Saturday 30 March 2013

Tempat2 Makan Best @ Johor

Entry kali ni nak kongsikan tempat2 makan yang best for me n my family kat area Johor, especially JB la ye. Akan di update from time to time. Jom tengok jom :-)

1. Restoren Shahab Beriani House

Alamat :
No. 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai


Menu : 
Nasi Beriani Biasa
Nasi Beriani Gam
Lauk : Ayam merah, ayam beriani, kambing, daging, rusa, gearbox

yeayyy ini dia nasi beriani gearbox..
bukan gearbox lembu, tapi kambing.tu yg comey je size.

sedapnyaaa..acar buah ada juga. 
tapi tak amik kali ni coz variety buah tu kurangla.

view dalam kedai.
amik ko, berkawah2 nasi beriani dia.
nampak ke tak?hujung sana tu,next to meja makan.


**************************************

2. Kacang Pool Haji

Alamat :
Medan Selera Larkin, Jln Tun Abd Razak Susur 5, JB

GPS Coordinat :
1.48559,103.749293

Menu : 
Kacang pool, rojak buah, tahu bakar, roti bakar, nasi lemak


kecik je kedai, standard medan selera la kan.
order kacang pool & tahu bakar kat sini, minuman order kedai sebelah.
ABc special & ice blended mangga sedappp.xdela plak gambar ;-)

inilah dia kacang pool (makanan tu la, not my hubby.haha)
mula2 tu tertanya2 jugak, apa tu kacang pool?ingatkan kacang je.hehe.
rupa2nya 1set -  roti bakar dimakan dengan kuah kacang pool +  
telur mata + hirisan bawang & cili padi + perahan limau
kuah kacang tu merupakan kacang pool yang dikisar dan 
dimasak bersama daging kisar dan bbrp bahan lain.


**************************************

3. Mee Bandung Tg. Langsat
(Restoren Keluargaku Sayang)

Menu : 
Mee bandung udang, ketam sambal, masakan panas/thai

baru sampai..restoren 'atas air' ;-)

sedapnya mee bandung udang tu..kuahnya terasa udang kering blend.
udang fresh yang diletak dlm mangkuk tu cuma 4ekor je.
harga semangkuk mee bandung RM7. padan la dengan rasanya ;-)
ketam masak sambal pun sedap,tapi selalu abis.
kalau datang pukul 7ptg ke atas, memang tak merasa laaa.


siap makan, duk melepak kat jeti plak.

**************************************

4. Air Kelapa Bakar, Jalan Masai Lama

Alamat :
Jalan Masai Lama 
(warung tepi jalan je..kalau dari Giant Plentong 
ke P.Gudang  ikut jalan lama,
 memang akan nampak warung ni)

Menu : 
Air kelapa bakar, kuih-muih, kerepek, etc.

Insyirah with ayah..07/04/13

kelapa muda sedang dibakar ;-)

Insyirah with Cik Safa - 26/03/13

antara khasiat kelapa bakar :
mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang,
batuk kering dan melancarkan peredaran darah.

kami minum, bubuh air gula bagi sedap.hehe.
kalau utk tujuan kesihatan, minum begitu saja la patutnya.


**************************************

5. Embun Cafe Asam Pedas Claypot

Alamat : No.49, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai

GPS Coordinat :
 1.545355,103.628185

Menu : 
Asam pedas claypot ikan pari, mayong, kaci, tenggiri, etc
Nasi goreng kampung
Nasi goreng asam pedas special

pilih ikan, then baru diorang masak dlm claypot ni.
best makan panas2 ;-) 

Insyirah with Cik Vivin

**************************************

Earth Hour 2013


Earth Hour ni sebenarnya dah seminggu yang lepas, tapi baru hari ni sempat nak buat entry pasal tu. Bz sangat minggu ni, tu yang xsempat (bz nyaaa.hihi) Tahun ni, Earth Hour diadakan pada hari Sabtu - 23 Mac 2013 dari jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Apakah itu Earth Hour? Ada ke orang yang masih tak tau? At least tau la kan, ia adalah kempen atau program mematikan lampu selama sejam.

Jom baca info ringkas tentang Earth Hour :

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney telah menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang dipanggil Earth Hour. Ia melibatkan penduduk dari semua peringkat umur dan status - dari kanak2, CEO, mahupun ahli politik. Sesiapa sahaja mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang didiami. Seramai 2.2 juta individu dan lebih 2,000 premis perniagaan memadamkan lampu selama sejam.

Pada tahun 2008, acara ini telah diperluaskan ke seluruh Australia. Oleh kerana  kesan hebahan yang hebat, 35 buah negara lain turut serta dalam program ini. Ia melibatkan 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan ke seluruh dunia, Earth hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada salah satu hari Sabtu dalam bulan Mac. Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di 135 buah negara di seluruh dunia 'mematikan lampu' selama sejam. Ia merupakan permulaan yang baru dan akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.

Di Malaysia, seingat aku first time Earth Hour diadakan adalah pada tahun 2009. Masa tu tengah preggie kan Insyirah ..waaa sangat rindu waktu itu (tetibaaa).  Seperti  tahun2 yang lepas, aku memang akan take part (boleh la dikatakan take part) dalam kempen ni. Caranya mudah saja, matikan la lampu kat rumah tu ye. Bukan sekadar sejam, tapi sampai 3-4jam kami matikan lampu. Buat apa bergelap kat rumah tu? hehe..memang tak la. Kebiasaanya kami akan keluar, tak duduk kat rumah pun. Okla tu kan, kami matikan lampu dan tumpang lampu tempat lain. Pasar malam, shopping mall semua tu tetap akan beroperasi macam biasa. Cuma sesetengah pasar raya je yang take part.. macam tahun lepas, aku tengok UO Pasir Gudang ikut kempen ni. 

Tahun ni, kami keluar pegi jalan2 kat Pasir Gudang ni je. Seawal pukul 6petang lagi kami dah keluar. Destinasinya ialah - pasar malam di Taman Air Biru..dekat je pun dari rumah kami di Tg. Puteri ni.

baru sampai.eh dak tecit nape geget baju tu?

yang ni wajib beli kalau pegi pasar sini..
masalodeh dan vadai.terbaekk.. 
my favourite ni sejak dulu, masa tu beli kat 
pasar malam Pekan Kapar.

yang ni pulak coconut shake..
sedappp (ibu mengalahkan anak.hehe)

 
yeayy dah dapat coconut shake !
kpd yang tak tau, cocunut shake ni adalah  
ice-blended air kelapa muda, ditambah pulak aiskrim vanila kat atasnya. 
kombinasi dua2 tu memang sedapp.


teringin nak makan yong tau fu. nasib baik ada. kat tempat ni, ada 
2 pilihan cara makan - sup (stemboat) or kuah hitam (yong tau fu)
biasanya kat johor ni memang yg sup tu, kurang minat. 
Lebih suka yang kuah hitam tu , sejak kecik makan kat Selangor .

 tempat ni jual nasi/mee/kuetiaw/megi/bihun goreng
goreng2 part ayam - dada,paha,kepak,rangka,hati,tongkeng semua ada.

Okay, selesai aktiviti membeli makanan di pasar malam, kami bergerak (macam jauh je bunyinya) ke Taman Tasik Pasir Gudang. Masa tu dah hampir nak senja dah. Ramai juga rupanya orang yang bersantai2 kat sana. Ada family yang siap berpicnic kat situ. Kami pun nak picnic juga ni, tapi takdela bawak tikar segala bagai kan. Maybe diorang ni pun sengaja lepak kat situ, sokong Earth hour macam kami jugak. Bagus2. Bayangkan kalau setiap rumah dikosongkan (takkan nak duk dalam gelap kan) selama sejam pada malam tu, berapa banyak dah tenaga elektrik yang dijimatkan tu. Yang sedikit tu kalau dikumpulkan, akan jadi banyak la kan.

senja nan merah..hihihi.

Pasir Gudang menjelang pukul 8 malam ;-)

Selepas sejam menjamu selera di tepian tasik (takkan nak tengah tasik plakk) kami pun ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk solat Maghrib dan window shopping.. Kebanyakan kedai bukak je, takde pun join Earth Hour. Selesai round2, kami pun balik ke rumah dan hidupkan lampu semula. For me, selain daripada semasa Earth hour, kita patut jimatkan penggunaan elektrik pada setiap masa. TV tu kalau tak ditengok, baik la tutup kan. Macam tu jugak lampu,kipas,dan alat elektrik yang lain. Ok itu saja cerita pasal Earth Hour ;-) babaiii.

Saturday 16 March 2013

Jalan2 Singapore..sekali lagi ;-)

Semalam, Sabtu 16.03.13 kami (me,hubby,dak tecit n my sis) telah berjalan2 ke Singapore sekali lagi. Kali ni kami rancang nak ke Skypark, Marina Bay Sands (MBS). Jarak dari Woodlands Checkpoint lebih kurang 20km+ saja, tak jauh pun. Hanya perlu ikut arahan dari encik GPS, macam biasa ;-) Bertolak dari rumah hampir pukul 10pagi mcm tu, pukul 11.15pagi dah sampai MBS, kejap je coz jumlah kereta yang nak masuk ke Singapore pagi tu tak banyak mana pun. Jadinya, perjalanan kami pun smooth je, alhamdulilah.

view dari atas Skypark

Sampai je MBS, kitorang pun terus cari tempat parking. Memandangkan masa tu masih awal, so takde masalah untuk parking, masih banyak yang kosong. MBS terdiri daripada 2 bangunan yang merangkumi hotel bertaraf 6 bintang dan  kompleks membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenama mewah. Kedua2 bangunan tu sangatla luas. Memang tak larat la nak jelajah semua kedai dalam 1 hari, itu pun kalau ongkosnya banyakla. Kalau tak, tak payah nak jelajah sangatla. Cukup sekadar cuci mata saja. Terdapat juga Skypark yang terletak di tingkat atas sekali, iaitu tingkat 56 - tempat yang kami tuju pada kali ini untuk tengok pemandangan Singapore dari tingkat teratas MBS.

Dari tempat parking, kami terus naik lift untuk ke Skypark. Eh eh bukan dari tempat parking terus bleh ke Skypark tu ye..naik lift tu sekadar ke ground floor part kedai2 untuk beli-belah saja. Kami memang tak membeli la, kami belah (blahhh) saja.hehe. Jenama apa nak, macam2 ada - Gucci, LV, Guess, Polo Ralph Lauren, Burbery dan macam2 lagi la. Jauh jugak berjalan, just ikut la arrow mana hala Skypark tu.

yeayy we are ready to explore (explore la sgt)

penat berjalan, berenti amik gambar jap

posing je.xmasuk pun.


akhirnya sampai kat sini

Setelah jauh berjalan, akhirnya sampai kat escalator ni. Turun escalator, terus jumpa tempat untuk beli tiket ke Skypark. Harga tiket - SGD20 untuk dewasa dan SGD14 kanak2. Mahal jugak kan, tapi takpela..sekali seumur hidup.haha. Lepas beli tiket, terus naik lift ke tingkat 56. Waaa sangat laju lift tu gerak okay..kurang 2minit kot dah sampai atas. Telinga pun berdengung2 je masa dalam lift, tapi tengok Insyirah steady je, siap tersenyum2 lebar. Part berjalan2 ni, serah kat dia..memang happy sangatla. Actually hari ni patutnya kena skool, ganti cuti CNY hari tu..tapi ponteng.haha.

Sampai je tingkat 56 dan keluar lift, terus kami di'offer' untuk amik gambar. Biasala ni, this kind of thing kat mana2 pun ada org buat, even kat Zoo Taiping pun ada. Masa nak keluar nanti, sibukla diorang promote suh beli gambar tu kan. Rege plak, memang mahal la kan. Gambar size 8r + leather frame diorang jual SGD45, klu gambar saja SGD30..mahal kot. Memangla gambar cantek, tapi rasa tak berbaloi plak. So memang kami tak beli la ye.hihihi.

ticket 3dewasa, 1 kanak2 - total SGD74. 
tak payah nak convert sangatla ye.

Skypark @ observation deck ni rupa2nya tak la luas mana. Katanya boleh memuatkan hingga 3900 orang pada satu2 masa..mak aihhh sesak tu kalau ada seramai tu. Boleh la, setakat nak lepak2 dan ambil gambar, buat kenangan katanya. Kat atas tu ada infinity pool jugak, tapi tak dapat nak akses pun that area coz hanya boleh masuk jika ikut tour. Tour tu free je kalau kita dah beli tiket ke Skypark ni, tapi limited kepada 50 orang pertama yang mendaftar bagi setiap sesi - 10pagi, 2ptg dan 10malam. Memandangkan kami beli tiket tu pun dah dekat pukul 12tghari, confirm2 la dah penuh sesi yang pukul 10pagi tadi kan.

Ni antara gambar2 yang kami ambil kat Skypark :


saya ada ticket ! (so??)

my sis, minah ni mmg suka bergambar.


souvenir kat atas ni, harga memang tak boleh tahan la.
fridge magnet - SGD8 each. ok fine, tengkiu ;-)

with my 'cinta hati'

dak tecit ngan skiphop backpack yg baru..BEE, comey je kan.
bukan baru dibeli, tapi baru di ambil dari stok 
barang2 jualan CuteBaby Collections.
untungla Insyirah, ibunya tokey kedai online.hehe.

Selepas hampir sejam melepak dan bergambar, kami pun turunla semula ke tingkat bawah. Sama macam masa datang tadi, jauh perjalanan nak ke tempat parking ye. Sempat singgah 2-3 pit stop, eh dah macam explorace plak.hehehe. 1 hal yang nak di highlight kat sini adalah tentang p.a.r.k.i.n.g. Sepatutnya boleh la kan guna Autopass untuk kami yang merupakan pelancong (kalau local guna Cashcard). Tapi yang tak bestnya, Autopass kami tak diterima di sini sebab kami punya kad adalah kad yang baru - xde cip. Hanya autopass yang lama saja diterima..aduhaiii, apalaaaa. Sepatutnya bila keluar kad baru, lebih bagus dari yang lama, tapi ni makin ada kekurangan plak. LTA of Singapore, sila ambil perhatian ye.haha..macamla diorang baca blog ni. Memandangkan Autopass kami tak 'laku' di sini, my hubby kena plak bayar cash untuk dapatkan parking ticket - SGD6 per entry. Ok fine, kami redha (???)..asalkan dapat keluar dari sini..kihkih.

Destinasi seterusnya, kami ke Bugis Street plak. Tempat ni ala2 macam Petaling Street la kalau kat KL ye. Tapi ianya terletak dalam 1 bangunan, kedai2 dalam tu plak banyak yang permanent, bukan macam style booth2 gitu. Macam2 jenis barang ada dijual - buah2an, coklat, souvenir, beg, pakaian dan macam2 lagi. Okla, harga barang2 kat situ memang murah. Tshirt 3pcs for SGD10 only, boleh campur size dewasa dan kanak2. Fridge magnet (fm) plak SGD10 dpt 4pcs, ada yang bleh dpt 5pcs. Keychain plak ada yang harga serendah SGD10 untuk 18pcs. Tapi biasala kan, kalau yang murah, material fm or keychain tu bukanlah yang besi tu ye.  Kesimpulannya, kalau nak beli souvenir, sinilah tempat yang paling sesuai.


posing dulu kat pintu masuk


tiket parking
SGD2 = 1jam parking

Cerita pasal parking, kat area ni merupakan kawasan parking berkupon. Me, my sis and my little Insyirah turun dulu. Cuma my hubby sorang je yang dok pusing cari parking. Selepas 2-3kali round, baru jumpa petak kosong untuk parking. Memandangkan kami takde kupon, my hubby terpaksa la tebalkan muka ketuk cermin tingkap kereta orang untuk beli kupon parking dari diorang. Dapatla beli 3keping, total SGD2 untuk parking selama sejam sahaja. Kat Singapore, tak kira weekend ke..tengah malam ke..tetap kena bayar parking. Takde yang free di sini okayy. Next time, we shud buy kupon parking ni dulu sebelum datang ke tempat2 macam Bugis Street ni. Kupon parking boleh dibeli di mana2 kedai 7 Eleven yang bersepah kat Singapore ni..tapi kat area Bugis Street ni tak nampak la pulak..erkkk.

minum dulu..panas terik, haus sangattt.


beli, jangan tak beli


banyaknya pilihan handbag..my sis tangkap seketul
aku tak beli pun, tak minat..haritu beli kat Bandung, pakai 2bulan 
dah putus talinya.huhu.murah la katakan.


Selesai soping ala kadar (maksud ala kadar??beli sket je la.xsangka murah2.klu tau banyakkk lagi tukar duit..hihi), kami pun bergerak ke Arab Street pulak, berdekatan je ngan Bugis Street. Sama jugak, kat area ni boleh parking di sepanjang jalan, luar deretan kedai. Apa yang diperlukan adalah wajib ada (bukan sunat ye,wajib.hihi) kupon parking. Ermmm 7 Eleven ada je kat jalan ni, tapi petak kosong untuk parking pulak takde. So, takde maknanya kalau ada kupon pun kan.

Elok je lalu depan Zam Zam Restaurant, ada plak pekerjanya tahan kereta kami, promote suruh masuk kedai dia. Memang kami nak makan kat situ pun.  Pekerja tu bagitau , bleh parking kat shopping mall@hotel depan tu, namanya Golden Landmark. Kami pun terus la masuk bangunan yang dimaksudkan.

Haaa, kat Golden Landmark ni, kereta pun guna lift tau untuk turun naik ke level yang berlainan. 1st time kami naik car lift, sedikit batakkk.haha. Punyalah nak save ruang kan, sampai kereta pun perlu guna lift. Yela kan, kalau ka tempat lain, parking bertingkat akan ada laluan yang disediakan.. sama ada yang naik level by level or yang pusing2 terus sampai atas - yang agak memeningkan kepala aku tu. Kat sini naik lift, okla..tak pening langsung dan cepat sampai. Tapi lambat sket nak menunggu turn, kereta kena beratur dulu. Nasib kami baik, sampai je kat level 4 tu kebetulan ada kereta yang keluar. So, terusla parking kat situ..rezeki2.

Dari Golden Landmark, lintas jalan..terus masuk ke deret kedai yang menempatkan Zam Zam Restaurant tu. Mula2 ingat nak makan dulu, tapi tengok jam dah pukul 3.40 petang, kami pun decide untuk solat zuhur dulu. Elok pulak, opposite restoren tu ada masjid - Masjid Sultan namanya. Terjumpa pulak 2 pasangan pengantin kat dalam tu, shud be diorang nikah kat situ la tu. Kat belakang masjid ni pun happening jugak, byk kedai dan booth jual souvenir. Tapi kami tak pegi pun, siap solat terus nak makan..lapar sudahh.

dah siap solat, amik gambar jap.heee,nak jugakk

Dari Masjid Sultan, lintas jalan je sampailah Zam Zam Restaurant ni. Memang dah aim nak makan kat sini pun. Kami order murtabak daging-1, murtabak ayam-1, nasi goreng putih-1. Air plak bandung & teh O ais  je, xde pun cuba air yang pelik2. Tengok berdekatan kaunter ada dijual air katira, dalam botol 500ml gitu, tapi kaler putih..alamakkk takut tak sedap, so tak berani nak try.. Kaler mcm susu putih, aku memang tak lalu kalau susu putih.hehe. Haaa kenapa pulak yang di order tu namanya nasi goreng putih? sebabnya tak letak kaler oren dan tak pedas, khas untuk cik puan kecil kami. Kalau kat Singapore ni, bukan setakat nasi goreng je..mee goreng, meehoon goreng, etc diorang suka bubuh kaler oren. 1st time makan haritu kat rumah nenek, pelik juga. Tapi rasa biasa2 je..maybe letak kaler oren sebab nak bagi cantek je kot.. haha.motip??

motto kedai ini ~ enjoy a tradition of 100years


yeayyy inilah dia murtabak. ada 3 size@harga. SGD6, SGD7 dan SGD14
kami order yang SGD7/pc. kenyanggg terlebih.

aktiviti wajib before makan, amik gambar dulu.
eh eh wajibnya baca bismillah/doa dulu la (itu xdilupakan,of cos)

Total makan2 di restoren tu around SGD22.. Okla, boleh tahan..sedap jugak. Murtabak ayam tu unik sebab ayamnya cukup berempah, pedas..kalau tak payah cicah kuah kari pun boleh. Dak tecit tak boleh kot makan murtabak tu, pedas..makan nasi goreng pun sikitt je sbb dia dah ngantuk sangat tu.. Selesai makan, kami pun balik ke Golden Landmark semula untuk amik kereta (naik kereta la,bukan amik..heee) Dalam pada mengantuk, Insyirah masih mampu lagi nak berposing kejap. Kat sini, Autopass yang versi baru diterima. Bayaran sebanyak SGD4 dikenakan untuk parking.. deduct terus dari credit dalam Autopass tu. Kan bagus kalau semua tempat bayar guna Autopass je macam ni, memudahkan tourist macam kami ni ;-)

dak tecit ngan topi barunya..
beli kat mana lagi kalau bukan Bugis Street
SGD6 saja. again, xpayah convert ke RM la ye.

Ok, selesai sudah aktiviti jalan2 kami di Singapore kali ni. Masing2 dah penat, flat okayy. Masuk je dalam keta, Insyirah terus tido. Aku plak terus tersandar, penat dan sakit kepala cos cuaca panas sangat kan..erkkk masa jalan takde pulak nak sakit kepala kan kan kan. Kesian kat hubby blom dapat rehat, kena driving plak.. kat rumah nanti je la rehat ye ;-) Otw balik, heavy traffic plak dari Woodlands menghala ke JB. Baru sedar, hari ni Sabtu la, hari bekerja bagi sesetengah orang. Maklumla, ramai juga warga JB yang bekerja kat Singapore..so memang berduyun2 la manusia yang siap sedia untuk queue, especially yang naik motor la..keta tak banyak sangat. 

Autopass kami kena caj SGD6.20, which is SG1.20 untuk toll dan SGD5 tu untuk bayaran sebab masuk kawasan town..ada istilahnya, apa ntah..otak sudah tak boleh nak recall.hehe. Credit balance dalam Autopass tinggal kurang daripada SGD5 saja kot..also tak ingat.. Next time kalau masuk Singapore lagi la baru topup ye. Okbai..wassalam ;-)