Sunday 25 January 2015

Road Trip Jelajah Semenanjung (Summary and Expenses)

Entry terakhir ni aku nak buat summary dan list kan expenses yang terlibat semasa road trip jelajah semenanjung hujung tahun lepas. Road trip adalah selama 12 hari 11 malam merangkumi 10 negeri dan 2 wilayah persekutuan. Ini selepas tolak negeri Kelantan yang banjir teruk sehingga menyebabkan route ke sana terpaksa dibatalkan. Inilah yang dipelajari dari road trip kali ni - kita hanya merancang, tapi Allah SWT yang menentukan. Walau macam mana kita merancang, tapi Dia lah sebaik-baik perancang. Syukur alhamdulillah perjalanan keseluruhan selepas bertukar route lancar dengan izin-Nya.

Objektif utama nak bawak anak-anak ke setiap negeri especially Kakak Insyirah la kan sebab adik belum faham lagi. Aktiviti road trip ni juga aku namakan sebagai #projekcutisekolahkakak kalau kat instagram :-p Semua gambar masa road trip tu aku letak hastag tu la. Sebelum pergi, aku dah ajar dia pasal negeri-negeri kat Malaysia. Bendera untuk semua 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan kat Malaysia pun aku dah lukiskan, lepas tu ajar dia warnakan setiap bendera. Then aku explain yang road trip ni hanya cover Semenanjung Malaysia sahaja. Sabah , Sarawak dan WP Labuan kita tak boleh pergi naik kereta dari Johor, boleh naik kapal terbang saja (ikut laut tak cerita la pulak kan.hihi). Sarawak Insyirah dah pernah pergi masa umur 2 tahun, kakak angguk je macamlah dia ingat kan. Sabah plak Inshaa Allah May 2015 nanti kita pegi ye. Aminn.

Target nak amik gambar kakak dengan bendera kat setiap negeri, alhamdulillah complete. Kelantan kita kiv hingga ke satu masa yang akan diputuskan kelak, wakaka. Untuk road trip ni juga, aku setkan yang jarak dari satu pit stop (tempat bermalam) ke pit stop yang lain adalah tidak melebihi 250km. Sebabnya kita nak bercuti, nak jalan-jalan sambil tengok tempat orang. Kalau jauh sangat jaraknya dah tentu penat. Secara ringkasnya jarak antara tempat-tempat yang kitorang pergi as per plan vs actual adalah seperti berikut :

Pasir Gudang to Melaka  = 240km (change Pasir Gudang - Batu Pahat - Melaka = 300km)
Melaka to Seremban = 90km (OK)
Seremban to Putrajaya =  50km (OK)
Putrajaya to SMSS BTR, Kuala Lumpur = 30km (OK)
SMSS BTR, Kuala Lumpur to Kalumpang = 100km (OK)
Kalumpang to Kuala Kurau = 270km (OK)
Kuala Kurau to Georgetown = 30km (OK)
Georgetown to Padang Besar = 190km (OK)
Padang Besar to Alor Setar = 90km (OK)
Alor Setar to Gerik = 155km (cancel, ganti bermalam di Alor Setar)
Gerik to Rantau Panjang = 180km (change Alor Setar to Ipoh = 240km)
Rantau Panjang to Kota Bharu = 45km (change Ipoh to Bukit Tinggi = 205km)
Kota Bharu to Marang = 180km (change Bukit Tinggi to Bentong = 30km)
Marang to Bukit Gambang, Kuantan = 220km (Bentong to Bukit Gambang = 170km)
Bukit Gambang, Kuantan to Mersing = 210km (OK)
Mersing to Pasir Gudang  = 140km (OK)
Additonal   = 200km (actual tak pasti)
Total = 2430km (actual 3030km)
Jumlah dibelanjakan untuk petrol = RM480 (Actual RM530)

Beza yang plan vs actual sampai 600km tu, jauh benarr. Sebabnya balik kampung dulu, siap pergi kenduri kat Muar lagi tu kan. So kat situ pergi balik pun dah extra 100km+, takpe seronok je pergi makan kenduri. Kakak Insyirah memang paling suke pergi kenduri sebab dia peminat tegar any kind of goodies bag, yihuuu. Lepastu bila dah divert route tu, kitorang pergi ke Kuala Kemaman, Terengganu dari Gambang, Pahang. Itu dah jadi extra km dah, berbanding plan asal elok je dari Kelantan turun ke Terengganu pastu turun plak ke Pahang. Apapun itu semua ok saja, jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan katanya. Positif la ye :-)

Cerita pasal hotel pulak, basically kitorang pilih hotel yang boleh bagi best price untuk 3 atau 4 orang iaitu yang provide katil 2+1 or 1+1+1 or 2+2. Nak kata hotel budget sangat pun tak, maybe hotel 2 bintang kot.haha. Tak kisah la ada bintang ke tak, yang penting selesa. Keutamaan of cos la hotel yang ada private parking dan lift. Kena rajin carik, memang ada hotel yang ada both facilities dengan harga yang berpatutan. Total menginap 11 malam, 2 malam kat rumah abah selebihnya 9 hari kat hotel or resort. Kat bawah ni aku listkan nama hotel or resort dengan harganya sekali, plan vs actual :

1) Seremban - Lotus Hotel - RM110 (OK)
2) Kalumpang - Chalet - RM140 (actual RM225)
3) Georgetown - Mingood Hotel - RM140 (OK)
4) Padang Besar - Teratai Putih Rest. & Resort - RM85 (OK)
5) Gerik - Hotel  Seri Bintang - RM70 (ganti The Leverege Business Hotel Alor Setar - RM118)
6) Kota Bharu - Sabrina Court Hotel - RM140 (ganti Checked Inn Hotel Ipoh - RM85)
7) Marang - Angullia Beach Resort - RM130 (ganti EvWorld Hotel Bentong - RM169)
8) Kuantan - Arabian Bukit Gambang Resort - RM270 (OK)
9) Mersing - Riverside Hotel - RM 100 (actual RM95)
 Total - RM 1200 (Actual RM1296) 

Overall ok la, tak jauh beza budget untuk petrol dan hotel dengan yang actual. Lebih RM50 untuk petrol dan RM96 untuk hotel, not bad. Perbelanjaan untuk tol pun bertambah dari apa yang dijangka sebab plan asal lepas Alor Setar ikut Gerik sampai Kelantan. Itu jalan biasa, bukan highway yang perlu bayar tol. Bila dah divert, banyak ikut highway PLUS, pastu ikut plak LPT. So budget asal tol RM120 dah jadi RM170. Budget yang burst of cos bab makan dan shopping walaupun rasanya takdela menyoping sangat setakat kat Padang Besar ngan Wang Kelian tu saja.But its ok, bab shopping tu memang biasalah kan susah sket nak control. Sesekali berjalan, mestilah nak beli barang-barang anak plus buah tangan untuk family ngan kawan2 kan. Bayaran tiket masuk plak RM40 untuk Made in Penang Museum, RM20 Menara Alor Setar, RM32 Colmar Tropicale dan RM48 Bukit Gambang Waterpark.

Summary keseluruhan road trip seperti berikut :
Hotel : RM1296
Petrol : RM530
Tiket Masuk : RM140
Tol : RM170
Makan : RM627
Shopping : RM837
Total : RM3600

Budget asal RM3000, actual RM3600 means lebih RM600. Untuk trip yang cover semua negeri kat Semenanjung Malaysia, bagi aku road trip ni adalah memuaskan hati dari segi jumlah yang dibelanjakan. Cuma dari segi masa tu, agak padat but still ok sebab kita tak pegi banyak tempat kat setiap negeri tu. Setiap tempat yang kitorang pergi ada jumlah masa yang ditetapkan, kena ikut itinerary la kan. Kalau terlebih or terkurang pun cuma sikit-sikit saja. Ada a few tempat yang rasa macam nak repeat sebab tak puas, tapi tak tau la bila akan repeat tu kan. Simpan saja dalam hati untuk plan tahun-tahun akan datang, maybe bila anak-anak dah besar pulak nanti. Inshaa Allah. Syukur alhamdullillah atas peluang ni, bukan senang encik kesayangan nak cuti lama-lama macam ni pun. Terima kasih b ! (aku tau dia baca entry ni.hihi)

* finally, siap jugak sume entry :-p

balik rumah terus naik kapal korek ;-)

Tuesday 20 January 2015

Road Trip Jelajah Semenanjung Part 7

Day 11 - Pahang & Johor (24 Disember 2014)

Bangun pagi tu ku sangkakan hujan dah berhenti tapi bila buka tingkap bilik tengok rupa-rupanya masih hujan tapi halusss je. Ok takpe, walaupun hujan tetap akan bawak kakak pegi mandi. Cuma adik je tak payah, takpela baby lagi kan. Kesian pulak nak berhujan bagai. Adik dengan ibu tunggu je la kat luar ye, tengok 'mesin mainan' apa yang ada untuk adik. 

masa ni hujan berhenti kejap, dapatlah amik gambar.

Pukul 8 pagi kitorang pergi breakfast kat cafe, okla tak jauh sangat dari bilik tapi lenguh jugakla dukung dak tecit.hihi. Mujur ada walkway yang berbumbung dari blok kitorang nak ke cafe tu, so okla tak perlu berpayung macam nak ke parking tu. Variety of foods yang disediakan ok juga, banyak pilihan tapi masakannya biasa-biasa saja. Sedap lagi masak sendiri, of cos la kan :-p Selesai breakfast pegi jalan-jalan jap kat reception, bergambar kat sana. Cantik decoration kat situ sempena Christmas esok hari.

Uikkss tak mandi lagi tu :-p

Balik bilik, tengok berita kat tv pasal banjir lagi. Dah semakin serius dah kat Terengganu, kat Kelantan tak payah cerita la. Kuala Kemaman yang semalam masih ok pun dah mula nak banjir dah esok paginya. My hubby pun call unit banjir untuk check latest status hala ke Pekan, setakat pagi tu masih tiada halangan - means tak ada air yang melimpah ke atas jalan raya lagi. Pagi tu lepas bersiap dalam pukul 10, terus check out pastu bawak Insyirah ke waterpark. Kebetulan Irsyad pun dah start ngantuk coz dah sampai masa morning nap, aku bawak dia tidur kat surau je :-p Bangun dari nap, main-main jap kat luar. Dalam pukul 12.30, my hubby & Insyirah pun dah siap tukar baju semua. Tak lama pun main kat water park tu sebab hujan plus ada beberapa slide yang kakak takut.aiyakkk. 

Kakak dah ready, adik plak ngantukkk.

lena plak tidur, sejuk ye dik?

bangun tidur, kita main pulak.

Makan sambil main pun boleh.

saya tak sampai 90cm, 80cm pun blom.yeayy free! tapi tak masuk pun :-p

harga tiket masuk RM20 child RM28 adult.

Hampir pukul 1 tengahari, kitorang pun tinggalkan Bukit Gambang Resort City. Cadangnya nak singgah rumah sewa lama dulu tapi memandangkan hujan tiba-tiba lebat, terus cancel. Sebenarnya risau kalau stuck kat mana-mana tempat yang banjir sebab dengar berita a few kawasan kat Kuantan dah mula banjir. Bila masuk je jalan menghala ke Pekan tu nampak banyak kereta parking kat tepi jalan raya coz kampung area tu dah banjir dah. So aku agak kereta tu semua milik orang kampung situ la. Kereta dari arah yang sama dengan kitorang siap ada yang berpatah balik lagi tak nak tempuh banjir @ air yang melimpah atas jalan tu. Actually still boleh jalan lagi tapi ada part yang cuma satu lane boleh dilalui.

KIPSAS tu dah tenggelam dah sebab kat kawasan rendah.

Oleh kerana belum lunch, kitorang berhenti carik kedai makan jap kat area Inderapura tu. Jumpa satu kedai makan ni, menu yang di highlight ialah gulai kawah dan sup urat keting. So apalagi, layan je la kan. Anak-anak makan nasi dengan ikan singgang saja. Masa tengah lunch tu hujan melebat la pulak, risau juga kalau air makin naik. Tapi takde pilihan pun, kena tempuh juga. Just wait and see sambil berdoa agar semuanya dipermudahkan.

mujur kitorang dah bergerak awal. kalau petang sket lagi mungkin air makin naik ni.

Siap lunch, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Mersing melalui Pekan. Lama sungguh tak lalu jalan ni, dah semakin cantik dan lebar dah jalan. Maklum saja kampung PM kan kat Pekan, maka haruslah jalan pun di'upgrade :-) Syukur alhamdulillah perjalanan lancar je walaupun hujan almost non stop. Kampung-kampung banyak yang banjir, tapi jalan raya masih ok sampailah ke bandar Pekan.

sampai Pekan hujan pun dah berhenti.

Dari Pekan menghala ke Mersing pulak, ada 2 tempat 'air lalu' @ melimpah ke jalan iaitu area sebelum dan selepas Kuala Rompin. Dalam pukul 4 kitorang berhenti rehat kat Kuala Rompin, 'port' biasa kitorang berhenti makan dulu-dulu. Kononnya nak carik kuih or kudap-kudapan kat area bus stand tu tapi takde pulak orang berniaga, macam hambar je plak kawasan tu. Sudahnya kitorang berhenti kat Petronas sambil tapau makanan kat gerai dekat situ je. Dari Kuala Rompin, perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke Mersing. Bila masuk je negeri Johor barulah nampak matahari, syukur alhamdulillah. Setelah 2 hari hujan saja di Pahang, hari ni dapat tempuh cuaca cerah pulak di Johor.

Hampir pukul 6 petang, kitorang pun sampai tempat yang dituju. Hubby amik kunci hotel dulu tapi kitorang tak terus masuk sebab cadangnya nak pergi makan malam terus. Malam tu tak payah nak drive keluar dah. Lokasi makan malam yang dituju adalah Sate Teluk Iskandar, lebih kurang dalam 3km saja dari terminal feri Mersing tu. Search kat gps tak jumpa Teluk Iskandar tu, search Iskandar saja baru jumpa. Lepas dah sampai tu lupe pulak nak save koordinatnya. hihi.

sampai dah.

try semua kecuali hati ayam dan lembu.

Sate Teluk Iskandar ni ada banyak pilihan jenis sate tau iaitu : ayam, itik, kambing, lembu, arnab, rusa, paru, babat, hati ayam, hati lembu, udang dan sotong. Masa kitorang datang tu cuma udang dan sotong je yang takde, lain semua ada. So kitorang try semua kecuali hati sebab tak berapa minat hati. My review is - sedap sedap sedap okay semua sate tu. Tapi ada a few yang tak pasti sama ada itik, rusa or arnab.hihi. Mula-mula order sikit dulu, lepas dah rasa baru order lagi.  Memang sedap plus kuah kacang yang diorang bagi pun banyak, puas hati. Jadinya kalau bercuti ke Mersing, wajiblah datang makan sate kat sini ye ;-)

Siap makan, kitorang pun balik la ke hotel. Masing-masing dah penat, alangkah bestnya kalau dapat landing atas katil kan.hihi. Hotel yang kitorang duduk tu namanya Riverside Hotel yang terletak dalam shoplot kat Jalan Sulaiman. Betul-betul belakang shoplot tu adalah sungai tempat kapal-kapal berlabuh. Ada 3 or 4 hotel lain juga kat row yang sama. Pihak hotel siap bagi kitorang bilik kat shoplot yang bertentangan, katanya kalau yang betul-betul kat sungai tu bising kalau kapal nak berlepas. Ooo begitu, baiklahh terima kasih. Rasanya year end macam tu tak ramai sangat pelanggan sebab musim hujan, orang takdelah nak ke pantai or pulau kan. 

Malam tu cuma rehat-rehat dalam bilik saja, tapi lepas Isyak hubby & Insyirah ajak turun plak sebab nampak macam happening je kan kat bawah. So ibu pun follow saja, memang happening kat kawasan sekitar tu. Banyak kedai makan, kedai serbaneka, 7 Eleven plak kat bawah hotel kitorang duduk tu je. Oleh kerana masih kenyang, takdela kitorang pegi kedai makan. Jalan-jalan cuci mata dan ambil angin saja katanya. Lepas tu balik bilik dan tidurla. Esok nak balik rumah dah setelah dua minggu ditinggalkan. Kain baju dalam beg tu dah nak kena dibasuh weyy.

pegi kedai 2 ringgit pun hepi semacam. hihuu.


Day 12 - Johor (25 Disember 2014)

Hari terakhir, kitorang check out lewat sikit berbanding hari-hari sebelumnya coz itinerary cuma nak bergambar kat Jeti Mersing sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang. Dalam pukul 10.30 pagi barulah kitorang turun hotel dan pergi makan kat bawah tu. Nak breakfast macam dah lewat, nak lunch plak macsm terawal plak. Sudahnya kitorang order roti tisu ngan teh tarik untuk anak. Ibu ngan ayah pulak tunggu nasi putih ready dulu, then terus makan nasi campur. Kira 2 in 1 la ni namanya kan. 

roti tisu pun okayy.

Selesai makan, kitorang pun pegi amik gambar kat belakang kedai tu. Tempat feri dan kapal berlabuh kat situ je pun. Untuk ambil penumpang setahu aku kat jeti sana. Dulu masa kitorang ke Pulau Tioman pun naik feri kat Jeti Mersing tu. Tak tahulah kalau skarang dah ada dua tempat naik sebab kawasan shoplot Jalan Sulaiman ni dah banyak hotel. Memudahkan pelancong juga kalau boleh naik dari sini, at least by walking distance je. Kalau nak ke jeti tu plak dalam 1-2km jugak tu.

uitss adik nampak gelap dalam pic ni.

Seterusnya, kitorang bergerak ke kawasan Jeti Mersing dan kawasan sekitar untuk ambil gambar sebelum bertolak balik ke rumah. Aktiviti wajib of cos la kakak nak bergambar dengan bendera terakhir iaitu Johor, yeayy. Singgah jugak medan niaga tu tapi lengang je, maklumlah hujung tahun. Menurut abang kedai souvenir tu, kalau bulan November & Disember memang takde feri ke pulau sebab laut bergelora kan, musim tengkujuh. Jangkaannya pada 28 Disember nanti baru akan beroperasi semula setelah cuti untuk beberapa minggu. 

Last time kitorang pergi ke Pulau Tioman pun pada bulan Julai, memang cuaca baik time tu. Selain untuk ke Pulau Tioman, boleh juga naik feri dari sini untuk ke beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa dan Pulau Besar. Kalau nak ke Pulau Sibu pulak, naik dari jeti Tanjung Leman. Masa ke Pulau Tioman dulu pergi berdua coz belum ada anak lagi, Inshaa Allah ada rezeki next time nak bawak anak-anak ke Pulau Sibu pulak. Memang syok dan relaks je pergi pulau ni walaupun tak reti diving, snorkelling pun takut-takut.hihi.

lengkap sudah misi (except Kelantan la kan)

Kakak beli aiskrim sampai dua mehhh. beli set baju+seluar Tioman kakak&adik murah saja RM15 each. Kalau musim orang ke pulau memang tak dapat harga tu ;-)

last pic. alaaa tak suke pakai baju ni sebab nampak gemokk.haha. baju bersih dah abis, so pakai je la. 

Dari Mersing ke Pasir Gudang jaraknya lebih kurang 100+ km jugak tu. So budget dalam less than 2 hours boleh la sampai rumah. Dalam perjalanan, ibu ngan anak-anak siap tertido lagi. Sori ayah, ibu tak teman ayah driving ;-) Hampir nak sampai Today's Mall Ulu Tiram tu barulah masing-masing terjaga. Lama jugak tak ikut jalan ni, flyover pun dah siap. Dulu kalau datang dari Sg Tiram nak ke jalan utama tu cuma ada traffic light je. Bertahun jugak proses pembinaan flyover tu nak siap. Zaman ulang alik Pasir Gudang ke Kuantan tahun 2008 dulu memang inilah route nya pun : Pasir Gudang - Ulu Tiram - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kuantan. Makan masa 6 ke 7 jam jugak nak sampai tu sebab jalan kampung @ biasa kan, bukan ada highway pun. 

Lalu depan pasar pagi kat Sg Tiram tu, pasarnya masih ada lagi walaupun dah tengah hari. My hubby siap tanya, nak singgah ke? Ikutkan hati nak juga singgah sebab dah lama sangat tak pergi situ. Tapi mengenangkan cash kat tangan pun cuma RM20 je, terus jawab - taknaklahh. Haha, mana cukup duit banyak tu nak pergi pasar unless ada atm machine kat situ :-p Takpela last time pegi pasar tu tahun 2012 rasanya, bagi aku dah tak menarik sangat dari segi pilihan dan harga. Kalau nak shopping kain dan tudung, kat Pasir Gudang pun dah ok. Takpun online shopping je, lagi convenient dan takde impulse buying sebab aku akan fikir dulu sebelum beli ;-) Finally, menjelang Zohor kitorang pun sampai kat rumah dengan selamatnya. 

Syukur alhamdulillah, selesai sudah road trip jelajah semenanjung kitorang sekeluarga. Memang penat tapi seronok dapat tengok tempat orang dan bawak anak jalan-jalan spend time dengan ayah. Maklum saja tahun 2014 ni boleh dikatakan half year hubby kat Malaysia, the other half plak kerja kat India. Finally siap jugak aku type entry pasal road trip ni walaupun makan masa sebulan :-p Inshaa Allah dalam next entry aku nak senaraikan perbelanjaan road trip ni pulak ;-) 

Sunday 11 January 2015

Road Trip Jelajah Semenanjung Part 6

Day 9  - Pahang (22 Disember 2014)

Ok, hari ke 9 kitorang bergerak ke Bukit Tinggi pulak, diversion location yang terakhir la ni. Hari ke 10 akan ke Kuantan, means kembali ke itinerary asal. Plan asal sehari di Pahang dah jadi 2 hari plak selepas cancel Kelantan & Terengganu. Pagi tu kitorang check out hotel seawal pukul 9.30 pagi selepas breakfast kat hotel. Siap prepare breakfast roti dan tuna dan potong-potong mangga manis yang dibeli di Perlis untuk bekalan dalam kereta lagi ;-)

Dari Ipoh sampai ke Tapah hubby drive, pastu dari Tapah sampai ke Gombak aku plak yang replace. Syukur alhamdulillah perjalanan lancar dan dalam pukul 12+ kitorang sampai ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Actually sejak masa duduk Kuantan + pregnant Kakak Insyirah tahun 2009 lagi aku dah ajak hubby ke situ tapi asyik la tertangguh dan tak jadi. Rezeki rupa-rupanya lepas lima tahun dapat jugak ke sini ;-) 

Cium skett ;-)

Princess Insyirah. Tshirt frozen siap letak nama sendiri, RM18 saja kat Padang Besar.

Tiket masuk ke Colmar Tropicale berharga RM12 dewasa & RM8 kanak-kanak. Kalau bermalam kat hotel dalam tu katanya free saja masuk.

boboiboy ;-)

Sampai je sana, 1st thing yang dibuat adalah lunch ;-) Makan kat cafe nama apa ntah, harga okla tak mahal sangat. Half bird roasted chicken tu RM29 termasuk 2 side dish, air tak termasuk. Okla tu sebab aku expect lagi mahal kat tempat macam tu. Tapi kat tempat sejuk macam tu boleh plak takde jual hot water,apalaa. Untuk bancuh cerelac Irsyad pun hubby kena mintak sendiri kat kitchen.aikkk pelik2. Tapi waiter yang ramah tamah dengan baik hatinya bagi free orange juice sebab serve lambat katanya. Aku rasa takdela lambat, ok je tapi since dia nak bagi kita amik je la kan ;-)
 
Siap lunch, ingat nak jalan-jalan lagi tapi cuaca tak begitu mengizinkan. Sekejap hujan, sekejap berhenti pastu hujan balik. Kitorang pun dah asyik bukak tutup payung je kerjanya. Nasib baik mood dua2 anak ok saja. Macam-macam aktiviti sebenarnya yang boleh dibuat kat sana macam main golf, bowling, horse riding dan juga paintball tapi kitorang takdela pilih aktiviti macam tu pun, sekadar jalan-jalan saja :-)

Cik intan payung. Carik payung frozen takde kat Wang Kelian so beli minnie, kalau tak sume frozen ;-)

Woww besarnya bear. Ibu suh ayah try pancing itik tu dia tak mau. Nanti dapat bear besar xmuat kereta katanya.haha perasan.

Comel la konon tu :-p

Nanti adik besar, kakak nak naik basikal ni ngan adik katanyaaa. Ok baiklah sayang.

tayang gigi 6 batang ;-)

jarang sangat amik gambar berempat. ni pun mintak tolong orang snap :-)

last pic.

Seterusnya, kitorang nak ke Japanese Village pulak. Tapi sampai sana hujan agak lebat plus dari parking nak ke sana kena panjat tangga yang boleh tahan tingginya. Irsyad pulak dah mula ngantuk coz dah masuk waktu tidurnya. So kitorang decide untuk terus ke Bentong untuk bermalam kat sana. Sekejap je spend masa kat atas tu, dalam less than 3 hours. Kira okla untuk melepaskan hajat dan sebagai check point gantian :-) Disebabkan last minute plan, harga hotel yang available kat Bukit Tinggi hari tu tinggal yang mahal saja. Bukan mahal sebenarnya tapi sangat mahal for me, lebih RM500 per nite. Kat Bentong tu pun takdela murah mana tapi okla RM169 nett untuk bilik 2+1 bed including continental breakfast, size bilik pun agak luas.

Perjalanan dari Bukit Tinggi ke EVworld Hotel Bentong tu tak jauh pun, less than 30km saja. So petang tu dalam pukul 4+ kitorang pun sampai sana dan selamat check in. Pekan Bentong ni kitorang dah pernah lalu last year masa otw nak ke Cameron Highlands coz ikut laluan Sg Koyan. Pekan Bentong tu walaupun tak besar mana (ikut pandangan aku la) tapi padat ngan shoplots. Nampak banyak juga hotel-hotel kecik, tapi aritu google tak pulak jumpa. Maybe kalau carik kat yellowpages ada kot,hihi. Bertahun tak guna yellowpages itu wehh. Trafik kat Bentong pun boleh tahan sibuk juga, banyak je kenderaan lalu lalang sekitar pekan tu. Hotel plak memang betul-betul kat jalan besar. Tapi takdela sampai dengar bising dari bilik hotel. Aman tenteram je kat dalm bilik, kalau bising pun suara anak-anakku sendiri je :-p

Lepas check in hotel, petang dan malam tu kitorang tak ke mana. Layan tengok tv slot akasia tv3 episod akhir. My hubby pegi tapau nasi lemak ngan burger pattaya kat  stall kat bawah je. Haaa unik burger tu sebab roti tu dibalut dengan telur dadar, macam nasi pattaya tu la. Alaa tapi gambar takde plak snap sebab dah lapar terus je makan :-p Siap makan dan tengok tv, tidur la apa lagi. Esoknya sambung untuk itinerary day 10 pulak.


Day 10 - Pahang & Terengganu (23 Disember 2014)

Pagi tu lepas solat subuh, rehat-rehat tengok tv sambil tunggu anak bangun. Pukul 7.30 pagi je diorang pun bangun, bagi dak tecit main-main jap dalam bilik. Siap mandi terus check out hotel dan breakfast, 'mini cafe' disediakan kat tingkat bawah. Roti bakar ngan nasi goreng disediakan untuk breakfast pagi tu, kira okla kan. 

Malam susah nau nak suh tido, asyik main je dak tecit. Cantek wallpaper, pasang kat rumah pun menarik tu :-)

Pagi bangun tido, masih ngantuk tapi nak jugak bangun nak sambung main, omeyy! Seluar ke'siam'an beli kat Wang Kelian jugak.

Siap breakfast, around 9.30 pagi kitorang pun bertolak ke Bukit Gambang, Kuantan. Kembali ke jalan yang benar @ destinasi yang dirancang ;-) Otw dari Pekan Bentong tu ada pulak jumpa orng jual durian musang king lagi tu, so singgah la breakfast durian pulak. Disebabkan luar musim, harganya pun boleh tahan mahal, sekilo hampir RM20 okayy. Tapi disebabkan teringin, beli dan makan je la kan. Lagipun dah 2 tahun berturut-turut musim buah durian dalam bulan puasa, so memang tak berkesempatan nak makan. Ada tak ada pun cuma makan durian fritters kat Bufet Ramadhan New York Hotel, kikiki. Beli sebiji musang king ngan sebiji 101 total harga RM78, tak sedap mana tapi sebab luar musim jadi sedap je la kan.haha.

Lepas gian, bukan mengidam ye :-p

Dak tecit hanya mampu tengok je,kesian.

Selesai makan durian, terus masuk highway LPT - Lebuhraya Pantai Timur. Lama tak lalu sini sejak 2010 kitorang pindah duduk Pasir Gudang semula. Masa 2009 tu kerapla lalu sini, sama ada balik kampung kat Klang or pergi rumah kawan-kawan or jalan-jalan area Temerloh ngan Maran. Kalau ke rumah kawan tu plak sama ada pegi makan kenduri or beraktiviti di musim buah. Syoknya dapat makan rambutan, manggis, durian ngan mata kucing unlimited okay. Masa tu tengah pregnant Kakak Insyirah, ibu suke sangat makan buah. Patutlah kakak pun suke jugak 4 jenis buah tu especially durian ;-)

Perjalanan dari Bentong ke Bukit Gambang sejauh lebih kurang 170km. So budget dalam sebelum lunch time dah boleh sampai sana. Sepanjang perjalanan tu hujan turun tak berhenti, cuma kejap renyai kejap agak lebat. Kakak dah risau nanti tak dapat mandi kalau masih hujan,alolo siannya. Memang betul pun,sampai exit Gambang tu pun hujan masih tak berhenti. So kitorang decide untuk makan lunch dulu. Tak susah nak carik tempat makan coz dah biasa dengan area situ. Terus je pegi kat Jaya Gading, cadangnya nak makan tempoyak ikan patin. Sekali tu bila sampai sana tengok deret kedai yang lama tu dah tak ada dan diganti dengan bangunan baru, arked apa ntah namanya. Masih belum beroperasi lagi pun, maybe bangunan tu pun baru siap. Bila kitorang bergerak ke depan sikit, baru nampak rupa-rupanya kedai makan yang dicari tu dah berpindah ke belakang, next to pasar pagi. So apa lagi terus la lunch kat situ. My hubby siap tapau akok panas, sedapp. Pakcik yang jual tu siap bakar kat situ je, terbaiklah :-) 

muka kepedasan makan tempoyak, cili padi terlebih kot.hihi.

Siap lunch, kitorang pun terus bergerak ke Bukit Gambang Resort City. Last time datang sini Jun 2010, masa tu tempat ni baru bukak. Insyirah pun kecik lagi, baru 8 bulan. Datang kali ni tengok takde perubahan sangat cuma dah ada safari tu la. Tapi since kakak jenis tak berani a.k.a takut so kita tak bawak pegi safari, cuma nak ke water park. Plan asal nak main kat waterpark dulu, then baru check in hotel. Tapi disebabkan masih hujan, kitorang decide untuk check in. Masa tu baru pukul 1 tapi boleh je check in, maybe sebab ramai yang check out awal kan. Alhamdulillah, boleh la rehat @ landing atas katil dulu sambil tengok tv, pastu tido. Petang sket kang harapnya dah tak hujan dan kakak bleh pegi mandi. Bilik yang kitorang dah book seawal sebulan sebelum date menginap tu kat Arabian Suites, harga nett RM266.70 ;-) Ok sangat2, bilik luas dan selesa plus dah include buffet breakfast.  

Masih hujan, kita rest kat bilik dulu okayy.

Siap solat jamak dan lepas bangun dari tidur-tidur ayam petang tu pun still hujan tak berhenti. So pujukla kakak, esok je baru pegi mandi kat waterpark ye. Nasib baik kakak ok saja walaupun agak kecewa,huhu. Plan petang tu nak pegi makan kek kat Kula Cakes pastu dinner kat Tanjung Lumpur. Pastu tetiba tukar plan, hubby ajak pegi Kuala Kemaman plak nak makan satar sambil jumpa kawan + amik polisi insurans adik. Ibu ok je, i follow. Suke je bleh masuk Terengganu, bleh kakak bergambar dengan bendera sekali. 

Alamakk bendera dah comot sket :-p

Otw dari hotel@resort nak ke bandar Kuantan tu ada 2-3 tempat yang dinaiki air. Ada 1 part tu yang tak jauh dari resort pun, air siap dah melimpah ke jalan raya. Cuma one way je boleh lalu, so kena gilir-gilir la untuk lepaskan part tu. Risau jugak kalau malam nanti makin serius, kang tak boleh nak balik resort. Tapi dalam risau-risu tu, perjalanan tetap diteruskan. Selepas lebih 4 tahun, tengok ada banyak jugak perubahan sepanjang jalan Gambang-Kuantan tu. Ada taman perumahan baru, flyover kat simpang nak ke Pekan tu pun dah ada flyover. So kepada yang nak Kuantan tak payah tempuh traffic light dah, terus je naik flyover tu. Sampai kat bandar, boleh tahan busy jugak trafik tapi takdela sampai jem teruk. Tercari-cari gak Kula Cakes, maklumlah gps pun bukannya exactly tepat. Aku dah maklumlah kedainya kecik ciconet je dan kat corner, so mata tu alert je la kan carik. Finally jumpa, yup memang kecik je kedainya dan terletak kat jalan besar, so memang bz dan takde parking. Ibu dengan kakak je turun, ayah ngan adik tunggu dalam kereta saja. Aku beli toblerone ngan mango cheese yang sibuk diperkatakan itu,hihi. 

Ermm dapnyaa.

Kecik je kedai, ada 2 meja kalau nak makan kat dalam tapi kitorang makan kat kereta saja.

Hujan pun masih sempat bergambar.

Dari Kula Cakes tu kitorang bergerak ke Kuala Kemaman pulak. Nak meloloskan kereta dari kawasan bandar tu agak lama jugakla coz sesak, orang tengah balik kerja kot masa tu pukul 6 petang. Kitorang ikut jalan yang biasa kitorang lalu dulu, ikut kawasan perindustrian Gebeng pastu lalu plak Cherating. Jalan kat area Gebeng tu masih macam dulu, kini dan selamanya la kan, berlubang sana sini. Maklum sajalah area industri, lori keluar masuk. Hujan pulak memang tak berhenti sejak pagi, hubby bawak kereta pun slow je la kan. Bahaya jalan licin plus risau langgar lubang :-p Sudahnya dah masuk maghrib barulah sampai Kuala Kemaman. 

senja di Terengganu

Sampai sana tercari-cari plak kedai favourite hubby ku tapi dah tutup sebab kedai tu beroperasi siang hari je. Jadinya kitorang pun makan je la kat kedai yang namanya Warung Aziz Satar (satar ke sata, confuse jap). Tak lama lepas tu ex skulmate merangkap ejen insurans family kitorang pun sampai ;-) Brief sket pasal polisi, borak-borak sambil makan & minum, lepastu kitorang pun balik la ke Bukit Gambang semula.

Aikk lapar ke kak?

Dak tecit pun makan satar sket :-p

with ex-skulmate.

Jomm balik.

Masa nak balik ni kitorang tak ikut bandar Kuantan dah tapi ikut highway plak. Cancel la makan malam kat Tanjung Lumpur this time. Bila ikut LPT ni cepat sikitlah sampainya, less than an hour dah sampai exit Gambang. Since kitorang belum makan malam, so carikla kedai makan. Sebelum tu kat Kuala Kemaman makan satar, otak-orak, popiah ikan & keropok lekor je. Mana la kenyang kan, nak jugak nasikkk :-p

Memandangkan sejak keluar exit (dah keluar exit lagi!) Gambang semalam dah terpampang je banner Nasi Kukus Mama tu, so kitorang decide untuk try la makan kat situ. Sampai sana tengok kedainya kecik je, customer plak ramai. Cancel makan situ tapi my hubby beli bungkus je. Nasi kukus ni biasalah, nasi + gulai + ayam berempah + sambal belacan. Harga aku tak ingat tapi rasanya RM7 yang biasa, RM10 yang special @ set. Yang RM10 tu siap air pastu ada telur masin & nenas (nak kata pajeri bukan, acar pun bukan). Rasanya ok, sedap tapi macam lagi sedap yang kat foodcourt sebelah Maslee Taman Cendana tu,hihi.

Ok sedap gak, 3 star out of 5 ;-)

Otw balik ke resort tu, lebih banyak part sepanjang jalan hala Gambang-Temerloh yang dilimpahi air. Even selepas simpang nak masuk Bukit Gambang Resort pun dah makin teruk, rasanya kereta biasa (bukan 4wx4) tak boleh lepas dah tu. Kitorang ni kira ngam-ngam je boleh lepas, kalau la resort ni ke depan sket je memang dah tak berani nak lalu dah. Syukur alamdulillah dalam pukul 10 malam, kitorang pun selamat sampai kat bilik untuk rehat.

Siap makan dan minum malam (supper la kiranya ni) kat bilik kitorang pun tidur la, esok nak check out awal. Janji nak bawak kakak main dan mandi kat waterpark masih belum ditunaikan lagi. Setakat malam tu, hujan masih tak berhenti lagi. Maknanya sepanjang hari hujan, cuma sekejap lebat dan sekejap renyai. Risau juga esoknya nak bergerak ke Mersing ikut Pekan. Ada kawan-kawan whatsapp bagitau ada certain part banjir kat jalan menghala ke Pekan tu. Takpelah, esok pagi hubby akan call pihak berkaitan (unit banjir ke apa namanya) untuk check status. Till then, tidur laaa dah malam ;-) 

Thursday 8 January 2015

Road Trip Jelajah Semenanjung Part 5


Day 7 - Perlis dan Kedah (20 Disember 2014)

Lepas breakfast dan check out resort pagi Sabtu tu kitorang tak terus bertolak ke Kedah tapi masih teruskan aktiviti di Perlis. Aktiviti wajib of cos la amik gambar kakak ngan bendera, aku pilih lokasi kat signboard Bulatan Padang Besar. Alang-alang dah ke utara ni, my hubby kata why not kita kita ke Wang Kelian sekali kan. Aku pun setuju saja walaupun tak masuk dalam itinerary asal. Lagipun nanti kitorang ada 1 nite stay kat Alor Setar berbanding plan asal cuma nak singgah saja sebelum ke Gerik. So kiranya pagi tu memang kitorang free la. Jarak dari Padang besar ke Wang Kelian pun tak jauh, dalam 28km saja. 

Kakak dengan tshirt & legging beli kat arked semalam.layannn :-p

Wang Kelian di Perlis ni bersempadan dengan Satun di Thailand. Aktiviti hujung minggu yang menjadi perhatian ramai pelawat dah tentunya pasarnya tu kan. Tak perlukan passport pun untuk masuk ke Thailand asalkan tak pergi lebih dari kawasan pasar tu. Sebelum ke sana, my hubby ada google info pasal pasar yang dikenali sebagai 'pasar sehari' tu. Katanya cuma beroperasi sehari saja iaitu pada hari Ahad. Tapi kitorang pergi tu hari Sabtu ada pulak pasarnya, confuse aiii. Takpela yang penting dapat pegi pasar tu kan. 

Laluan berliku nak ke Wang Kelian

Aku tak tau plak laluan ke Wang Kelian tu berbukit, dah macam nk ke Cameron Highlands plak tapi takdela setinggi dan sejauh tu. Dalam less than 10km je kena tempuh naik bukit pastu turun bukit pulak untuk ke sana. Hujan pulak turun renyai-renyai pagi tu so bertambahlah rasa sejukk tu. Wang Kelian ni kawasan kampung kecik je tapi ada stesen minyak, kedai runcit dan a few kedai makan. Sampai sana, as expected memang penuh dengan kereta dan juga bas entah berapa bijik. Memang kalau nak ke pasar tu kena parking jauh la. Since dak tecit tengah tido, my hubby pun suruh aku ngan Insyirah je turun. Dia turunkan tak jauh dari pagar border Malaysia - Thailand tu, hubby & Irsyad tunggu dalam kereta je.

Ok dah sampai. Cantek spek kakak ;-)

Masih di Malaysia. Lepas pagar tu dah masuk Thailand ;-)

Kereta queue nak ke check point,awak sibuk nak bergambar.peace yawww :-p

dah masuk kawasan pasar. jom kita cuci mata dan dompet (ayah) haha.

Kakak faham tak tulis apa kat pentas tu? #%^*+
 
Ooo ada trade fair rupanya. Patutlah ramai orang. Or memang ramai sebab cuti skolah :-)

Tak lama pun cuci mata kat pasar tu sebabnya hujan plus kakak dah sibuk nak balik,aiyakk. Tak sampai suku pasar pun kita jalan kakak oii. Aku cuma beli seluar untuk diri sendiri & anak-anak, payung & tuala frozen kakak ngan periuk kecik 3pcs RM32 saja lepas tawar. Haaa mak-mak sangat kan pegi sana beli periuk. Bagi aku dah murah tu, so terus beli je. Tak boleh nk beli banyak-banyak sangat barang coz jauh gak nak mengangkut walaupun hubby tunggu kat luar pagar. Aku tengok mak-mak lain ramai yang bawak troli tarik tu siap-siap. Betul-betul planning nak menyoping tu :-p

Settle aktiviti sopingan yang tak seberapa tu, kitorang pun bergerak balik ke Padang Besar. Cadangnya nak repet makan kat Gerai No. 9 yang semalam tu. Aku teringin nak repeat pulut mangga dan durian sambil nak try menu lain kononnya. Sekali tu sampai sana parking penuh la pulak. Alaaa takde rezeki lah tu namanya, hubby pun ajak makan kedai lain yang tak jauh dari round about @ Bulatan Padang Besar tu. Mak dah excited tengok kat banner luar kedai ada menu yang diingini. Sekali tu bila nak order takde la pulak, hampa. Pulut durian cuma ada bila musim durian katanya. Alaaa kedai semalam tu ada, shud be durian Thailand la tu kan. Takpela, hubby pun order pulut ayam coz memang belum try lagi kan pulut ayam, nasib baik sedap ;-)

Siap lunch kat kedai tu, kitorang pun bertolak ke Alor Setar. On the way nak ke Alor Setar tu ada la menyinggah 2x, mula-mula beli mangga pastu beli limau bali plak. Haha makan saja kerjanya kalau bercuti ni kan. Tapi takpe, bagus kan lebihkan makan buah-buahan tempatan ni ;-)

mangga Perlis sangat sedap & manis. nak pilih pun rambang sebab akak tu jual je dah 6 jenis mangga yang berbeza.

limau bali plak.manis jugakk.mintak abang tu siap kopekkan skali.

Jarak Padang Besar dengan Alor Setar tak jauh mana, cuma 90km saja. Lebih kurang pukul 3 petang kitorang dah sampai hotel yang baru di book semalam. Kira macam last minute plan jugakla. Location takdela kat tengah bandar sangat tapi lebih dekat dengan jeti Kuala Kedah, tempat orang naik feri untuk ke Pulau Langkawi tu.

Hotel yang kitorang duduk tu hotel baru kot sebab tengok interior macam baru je. Nama hotel tu Leverege Business Hotel,  rate semalam untuk bilik 2 + 1 (queen + single) cuma RM118. Murah je kan, tapi takde lift dan tak include breakfast. Nak murah macam Gerik memang tak dapatlah kan sebab ni kat bandar jugak. Gerik tu agak terpencil, rate cuma RM70 je aku book Hotel Sri Bintang tu. Kalau nak book takde kat booking.com or website ke apa, just by phone call saja.

adik-beradik ni steady je.alhamdulillah senang bawak travel especially si tecit.

Petang tu lepas berehat, mandi dan solat my hubby keluar carik tempat mendobi baju. Maklum saja dah masuk 3 hari baju tak berbasuh, memang nak tak nak hari tu kena jugak mendobi. Carik guna gps dan google maps pun macam tak membantu je. Lama jugak hubby pusing-pusing, last-last hampir sejam barulah jumpa kedai self service laundry. Kos basuh untuk muatan max to 9kg RM4.50, kos dryer pun RM4.50. So total RM9 untuk 3 hari punya baju, kira okla. Lepas ni boleh susun balik baju yang nak diguna untuk next 5 days sebelum balik rumah. 


Mana satu washer, mana satu dryer aku tak tau sebab hubby yang buat.waa syoknya bercuti.baju pun aku tak payah basuh, semua hubby buat.hihi.

Bercakap pasal self service laundry ni, aku tengok kat tempat yang kitirang pegi ni agak susah nak jumpa, limited sangat. Kalau kat area Pasir Gudang banyak je, tapi takdela nak guna kan sebab duduk rumah sendiri. Mendobi kat rumah saja la kan. Maybe lepas balik cuti ni boleh guna  coz baju kan bertimbun yang nak dibasuh. Both washer and dryer tu adalah coin operated, guna syiling 50sen yang baru tu sahaja untuk beroperasi. Mesin untuk coin exchange pun ada disediakan, so memang convenient sangat la kan.

Dalam pukul 7 malam, hubby pun balik ke hotel dengan hasil dobiannya ;-) Ok tinggalkan baju-baju tu dulu, kitorang nak pergi jalan-jalan cari makan. Asalnya nak ke Pekan Rabu petang tu tapi since hubby amik masa lama nak cari dobi tu, jadinya siap pun lewat. Ikut info yang hubby google, Pekan Rabu tu tutup pukul 9 malam. Okla, sempat lagi nak pegi sana. So kitorang pun terus ke Pekan Rabu dengan berpandukan gps. Sekali tu sampai sana, tengok sudah tutup laaa. Bukan tutup untuk hari tu je tapi dah tutup selamanya. Uwaa. Tutup sejak awal Disember sebab bangunan dah uzur. Kalau ikut papan notis tu, kedai-kedai dah berpindah ke Ukir Mall, tak jauh dari kompleks Pekan Rabu yang asal. Tapi kitorang tak pergi pun ke sana, terus carik kedai makan je sebab sibuk nak tengok bola weyy. Pusing punya pusing, finally jumpa kedai makan yang bukak game final Malaysia lawan Thailand AFF Suzuki Cup tu. 

Koy teow tu kuetiaw la ye.hehe macam-macam ejaan.

Sambil tengok bola kitorang order makan  bihun sup untuk kakak, mee basah untuk ibu, char kuetiaw untuk ayah dan sate untuk adik & 1 family la ;-) wawawa Irsyad 1st time makan sate, cubit sket2 je  suapkan dengan nasi impit tu berselera dia makan. Siap makan, game tengah rehat baru abis half time. Kitorang pun terus balik hotel coz nak tengok full time, masa tu Malaysia tengah leading lagi. Sampai hotel sambung tengok bola kat tv sampai abis. Hampa sebab Malaysia kalah dari segi aggregat, bak kata pengulas - menang tanpa piala.aiyakk. Takpela takde rezeki nak menang, cuba lagi next 2 years ye ;-) 

Habis tengok bola, rehat dan tidurla. Esok nak jalan-jalan Alor Setar sebelum bertolak ke divert route - Ipoh, Perak. Walaupun tak jadi ke Kelantan sebab banjir yang teruk kat sana, aku harap dan berdoa supaya keadaan makin pulih kat sana. Aminnn. 


Day 8 - Kedah & Perak (21 Disember 2014)

Pagi Ahad tu kitorang breakfast kat hotel saja, tapi bukan provided by hotel la tapi hubby tapau kat kedai saja. Ok je makan kat hotel sebab selesa ada kerusi meja kat each bilik. Takdela nak 'bergaduh-gaduh' sangat ngan Irsyad yang suke nak tarik dan main saja yang dia nampak ;-) Siap breakfast dan bersiap, terus check out hotel pastu bergerak ke port nak amik gambar iaitu Menara Alor Setar.


Alamakk mengada tukar camera mode, xpela still ok ;-)

Erkk agak blur plak

Hero kesayanganku ;-)

Ok dah tukar ke normal mode, better ;-)

Siap amik gambar kat bawah, kitorang pun naik ke menara. Bayaran masuk RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak tapi kalau family pakej RM18 sahaja, save la RM2. Nak naik ke atas tu siap ada staff kat luar lif yang sambut dan tekankn butang lif.hihi. Takde pengunjung lain pun masa tu, cuma kitorang berempat je yang nk naik lif tu. Bila dah sampai atas barulah nampak pengunjung lain. Kakak pun sibuk nak guna teropong tu, guna la nak oii. 

Kakak nampakkk besarr katanya.ok baiklah.

sekitar bandar Alor Setar

Pandai kakak snap ;-)

Lagi gambar yang kakak snap. Apsal mata ayah terbeliak macam tu? ;-)

Adik dah mula bosan, jom kita turun.

dalam lif, ayah gayat. nasib baik anak ok :-)

Siap beli souvenir kat atas menara tu, kitorang pun turun semula ke tingkat bawah. Kononnya nak lunch kat restoren berputar kat atas tu tapi rupa-rupanya cuma bukak dari petang ke malam saja. Laaa rasanya aritu ada baca yang lunch pun ada, takpela maybe silap.hihi. Memandangkan masih awal lagi, kitorang decide untuk ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di Jalan Kilang Ais. Sampai sana Irsyad dah terlelap kat car seat so takpela kali ni ayah turun dengan kakak, ibu tunggu kat kereta je.

dah sampai sini 21.12.14

sijil kelahiran Tun M

dalam rumah

bilik tidur

dah nak balik baru perasan tembok ni sebab tadi parking kat another side :-)

Dalam pukul 12 tengahari, kitorang bertolak ke Ipoh tapi tak lunch dulu pun, plan nanti nak lunch kat R&R saja. Lagipun sejak mula road trip kitorang ni belum lagi berhenti makan kat R&R. Ada pun hari tu cuma berhenti buang air dan beli buah & kuah rojak yang mak kirim kat   R&R Tapah arah utara. Jarak antara Alor Setar adalah 2xx km, so budget sampai Ipoh termasuk berhenti makan dalam pukul 4 petang la. 

Oleh kerana jarak yang boleh tahan jauhnya, so aku pun volunteer ganti hubby memandu sebab tengok dia macam ngantuk je. Sambil memandu dalam negeri Kedah ni aku suka tengok pemandangan kiri kanan highway sebab ada sawah padi. Nama pun negeri jelapang padi kan. Sebelah highway PLUS ni juga ada landasan keretapi (KTM). Inshaa Allah panjang umur murah rezeki one fine day nanti nak bawak Irsyad naik keretapi pulak. Kakak dah pernah naik dah keretapi, komuter malah lrt pun pernah.

Lebih kurang 2/3 perjalanan, kitorang pun berhenti makan kat R&R Gunung Semanggol. Lepas daripada tu, sambung  perjalanan dan hubby plak yang memandu sampailah ke tempat yang dituju, bandar Ipoh. Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai je, harap petang nanti berhentilah hujan sebab kitorang nak jalan-jalan dan bergambar sekitar bandar Ipoh.

Petang tu kitorang check in kat hotel yang namanya Checked In Hotel ;-) Last minute punya planning, amik je mana yang ada asalkan katil 2 + 1. Hotel kecik je, terletak kat shoplot betul-betul kat belakang Tesco Ipoh. Shoplot tu 2 tingkat tapi syukur kitorang dapat bilik kat ground floor, so takpayah nak naik tangga, yeayy. Sekali masuk dalam bilik tu mak aihhh sempitnya. Katil ngan meja sisi ngam-ngam je, ada lah sikit ruang untuk solat. TV plak memang lekat kat dinding, betul-betul kat hujung katil. Cuma 1 kaki je ruang untuk berjalan. Hehe redha je la kan, lagipun cuma untuk tidur semalam je.

Walaupun bilik sempit, yang penting dapat landing atas katil dengan selesa. Rehat sekejap, mandi dan solat jamak pastu dah siap-siap untuk keluar jalan-jalan. Wawawaaa gigih betul empat beranak ni kan. Dak tecit takpe, kitorang angkut je dan selalunya dalam kereta dia akan terlelap ;-) Memandangkan plan ke Ipoh pun agak adhoc,so tak tau ke mana nak pegi. My hubby google kejap, pastu terus decide nak carik wall art untuk bergambar pastu pegi makan. Wifi kat hotel tu lajuuu sungguh. Kakak siap boleh download video upin ipin yang latest, hubby plak download or update apps apa ntah ;-)

wall art pertama.ehh bendera Perak lagi ;-)

Original old town white coffee (agaknya laaa.haha)

wall art kedua

wall art ketiga.sy nampak kurus tapi tu sebenarnya sekadar ilusi optik:-p

wall art keempat

wall art kelima

Menurut hasil 'google'an my hubby, katanya ada tujuh tapi kitorang jumpa lima je dan tak teruskan cari yang lagi dua. Takpela bukan masuk program Explorace pun kena complete kan semua task bagai,hihuu. Lagipun tak reti nak buat gaya macam mana dengan wall art yang besar tu. Nama pun unplanned, kitorang tak pernah nampak gaya or position mana orang bergambar. Kalau pernah senanglah nak copy paste kan. Masa kat 3d museum kat Penang tu senang sebab siap ada contoh dan 'mark' kat mana kita nak berdiri untuk snap gambar. Ok takpe, kita teruskan ke location lain plak.

Location seterusnya namanya Buku Tiga Lima, haaa apakah? I guess nama kedai kopi tu merujuk kepada buku kecik 555 tu la. Zaman dulu-dulu (tak lama sangat kot,masa aku kecik) kan kalau orang hutang makan kat kedai masuk buku 555 tu. Bila dah ada duit or cukup bulan datang kedai tu baru bayar hutang. Itu dari pemahaman aku la, nak confirm sila la google sendiri. Spend masa dalam half an hour jugak kat sini dengan kakak untuk snap gambar. Galeri Yasmin Ahmad pun ada kat kawasan ni tapi tutup plak masa tu, maklum sajalah kitorang datang hari Ahad. 

lai lai ;-) tak ada duit boleh masuk buku 555 lorr.

Alooo nyonya, kedai ada bukak kaa?

tumpang main teng teng sat ;-)

dah seminggu berjalan, mesti penuh peti surat kat rumah aiii ni ;-)

Yasmin@long heng tutup la pulakk.

Monroe's Place

Jangan tarik skirt orang :-p

Selesai bergambar kat sekitar kawasan Buku Tiga Lima ni, apa lagi next activity sudah semestinya makannn. Lokasi pilihan adalah sekitar dataran Majlis Bandaraya Ipoh, time petang sampai ke malam ramai peniaga bukak gerai makan kat situ. Kitorang order char kuetiaw untuk ayah, ken chop (kecik dari chicken chop.haha) untuk kakak dan yong taufu untuk ibu. 

sempat bergambar sebelum senja

Tak kenyang makan kt dataran bandaraya tu, kitorang singgah makan for the second round plak. Kali ni nak makan dimsum halal, susah nak jumpa kat tempat lain ni. Kitorang order prawn 1set, yam 1set & yee mee apa ntah, dah lupe tapi memang sedap semuanya. Irsyad pun aku suap makan dimsum sket ;-) Amboiii sejak ber road trip macam-macam makanan si tecit try tapi sikit-sikit je la kan.

yee mee ngan yam dimsum.suke sangat yam tu.air plak order air longan dan kundur.chinese memang suke air tu.

Greentown Dimsum, makan tanpa was-was ;-) apsal muka kakak macam tu? $&@#

Siap makan, singgah 7 Eleven jap beli roti dan tuna untuk breakfast dan bekal jalan-jalan esok pagi, senang tak payah singgah makan kat kedai lagi. Balik bilik malam tu layan Mentor Legend kat tv3 sampai abis lepastu apa lagi, tidurla. Esok akan teruskan penjelajahan untuk day 9 ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Tinggi, Pahang. Semoga perjalanan esok dipermudahkan.Aminn ;-)