Sunday 12 January 2014

Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital

Hari ni nak senaraikan pulak barang2 yang perlu disumbat ke dalam beg yang akan dibawa ke hospital. Masuk minggu 36, aku dah standby siap2 bag dan isinya. Kita bukan tau exactly bila nak bersalin kan, so better standby je la. Kalau tetiba kuar tanda2 bersalin, bleh terus sambar je bag ni untuk dibawa ke hospital. Kat sini aku list kan semula barang2 tu untuk double check, kot2 ada plak yang ter miss. 

Hospital Sultan Ismail, JB

berhampiran pintu masuk hospital 


Mula2 listkan barang2 ibu dulu la ye.

1. Buku Merah 
Ini merupakan barang yang paling penting, kira macam passport la utk ibu mengandung ;-) Maklumat tentang pregnancy sejak dari awal smp hujung kehamilan boleh dirujuk oleh doktor melalui buku ini. 


2. Maternity pad @ overnight/heavy flow pad
Last time bersalin aku tak beli pun maternity pad ni. Masa kat labour room, lepas je bersalin ada la nurse tolong pakaikan pad tu tapi bagi aku kurang selesa la, bertali2 bagai.. macam leceh je. Sampai wad aku bukak & ganti dengan Kotex overnight/heavy flow pad je, lagi selesa. Tak pasti la maternity pad ni ada berapa byk pattern, but as for me.. pad Kotex tetap menjadi pilihan setiap masa ;-)


3. Nursing bra + nursing pad
Nursing bra ni memang diperlukan, mudah untuk susukan baby. Just bukak clip kat bra, then boleh terus susukan baby. Nursing pad plak perlu untuk dipakai sekali ngan bra untuk atasi masalah susu meleleh so that dapat la serap lelehan susu tu kan. Kalau tak pakai, dari luar nampak basah je baju ngan lelehan susu, tak selesa pun ye jugak. Nursing pad ni aku pilih yang jenis washable, lebih menjimatkan berbanding yang disposable . Bila dah basah, basuh la.. ganti yang lain. Stakat ni dah ada 8pcs aku beli. Oh ye, selain bra.. seluar dalam ibu pun kena bawakla ye. 


4. Termos + mug + susu
Okay 3 item ni pun perlu ada, senang nak bancuh & minum susu. Susu pilihan aku masih lagi Anmum Lacta, tapi for this time belum beli lagi. Kebetulan 3 hari lepas dapat free sachet dari Anmum. So terus la masuk dalam beg untuk ke hospital ;-) Masa pregnant ni aku minum Anmum Materna. Bagus minum susu selepas bersalin ni coz bleh menambahkan susu ibu, Insya Allah ;-) Lebih bagus kalau ditambah dengan Horlicks coz ada malt. Milo pun aku standby jugak, kot2 bosan minum susu putih.


5. Sweater
Sweater, tengok keadaan kat wad. Kalau sejuk, pakaila sweater bagi menghangatkan badan.


6. Selipar
Selipar memang perlu ada, untuk ulang alik ke toilet.. erkkk tu pun nak bgtau ke. 


7. Tuala mandi
Tuala mandi pun perlu ada, bawak sehelai cukupla. Bukan nak duduk wad lama2 pun kan.hihi.


8. Toiletteries (Ubat gigi,berus gigi,sabun mandi)
Ini keperluan untuk mandi, sendiri tau la kan ;-)


9. Kain batik + tshirt + tudung  

Kain batik, tshirt & tudung ni untuk dipakai masa nak balik ke rumah je coz masa kat wad kita akan pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Pink kaler gitu ;-) Kain batik better bawak extra coz kadang2 nak guna untuk tujuan lain, contohnya selimutkan baby coz blanket dah kotor or basah ke kan. 


10. Stokin
Eh eh terlupa plak. Stokin ni penting. Wajib pakai sepanjang berada kat wad lepas bersalin supaya kaki tak sejuk & tak masuk angin. Kalau badan dah masuk angin, mulalah kesihatan terganggu plak nanti.    


Okay, ni barang2 baby plak. 

1. Diaper 
Diaper ni bawak pek yang paling kecik je. Aku dah standby dalam beg size newborn paling sket, 14pcs kalau tak silap.


2. Barut
Barut ni untuk dipakai untuk menutup dada/perut baby la ye. Takkan tak tau plak. Bawak dalam 4pcs cukupla. Biasanya lepas bersalin 1malam je duk wad, or kadang2 tak bermalam pun kalau takde masalah apa2.


3. Set baju + seluar baby
Baju baby pun bawak dalam 4pasang cukupla. Aku bawak 2psg yang lengan panjang, 2pasang yang lengan pendek. 



4. Mitten + Booties
Mitten tu sarung tangan la, booties plak sarung kaki.hihi.tu pun nak translate ke. Bawak 4set jugak. Kalau kurang, nanti mintak hubby tolong bawak lagi la ;-)


5. Napkin
Nama je napkin, tapi tak guna as a napkin pun. Skang ni semua pakai diaper je kot. Bawak napkin ni untuk bedungkan baby. Maklumla newborn baby masih kecik lagi, muat je nak bedung guna napkin ni. Kang dah besar sket tak muat dah, baru la guna kain bedung. Bawak 3pcs je, cukupla.


6. Blanket / swaddle 
Blanket ni aku bawak 1pc je untuk selimutkan baby. Kainnya jenis cotton flannel, memang best dan selesa untuk baby. Selain berfungsi sebagai blanket, boleh juga dijadikan bedung@swaddle. Yang ni aku jual kat fb CuteBaby Collections, RM33 untuk 3pcs.. murah je.hihi.promote2. Size nya pun lebar, 3kaki x 3kaki.

Zap on swaddle ni aku bawak 1pc. Yang ni pun ada jual kat CuteBaby Collections, RM33 per pc. Senang nak dipakai, hanya perlu masukkan baby dalam swaddle kemudian zap on (velcro) ikut keselesaan. Bleh tengok kat album ;-) 


7. Tuala mandi, mandian bayi, bedak
3 item ni standby je. Masa bersalin yang lepas, tuala & mandian baby tu tak guna pun sebab pagi2 nurse akan amik baby & tolong mandikan. Bagi kat kita dah siap mandi dah ;-) Tapi bawak je la, tak guna pun xpe.


8. Baby Wipes
Baby wipes ni bawak 1paket yang 20pcs ni je dah cukupla. Untuk lap bila baby kencing@berak.


9. Tuala Kecil
Tuala kecil bawak 2pcs je, untuk lap mulut baby. Normal la kan kalau lepas menyusu, mulut baby meleleh ngan susu tu.


10. Topi
Topi bawak 1pc je la. Pakaikan baby masa nak bawak dia keluar wad, nak balik rumah. Yeayyy.


Barang baby yang nak bawak masuk ke labour room dengan yang nak guna semasa di wad kena asingkan, masukkan dalam beg kecil berasingan. 
Barang2 yang dimaksudkan ialah diaper, barut, baju lengan panjang+seluar panjang, mitten+booties, napkin dan blanket. Perlu bawak sepasang@sehelai je setiap item. 


Setakat ni, semua barang dah lengkap aku masukkan dalam beg untuk ke hospital ni kecuali nursing bra. Erkkk blom sempat lagi nak beli. Insya Allah akan beli dalam seminggu dua ni. Kat Jusco ada, brand Scarlet tapi tak rajin plak nak ke sana without hubby, kes tak larat nak duk lama2 memandu kereta. Online pun banyak kot jual.. so far dah survey kat Autumnz, banyak jugak choice. 


Update 31 Jan 2014 : Nursing bra yang dibeli thru online dah selamat dihantar oleh Poslaju.yeayy ;-) Basic bra from Autumnz in 3 color - pink, nude, maron. Black color pun ada jugak tapi tak beli that color. Sangat selesa, harga RM19.90 saja. Siap dapat free extender lagi. 



*09 January 2014 ari tu dah pegi jumpa doktor kat Klinik Pakar Hospital Sultan Ismail, JB. So far kedudukan uri, kepala baby semuanya ok.. syukur alhamdulillah. Hanya perlu tunggu masa je untuk bersalin, which is not more than 4weeks from now. Semoga semuanya dipermudahkan-Nya. Amin ;-)

Thursday 9 January 2014

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Waaaa sedar tak sedar dah masuk minggu 36 la..cepat plak masa ;-) So skang ni sepatutnya keperluan lepas bersalin dan semasa berpantang dah ada la. So untuk mengelakkan ada yang tertinggal, meh la nak senaraikan apa yang perlu. Kira macam check list la. Memandangkan kali ni plan nak berpantang sendiri, so cara berpantang pun ikut cara sendiri. Kali ni takde beli set bersalin macam masa 1st time dulu coz tak semua barang dalam set dipakai. Jamu makan sket je pastu stop sebab baby kuning, katanya jangan makan jamu untuk elakkan baby kuning. Sebelum tu tak tau pun, maklumla 1st time. Minyak telon dalam set tu pun tak dipakai sebab lebih suka minyak yu yee cap limau.hehe. So kali ni beli loose saja, ikut suka hati aku.haha. Untuk dalaman, aku plan nak makan vitamin je..no jamu. Vitamin yang dicadangkan lepas bersalin - Multivitamin, B complex, Zinc complex & Vitamin C. 


bengkung, bunjut mandian aura, tuam baby, minyak serai wangi.
beli online kat fb : Set Bersalin Luaran Danita

Ok, ni senarai barang2 yang aku perlukan :

1. Bengkung
Bengkung yang lama masih ada dan masih elok, tapi saja nak beli yang baru. So ada la extra. Kalau yang ni basuh, bleh pakai yang lama. Masa 1st dulu macam tak strict sangat pakai bengkung ni, bila basuh xpakai.ish3. Kali ni berazam nak pakai setiap hari tanpa miss.hihi. Aku pilih bengkung dari Danita ni sebab bahagian depan bengkung dijahit guna kain kapas kaler gelap, so xdela cepat nampak kotor kan. 

Tujuan pemakaian bengkung :
- Pembentukan semula tubuh seperti sediakala terutama bahagian perut & punggung.
- Menghalang peranakan turun.
- Menguatkan semula otot-otot yang regang dan lemah.
- Menghalang perut daripada dimasuki angin dalam tempoh berpantang.


2. Bunjut Mandian
Part mandian ni memang aku suka sangat. Last time memang tak amik tahu, tup2 semua dah tersedia. Arwah mak yang sediakan mandian ni, tak tau daun or bahan apa je yang diletak dalam rebusan air mandian tu.huhu. Tapi apa yang aku pasti, ada bau daun limau purut dan serai la. Yang lain tak pasti. Rasa segar je lepas mandi tu, best sangat. Amalan mandi ini dikatakan dapat mengeluarkan angin dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan juga untuk awet muda. 

Untuk kali ni, aku pilih jalan mudah. Beli je bunjut mandian aura ni, kat Danita jugak. Hanya perlu rebus, pastu campurkan dengan air mandian. Boleh ulang rebus selagi ada aroma dan bau. Ermmm tengok macam mana nanti hasilnya. Skang tak bleh nak bagi review lagi.hehe. 


3. Minyak Urut - Minyak Serai Wangi
Minyak ni buat ada2 je, standby katanya. Untuk berurut kang of cos la tukang urut guna minyak dia sendiri. Yang ni saja beli untuk urut2 diri sendiri, oleh diri sendiri or hubby la kot tolong urut. Sesuai untuk melegakan lenguh2 sendi dan otot, sakit urat, sakit lutut, dsb. Dah cium baunya, boleh tahan. Minyak ni tak panas. Last time ada beli losyen pati halia - sapu kat perut , lengan dan kaki untuk rasa hangat, tapi kali ni tak beli pulak. Memang syok rasa hangat je tapi agak melekit la. Tu yang tak suka tu. Mungkin kena cari minyak hangat kot. Tapi tak tau brand apa yang best. Ada terbaca pasal minyak daun ubat TYT tapi so far tak cari lagi kat kedai. Sesungguhnya pregnant kali ni cukup malas nak keluar, yang ada ni pun semua beli online saja.hehe.


4.  Minyak Pilis 
Masa dalam pantang yg lepas, memang aku selalu rasa sakit kepala dan kabur mata. Dulu guna pilis yang kena bancuh ngan air tu, memang ada dalam set bersalin yang dibeli. Memang membantu la, suka pakai pilis ni tapi leceh sket la nak bancuh2 kan. So kali ni aku decide nak pakai minyak pilis je, jenama Anugerah.. dah try, memang best. Baunya pun  best jugak. 
Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan, juga ada dibacakan surah2 seperti : Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Surah Al-Buruj, Surah Al-‘A’raf, Surah At-Tawbah, Surah An-Nahl, Surah Ash-Shu’ara dan Asmaul Husna. Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Akan merasa tenang semasa berpantang, Insya Allah.


5. Feminie Hygiene Wash
Pencuci alat sulit wanita or feminie hygiene wash ni beli skali ngan minyak pilis tu, brand Anugerah. Actually bab pencuci ni aku tak cerewet sangat, rasanya lebih kurang je mana2 brand. Beli kat website mycomel. Apa yang di highlight kan : Ia dirumus khas dari ekstrak pinang dan manjakani, khusus untuk kesegaran vagina sepanjang waktu, mengetat serta merapatkan faraj dan membantu memulihkan kedudukan peranakan yang jatuh ketika bersalin. Okla, dah try.. baunya pun best. Erkkk kakak pun sibuk nak try.. apalaa. 


6. Batu Tungku 
Eh eh apsal kuar gambar batu bata merah ni, nak buat rumah ke apa.hehe. Tapi memang betul pun. Mula2 ingat nak guna tungku besi tapi macam kurang menarik perhatianku je. So decide nak guna batu bata merah ni, sama macam 1st berpantang dulu. Masa tu makcik tukang urut yang bawak datang rumah dan tolong tungkukan.best2. Kali ni ingat nak mintak hubby kesayangan la tolong tungkukan. Takkan nak mintak tolong Kakak Insyirah plak.hehe.

Cara memanaskan batu tungku : 
Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan panaskan batu . Ingat, jangan gunakan api yg besar sbb batu akan rekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat sejuk juga. Tapi dgn api yg kecil panas akan meresap dlm batu , panas akan tahan lama dan batu sukar retak. Biar lebih kurang 5-15 minit, jangan terlalu lama kalau tak kain pun boleh terbakar. Nak lebih baik boleh la dapatkan daun sirih sebagai alas atas kain sebelum meletakkan batu tungku.Biasanya kepanasan tungku batu ini bertahan lebih kurang 1jam.

Cara bertungku :Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih fokus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkannya. Buatlah berulang kali disetiap sudut bawah ari ari anda dengan menolak batu dari bawah ke atas. Bertungku dilakukan dalam posisi ibu berbaring. Sesuai bertungku selama 1/2 jam pada waktu pagi dan petang, maknanya 2x sehari.

Tips : Selalunya kain batik di gunakan untuk membalut batu tungku tapi boleh juga diganti dengan kain cotton atau tuala kecil. Ketika tungku masih panas lapik perut anda dengan baju agar anda yakin dengan suhu yg selesa dan tidak mencederakan kulit anda. Bila rasa ok, baru selak baju dan tungku terus ke kulit perut. Bila tungku makin sejuk kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat guna dlm masa yg lama. Lepas tungku boleh letak di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki. 

p/s : mana dapat batu ni? mula2 ingatkan nak beli seketul kat kedai hardware @ brg2 pembinaan. sekali tu last month hubby ajak balik kmpung batu pahat, tengok ada plak tersadai elok 3-4ketul kat bawah rumah. apa lagi, amik la seketul ;-)


7. Tuam baby
Tuam baby ni masa Insyirah dulu takde pun. Masa tu tak brape glamer lagi jual beli online macam skang ni. Aku sendiri pun mula bisnes online pakaian baby kat CuteBaby Collections masa Insyirah umur 6bulan. hihi. Masa baby selalu jugalah Insyirah kembung, nangis kuat2. Masa tu tak tau nak buat apa, yang arwah mak bgtau suh tuam ngan tuala suam (panaskan ngan seterika bagi suam2 la). 1 lagi letak daun sireh sebelum pakaikan barut dia. Membantu la jugak kot. Tapi kali ni saja la standby tuam baby ni. Lepas mandi nak try tuam perut baby supaya rasa selesa je kan ;-) 

Kebaikan lain penggunaan tuam baby yang diperkatakan adalah : 
- menenggelam pusat bayi baru luruh
- menghindar batuk dan selsema bayi selain drp kembung
- mengelakkan angin pasang bayi lelaki

*wink wink. kakak dah sibuk book, dia yang nak tolong tuam kat adik ;-)


8. Minyak Yu Yee Cap Limau
Ni dia my favourite minyak untuk disapu kat perut baby. Insyirah pakai dari lahir sampai umur lebih 2tahun kot. Aiyakk dah besar pun kadang2 masih kembung. Sungguh ibu tak paham. haha. Best baunya dan lepas sapu kat perut dan betis, takde pun rasa melekit ke apa. Kat tangan pun tak melekit. Best2, i -like ;-) So akan continue guna minyak ni utk 2nd baby. Sapu lepas siap mandi dan tuam perut dia. Alalaa tak sabar plak rasa nak pegang baby. hihi.


9. Tukang Urut
Ermm apsal tukang urut ni letak last skali. Bukan apa, yang atas2 tu semua barang2 yang perlu dibeli. Tukang urut ni plak bukan barang, tapi servis. Tu yang asingkan, letak last skali. hihi. Tapi sebenarnya ini yang paling penting okay. Wajibla aku nak berurut lepas bersalin nanti. Mungkin nak start hari ke 2 or ke 3 lepas bersalin nanti. Macam yang lepas, baru urut sekali dah terbantut sebab baby kuning. Ikut pulak masuk wad (jaga baby) 2 hari. Pastu sambung urut balik. Hope kali ni baby tak kuning or kalau ada pun, rendah je dan tak perlu sampai masuk wad. Bolehla ibu terus berurut in few days, straight je. 

Oooo ye upah mengurut yang aku amik ni RM60 sekali urut. Aku dah book siap2 kat akak yang duk kat Tmn Scientex tu.  Mungkin nak urut 3x, pastu lepas 44 hari nak urut sekali lagi, blom decide lagi. Akak tu muda lagi, dalam 40an gitu, tenaga pun banyak.. puas dia urut compared to urut ngan makcik2 yang dah agak berusia. Dia akan datang ke rumah la untuk urut, kita just stand by je apa yang perlu. (apa yang perlu?kain batik,tikar alas dan of cos duit la ye) Dah penah urut 2-3kali dengan dia, memang best. So tak kisah sangatlah soal harga tu kot. Lagipun bukan aku yang bayar pun.haha. Tengkiu b bayarkan semuanya ;-) Masa 1st dulu kat Kapar kalau tak silap RM40 sekali urut. Terlupa sudah, maklumlah dah lebih 4tahun berlalu.


Okay rasanya tu je la kot keperluan selepas bersalin. So far semua dah ada. Nanti pikir2kan lagi apa yang perlu ditambah, kalau ada. Ooo ya, kena buat check list untuk apa yang perlu dibawa ke hospital plak la kan :-)