Wednesday 6 February 2013

My 33rd Birthday

Syukur alhamdulilah, i am 33years old today (7 February). Takdela tua pun kan, muda belia lagi ni okayy. Sangat bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus2, suami yang sgt penyayang dan memahami (kembang ni kalau dia baca.hihi), anak yang comel dan banyak sangat cakapnya (kadang2 sampai tak larat nak layan..haha) dan juga keluarga yang sangat membahagiakan. Semoga dalam kebahagian yang dikecapi, aku tak pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri, suami, keluarga dan yang terutamanya Allah SWT. Insya Allah, amin.


makan kek @ SR, Aeon Permas

lepas makan kek kat SR, dak tecit nak eskrem plak kat BR.
eh xperasan plak sebelah2 je.klu tau,mau try eskrem kek ;-)

sedapnyaaa..kek yang menjadi favourite ku.
nape ye tiap kali birthday mesti nak kek? takpahamm.
*gambar dari secret recipe.


Sempena birthday kali ni, abang a.k.a hubby telah dengan baik hatinya membawa kami bercuti. Dekattt je, xjauh pun..lebih kurang 1/2jam dah sampai. Lokasi yang dimaksudkan adalah - Desaru ;-) hihihi. Tak kisah la dekat or jauh, yang pentingnya kami dapat spend masa sama, berbanding tahun lepas. Birthday hubby & me tak dapat sambut sama coz tahun lepas hubby masih kerap bekerja obersi (oversea daaa..jauh plak tu smp ke Europe sana..huhu). Jadinya tahun ni, sangat2 bersyukur sebab peluang yang ada ni..alhamdulilah ;-)

kuatnya angin..sejukkk je.syok ;-)

Perjalanan dari rumah ke Desaru cuma ambil masa lebih kurang 40minit saja, dengan kelajuan bersiar2 saja (means xpayah nak laju2 sgt la ye..) Macam biasa, mesti la ikut Senai-Desaru Expressway (SDE). Masuk kat tol Cahaya Baru, keluar kat tol Penawar, bayaran tol RM5.90. Sejak adanya highway ni, memang memudahkan sangat la kalau nak ke Desaru/Kota Tinggi. Sangat menjimatkan masa..memang syok la orang yang tinggal di Pasir Gudang dan kampung di Sg. Mas, contohnya. I wish my kampung is there! hahaha. Setiap minggu pun boleh balik kampung ye. Cakap pasal Sg. Mas, kami pernah sampai ke sana tahun lepas..ada pakcik sedara kat sana rupanya, baru tau ;-)

hotel tempat kami menginap..1 malam je,bukan jauh pun.hihi.

Sampai je di Desaru Damai Beach Resort, kami tak terus check in coz masa tu baru pukul 10+. Jadinya kami decide untuk pusing2 jap..sebenarnya tak sempat pusing pun cos nampak je pool, si cantek manis kami dah sibuk nak mandi. Layankan saja..tapi sebelum mandi, dak tecit macam biasa dipaksa oleh ibunya untuk amik gambar dulu. If not, tak dibenarkan mandi ya..haha, agak kejam di situ.

dak tecit dh xsabo nak mandi kat pool

main belon buih nak tak nak je ni.

dah tukar uniform - swimming suit. haa terus berubah mood dia.

eh eh apsal duk atas ayah plak.

yeayy dah puas mandi


kuatnya angin..kebang2(terbang2) rambut insyirah,katanya..hihihi.

bendera merah sudah dikibarkan.
tak boleh mandi ya..ombak tinggi tu.
frustnya ayah..ibu ok je,sebab bendera merah juga.haha.

macam ni ke cara nak keringkan swimming suit awak tu sayang??

lepak2 saja.

lepas siap mandi, baru la nak check in hotel.

Lepas hampir 2jam mandi pool & lepak2 tepi pantai, kami pun check in hotel. Sebelum check in, sudah pastinya lunch dulu. Siap bawak bekal dari rumah tau..baru la picnic namanya.hehe. Desaru Damai Beach Resort ni rasanya antara hotel yang terawal kat sini kot. Tengok pada keadaan bilik, semuanya boleh dikatakan agak klasik. Mungkin sengaja dikekalkan macam tu - tv color 21inci, kerusi+kusyen zaman 90an dulu, peti ais pun entah tahun bila punya, tapi masih ok tau. Padan la dengan harganya RM160/nite untuk standard room on weekends. Tu je pun yang masih available cos book pun last minute kan. Kami tak kisah sangat, as long as semua yang patut ada dalam bilik hotel ada, kira dah ok la tu. Yang penting, selesa..boleh la untuk tidur 1 malam kat sini.

ok, nak landing atas katil..
katil belah kanan tu dh dirasmikan oleh dak tecit.

inilah muka perasminya..kecik saja orangnya. ;-)

Selepas puas berehat dan tido, petang tu kami keluar jalan2 sambil cari tempat makan.. emmm xde tempat makan yang best pun kat Desaru ye. Sudahnya kami pusing2 Bandar Penawar je. 1st time masuk sini..jumpa plak pasar malam..Sudahnya tapau makanan kat sana je.hehe.okla, best jugak - sate,murtabak,coconut shake,kuih..i love malaysian food..tetibaa. Kat Desaru ni patutnya ada la tempat makan seafood macam kat Senibong or Restoran Todak Kg. Jawa tu kan..baru la best, makan tepi laut. Tapi sememangnya tak ada, its true..kalau nak makan seafood, kena pegi area kota tinggi..erkkk.jauh la pulakk.

Malam tu, lepas solat isyak dan makan di bilik hotel, kami pun turun ambil angin (ambil angin la sangattt). Seronok ada 1grup buat family day. Memang banyak aktiviti bleh buat kat sini kalau malam2 - bbq, karaoke,etc la. Kami sempat main karom je 2-3round..pastu dak tecit dah bosan n ngantuk..atoii. naik bilik semula,tgk tv jap pastu tido..sian ayah nak tgk Chelsea main malam tu xdapat. Sudahnya layan cerekarama kat tv color itu saja.haha.

Esok paginya, breakfast di hotel (included dalam harga bilik la,macam biasa) saja. boleh tahan, banyak juga choice - nasi lemak, mee goreng, kuih jala, ubi rebus+kelapa+sambal tumis, roti bakar, kuih2..just nice la ;-) Macam biasa, Insyirah kalau pagi2 tak berapa minat nak makan sangat.. Lagipun dia lebih minat nak mandi pool sekali lagi..okay fine.

buat muka comel supaya dapat mandi.haha.

pelampung sekadar untuk cantek2 saja.tak mengapungkan diri pun.ngeee.

view dari beranda bilik hotel kami..bykla pulak canopy ye.

Selepas puas mandi kat pool, naik ke bilik hotel mandi dan bersiap2.. Pukul 11 macam tu kami check out, lepastu terus bertolak balik ke Pasir Gudang. Jalan2 kat Kipmart Masai jap, lunch kat Ayam Penyet Top 10 (Kg. Pasir Putih).. Kepada yang tak tau, kedai ni memang femes tau, wajib cuba makan kat kedai ni kalau sampai ke Pasir Gudang. 

Siap lunch, terus balik rumah. Rehat laaa..esok keje/skul okay. Itu saja catatan cuti2 weekend kami minggu ni merangkap advance birthday celebration for me. Tengkiu b, lebiuuu la ;-)