Thursday 2 June 2016

Back to Bawal

Tudung bawal ye, bukan ikan bawal :-p

Sejak Form 4 (1996) sampailah kawen (2007), memang tudung bawallah jadi pilihan hati. 2008 mula keluar tudung sarung, sikit demi sikit dah makin kurang pakai tudung bawal. 2009 dah ada baby, lagilah prefer tudung sarung sebab mudah dan cepat, jimat masa kononnya. Tapi sesekali masih ada jugaklah pakai tudung bawal @ square scarf ni. Sampailah tahun lepas masa merdeka nampak sorang kawan ni pakai tudung bawal Aidijuma (AJ) pastel brown + jalur gemilang & cupcakes macaron printed. Nampak menariklah pulak, tambahan lagi  base color dia soft je. Teruslah pm dia nak beli design tu sebab selain pakai, dia pun menjual juga.

Latest photo, yeayy dah kurus. Alhamdulillah ;-)

Tudung AJ pertamaku. One side corak ni,  gambar cupcakes & macaron.

One side lagi gambar jalur gemilang @ bendera Malaysia. Untuk Kakak, Ibu pakaikan style macam shawl.

Sejak daripada tu, sehelai demi sehelai aku beli sama ada dari website AJ ataupun seller kat fb dan ig. Kat website AJ ni limited sangat, jarang dapat beli sebab bila release je kat cs dah ramai seller yang akan grab dulu. Diorang ni sanggup beratur panjang sebelum cs bukak lagi. Ambil nombor giliran bagai, memang gigih la. Lepastu tudung ni diorang akan jual balik dengan harga extra RM5-RM10 sehelai. So redha sajalah beli dengan harga extra sebab memang tak rajin nak ke cs semata nak beli untuk pakai sendiri je. 

Harga AJ ni sangat berpatutan, sesuai dengan kualitinya. Ada bermacam label dengan kualiti kain yang berbeza ; white, blue, green, black, pink, silver dan yellow label.Yang paling mahal biasanya black label, kainnya pun agak lembut berbanding label lain. Tapi yang paling penting, label apa pun tudung AJ ni semuanya senang bentuk. Lepastu cutting tudung tu biasanya 95-99% segiempat sama, so kalau lipat dua memang just nice dan tak senget. Bandingkan dengan tudung bawal or square scarf lain yang biasa dibeli kat kedai dan takde jenama, selalu je dapat yang segiempat tak berapa nak sama.hihi. Tapi rasa cukup-cukup pelik bila orang nak beli tudung AJ dari online seller kat fb or ig, sibuk suruh seller tu bentang tudung dan snap gambar. Nak tengok sama or senget segiempat tu, aiyakkk. So far aku beli ok je, takde pulak senget ke apa tudung-tudung AJ ni.

Omeyy angatt Kakak :-) Nak ke library dengan berAJ.

Tudung AJ ni boleh dipakai dengan pelbagai gaya, sesuai dengan hashtag tagline nya ~ #sehelaipelbagaigaya. Tapi untuk diri sendiri, aku pakai gaya biasa yang dah dipakai sejak bertahun lama dulu. Lipat dua jadi segitiga, pin kat dagu pastu selempang dan pin kiri kanan. Nak buat gaya lain rasa tak sesui je dengan muka, nampak sangat muka booolat. Tapi untuk anak, aku pakaikan la 2-3 gaya. Budak-budak ni pakaikanlah gaya mana pun, gerenti comel punyalah. Bestnya tudung bawal ni Ibu share pakai ngan Kakak. So tak payah beli banyak sangat tudung, jimatlah kononnya kan :-p Setakat dah lebih kurang 9 bulan terjebak dengan AJ ni, aku ada dalam 20+ helai semuanya. Takdelah banyak mana, cukuplah untuk ulang-ulang pakai ibu ngan anak bila keluar. Tak perlu nak banyak sangat sebab aku bukan keluar bekerja tiap-tiap hari pun. Setakat keluar amik Kakak balik skul dan tak keluar kereta pun, tak payahlah nak tukar tudung tiap-tiap hari kan.hihi.

Kadang-kadang pakai gaya macam ni.

Kadang-kadang macam ni.
Hello kitty, ibu anak dua-dua suka.



Tudung yang sama, tapi sesekali Ibu pakai sesekali Kakak plak pakai. Jimat :-)

Aku ada jugak join grup AJ kat fb. Kat situ memang banyaklah update kalau ada new design yang nak release. Yang nak hunting old season (os) atau latest design pun ramai je. Aku pun penah hunting skali kat situ dan dalam masa sehari je dapat. Punyalah ramai peminat tudung AJ ni kan, tak sangka sungguh. Tapi cakap pasal os ni, harga boleh jadi berlipat kali ganda dari harga beli tu. Itu lagilah aku tak sangka sungguh dan tak tergamak nak beli, haha. Contoh yang hot songket paris black label harga beli rasanya paling mahal pun AJ ni takdelah sampai RM40 pun. Tapi bila dah jadi os dan orang carik, harga boleh up to RM150+. Apapun, terpulang pada masing-masing. Kalau dah minat, ada je ye sanggup beli dengan harga tu. 

Os jugak ni, donut. Beli preloved tapi condition tak macam preloved pun, maybe owner lama pakai sekali dua je kot. 

Masa mula berjinak-jinak dengan AJ ni, aku beli yang full printed or kombinasi plain+printed. Sekarang ni je mula beli yang plain pulak sejak ada plain studded ni. Currently, yang black label dan boleh beli kat website ada dalam 9 kaler, aku dah grab 3 kaler. Yang silver label plak ada banyak warna sampai tak tahu nak pilih yang mana dan takde jual kat website pun. Aku ada beli 2 kaler je dari seller kat fb group tu lah. Raya tahun ni nampaknya macam nak berbawal sajalah, murah tapi selesa dan cantik. Harga plain studded ni cuma RM13 saja.

Ok, tu je cerita pasal tudung bawal or lebih spesifik, Bawal Aidijuma :-) As usual sebagai peringatan kepada diri sendiri : tak kisah nak pakai tudung jenis apa, yang penting wajib tutup aurat dengan sempurna.