun boleh pickup kat airport jugak. Tapi harganya agak mahal la. Aku biasala, kalau boleh nak yang murah2 saja.hehe. So, aku pun google yang lain. Setelah membuat perbandingan harga, kitorang decide untuk sewa dari Bayswater Car Rental. Company ni takde sediakan kemudahan untuk pick up kereta kat airport. Kitorang kena pick up sama ada kat Bayswater or kat Perth CBD. Kitorang pilih untuk pick up kat Perth CBD, kena naik teksi la dari airport dengan tambang AUD38. Walaupun kena naik teksi, kos sewa+tambang teksi still murah berbanding yang lain. So kitorang dah decide untuk stick dengan Bayswater Car Rental ni dan dah selamat book pada March lepas.
Mula2 kitorang nak sewa sehari je tapi bila tengok rental company tu quote untuk 2 hari & sehari cuma beza AUD30, rasanya baik sewa 2 hari terus. Walaupun 1st day tu plan nak jalan2 around bandar Perth saja, tapi since ada kereta boleh la expand sket. Lewat petang nak lepak2 tepi pantai ~ Cottesloe Beach. Yang ni kalau takde kereta, kena naik public transport.. pastu jarak dari nearest train station ke pantai tu dalam 1km. Memang tak dapat la nak berjalan kaki dengan bawak baby kan. Satu lagi nak ke Kings Park dengan kereta mudah sket. Maklumla taman tu besar, 4 km persegi katanya. So kalau ada kereta bleh pusing2 taman dengan kereta. Mana port yang cantik untuk bergambar kang kitorang turun la. Good idea kan, daripada nak menapak jauh2.hehe.
quotation untuk 2 hari
Ini dia details quotation dari Bayswater Car Rental. Asalnya nak sewa Toyota Corolla Sedan, tapi dah penuh plak. Tu la, sape suh book lambat? Eh 2 bulan sebelum pun dah kira lambat ye. Takpela, kitorang pilih Toyota Corolla Hatch je, sama je kan ngan sedan except bonet kecik. Total AUD183~RM549+ untuk 2 hari, kira okla. Harga ni dah termasuk insurans, child seat, GPS. Child seat tu AUD24 untuk 2 orang x 2 days. Kenapa 2 orang? Baby memangla sorang je tapi undang2 jalanraya kat Australia, kanak2 bawah 7 tahun pun still kena duk dalam car seat/booster. Since Insyirah baru 5 tahun, so wajibla duduk dalam car seat tu. Bila bagitau dia kena duk dalam tu masa ke Perth nanti, dia gelak2 plak. Pelik la kenapa dah besar kena duk dalam car seat lagi. Apalaa, jenuh plak ibu nak explain kat dia. Sejak jadi kakak, dia rasa dia dah besarrr sangat la tu.hehe.
sudah naik harga
Semalam saje2 try tengok semula website Bayswater Car Rental ni, sekali tengok harga sewa basic (blom add on) untuk Toyota Corollo Hatch untuk 2 hari dah naik jadi AUD135 la plak. Hari tu masa kitorang book AUD123 je.. bagusla kan dah book siap2.
Oh ya ada satu issue plak kalau sewa kereta ni sebabnya hotel yang kitorang pilih tu takde sediakan tempat parking. aiyakkk. Jadi nak tak nak kena survey tempat & bayaran parking plak. Takpe, relaks.. slow2 survey. Hasil survey >> Wilson Parking ni ada 13 tempat parking sekitar Perth CBD. Tempat parking yang terdekat dengan Criterion Hotel adalah Kings Complex. So nanti kitorang akan parking kat situ la.
list tempat parking dalam Perth CBD
Kat bawah ni plak parking rate di Kings Complex.. Erkkk mahal gila nak parking on weekdays within working hours - AUD23 untuk 2-3 jam parking. Nite fees plak adalah flat rate AUD15 untuk tempoh 5pm to 6am. Takpe, nanti kitorang nak start parking after 5pm je, pastu esoknya keluar before 6am. haha. Semata tak nak bayar parking mahal. Tengokla macam mana nanti. Ok rasanya kalau keluar 6am.. dah terang kot pukul 6pagi kat Perth. Boleh la nak start keluar jalan2 tu. Just wait & see ;-)
parking rate
6) Itinerary
Basically, itinerary yang aku dah plan ialah :
1st day
- Collect kereta yang disewa di Bayswater Car Rental cawangan Perth CBD.
- Kings Park
- Harbour Town
- Cottesloe Beach
- Check in Criterion Hotel
2nd Day
- Danish Patisserie
- Caversham Wildflife
- Margaret River Choc Factory
- Swan Valley
3rd Day
- Fremantle by train
- Shopping souvenir kat EShed Market
- Lunch kat Cicerello's / Kailis
- Fremantle Sailing Club
- London Court, Hay Street, Murray Street
4th Day
- Check out hotel, baggage collect later
- Swan Bell
- Barrack Jetty - ferry to South Perth
- Lunch
- Collect baggage and proceed to airport
nite view di Kings Park
*sumber gambar dari webite visitperthcity
7) Barang / Baju Yang Perlu Dibawa
Tarikh kitorang pegi adalah pada hujung May - awal June. Thats means hujung musim luruh & nak masuk musim sejuk. Melalui pembacaan dari hasil google, suhu dianggarkan sekitar 20 degrees pada waktu siang dan sekitar 10 degrees pada waktu malam. Ermm sejuk jugak tu, especially for my baby. Takut dia kembung.hehe. Pegi Aeon hari tu pun dah kembung sebab tak tahan sejuk. Kalau 10 degrees macam mana plak. So kena bawak sweater, blanket, stokin @ baby tights, baby cap. Mitten dah tak muat, so aku plan nak belikan glove untuk Irsyad nanti. Cotton glove dah ok la, asalkan tebal sket dari mitten biasa tu. Untuk aku, hubby & Insyirah pun kena bawak jaket@sweater jugakla. Baju bawak seminima mungkin, tak nak berat2 sangat beg tu. Katanya cuaca sejuk, so takdela nak berpeluh sangat kan. Sehari sehelai baju dah cukup la kot.hehe.
110514 - dah beli cotton glove untuk anak2 kat kiosk @ Tesco
kopiah kait tu xde kaitan. yg tu order online utk Irsyad pakai raya ;-)
ok testing glove. dak tecit asyik nak isap jari je. camne tu?
Ubat-ubatan rasanya cuma nak bawak panadol, standby untuk aku yang mudah sakit kepala.huhu. Untuk baby pulak MESTI bawak minyak yu yee & ubat demam @ paracetomol syrup untuk standby. Kakaknya boleh jugakla minum ubat yang sama kalau perlu.
Makanan tak pasti nak bawak ke tak sebab kena declare. Tapi since nak bawak ubat tu rasanya mungkin bawak sikit kot makanan. Ubat pun nak kena declare jugak, so alang2.. bawak je la kan makanan. Kitorang akan duduk hotel, bukan apartment.. takde masak2, so takdela nak bawak perencah or beras ke apa. Just bawak makanan ready to eat @ kudap2an untuk si kakak la especially ;-) Makanan plak tak semua boleh dibawa. Hasil tenusu (susu, cheese, mayonis), dan makanan yang mengandungi coklat dan susu contohnya milo, semua tu tak boleh.
'Arrival Card' akan diberikan semasa kita berada dalam flight. So, kita perlu tick pada ruangan disediakan dan declare whatever ubat-ubatan dan makanan yang kita bawa. Aku plan nak letak ubat-ubatan dan makanan dalam satu beg berasingan, so senang nak keluarkan in case diorang nak check. Since tak banyak pun yang aku nak bawak, so isi dalam satu beg kecik @ non woven bag dah ok dah tu. Ada blogger yang advise untuk buat list siap2 & print kat kertas apa yang kita bawa, so kalau nasib baik diorang tak mintak bukak beg pun untuk check.. just baca dari list yang kita buat tu. Haa bagus & mudah juga macam tu, haruslah aku prepare list tu nanti.
8) Tukar RM ke AUD
Tukar duit at least seminggu sebelum date nak fly ke Perth. Tak nak la last minute baru terhegeh2 nak tukar. Hari tu tengok kat money changer Aeon Permas Jaya tu, AUD1 = RM3.1x macam tu. My hubby kata money changer yang kat Masai tu lagi murah, siap bleh tawar lagi. So maybe aku akan tukar kat Masai tu la. Kedainya sebaris dengan Hong Leong Bank, sebelum Bus Stand Masai (kalau dari arah Tesco Seri Alam).
exchange rate as of 8 May 2014
Rasanya itu je la perkara yang perlu di prepare sebelum pergi bercuti. Kalau ada apa2 lagi, kemudian la aku masukkan dalam list. Tak sabarnya nak pergi holiday, 1st time with my little baby ;-) Hopefully semuanya berjalan lancar je nanti, Insya Allah. Aminnn.
Salam perkenalan...bestnya pergi Perth...
ReplyDeletesalam.hihi.best sgt wlpun cuma jalan dekat2 n sekejap je kat sana.
ReplyDeletesalam akk, bestnye tgk akk sefamily bercuti.... tgk2 blog akk ttbe ternmpk... aeon permas jaya..masai.. adoi... kte ddk di area yg sme... kami plan our honeymoon inshallah.. ke australia jgk... harap.bole share tips... minta email plzzz...
ReplyDeletesalam. i dah pernah ke perth 4 kali alhamdullilah dan setiap kali i ke perth with family mesti stay kat mahira holiday homes. muslim malaysian owner. start stay kat tmpt diaorg tahun 2010. memang very good la service ke rumah ke apa apa saja yg mereka tawarkan. then pada tahun 2012 my parents ni teruja sgt nak ke nz and then we found out mahira ni rupanya memang ada travel company di kl juga. so my parents pun engaged la dgn mereka. dan keputusan nya?? my parents balik je dari NZ terus tak sabar2 dah plan next trip to tmpt lain dengan mahira. mereka kata memang terlampau best dan pakej dan tempat yg mahira travels bawa sgt sgt menarik, lain dari travel agent lain.
ReplyDeleteso nak di jadikan cerita i pun ikutla trip mereka ke europe..terbukti memang bestttttttt!!! i memang highly recommend kan mahira ni. dah lah holiday bungalows pun sendir punya ( bukan broker untuk rumah org lain ye) masyaAllah seronok tgk org malaysia muslim yg berjaya. semogo mereka akan leboh sukses sebab they deserve it!!
boleh contact mahira holiday homes and car rental pty ltd / mahira travel and tours sdn bhd. tel 0123360098 /0362765610
just to share!!
Salam,
ReplyDeleteJalan2 kat blog orang, nak riki pasal Perth. Nak pergi bln depan. Bagus awak buat detail camni..sng saya nak refer. Hihi.
Nanti kalau ada apa2 saya nak tanya, buleh emel tanya awak kan..?
:)
Salam kenal,
Puanstoberi
wsalam
ReplyDeleteliza mizi.sori lama tak bukak blog.bila nak peginya tu.hihi.dul area sini juga ye.
Puan stroberi.blom pegi lagi kan.hihi.sempat pun perasan komen awak.salam kenal gak.
Email sy yg rajin bukak :
collections.cutebaby@yahoo.com
best ye ..
ReplyDeleteboleh masukkan plan tuk tahun depan ni.hehe
https://www.diyanarazim.blogspot.com
jemput ke blog nana,tq
Hihi.boleh2.kena bli tiket awal klu nak murah.ok nnt sy jenguk blog awak plak k ;-)
ReplyDeleteAssalam...salam prkenalan..nk tanya lah klu2 tahu..hotel disane straight sgt ke pasal bilangan org yg masuk ke bilik..cth bilik 2 org bole tak masuk 3?..tq
ReplyDeleteBaru touch down dr krabi, dh gatal tgn nk plan for next trip. Kali ni nerangan nk gi aussie. Cuma part mana tak sure lg. Will keep reading your blog :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteElla H - wslm.salam kenal. xde org check pun bilik kita.boleh je kot.asalkan masa check in jgn tunjuk kita ber3 kat reception tu.hihi.
ReplyDeleteHaya - gold coast pun best.tp tu klu nak g theme park.since anak kitorg kecik lagi n yg sulung pun agak xberani so switch to perth.hehe.
assalam. i terpanggil utk tulis comment kat sini. mulanya i baca2 blog2 berkenaan percutian perth ni. then i byk baca review ttg mahira travel and tours sdn bhd dan mahira holiday homes australia. so i pun enquire la kat mereka.
ReplyDeleteterperanjat juga sebab pukul 1030mlm pun dia sudi bagi i quotation and jawab soalan2 cepus emas i hehehehe memang sejak dari tu i rasa hati i made the right choice
dari mula i mintak quotation, sampai la buat dealing jadi ambil pakej dgn mahira ni i tgk dia sabar je layan karenah i hihihi ye lah bukan ape, i ni big group 26 org kena la banyak tanya kan. so dlm 5 - 6 company i tanya memang harga diaorg paling berpatutan. i pelik jugak la kan.. then baru i tahu mereka ni owner..rumah2 bungalow and company tu memang kepunyaan sendiri patutla harga berpatutan.kiranya mereka ni bukan la agent
sampai je perth..i dpt rasa pilihan i ni tepat la sebab dari airport pickup sampai lah ke penginapan, tour, makan (huhu makan jgan cakap la..memang marvellous superb) sampai la kitaorg semua balik memang puas hati sgt2..layanan memang terbaikkk
so i nak sharelah andaikata ada yg nak ke perth ambil la mahira ni..memang no regrets malah lepas ni kami semua memang tak mo la ikut travel company lain..sebab servis memang bagus! next year isyaAllah nak ke new zealand..cik siti ooo cik siti..hehehehe menjawap lah you nanti lagi dengan soalan2 cepus emas i :) hahaha
no contact mahira ni 0362765610 atau terus direct dengan owner 0123360098
Visa apps ambl masa berapa hari utk kelulusan ea?
ReplyDeleteIntan, cepat je dlm 24hrs je rasanya.within working day la.
ReplyDeletesalam..masa you book kereta..did they request you to fill up form with credit card details..sebab I nak book awal..they said need to fill up the form in order to charge the deposit..when pick up car baru charge remaining..hmmm..
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletevery good info about perth. my family and I nak g sana this November 2015. Nak tanya if book kereta dengan bayswater, ..mula2 dia nak maklumat kad kredit kita saja then bila di perth, if kita nak bayar guna cash, boleh gak ke. or they all nak gak kad kredit?
tq
farah - maaf lambat reply.xsedar ada komen.u nak book dari rental co mana ye.seingat sy mmg kena masuk detail credit card tp rasanya tak caj lagi.Masa pickup baru diorang caj.
ReplyDeleteAnita - book masuk details credit card dan bayar pun guna credit card juga.cash takboleh rasanya.lupa.sbb kitorg mmg guna credit card.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesy akan ke perth pd 13-17 may 2016 without travel agent with my husband and 16 months daughter. Nak tanye, susah tak nak travel kat perth with toddler... perlu ke sy sewa kereta utk kelima2 hari or just few days only (utk ke pinnacles desert and caversham)? Plan nak sewa few days jek... tp takut susah plak nak travel kat sne turun naik bus and train ngan budak kecik.