Thursday 5 September 2019

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Anak pertama, Kakak Insyirah dulu aku ngan hubby hantar ke tadika seawal umur 3 tahun lagi. Kalau ikutkan exact umur, Januari 2012 tu dia baru je 2 tahun 3 bulan. Tapi disebabkan nak bagi Kakak Insyirah beraktiviti dan bergaul, so kitorang decide untuk masukkan dia awal ke sekolah. Lagipun dia seorang diri je kat rumah, belum ada adik lagi. Masa tu duduk Pasir Gudang, kitorang hantar ke Tadika Nuri Taman Bukit Dahlia. 2012 dan 2013 kat Tadika Nuri, tahun depannya 2014 masa umur 5 tahun hantar plak ke Tadika Yuh Chyun tapi memandangkan Insyirah ni lebih cenderung kepada Islamic education, masa umur 6 tahun kitorang hantar ke Tadika Iman pulak. 

Anak kedua plak, Abang Irsyad ni kitorang hantar ke tadika @ prasekolah masa umur 5 tahun Januari 2019 baru ni. Actually kitorang memang takde survey tadika tempat lain pun, sejak Mac 2018 lagi aku ngan hubby dah decide nak hantar ke prasekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ni. Hari-hari aku ambik Kakak Insyirah kat SRA sesi pagi pukul 11 akan nampak anak-anak comel umur 5 dan 6 tahun beratur nak masuk kelas. Terus terpikir, why not hantar Abang Irsyad ke prasekolah ni juga. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xKc-q7vDAE_HRvZndbfJk0UNpUtVyBVJ
Minggu pertama sekolah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=14Pkdntd5W3Y0NVG2VbIG8bHhZ_GmkkGi
Hari Jumaat pakai baju sukan.

Bagi yang belum tahu pasal Prasekolah JAIS ni, meh aku nak story sikit. Actually aku pun tak tahu sangat pasal prasekolah ni sebab baru setahun lebih menetap kat Selangor semula selepas 10 tahun duduk Johor. Kalau kat Johor ada jugak kelas pra @ tadika kat dalam sekolah agama namanya Tadika Agama Johor (TAJ). Sekolah agama ni seperti yang kita maklum, bukan under persekutuan tapi under negeri la ye. Kat SRA Pekan Meru ni aku tengok masa 2017, nama tadika tu Takis Al Islah. Tapi masa aku ngan hubby datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Kakak Insyirah November 2017 tu, guru besar bagitau bermula 2018 akan tukar jadi Prasekolah JAIS SRA Pekan Meru.  

Cara nak masukkan anak ke prasekolah ni, sila tunggu dan alert bila masuk bulan Mac biasanya sekolah akan gantung banner. Tahun lepas, start 1 Mac sampai 30 April 2018 diorang open untuk pendaftaran. Aku pun awal-awal terus pergi daftar kat pejabat prasekolah dalam SRA Pekan Meru tu. Macam biasa la ye, nak daftar anak sekolah mesti bawak surat beranak okay. Mula-mula datang amik borang, pastu datang semula selepas few days. Bawak borang yang dah siap isi sekali dengan fotostat surat beranak dan jugak gambar size passport anak. Fotostat ic ibu dan ayah rasanya nak jugak la. Lepas daftar, akan dapat kad hijau dan nombor daftar. Tunggu pulak bulan September untuk pengesahan. Masa pengesahan tu cuma bawak kad hijau tu je dan pihak prasekolah akan bagi nama kelas sekali. Kat SRA Pekan Meru ni ada 4 kelas untuk umur 5 tahun dan 4 kelas untuk umur 6 tahun. 

Lepas aku daftarkan Abang Irsyad tu, ada plak kawan yang tanya, boleh apply online ke. Kalau Prasekolah kat Sekolah Kebangsaan (SK) tu under KPM, memang apply online. Prasekolah JAIS ni takde online ye, kena apply offline saja kat pejabat SRA. Pastu ada yang tanya ada syarat pendapatan isi rumah @ gaji penjaga ke. Ini pun takde, diorang tak mintak pun slip gaji. Dan bila aku tanya kat staff pejabat prasekolah tu, kita daftar ni kira terus dapat ke? Dia jawab, ye memang terus dapat. Kiranya bukan mohon dan tunggu kelulusan la. Sebab aku tengok kawan yang apply masukkan anak ke prasekolah kat SK tu kena isi borang online, lepas tu bulan brape ntah kena check dapat ke tak. Kat SRA ni mengikut pemahaman aku, siapa cepat dia dapat la kot. Habis kuota 4 kelas untuk umur 5 dan 6 tahun, close la. 

Selepas dah buat pengesahan dalam bulan September dan dah dapat nama kelas, tunggu je la dalam hujung November @ sebelum cuti sekolah untuk dapatkan list yuran dan buku. Tapi kenapa ntah, tahun lepas pihak prasekolah macam lambat sket. Sampai dah cuti sekolah pun list masih tak keluar. Pastu awal December sibuk plak dengan urusan aku bersalin anak keempat, memang terus lupa nak mintak list yuran dan buku lagi. Sudahnya hari bayar yuran Kakak Insyirah pada 28/12/18, my hubby settle kan sekali urusan bayaran yuran, buku dan uniform Abang Irsyad walaupun kena pegi 2x. Yelakan, tak dapat list awal tak dapat nak budget berapa banyak cash nak bawak. Takpela kena pegi 2x pun ye ayah, janji settle within a day :-) Meh aku listkan jumlah bayaran untuk Prasekolah JAIS SRA Pekan Meru untuk 2019. Kot ada yang nak hantar tahun 2020 nanti kan boleh la tau budget siap-siap.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lJEkZtWQiY5MvpPjEqm4brgapxAIS5qu
Uniform sepasang RM40, baju sukan sepasang RM35. Masa ni beli kali kedua, ayahnya datang 2x sebab tak cukup cash. Adudu lain kali cucuk duit lebih okay. 1st datang bayar yuran & beli uniform sepasang je dulu. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wnEunYPYl3rPWtHRj53Tiq2GdyxdBUtr
Yuran awal tahun ni dah termasuk yuran bulanan RM60 (Januari).

List buku tak jumpa plak lagi setakat post ni di update. hihi. Tapi tak banyak la jumlahnya. Anggaran dalam RM50 macam tu kalau tak silap. Nanti ku try carik lagi mana letaknya list buku ngan harganya sekali. Untuk awal tahun, sediakan dalam RM300 dah cukup untuk seorang anak hantar kat prasekolah ni. Peralatan lain macam kasut, stokin, songkok, alat tulis, beg sekolah dsb kena budget lain plak la ye. Tadi tu cerita jumlah yang kena bayar kat sekolah saja.

Waktu belajar untuk prasekolah kalau kat SRA Pekan Meru ni dari pukul 11 pagi sampai 2 petang. Kalau kat SRA lain aku tak tau plak la camne. SRA Pekan Meru ni pelajar ramai, kelas pun penuh. That's why la kot timing pembelajaran untuk murid prasekolah ni macam tu. Kelas dijalankan selepas sesi pagi tamat dan sebelum sesi petang mula. Murid pra guna kelas dan fasiliti yang sama macam murid tahun 1 hingga 6. Takde bilik kelas atau bangunan khas macam kat  prasekolah SK. Mula-mula tu masa 1st day aku rasa kesian, penat tengok anak-anak ni. Tapi bila difikirkan balik, baguslah diorang praktis perkara yang sama macam abang kakak lain. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xHBgFWpxC0dHJOpoQjnFv4F0PXbDvWEB
Ni masa 1st day sekolah.Kopiah blom beli lagi masa ni.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15V6rJmkUCAUYsSgxGTq7QswvX_M9b-7f
Abg Idlan nmpk sama besar je ngan Abg Irsyad :-p

https://drive.google.com/uc?export=view&id=18Eww2yl7OTeJwmZHJPk7aoo91ChmBOnZ
Ni dah masuk kelas. 
Muka tak berapa nak minat lagi masa ni.
Siap tak bagi Ibu tinggal lagi. 

Sebelum masuk kelas, murid pra akan berkumpul kat kantin sambil berzikir ramai-ramai. Pastu masuk kelas dalam barisan, naik tangga ke kelas yang terletak kat tingkat satu. Belajar sejam, pukul 12 tengahari masa rehat beratur pergi kantin pulak. Masa rehat ni sape bawak bekal boleh makan bekal, yang bawak duit cikgu ajar beli makanan kat kantin. Abang Irsyad mula-mula aku bawakkan makanan siap-siap. Tapi bila tengok kawan-kawan membeli, dia pun excited nak membeli sendiri jugak. So pastu aku bawakkan je RM1 setiap hari untuk beli makanan kat kantin. Cikgu pun dah cakap siap-siap, bawakkan duit RM1-2 je takpayah bawak banyak-banyak. Tau je la budak-budak, kang hilang ke apa pulak kan. Rehat pukul 12 sampai 12.30 lepas tu sambung belajar sampai pukul 2 petang. 2 jam setengah untuk belajar dalam sehari, cukuplah tu untuk murid 5 dan 6 tahun kan. Lama-lama kang diorang dah tak boleh fokus dah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=10nRe_ftv2W0LE1AO_MmyGaisZu19CKIV
Ibu tunggu sampai masa rehat je 1st day.
Esoknya dah tak tunggu langsung.

Pukul 2 murid pra turun semula ke kantin sementara tunggu mak ayah, penjaga or van datang amik. Disebabkan Kakak Insyirah sesi petang kat SRA tahun ni (darjah 4), so kira sekali harung la. Ibu hantar Kakak sekali ngan amik Abang. Kakak masuk pukul 2.30 petang, baliknya pukul 5.35 petang tapi naik van je, petang ibu super busy ngan boboiboy kuasa 3 kat rumah tu :-p 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SjtDXv-A6VQtbwAOf5bW2feiPmCTbcEi

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ItwKq24XZmLLs3sVQ6wMZ2J295GzWX3r

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OdH0sRWGzP4jxKYpKv-IExSy4SMDugZv
Ni masa sambut birthday dengan kawan2 yang lahir bln Jan-Mac. Sambutan dibuat dalam kelas sebelum cuti sekolah aritu.


p/s : post ni aku publish masa bln 3 aritu tp ntah la blog app kat iphone ni klu kita update @ ubahsuai isi post, terus date kat post pun berubah ikut date kita ubahsuai tu which is aku tak suka. uwaaa. ada app lain takkk. yg free ofcosla. haha.

8 comments:

  1. Bila dapat list tu,Yuran mase daftar masuk brape?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuran+buku+uniform dalam rm300 bayar sebelum naik sekolah. dlm 28dec mcm tu.

      Delete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856
    --------------------------------------------------------------

    ReplyDelete
  3. Sis...pra jais ada x utk pelajar 4thn?

    ReplyDelete
  4. sis nak tanya, yuran bulanan di pra jais ni berapa ye?

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah boleh register online kat https://sekolah.jais.gov.my/ tapi sebelum tu nak kena ada akaun kat portal malaysia.gov.my dulu

    ReplyDelete