Earth Hour 2013
Earth Hour ni sebenarnya dah seminggu yang lepas, tapi baru hari ni sempat nak buat entry pasal tu. Bz sangat minggu ni, tu yang xsempat (bz nyaaa.hihi) Tahun ni, Earth Hour diadakan pada hari Sabtu - 23 Mac 2013 dari jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Apakah itu Earth Hour? Ada ke orang yang masih tak tau? At least tau la kan, ia adalah kempen atau program mematikan lampu selama sejam.
Jom baca info ringkas tentang Earth Hour :
Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney telah menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang dipanggil Earth Hour. Ia melibatkan penduduk dari semua peringkat umur dan status - dari kanak2, CEO, mahupun ahli politik. Sesiapa sahaja mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang didiami. Seramai 2.2 juta individu dan lebih 2,000 premis perniagaan memadamkan lampu selama sejam.
Pada tahun 2008, acara ini telah diperluaskan ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat, 35 buah negara lain turut serta dalam program ini. Ia melibatkan 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan ke seluruh dunia, Earth hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada salah satu hari Sabtu dalam bulan Mac. Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di 135 buah negara di seluruh dunia 'mematikan lampu' selama sejam. Ia merupakan permulaan yang baru dan akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.
Di Malaysia, seingat aku first time Earth Hour diadakan adalah pada tahun 2009. Masa tu tengah preggie kan Insyirah ..waaa sangat rindu waktu itu (tetibaaa). Seperti tahun2 yang lepas, aku memang akan take part (boleh la dikatakan take part) dalam kempen ni. Caranya mudah saja, matikan la lampu kat rumah tu ye. Bukan sekadar sejam, tapi sampai 3-4jam kami matikan lampu. Buat apa bergelap kat rumah tu? hehe..memang tak la. Kebiasaanya kami akan keluar, tak duduk kat rumah pun. Okla tu kan, kami matikan lampu dan tumpang lampu tempat lain. Pasar malam, shopping mall semua tu tetap akan beroperasi macam biasa. Cuma sesetengah pasar raya je yang take part.. macam tahun lepas, aku tengok UO Pasir Gudang ikut kempen ni.
Tahun ni, kami keluar pegi jalan2 kat Pasir Gudang ni je. Seawal pukul 6petang lagi kami dah keluar. Destinasinya ialah - pasar malam di Taman Air Biru..dekat je pun dari rumah kami di Tg. Puteri ni.
baru sampai.eh dak tecit nape geget baju tu?
yang ni wajib beli kalau pegi pasar sini..
masalodeh dan vadai.terbaekk..
my favourite ni sejak dulu, masa tu beli kat
pasar malam Pekan Kapar.
yang ni pulak coconut shake..
sedappp (ibu mengalahkan anak.hehe)
yeayy dah dapat coconut shake !
kpd yang tak tau, cocunut shake ni adalah
ice-blended air kelapa muda, ditambah pulak aiskrim vanila kat atasnya.
kombinasi dua2 tu memang sedapp.
teringin nak makan yong tau fu. nasib baik ada. kat tempat ni, ada
2 pilihan cara makan - sup (stemboat) or kuah hitam (yong tau fu)
biasanya kat johor ni memang yg sup tu, kurang minat.
Lebih suka yang kuah hitam tu , sejak kecik makan kat Selangor .
tempat ni jual nasi/mee/kuetiaw/megi/bihun goreng
goreng2 part ayam - dada,paha,kepak,rangka,hati,tongkeng semua ada.
Okay, selesai aktiviti membeli makanan di pasar malam, kami bergerak (macam jauh je bunyinya) ke Taman Tasik Pasir Gudang. Masa tu dah hampir nak senja dah. Ramai juga rupanya orang yang bersantai2 kat sana. Ada family yang siap berpicnic kat situ. Kami pun nak picnic juga ni, tapi takdela bawak tikar segala bagai kan. Maybe diorang ni pun sengaja lepak kat situ, sokong Earth hour macam kami jugak. Bagus2. Bayangkan kalau setiap rumah dikosongkan (takkan nak duk dalam gelap kan) selama sejam pada malam tu, berapa banyak dah tenaga elektrik yang dijimatkan tu. Yang sedikit tu kalau dikumpulkan, akan jadi banyak la kan.
senja nan merah..hihihi.
Pasir Gudang menjelang pukul 8 malam ;-)
Selepas sejam menjamu selera di tepian tasik (takkan nak tengah tasik plakk) kami pun ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk solat Maghrib dan window shopping.. Kebanyakan kedai bukak je, takde pun join Earth Hour. Selesai round2, kami pun balik ke rumah dan hidupkan lampu semula. For me, selain daripada semasa Earth hour, kita patut jimatkan penggunaan elektrik pada setiap masa. TV tu kalau tak ditengok, baik la tutup kan. Macam tu jugak lampu,kipas,dan alat elektrik yang lain. Ok itu saja cerita pasal Earth Hour ;-) babaiii.
Comments
Post a Comment