Tuesday 14 February 2017

Anak Bujang Dah 3 Tahun

Syukur alhamdulilah minggu lepas, 5 Februari 2017 Abang dan masuk 3 tahun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je bersalinkan hero pertama ibu ni. Pengalaman mengandungkan Abang dulu Ibu kena GDM, so kena buat BSP yang paling Ibu tak rajin tapi tetap kena rajinkan diri. Lepastu proses bersalinkan Abang paling ekspres sekali. Sampai hospital ke bilik saringan terus kena tolak ke Dewan Bersalin, lepastu less than 10 minutes dah keluar dah Abang. Tak sempat nak tukar baju hospital, sebarang injection pun tak dapat sebelum bersalin. So antara 3 anak, kos bersalin paling murah RM26 je rasanya kalau tak silap. Hihi. Alhamdulilah sekali lagi, ok dan baik-baik saja experience bersalin kali pertama di Hospital Sultan Ismail (HSI). 

Kat Bacang Corner. Puas hati, RM50 je pakej shell out 4pax + siakap goreng + tomyam + air 1 jag. Ada plak promo free birthday cake & belon. Berbaloi sangat harga. 

Cerita pasal Abang Irsyad, sejujurnya aku risau juga sebab dah masuk 3 tahun ni tapi masih belum bercakap. Bercakap betul dan buat ayat panjang-panjang macam sepatutnya budak 3 tahun. Tapi aku tak nak layan sangat rasa risau tu. Hari-hari doakan Abang boleh bercakap dan pada masa yang sama lebih banyakkan bercakap dengan dia. Kalau ikutkan, rasanya Abang ni lagi banyak orang bercakap dengan dia kat rumah setiap hari sebab ada Kakak selain Ibu dan Ayah. Berbanding Kakak dulu cuma Ibu Ayah je teman dia bercakap, tu pun masa Ayah tak keje outstation berbulan-bulan. Tapi umur 2 tahun dah banyak dah dia bercakap. Apapun tak boleh nak banding sangat, lain anak lain perkembangannya. Aku terima seadanya sambil tu teruskan ajak dia bercakap dan hari-hari bukakan video sebab tengok dia lebih mudah belajar menyebut melalui video. Tapi aku tak bagi dia guna ipad or iphone sangat, biasanya tengok video kat tv, cucuk usb.

Memandangkan masa umur Abang 2 tahun+ dia belum boleh bercakap (masih baby talk) dan selalu bawak dia ikut Adik pegi checkup kat KD, nurse kat KD pun refer kan Abang ke doktor. Pastu doktor pulak referkan ke HSI untuk further check up, adakah tak bercakap tu sebab ada masalah pendengaran atau masalah lain. Mula-mula my hubby pegi ke HSI tu sorang diri je dulu untuk dapatkan appointment date. Dapat appoitment untuk check pendengaran dalam bulan Ogos dan speech therapy dalam bulan September. Masa hari appointment pertama tu bawak Abang kena refer ke bahagian ENT ~ ear, nose & throat. First appointment untuk rawatan  pakar ni free, next time kena bayar RM5 setiap kali datang. 

1st appointment tu pada Ogos 2016 dianggap gagal sebab Abang nangisss senangis-nangisnya dan tak nak di check. Masa tu Abang pegi dengan Ayah je sebab Ibu budget Abang je yang nak check, so tak payah la Ibu ngan Adik nak ikut sekali. Hahaaa konpiden mesti lebih. Rupanya dia tak nak bagi kerjasama untuk check telinga, maybe sebab dah penat jauh berjalan dari parking pastu lama menunggu. Lapar dah bosan pun mungkin juga sebab ibu bawakan biskut 1 pek kecik je, tu pun dia tak suka. Sudahnya 1st appointment tak dapat buat apa, my hubby mintak new appointment pulak. Dapat pada September 2016, iaitu masa umur Abang 2 tahun 7 bulan.

Setelah gagal kali pertama, kitorang pun decide untuk Ibu ikut pada next session. Kalau dah Ibu ikut, means Adik pun ikutlah kan. Pakej buy 1 free 1 namanya. Kali kedua ni kiranya persiapan rapi jugakla, bawak bekal makanan dan jugak mainan lori baru okay. So alhamdulilah walaupun lama juga tunggu turn, Abang happy je main 3 bijik lori kecik dia tu. Jumpa pulak kawan yang lebih kurang sebaya, so diorang main sama-sama. Sekejap-sekejap Ibu offer pulak makanan biskut atau roti. So takdela dia nak meragam ke apa. 

Bila sampai turn, 1st test yang kena buat adalah untuk check telinga. Kat dalam bilik tu takdela snap pic pulak. Sambil check sambil layan Abang main lori dia tu. Kena masukkan alat kat telinga, gilir-gilir telinga kanan pastu kiri pulak. Ini untuk check keadaan dalam telinga tu. Telinga kanan ok tak ada masalah tapi telinga kiri ada pulak cecair @ wax. Sepatutnya kat bahagian tengah tu kosong means udara je takde cecair. So kena repeat pulak test ni pada next appointment. 

Selain check telinga tu, kena buat pulak ujian pendengaran. Yang ni agak mencabar sket sebab budaknya kena tidur. Puan yang handle test tu pun suruh bawak Irsyad main-main kat luar bagi dia penat pastu tak boleh bagi dia makan apa-apa cuma minum je. Pukul 11.30 suruh datang balik untuk minum ubat tidur supaya dia tidur dan boleh buat test pendengaran tu. Sebab tak bagi makan apa-apa tu sebab dikhuatiri budak akan muntah semula bila minum ubat tidur tu. So bila kitorang dah datang balik tu terus bagi Abang minum ubat tidur tu. Alhamdulillah macam biasa, Abang memang takde masalah bab minum ubat ni malah dia suka. Anak yang paling senang nak bagi ubat kalau demam ke apa sebab dia selamba je minum guna sudu tak payah guna syringe pun sejak kecik. 

Lepas minum ubat, Puan tu kata biasa less than half an hour budak akan tertidur. Tapi bagi Irsyad, sampai pukul 1 staff semua nak break sejam pun dia tak tidur. Hahaa sabo je la mak. Then Puan tu suruh datang balik lepas break pukul 2. Kitorang pun pergilah lunch ngan solat Zuhur dulu then baru datang balik. Masa lunch kat kafe tu aku tengok Abang Irsyad dah ngantuk sangat siap tersengguk-sengguk lagi. Tapi bila sampai bilik untuk buat test tu tengok dia dah cergas semula. Adoiila nak, sabo je tengok awak. Nasib baik Adik dah siap breasfeed semua dia boleh tidur kat buggy ngan Ayah. So fokus kat Abang je.  Ibu temankan dan cuba tidurkan dia kat dalam bilik test pendengaran tu ajak baring semua. Tapi ambil masa lama jugak dari pukul 2 sampai pukul 3 barulah dia terlelap. Masa tu Ibu dah ngantuk sangat, rasa macam Ibu je yang nak tidur. Puan tu kata Abang tidur sebab dah tak tahan ngantuk, effect ubat dah habis dah sebab maksimum 2 jam je. Punyalah dia berusaha tak nak di check ye Abang. Ok, Abang memang kuat.haha.

Kelengkapan untuk test pendengaran tu .

Akhirnya awak tertewas jugak nakkk.

Masa buat test tu Ibu takde pulak snap pic lagi. Segan dengan Puan yang handle test tu.hihi. Macam-macam alat ada nak kena letak kat dahi ngan telinga awak tau  nak oii.

Start pukul 3, test pendengaran tu pun dibuat dan ambil masa dalam 20minit juga. Hasil test tu akan generate graf untuk kedua-dua belah telinga. Puan tu bagitahu semuanya ok, alhamdulillah Abang tak ada masalah pendengaran. Tapi dia tak dapat discharge lagi sebab test pertama tu result tak cantik dan kena repeat for second time in October pulak. Sambil tu speech therapy tetap kena hadir ikut appointment.  Alhamdulillah bila repeat kali kedua test pertama yang masukkan alat kat telinga kanan dan kiri tu result nya ok. Telinga kanan memang ok takde masalah tapi telinga kiri tu still ada wax tapi sikit, acceptable lagi katanya. Okla aku pun tak paham sangat tapi bila Encik yang bertugas tu kata ok dan takde masalah, terus dia discharge case Abang dan tak perlu repeat lagi. Cuma continue dengan speech therapy ikut appointment yang diberikan.

Cerita pasal speech therapy pulak, 1st appointment on September 2016 tu dapat pukul 10pagi. Therapy ni memang ok dari segi masa sebab dia ikut waktu appointment sebenar. Appointment pukul 10, start pun pukul 10 dah habis pukul 11. Cukup sejam, tak lebih dan tak kurang. 1st sesi ni as usual Abang tak nak bercakap sangat (even dalam bahasa Jerman dia tu). Tapi dia memang ikut arahan therapist tu. Masuk salam, suruh duduk dia duduk. Lepas tu suruh susun beads ikut warna yang sama pun dia buat. Lepastu ada buat puzzle pulak, kena masukkan ikut bentuk. Dua ni memang takde masalah untuk Abang, memang dia cekap. Tapi bila therapist suruh dia ikut sebut nama barang @ toys tu dia tak nak. Yang ada Abang cuma senyum-senyum malu. Bila dapat toys tu dia main je la. 

Bilik MERDU, elok plak sesuai je singkatan tu dengan speech theraphy :-p

Tak ramai orang. Amikk siap bawak bekal biskut bear inti coklat. Untunglaaa. 

Itu je lah yang sempat dibuat dalam masa sejam therapy. Aku ada tanya kat therapist tu pasal speech theraphy kat luar @ swasta. Dia tak suggest sangat pergi kat luar sebab kos mahal dalam RM130+ sejam dan tak banyak yang boleh dibuat pun dalam masa sejam. Dia lebih suggest untuk hantar Abang ke tadika supaya dia bergaul mungkin akan mula bercakap dengan kawan-kawan sebaya. Okla suggestion tu, nanti kitorang akan survey tadika mana yang sesuai. Dalam 1st session tu jugak therapist tu ada bagi cadangan aktiviti untuk tengok sama ada Abang tak bercakap sebab ada masalah lidah pulak ke atau tak. Dia cadangkan cuba main gerakkan lidah ke kanan kiri atas bawah. Aku pun ada cuba buat kat rumah but again, Abang tak nak buat pun. Dia gelak-gelak je tengok Ibu buat macam tu adalah. Sabooo je la lagi dan lagi. 2nd appointment dapat pada 1 Feb 2017 pulak. Lebih 3 bulan baru dapat next appointment, biasalah hospital kerajaan kan ramai patient so kita pun must be patient juga :-p

Lepas dari 1st appoitment tu, aku teruskan dan tambahkan bercakap dengan Abanng hari-hari. Belum banyak dia nak bercakap tapi sekurang-kurangnya ada perkembangan. Aku pun ada belikan dia pendrive video lagi kanak-kanak selain yang di download sendiri. Cuma kali ni aku dah tak bagi dia guna ipad atau iphone sangat tapi tengok kat tv cucuk usb. Salah satu sebab lambat bercakap katanya bila budak terlalu fokus kat ipad sampai tak nak respon pada perkara lain atau perbualan secara langsung. Mungkin ada betulnya bagi sesetengah budak tapi mungkin tak semua. Sebab Kakak Insyirah aku bagi jugak guna tablet masa kecik tapi dia tak ada speech delay. Dia suka follow apa yang disebut dalam video tu. Abang pulak dia diam je tengok tak nak ikut sangat tapi alhamdulilah sejak akhir-akhir ni dia makin suka ikut apa yang kat video tu. Walaupun dia lebih banyak ikut perbuatan berbanding sebutan, sekurang-kurangnya ada perkembangan. Syukur alhamdulilah lepas lebih kurang sebulan hari-hari bukakkan video dan layan dia sambil ikut sebut apa yang video mainkan, Abang dah kenal ABC. Kenal semua huruf dan boleh sebut semua huruf kecuali V dia sebut 'ze' dan W dia just 'emm' which is refer ro KIV la aku assume.haha. As of January, huruh V pun dia dah boleh sebut so sekarang cuma tinggal W je la. Mungkin sukar sikit dia nak sebut sebab tiga suku kata berbanding huruf lain cuma satu suku kata. Perkembangan lain, perkataan yang dia dah boleh sebut ada la sikit. Ayah, Ituuu (ibu), nak, nanak (tak nak) memang limited sangat untuk budak cecah 3 tahun tapi tak apalah, bersyukur dan teruskan lagi bercakap dengan dia. Arahan panjang pun makin banyak yang dia faham. 

Abang budak rajin tolong Ibu :-)

Masa 2nd appointment pulak apa yang therapist tu buat lebih kurang sama dengan sesi pertama dulu. Kali ni Kakak ikut sekali sebab cuti Raya Cina. Sibuk dari rumah lagi dia cakap nak ikut masuk tengok Irsyad punya therapy, so Ibu layankan je la. Therapist tu buat sesi interaktif, pegang mainan dan suruh Ibu dan Kakak mintak dengan sebut 'nak' then baru dia bagi kat tangan. Tapi Abang as usual dia tak nak sebut dan cuma senyum-senyum. Bila tak bagi dia rampas dari tangan therapist tu. Adoili sabo je la mak. Selain tu ada juga therapist tu bagi main toys animal at the farm. Buat bunyi-bunyi binatang dan perbuatan makan rumput dsb. Abang follow perbuatan je tapi tak follow sebutan dan bunyi. Balik rumah aku repeat buat tapi toys macam tu tak ada, so guna buku kecik je. Okla, selalu sebut depan Abang lama-lama nanti dia ikut. Inshaa Allah, yakin dan berusahalah ye Ibu. 

Masa 2nd appoinment tu juga therapist tu ada tanya, jadi ke hantar Irsyad ke tadika. Aku pun jawab belum lagi, ye memang belum lagi sebab tak ada yang sesuai dengan budget. Aku punya 1st choice Nuri tapi bila tanya latest punya bayaran bulanan dah naik jadi RM350 instead of RM240 masa Kakak tahun 2012 & 2013. Tu belum bayaran untuk awal tahun lagi, memang confirm jauh lebih mahal dari bayaran Ibu masuk u dulu. Bukan berkira ngan anak tapi memang tika dan saat ini ada short dari segi kewangan so kiv dulu la pasal nak hantar Abang ke tadika ni. Kalau hantar ke Tadika Pasti bayarannya ok tapi aku survey online je la, tak tanya direct pun sebab semua untuk minimum 4 tahun. Tadika Iman pun sama minimum 4 tahun tapi jiran kata maybe boleh tumpang (umur 3 tahun tumpang yang 4 tahun). Tapi untuk 4 tahun sesi petang saja pulak, so rasa tak sesuai la sebab waktu tidur Abang tu. So kiv dulu la ke umur 4 tahun pulak untuk hantar Abang ke tadika. Takpe Abang, bila dah sampai masanya nanti Abang sekolah okay.

Aku bagitau jugak kat therapist tu Irsyad dah kenal dan boleh sebut ABC. Mula-mula suruh dia sebut memang dia tak nak la. Pastu ada bagi 1 box mainan ni ada tulisan kat box tu dia pun automatically sebut huruf-huruf kat perkataan tu. Therapist tu pun dengar dan komen Irsyad sebut betul dan bulat (betul). Means kalau M betul bunyi 'emmm' kalau S betul bunyi 'esss' so pada pandangan dia Irsyad tak ada masalah lidah. Mungkin cuma dia belum nak bercakap lagi, so teruskan je rahin bercakap dengan dia walaupun dia tak nak follow lagi.

Mengikut kata therapist tu, normally budak lambat bercakap disebabkan 3 perkara @ keadaan :

1. Autisme
Therapist tu kata Irsyad takde ciri autism sebab dia ada contact mata, suka bergaul dan juga bagi respon bila orang bercakap atau tanya, cuma dia tak respon dalam percakapan. Typikal Irsyad, bila orang cakap atau arahkan sesuatu dia akan senyum malu atau senyum nakal sengaja tak nak layan. Adoiii sabo je la ye Ibu.

2. Hyperaktif.
Pun bukan Irsyad sebab dia boleh duduk sepanjang sesi theraphy tu dan bagi perhatian.

3. Masalah lidah.
Masalah lidah ni maksudnya ada masalah gerakkan lidah untuk sebut sesuatu. Tapi Irsyad boleh sebut A to Z dengn bunyi betul so therapist tu kata tak ada masalah lidah. Kalau masalah lidah akan ada theraphy khas untuk ajar gerakkan lidah. Untuk Irsyad, dia boleh sebut cuma belum nak sebut banyak dan sambunh lebih banyak suku kata untuk dijadikan perkataan atau pun sebut lebih 2-3 perkataan, lagilah belum. Sabar sabar sabar dan teruskan bercakap ye Ibu, again and again.

So kesimpulan daripada sesi kedua speech therapist ni adalah : belum masanya Abang Irsyad nak bercakap. Dapat appointment untuk sesi ketiga pada bulan May pulak. Lagi 3 bulan, harapnya lebih banyak peningkatan dari segi perkembangan sebutan perkataan dan kalau boleh gabungan perkataan. Sehingga itu, teruskan macam biasa dan semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk Irsyad Syamim dan Ibu pulak teruskan bersabar. In Shaa Allah, nanti Abang pandai la bercakap. Masa tu Ibu layan la cerita dan soalan-soalan comel dia macam masa Kakak kecik dulu. Oooo mungkin Abang nak saing bercakap dengan Adik kot, nak borak sama-sama.hihi. Okla, Ibu tungguuuu. :-)