Monday, 13 May 2013

Ibu..Engkaulah Ratu Hatiku ;-)


Dalam gembira ada sedih.. Itulah perasaan aku skang ni. Gembira dan sangat bersyukur sbb berpeluang menjadi seorang ibu kepada puteri yang sangat manja n comeyyy. Sedih coz tiada lagi insan bergelar ibu yang telah melahirkanku lebih 30tahun yang lalu. Arwah mak meninggal pada 27.05.10. Sudah tiga tahun berlalu, tapi kenangan bersama mak kekal dalam ingatan selamanya..sob sob. Al-fatihah..semoga mak ditempatkan di kalangan orang2 beriman.aminnn.



Sabtu yang lepas, 11.05.13 aku telah berpeluang join sambutan Hari Ibu kat skool Insyirah - Nuri Bukit Dahlia. Berbanding tahun lepas, kali ni aku tengok penyertaan ibu agak kurang la. Kurang daripada 20 orang kaum ibu je yang join. Tahun lepas rasanya 30+ kot. Maybe masing2 ada urusan lain.. maklumlah ada yang bekerja walaupun pada hari Sabtu. Insyirah tersangatlah excitednya nak pegi skool. Pagi2 aku kejut dia n cakap - "Insyirah bangun, hari ni pegi skool dengan ibu pakai baju biasa (baju jalan, bukan uniform)". automatik terus bukak mata n duduk.haha..kalau hari skool biasa, lambatttt la sket nak bangunnya. Siap dengan macam2 alasannya - ngantuk, penat, x larat dan sebagainya..kihkih.

ready untuk acara J3 & J4
anak suap ibu makan watermelon
tangan ibu kena ikat kat kerusi..anak plak kena tutup mata.
alaaa ibu tak menang pun. Insyirah pegang rendah sangat.hehe.
anak plak disalahkan..suke2 je pun ;-)

3 sekawan yang sibuk main dlm 'castle'

bergambar ngan adik J3 

ibu2 with anak2 ;-)
erkkk i look sooo fat..oh no! 


ibu2 J5 & J6 student yang sibuk menggubah 
jambangan bunga 

Antara acara yang dijalankan on that day :
1 - persembahan nyanyian semua student J3-J6
2 - acara makan tembikai ibu&anak J3&J4
3 - gubahan bunga oleh ibu J5&J6
4 - gubahan/rekabentuk bebas, guna bahan terpakai (recycle) - ibu J3-J6
5 - go green in style - ibu&anak J3-J6

Dan, hasilnya...kami bawak balik 2 medal.yeayy.
jadilah kan..tqvm Nuri Education kerana anjurkan event ni.muahaa ;-) 

Acara recycle  - dpt no.2
Acara go green in style - dpt no.3.

Friday, 26 April 2013

Ekspres Rakyat >> Kluang Rail Coffee >> Gunung Lambak


"Ekspres Rakyat
Cepat cepat
Jangan terlambat"

Ini je lirik lagu yang aku masih ingat. Dari kecik duk dengar lagu ni. Tapi tak pernah naik masa zaman tu. 1st time naik keretapi masa blaja kat U dulu..masa tu naik dari JB ke KL. Ekspres Rakyat - ini lah nama tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kami naik hari Sabtu yang lepas, 20.04.13. Selain tu, ada a few lagi jenis tren@keretapi yang disediakan oleh KTMB. Antaranya Sinaran Timur & Senandung Timuran (dari JB ke Kelantan), Senandung Langkawi (dari JB ke Perlis) dan Senandung selatan (dari JB ke KL).

Motif naik KTMB? sajaaa nak bawak dak tecit naik keretapi. Public transport lain dah penah bawak - komuter, lrt, flight, bas henti2..ooo ya bas ekspres belum lagi..Akan difikirkan kemudian ;-) Kami naik keretapi ni dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang..tak jauh pun. Tapi dalam tak jauh tu, makan masa hampir 1 1/2 jam jugaklaa. Maklumla, keretapi ni kelajuannya tak seberapa. Aku anggarkan dlm 40km/j kot..entah ye entah tak. Kami lalu 3 stesen sebelum sampai Kluang iaitu Stesen Renggam, Kulai dan Sedenak (eh turutan tu mcm xbetul la.hehe). Bertolak dari Stesen Kempas Baru jam 9.30pagi.


naik dari stesen ini

dak tecit ngn tiketnya


Kempas Baru - Kluang - Kempas Baru
Dewasa RM13 / Kanak2 RM11 sehala
Total RM74 return.oklaaa..suke2

Okayy kami dapat beli tiket kelas 2 saja.4seats per row.
Konon nak beli yang 1st class tapi takde, maybe sebab dekat sangat kot.


Ayah duduk sebelah orang - sibuk je Insyirah duk membebel.

Jam 11pagi  kami pun sampai ke Stesen Kluang. Sebab apa pilih nak ke sini? Sudah semestinya sebab nak try kopi yang sangat femes itu - Kluang Rail Coffee. Turun je dari tren, terus nampak kedai ni. Memang jadi tumpuan orang ramai la, tempat duduk pun penuh je. Tapi tak lama menunggu, ada abang ni sibuk panggil dan tunjukkan tempat kosong. Rupa2nya abang ni bawak kereta sewa, or lebih tepat lagi kereta sapu. Memang ramah tamah la orangnya, harusla la kan. Ok, kami abaikan dulu abang tu sebab sibuk nak amik gambar dan try kopi dulu la, of cos.


serius je muka cik abang ku ini..hmmmm.


yeayy kami dah sampai sini ! batakkk ;-)

roti bakar mentega+kaya
special kaya tu buat sendiri..sedap.
kopi tu memanggg sedap seperti yang di war2kan.

Selesai minum, kami pun mintak abang kereta sapu tu bawak kami ke Gunung Lambak. Jarak dalam 5km dari stesen keretapi nak ke sana. Ada banyak juga kemudahan@aktiviti yang boleh dibuat kat sini - camping, jungle trekking, treasure hunt, water park dan macam2 lagi. Tapi memandangkan kami cuma datang sekejap saja, so cuma masuk water park saja. Kecik je water park tu, tapi bolehla..bagi si cantek manis kami hepi2 that day ;-) Lagipun kami ni pun bukan jenis yang suka nak mencuba jungle trekking bagai,dengan bawak anak ni..hehe. Oh ye, bayaran masuk ke water park ni cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2.



kat pintu masuk Gunung Lambak Water Park 
yeayy saya nak mandi !


Adusss peluh2 dah dak tecit ni.. 
cuaca panas tapi takdela terik sangat..just nice.

Selepas lebih 2 jam bermandi-manda, kami pun call semula abang kereta sapu suh amik dan hantar kami ke bandar Kluang semula. Abang tu caj RM12 sehala. Ok baiklahhh ;-) Kami ber window shopping, rehat2 dan solat sekali kat Kluang Mall. Dak tecit sibuk ajak masuk Secret Recipe..atoii ni kat JB pun boleh masuk.layankan saja..bolehla makan kek dan minum kat situ jap.

macam biasa, our favourite choc indulgence

Selesai ber window shopping, kami bersiar2 (laaa sangatt) kat bandar Kluang - berjalan kaki saja. Insyirah pun nampaknya mood baik je..tak meragam langsung walaupun kena menapak lebih kurang 1km jugak tu. Singgah lunch kat Nasi Ayam Haji Ali, masa tu dah pukul 4+ dah..hehe lunch apanya. 

lengang je bandar Kluang ni 
okayy dah sampai stesen semula

Sampai stesen keretapi, pekena kopi for the 2nd round plak.hehe.kering tekak okay berjalan dari Kluang Mall ke stesen ni. Kali ni order kopi ais plak..best jugak tapi aku prefer yang panas, lebih kawwww. Sekali lagi, order jugak roti bakar..sedap plak combination butter+kaya tu. Siap minum dekat kul 6 dah. Tiket tren pukul 6.40, tapi delay plak ke pukul 7.20mlm. So sampai Stesen Kempas Baru dekat pukul 9malam dah.


aktiviti sementara tunggu keretapi sampai.
pusing2 stesen sambil tolak troli ni.atoiii.melayan dak tecit.

ewahhh gembiranya dia.anda ingat anda kat airport ke???

bukti dah sampai Kluang.hehehe.

Chamek - Mengkibol
1st time dengar nama tempat ni.heeee.

haaa siap tapau kopi
uncang 16pcs - RM8.50

Dari Stesen Kempas Baru, kami terus gerak ke Pasir Gudang. Singgah makan jap, pastu kul 10 baru sampai rumah. Penatnyaaa tapi seronok dapat jalan2 n spend masa with my sayangs ;-)

Saturday, 6 April 2013

Kali Pertama

eh nmpk beza la pulak rupa dak tecit ni.
omeyyy katanya.

Sejak umur 3tahun 6bulan, inilah kali pertama budak tecit bernama Insyirah Syaza ni gunting rambut. Heee sedikit batak (or banyak??) di situ ;-) Lokasi gunting rambut bukanlah di Pasir Gudang tapi kat Kota Tinggi..waaa nape sampai ke sana nak gunting rambut. Bukanlah sengaja..kebetulan semalam lepas balik dari kenduri kawen kat Felda Sg. Mas tu lalu depan salon ni, bukak la..so apa lagi, terus menyinggah. Kat area rumah kat Pasir Gudang tu bukan takde kedai gunting rambut unisex,ada sebijik.. tapi memanjang tutup.. Bila bukak, kita plak tak dapat nak menyinggah sebab baru nak gi amik anak balik skul ke apa..eh sudah laa.banyak pulak ceritanya.

baru sampai.posing dulu sementara tunggu turn.
ramai plak pelanggan.

yeayy dh sampai turn.
sampai balik rumah dak tecit sibuk cakap -
Insyirah gunting rambut pakai kain kaler pink.
ada ibu kesah? kuikui.

okey..mulakan menggunting ;-)
dak tecit nmpk tembam la..hihi.

dah siap gunting..tgh duk keringkan rambut

yeayy dah siap..my new hair style
(style la sgt kann.)
siap beli vitamin utk rambut..yo laaa.
dah siap, jom balik rumah jom ;-)

esoknya jalan2 @ Aeon Tebrau dgn rambut baru ;-)

Saturday, 30 March 2013

Tempat2 Makan Best @ Johor

Entry kali ni nak kongsikan tempat2 makan yang best for me n my family kat area Johor, especially JB la ye. Akan di update from time to time. Jom tengok jom :-)

1. Restoren Shahab Beriani House

Alamat :
No. 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai


Menu : 
Nasi Beriani Biasa
Nasi Beriani Gam
Lauk : Ayam merah, ayam beriani, kambing, daging, rusa, gearbox

yeayyy ini dia nasi beriani gearbox..
bukan gearbox lembu, tapi kambing.tu yg comey je size.

sedapnyaaa..acar buah ada juga. 
tapi tak amik kali ni coz variety buah tu kurangla.

view dalam kedai.
amik ko, berkawah2 nasi beriani dia.
nampak ke tak?hujung sana tu,next to meja makan.


**************************************

2. Kacang Pool Haji

Alamat :
Medan Selera Larkin, Jln Tun Abd Razak Susur 5, JB

GPS Coordinat :
1.48559,103.749293

Menu : 
Kacang pool, rojak buah, tahu bakar, roti bakar, nasi lemak


kecik je kedai, standard medan selera la kan.
order kacang pool & tahu bakar kat sini, minuman order kedai sebelah.
ABc special & ice blended mangga sedappp.xdela plak gambar ;-)

inilah dia kacang pool (makanan tu la, not my hubby.haha)
mula2 tu tertanya2 jugak, apa tu kacang pool?ingatkan kacang je.hehe.
rupa2nya 1set -  roti bakar dimakan dengan kuah kacang pool +  
telur mata + hirisan bawang & cili padi + perahan limau
kuah kacang tu merupakan kacang pool yang dikisar dan 
dimasak bersama daging kisar dan bbrp bahan lain.


**************************************

3. Mee Bandung Tg. Langsat
(Restoren Keluargaku Sayang)

Menu : 
Mee bandung udang, ketam sambal, masakan panas/thai

baru sampai..restoren 'atas air' ;-)

sedapnya mee bandung udang tu..kuahnya terasa udang kering blend.
udang fresh yang diletak dlm mangkuk tu cuma 4ekor je.
harga semangkuk mee bandung RM7. padan la dengan rasanya ;-)
ketam masak sambal pun sedap,tapi selalu abis.
kalau datang pukul 7ptg ke atas, memang tak merasa laaa.


siap makan, duk melepak kat jeti plak.

**************************************

4. Air Kelapa Bakar, Jalan Masai Lama

Alamat :
Jalan Masai Lama 
(warung tepi jalan je..kalau dari Giant Plentong 
ke P.Gudang  ikut jalan lama,
 memang akan nampak warung ni)

Menu : 
Air kelapa bakar, kuih-muih, kerepek, etc.

Insyirah with ayah..07/04/13

kelapa muda sedang dibakar ;-)

Insyirah with Cik Safa - 26/03/13

antara khasiat kelapa bakar :
mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang,
batuk kering dan melancarkan peredaran darah.

kami minum, bubuh air gula bagi sedap.hehe.
kalau utk tujuan kesihatan, minum begitu saja la patutnya.


**************************************

5. Embun Cafe Asam Pedas Claypot

Alamat : No.49, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai

GPS Coordinat :
 1.545355,103.628185

Menu : 
Asam pedas claypot ikan pari, mayong, kaci, tenggiri, etc
Nasi goreng kampung
Nasi goreng asam pedas special

pilih ikan, then baru diorang masak dlm claypot ni.
best makan panas2 ;-) 

Insyirah with Cik Vivin

**************************************

Earth Hour 2013


Earth Hour ni sebenarnya dah seminggu yang lepas, tapi baru hari ni sempat nak buat entry pasal tu. Bz sangat minggu ni, tu yang xsempat (bz nyaaa.hihi) Tahun ni, Earth Hour diadakan pada hari Sabtu - 23 Mac 2013 dari jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Apakah itu Earth Hour? Ada ke orang yang masih tak tau? At least tau la kan, ia adalah kempen atau program mematikan lampu selama sejam.

Jom baca info ringkas tentang Earth Hour :

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney telah menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang dipanggil Earth Hour. Ia melibatkan penduduk dari semua peringkat umur dan status - dari kanak2, CEO, mahupun ahli politik. Sesiapa sahaja mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang didiami. Seramai 2.2 juta individu dan lebih 2,000 premis perniagaan memadamkan lampu selama sejam.

Pada tahun 2008, acara ini telah diperluaskan ke seluruh Australia. Oleh kerana  kesan hebahan yang hebat, 35 buah negara lain turut serta dalam program ini. Ia melibatkan 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan ke seluruh dunia, Earth hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada salah satu hari Sabtu dalam bulan Mac. Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di 135 buah negara di seluruh dunia 'mematikan lampu' selama sejam. Ia merupakan permulaan yang baru dan akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.

Di Malaysia, seingat aku first time Earth Hour diadakan adalah pada tahun 2009. Masa tu tengah preggie kan Insyirah ..waaa sangat rindu waktu itu (tetibaaa).  Seperti  tahun2 yang lepas, aku memang akan take part (boleh la dikatakan take part) dalam kempen ni. Caranya mudah saja, matikan la lampu kat rumah tu ye. Bukan sekadar sejam, tapi sampai 3-4jam kami matikan lampu. Buat apa bergelap kat rumah tu? hehe..memang tak la. Kebiasaanya kami akan keluar, tak duduk kat rumah pun. Okla tu kan, kami matikan lampu dan tumpang lampu tempat lain. Pasar malam, shopping mall semua tu tetap akan beroperasi macam biasa. Cuma sesetengah pasar raya je yang take part.. macam tahun lepas, aku tengok UO Pasir Gudang ikut kempen ni. 

Tahun ni, kami keluar pegi jalan2 kat Pasir Gudang ni je. Seawal pukul 6petang lagi kami dah keluar. Destinasinya ialah - pasar malam di Taman Air Biru..dekat je pun dari rumah kami di Tg. Puteri ni.

baru sampai.eh dak tecit nape geget baju tu?

yang ni wajib beli kalau pegi pasar sini..
masalodeh dan vadai.terbaekk.. 
my favourite ni sejak dulu, masa tu beli kat 
pasar malam Pekan Kapar.

yang ni pulak coconut shake..
sedappp (ibu mengalahkan anak.hehe)

 
yeayy dah dapat coconut shake !
kpd yang tak tau, cocunut shake ni adalah  
ice-blended air kelapa muda, ditambah pulak aiskrim vanila kat atasnya. 
kombinasi dua2 tu memang sedapp.


teringin nak makan yong tau fu. nasib baik ada. kat tempat ni, ada 
2 pilihan cara makan - sup (stemboat) or kuah hitam (yong tau fu)
biasanya kat johor ni memang yg sup tu, kurang minat. 
Lebih suka yang kuah hitam tu , sejak kecik makan kat Selangor .

 tempat ni jual nasi/mee/kuetiaw/megi/bihun goreng
goreng2 part ayam - dada,paha,kepak,rangka,hati,tongkeng semua ada.

Okay, selesai aktiviti membeli makanan di pasar malam, kami bergerak (macam jauh je bunyinya) ke Taman Tasik Pasir Gudang. Masa tu dah hampir nak senja dah. Ramai juga rupanya orang yang bersantai2 kat sana. Ada family yang siap berpicnic kat situ. Kami pun nak picnic juga ni, tapi takdela bawak tikar segala bagai kan. Maybe diorang ni pun sengaja lepak kat situ, sokong Earth hour macam kami jugak. Bagus2. Bayangkan kalau setiap rumah dikosongkan (takkan nak duk dalam gelap kan) selama sejam pada malam tu, berapa banyak dah tenaga elektrik yang dijimatkan tu. Yang sedikit tu kalau dikumpulkan, akan jadi banyak la kan.

senja nan merah..hihihi.

Pasir Gudang menjelang pukul 8 malam ;-)

Selepas sejam menjamu selera di tepian tasik (takkan nak tengah tasik plakk) kami pun ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk solat Maghrib dan window shopping.. Kebanyakan kedai bukak je, takde pun join Earth Hour. Selesai round2, kami pun balik ke rumah dan hidupkan lampu semula. For me, selain daripada semasa Earth hour, kita patut jimatkan penggunaan elektrik pada setiap masa. TV tu kalau tak ditengok, baik la tutup kan. Macam tu jugak lampu,kipas,dan alat elektrik yang lain. Ok itu saja cerita pasal Earth Hour ;-) babaiii.