Road Trip Jelajah Semenanjung Part 5
Lepas breakfast dan check out resort pagi Sabtu tu kitorang tak terus bertolak ke Kedah tapi masih teruskan aktiviti di Perlis. Aktiviti wajib of cos la amik gambar kakak ngan bendera, aku pilih lokasi kat signboard Bulatan Padang Besar. Alang-alang dah ke utara ni, my hubby kata why not kita kita ke Wang Kelian sekali kan. Aku pun setuju saja walaupun tak masuk dalam itinerary asal. Lagipun nanti kitorang ada 1 nite stay kat Alor Setar berbanding plan asal cuma nak singgah saja sebelum ke Gerik. So kiranya pagi tu memang kitorang free la. Jarak dari Padang besar ke Wang Kelian pun tak jauh, dalam 28km saja.
Wang Kelian di Perlis ni bersempadan dengan Satun di Thailand. Aktiviti hujung minggu yang menjadi perhatian ramai pelawat dah tentunya pasarnya tu kan. Tak perlukan passport pun untuk masuk ke Thailand asalkan tak pergi lebih dari kawasan pasar tu. Sebelum ke sana, my hubby ada google info pasal pasar yang dikenali sebagai 'pasar sehari' tu. Katanya cuma beroperasi sehari saja iaitu pada hari Ahad. Tapi kitorang pergi tu hari Sabtu ada pulak pasarnya, confuse aiii. Takpela yang penting dapat pegi pasar tu kan.
Aku tak tau plak laluan ke Wang Kelian tu berbukit, dah macam nk ke Cameron Highlands plak tapi takdela setinggi dan sejauh tu. Dalam less than 10km je kena tempuh naik bukit pastu turun bukit pulak untuk ke sana. Hujan pulak turun renyai-renyai pagi tu so bertambahlah rasa sejukk tu. Wang Kelian ni kawasan kampung kecik je tapi ada stesen minyak, kedai runcit dan a few kedai makan. Sampai sana, as expected memang penuh dengan kereta dan juga bas entah berapa bijik. Memang kalau nak ke pasar tu kena parking jauh la. Since dak tecit tengah tido, my hubby pun suruh aku ngan Insyirah je turun. Dia turunkan tak jauh dari pagar border Malaysia - Thailand tu, hubby & Irsyad tunggu dalam kereta je.
Masih di Malaysia. Lepas pagar tu dah masuk Thailand ;-)
Kereta queue nak ke check point,awak sibuk nak bergambar.peace yawww :-p
dah masuk kawasan pasar. jom kita cuci mata dan dompet (ayah) haha.
Ooo ada trade fair rupanya. Patutlah ramai orang. Or memang ramai sebab cuti skolah :-)
Tak lama pun cuci mata kat pasar tu sebabnya hujan plus kakak dah sibuk nak balik,aiyakk. Tak sampai suku pasar pun kita jalan kakak oii. Aku cuma beli seluar untuk diri sendiri & anak-anak, payung & tuala frozen kakak ngan periuk kecik 3pcs RM32 saja lepas tawar. Haaa mak-mak sangat kan pegi sana beli periuk. Bagi aku dah murah tu, so terus beli je. Tak boleh nk beli banyak-banyak sangat barang coz jauh gak nak mengangkut walaupun hubby tunggu kat luar pagar. Aku tengok mak-mak lain ramai yang bawak troli tarik tu siap-siap. Betul-betul planning nak menyoping tu :-p
Settle aktiviti sopingan yang tak seberapa tu, kitorang pun bergerak balik ke Padang Besar. Cadangnya nak repet makan kat Gerai No. 9 yang semalam tu. Aku teringin nak repeat pulut mangga dan durian sambil nak try menu lain kononnya. Sekali tu sampai sana parking penuh la pulak. Alaaa takde rezeki lah tu namanya, hubby pun ajak makan kedai lain yang tak jauh dari round about @ Bulatan Padang Besar tu. Mak dah excited tengok kat banner luar kedai ada menu yang diingini. Sekali tu bila nak order takde la pulak, hampa. Pulut durian cuma ada bila musim durian katanya. Alaaa kedai semalam tu ada, shud be durian Thailand la tu kan. Takpela, hubby pun order pulut ayam coz memang belum try lagi kan pulut ayam, nasib baik sedap ;-)
Siap lunch kat kedai tu, kitorang pun bertolak ke Alor Setar. On the way nak ke Alor Setar tu ada la menyinggah 2x, mula-mula beli mangga pastu beli limau bali plak. Haha makan saja kerjanya kalau bercuti ni kan. Tapi takpe, bagus kan lebihkan makan buah-buahan tempatan ni ;-)
mangga Perlis sangat sedap & manis. nak pilih pun rambang sebab akak tu jual je dah 6 jenis mangga yang berbeza.
Jarak Padang Besar dengan Alor Setar tak jauh mana, cuma 90km saja. Lebih kurang pukul 3 petang kitorang dah sampai hotel yang baru di book semalam. Kira macam last minute plan jugakla. Location takdela kat tengah bandar sangat tapi lebih dekat dengan jeti Kuala Kedah, tempat orang naik feri untuk ke Pulau Langkawi tu.
Hotel yang kitorang duduk tu hotel baru kot sebab tengok interior macam baru je. Nama hotel tu Leverege Business Hotel, rate semalam untuk bilik 2 + 1 (queen + single) cuma RM118. Murah je kan, tapi takde lift dan tak include breakfast. Nak murah macam Gerik memang tak dapatlah kan sebab ni kat bandar jugak. Gerik tu agak terpencil, rate cuma RM70 je aku book Hotel Sri Bintang tu. Kalau nak book takde kat booking.com or website ke apa, just by phone call saja.
Petang tu lepas berehat, mandi dan solat my hubby keluar carik tempat mendobi baju. Maklum saja dah masuk 3 hari baju tak berbasuh, memang nak tak nak hari tu kena jugak mendobi. Carik guna gps dan google maps pun macam tak membantu je. Lama jugak hubby pusing-pusing, last-last hampir sejam barulah jumpa kedai self service laundry. Kos basuh untuk muatan max to 9kg RM4.50, kos dryer pun RM4.50. So total RM9 untuk 3 hari punya baju, kira okla. Lepas ni boleh susun balik baju yang nak diguna untuk next 5 days sebelum balik rumah.
Bercakap pasal self service laundry ni, aku tengok kat tempat yang kitirang pegi ni agak susah nak jumpa, limited sangat. Kalau kat area Pasir Gudang banyak je, tapi takdela nak guna kan sebab duduk rumah sendiri. Mendobi kat rumah saja la kan. Maybe lepas balik cuti ni boleh guna coz baju kan bertimbun yang nak dibasuh. Both washer and dryer tu adalah coin operated, guna syiling 50sen yang baru tu sahaja untuk beroperasi. Mesin untuk coin exchange pun ada disediakan, so memang convenient sangat la kan.
Dalam pukul 7 malam, hubby pun balik ke hotel dengan hasil dobiannya ;-) Ok tinggalkan baju-baju tu dulu, kitorang nak pergi jalan-jalan cari makan. Asalnya nak ke Pekan Rabu petang tu tapi since hubby amik masa lama nak cari dobi tu, jadinya siap pun lewat. Ikut info yang hubby google, Pekan Rabu tu tutup pukul 9 malam. Okla, sempat lagi nak pegi sana. So kitorang pun terus ke Pekan Rabu dengan berpandukan gps. Sekali tu sampai sana, tengok sudah tutup laaa. Bukan tutup untuk hari tu je tapi dah tutup selamanya. Uwaa. Tutup sejak awal Disember sebab bangunan dah uzur. Kalau ikut papan notis tu, kedai-kedai dah berpindah ke Ukir Mall, tak jauh dari kompleks Pekan Rabu yang asal. Tapi kitorang tak pergi pun ke sana, terus carik kedai makan je sebab sibuk nak tengok bola weyy. Pusing punya pusing, finally jumpa kedai makan yang bukak game final Malaysia lawan Thailand AFF Suzuki Cup tu.
Koy teow tu kuetiaw la ye.hehe macam-macam ejaan.
Sambil tengok bola kitorang order makan bihun sup untuk kakak, mee basah untuk ibu, char kuetiaw untuk ayah dan sate untuk adik & 1 family la ;-) wawawa Irsyad 1st time makan sate, cubit sket2 je suapkan dengan nasi impit tu berselera dia makan. Siap makan, game tengah rehat baru abis half time. Kitorang pun terus balik hotel coz nak tengok full time, masa tu Malaysia tengah leading lagi. Sampai hotel sambung tengok bola kat tv sampai abis. Hampa sebab Malaysia kalah dari segi aggregat, bak kata pengulas - menang tanpa piala.aiyakk. Takpela takde rezeki nak menang, cuba lagi next 2 years ye ;-)
Habis tengok bola, rehat dan tidurla. Esok nak jalan-jalan Alor Setar sebelum bertolak ke divert route - Ipoh, Perak. Walaupun tak jadi ke Kelantan sebab banjir yang teruk kat sana, aku harap dan berdoa supaya keadaan makin pulih kat sana. Aminnn.
Day 8 - Kedah & Perak (21 Disember 2014)
Pagi Ahad tu kitorang breakfast kat hotel saja, tapi bukan provided by hotel la tapi hubby tapau kat kedai saja. Ok je makan kat hotel sebab selesa ada kerusi meja kat each bilik. Takdela nak 'bergaduh-gaduh' sangat ngan Irsyad yang suke nak tarik dan main saja yang dia nampak ;-) Siap breakfast dan bersiap, terus check out hotel pastu bergerak ke port nak amik gambar iaitu Menara Alor Setar.
Alamakk mengada tukar camera mode, xpela still ok ;-)
Siap amik gambar kat bawah, kitorang pun naik ke menara. Bayaran masuk RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak tapi kalau family pakej RM18 sahaja, save la RM2. Nak naik ke atas tu siap ada staff kat luar lif yang sambut dan tekankn butang lif.hihi. Takde pengunjung lain pun masa tu, cuma kitorang berempat je yang nk naik lif tu. Bila dah sampai atas barulah nampak pengunjung lain. Kakak pun sibuk nak guna teropong tu, guna la nak oii.
Kakak nampakkk besarr katanya.ok baiklah.
Siap beli souvenir kat atas menara tu, kitorang pun turun semula ke tingkat bawah. Kononnya nak lunch kat restoren berputar kat atas tu tapi rupa-rupanya cuma bukak dari petang ke malam saja. Laaa rasanya aritu ada baca yang lunch pun ada, takpela maybe silap.hihi. Memandangkan masih awal lagi, kitorang decide untuk ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di Jalan Kilang Ais. Sampai sana Irsyad dah terlelap kat car seat so takpela kali ni ayah turun dengan kakak, ibu tunggu kat kereta je.
Dalam pukul 12 tengahari, kitorang bertolak ke Ipoh tapi tak lunch dulu pun, plan nanti nak lunch kat R&R saja. Lagipun sejak mula road trip kitorang ni belum lagi berhenti makan kat R&R. Ada pun hari tu cuma berhenti buang air dan beli buah & kuah rojak yang mak kirim kat R&R Tapah arah utara. Jarak antara Alor Setar adalah 2xx km, so budget sampai Ipoh termasuk berhenti makan dalam pukul 4 petang la.
Oleh kerana jarak yang boleh tahan jauhnya, so aku pun volunteer ganti hubby memandu sebab tengok dia macam ngantuk je. Sambil memandu dalam negeri Kedah ni aku suka tengok pemandangan kiri kanan highway sebab ada sawah padi. Nama pun negeri jelapang padi kan. Sebelah highway PLUS ni juga ada landasan keretapi (KTM). Inshaa Allah panjang umur murah rezeki one fine day nanti nak bawak Irsyad naik keretapi pulak. Kakak dah pernah naik dah keretapi, komuter malah lrt pun pernah.
Lebih kurang 2/3 perjalanan, kitorang pun berhenti makan kat R&R Gunung Semanggol. Lepas daripada tu, sambung perjalanan dan hubby plak yang memandu sampailah ke tempat yang dituju, bandar Ipoh. Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai je, harap petang nanti berhentilah hujan sebab kitorang nak jalan-jalan dan bergambar sekitar bandar Ipoh.
Petang tu kitorang check in kat hotel yang namanya Checked In Hotel ;-) Last minute punya planning, amik je mana yang ada asalkan katil 2 + 1. Hotel kecik je, terletak kat shoplot betul-betul kat belakang Tesco Ipoh. Shoplot tu 2 tingkat tapi syukur kitorang dapat bilik kat ground floor, so takpayah nak naik tangga, yeayy. Sekali masuk dalam bilik tu mak aihhh sempitnya. Katil ngan meja sisi ngam-ngam je, ada lah sikit ruang untuk solat. TV plak memang lekat kat dinding, betul-betul kat hujung katil. Cuma 1 kaki je ruang untuk berjalan. Hehe redha je la kan, lagipun cuma untuk tidur semalam je.
Walaupun bilik sempit, yang penting dapat landing atas katil dengan selesa. Rehat sekejap, mandi dan solat jamak pastu dah siap-siap untuk keluar jalan-jalan. Wawawaaa gigih betul empat beranak ni kan. Dak tecit takpe, kitorang angkut je dan selalunya dalam kereta dia akan terlelap ;-) Memandangkan plan ke Ipoh pun agak adhoc,so tak tau ke mana nak pegi. My hubby google kejap, pastu terus decide nak carik wall art untuk bergambar pastu pegi makan. Wifi kat hotel tu lajuuu sungguh. Kakak siap boleh download video upin ipin yang latest, hubby plak download or update apps apa ntah ;-)
wall art pertama.ehh bendera Perak lagi ;-)
wall art kedua
Menurut hasil 'google'an my hubby, katanya ada tujuh tapi kitorang jumpa lima je dan tak teruskan cari yang lagi dua. Takpela bukan masuk program Explorace pun kena complete kan semua task bagai,hihuu. Lagipun tak reti nak buat gaya macam mana dengan wall art yang besar tu. Nama pun unplanned, kitorang tak pernah nampak gaya or position mana orang bergambar. Kalau pernah senanglah nak copy paste kan. Masa kat 3d museum kat Penang tu senang sebab siap ada contoh dan 'mark' kat mana kita nak berdiri untuk snap gambar. Ok takpe, kita teruskan ke location lain plak.
Location seterusnya namanya Buku Tiga Lima, haaa apakah? I guess nama kedai kopi tu merujuk kepada buku kecik 555 tu la. Zaman dulu-dulu (tak lama sangat kot,masa aku kecik) kan kalau orang hutang makan kat kedai masuk buku 555 tu. Bila dah ada duit or cukup bulan datang kedai tu baru bayar hutang. Itu dari pemahaman aku la, nak confirm sila la google sendiri. Spend masa dalam half an hour jugak kat sini dengan kakak untuk snap gambar. Galeri Yasmin Ahmad pun ada kat kawasan ni tapi tutup plak masa tu, maklum sajalah kitorang datang hari Ahad.
Monroe's Place
Selesai bergambar kat sekitar kawasan Buku Tiga Lima ni, apa lagi next activity sudah semestinya makannn. Lokasi pilihan adalah sekitar dataran Majlis Bandaraya Ipoh, time petang sampai ke malam ramai peniaga bukak gerai makan kat situ. Kitorang order char kuetiaw untuk ayah, ken chop (kecik dari chicken chop.haha) untuk kakak dan yong taufu untuk ibu.
Tak kenyang makan kt dataran bandaraya tu, kitorang singgah makan for the second round plak. Kali ni nak makan dimsum halal, susah nak jumpa kat tempat lain ni. Kitorang order prawn 1set, yam 1set & yee mee apa ntah, dah lupe tapi memang sedap semuanya. Irsyad pun aku suap makan dimsum sket ;-) Amboiii sejak ber road trip macam-macam makanan si tecit try tapi sikit-sikit je la kan.
yee mee ngan yam dimsum.suke sangat yam tu.air plak order air longan dan kundur.chinese memang suke air tu.
Siap makan, singgah 7 Eleven jap beli roti dan tuna untuk breakfast dan bekal jalan-jalan esok pagi, senang tak payah singgah makan kat kedai lagi. Balik bilik malam tu layan Mentor Legend kat tv3 sampai abis lepastu apa lagi, tidurla. Esok akan teruskan penjelajahan untuk day 9 ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Tinggi, Pahang. Semoga perjalanan esok dipermudahkan.Aminn ;-)
salam..
ReplyDeletemenarik entry ni boleh buat rujukan..
Waalaikumsalam. Terima kasih juliana sudi singgah blog ni.hihi. Seronok berjalan, jrg dpt peluang cuti lama.
Delete