Friday 26 September 2014

Solid Food Untuk Baby 7 Bulan

Baby dah masuk 7 bulan 3 minggu baru la nak update pasal solid food ye. Takpela, 'late is better than never' katanya. At least boleh dijadikan rujukan di masa hadapan, for the next baby.. Insya Allah kalau ada rezeki ku terima dengan besar hati ;-)

Aku start bagi Irsyad makan masa umurnya 6 bulan 2 hari. Terlewat sket sebab masa tu baru balik dari kampung dari cuti beraya. Tak sempat ibu nak beli stok buah or sayur untuk Irsyad. Hahaaa setakat lewat 2 hari tak payah nak kecoh okayy. So bila dah ada bahannya, aku pun memulakan aktiviti mempuree (membuat puree) buah dan sayur untuk baby. The very 1st puree yang aku bagi kat baby adalah > puree apple. 1st time bagi sket je dalam 5 kali suap sbb nak try, campur ngan susu ibu. Penerimaan Irsyad cukup bagus, dia suke sbb 1st time dapat makan. Selalu asyik tengok je ibu, ayah & kakak makan ye sayang ;-) Cara nak buat puree senang je, kupas kulit buah pastu stim & blend. Siap blend, masukkan dalam tipuware kecik or baby cup untuk disimpan dalam freezer. Bila nak bagi baby makan, keluarkan dari freezer dan panaskan kejap kat microwave. Cara buat puree dan contoh2 resepi untuk baby banyak je kat fb group My Baby Homemade Solid Food (MBHSF). Tak lupa juga follow 4 days rule tu, bagi baby makan 1 jenis makanan yg sama untuk tempoh 4 hari berturut2. Kalau baby ok, berak semua ok dan tak kembung means sesuailah makanan tu untuk dia.

nak lagi ! nak lagi! sorry ibu prepare sket je sayang.
so apa lagi, kita campak bowl ni. aiyakk.
Walaupun aku tak bekerja, fulltime housewife tapi aku pun buat stok puree jugak macam ibu bekerja. Bukan malas tapi nak memudahkan dan menjimatkan masa. Lagipun baby makan ciputtt je. Takkan la aku nak stim & blend 1/2 biji je buah tu je kan untuk sekali makan. Silap2 mini blender tu pun tak mau pusing sbb sikit sangat. Sangat2 tak praktikal okayy kalau macam tu. Satu hal lagi, bila dah masuk 7 bulan ni Irsyad dah mula cerewet bab makan dan mudah jemu. Contoh kalau tengahari bubur nasi+labu, petang nanti tak nak dah makan sama. Esok harinya pun tak nak jugak nasi+labu tu. At least lusa baru dia nak makan menu yang sama. So thats why la aku buat stok puree, tapi skali buat pun takdela banyak. Boleh buat 3x makan, thats means 1 jenis puree tu akan disimpan maksimum 9 hari dlm freezer sebab selang 2 hari baru bleh rotate. Kalau tak memang disembur2 je ngan dak tecit tu :-p Kalau ikutkan bila kita simpan dalam freezer stok puree tu boleh je tahan sampai 2-3 minggu.. cuma aku takde buat macam tu, 9 hari is the max.

Okay, cerita bab bubur nasi plak. Lepas 3 minggu cuba pelbagai jenis puree e.g apple, pear, carot, etc tu aku start bagi bubur nasi plak kat Irsyad. Aku try buat bubur nasi guna beras yang di blend, ada juga cara2 nak sediakannya kat group MBHSF tu. Aku buat stok sket jugak untuk beras yang dah di blend tu. Tapi sayang seribu kali sayang.. anakku hanya nak terima bubur nasi tu untuk tempoh seminggu je. Masuk minggu kedua dia dah tak mau, mula la sembur2. Ibu pun mula lah nak frust, tapi tak putus asa. Teruskan bagi bubur nasi+puree tu jugak walaupun baby refuse untuk makan. Tetiba 1 day aku tergerak hati nak buat akaun instagram. Haaa ada kaitan ke? Ada, mesti ada kan, kalau tak tak payah cerita. Actually dah lama adik2 sibuk suruh buat akaun instagram ni & suh upload gambar anak2 banyak2 tapi selalu aku delay kan. Malas lagipun memikirkan henpon yang low memory (statement nak henpon baru..erkk) tu makin malas nak buat. Okay, bila dah ada instagram tu biasala akan ter'follow' plak artis or selebriti. Aku follow ig @nanamahazan tu rajin dia upload gambar makanan yang dia prepare untuk baby boy dia yang tua 2 bulan dari Irsyad. Aku tengok dia masak nasi macam biasa.. sayur plak stim, contohnya brokoli. Pastu blend nasi+brokoli tu. Hasilnya nampak creamy dan sebati. So aku pun try buat untuk Irsyad, alhamdulilah dia nak makan. Skang dah lebih sebulan setiap hari bagi nasi blended tu dia still suka nak makan. Cuma kena tukar kombinasi sayur, buah or lauk tu. Setakat ni lauk cuma ayam je, buat kiub stok ayam macam kat group tadi tu jugak. Ikan bilis pernah try bagi tapi Irsyad tak suke, siap nak termuntah lagi..aiyakk. Lepas seminggu try bagi lagi pun sama jugak, dia tak boleh terima. So takpela, kiv dulu ikan bilis blend itu.. nanti dia dah 8 bulan+ try offer kot2 dia nak pulak. Kakak Insyirah suke sangat ikan bilis blended tu, dia la yang makan sampai habis.hihi. 1st time buat ikan bilis tu goreng+blend, 2nd time sangai+blend.. both Irsyad tak minat & both Kakak Insyirah minattt sangat ;-)

Setakat 7 bulan 3 minggu, ni antara menu makanan Irsyad yang ibu rotate :

tofu ala2 taufufa beli kat pasar malam. tapi air gula gantikan dengan kuah puree kurma.
yang bentuk2 tu Kakak Insyirah punya :-)

nasi + bayam + kurma blended.
susu ibu tak dilupakan okayy.

seumur hidup ni la 1st time beli avocado. RM4.59 sebiji kat Mydin.
rasa lemak2 kelat gitu. ibu xsuke tp anak suke bila dah blend ngan kurma.

cube stok ayam. sedappp.
dada ayam + carot + bawang besar + bwg putih + serai + halia + rempah tumis direbus dalam 1/2jam. blend balance air rebusan+ carot+ ayam saja. isi dalam ice tray. jadilaaa kiub stok ayam. 

Alhamdulilah.. di samping makan solid food, breastfeed tetap diteruskan setakat ni & Insya Allah sampai umur 2 tahun nanti. Makanan2 baru akan diperkenalkan sikit demi sikit untuk Irsyad. Next stage boleh cuba bagi oat, yogurt, cheese, pasta & daging plak. Harap anak ibu akan suka apa yang ibu prepare untuk dia.. dan yang penting baby membesar sihat dan kuat ;-) eh eh dah macam iklan Milo la pulakkk. Dalam pada nak bagi solid food kat baby ni, kesabaran adalah sangat penting. Sebabnya kadang2 baby tak nak makan walapun kita dah cuba tukar2 kombinasi. Baby pun macam kita orang dewasa jugak, kadang2 tak selera (ye ke?aku selera je setiap masa.haha). Macam Irsyad ni kadang2 makan banyak, kadang2 sikit. Ikut suka dia je.. so takpela, tak semestinya makan sikit tak cukup kan. Insya Allah cukup untuk keperluan tubuh dia. Aminnn.

sejak 7 bulan ni dah pandai berdiri & duduk sendiri. yang terbaru pandai
berdiri sambil bergerak pegang sofa. orang jawa panggil 'rembetan'.
bahasa melayu xtau sebut apa :-p

sejak seminggu ni start bagi dia guna fresh food feeder ni.
letak buah potong macam betik or mangga,
klu bagi mcmtu je takut tercekik or hancur dilenyek ngan tangan dia.
baby suke sangat makan sendiri tapi mengamuk bila kita amik untuk refill :-p

tak dilupakan.. kakak tersayang.
temankan adik makan buah potong.
ada swimming suit frozen ber'skirt' lagi tu..untunglaaa ;-)

** ps : entry ni gambar agak rojak sebab collage gambar pastu frame kaler/corak lain2.
tak plan nak masukkan dalam blog entry yang sama.hihi.

Tuesday 23 September 2014

Holiday @ Lotus Desaru Beach Resort

Cuti sekolah bulan September ni sekali lagi my beloved hubby @ ayah takde kat sini, keje kat Mumbai lagi la.. apa lagi. Cuti sekolah Mac hari tu pun takde jugak tapi aku tak ke mana coz masa tu baru je lepas abis berpantang, baby pun masih kecik. So cuti skolah cuma duduk rumah je, balik kampung pun tidak coz tak sanggup nak drive dengan sorang baby & sorang anak kecik (dah nak 5thn pun kecik ke?) :-p

Cuti bulan May plak okla, ayah baru balik dari Mumbai & kitorang pegi bercuti kat Perth pastu balik kampung plak. Untuk mengisi cuti September ni plak, aku dah plan nak bawak anak2 ke Lotus Desaru. Eh eh sebenarnya kenapa ye kalau cuti je mesti nak kena pegi berjalan. Duduk rumah je tak boleh ke? Jawapannya ialah tak boleh sebab ibu & anak memang suke berjalan :-p Tak jauh pun, jarak Desaru dari rumah kitorang kat Pasir Gudang cuma around 40km saja. So okla, mampu la ibu nak drive sambil melayan anak2 tu. Tapi bukan pegi bertiga je pun, aku siap angkut adik2 skali. Bolehla buat teman kakak & adik sekali. Lagipun kalau ramai2 lagi meriah kan.

Jumaat 19 September, kitorang (ibu, kakak, adik & cik evin- adikku laa) bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi, sampai Lotus Desaru pukul 11.15 pagi. Haaa cepat je dah sampai kan. Mula2 sampai kitorang pusing2 dalam kawasan resort tu jap memandangkan masa check in pun lewat, pukul 3 petang. Boleh tahan luas kawasan resort tu, blok penginapan pun banyak. Oleh kerana kawasannya yang luas, siap ada disediakan free shuttle service okay. Shuttle tu akan pusing2 sekitar kawasan resort. So tak perlu risau kalau dapat blok yang jauh dari kawasan pantai tapi nak pegi mandi laut. Boleh je tunggu shuttle kat few stops yang disediakan. Tak letihla la kaki tu nak menapak dari blok sampai ke pantai sana tu kan.

Oleh kerana aku dah book seawal 2 minggu sebelum tarikh menginap tu.. so aku request dan dapatla blok yang berdekatan dengan water park yang comel je tu. Bolehla bagi Kakak Insyirah enjoy main air. Kalau nak main air puas2 kena la pegi water park saja kan. Tapi tu la, asyik tertangguh je niat nak bawak dia sejak belum ada adik sampai la adiknya dah 7 bulan. Takpela next time bleh plan lain. Lagipun kakak bukannya jenis yang berani sangat nak mencuba slide ke apa yang extreme sangat pun kan.

Sebelum pukul 12, aku dah siap urusan ambil kunci untuk check in suite dah. Staff tu bgtau dah bleh check in terus tak payah tunggu pukul 3. Ok sangat lah tu kan.. tapi kitorang tak terus ke blok pun tapi pegi duk melepak tepi pantai jap. Kakak nak main bina istana pasir katanya. Tapi bila dah sampai pantai boleh plak dia kata takut air datang kat kakak..aiyakk. So tak jadila main istana pasirnya pun. Cuma duduk2 tepi pantai & makan bekal makanan yang kitorang tapau dari rumah tadi. Memang dari kecik kakak ni jenis penakut, bawak ke pantai jerit2 dia takut air. Ibu bawak adik cecah kaki kat air dia cool je. My boboy ni nampak gayanya memang jenis tak takut & main redah saja ;-) Jom layan gambar2 kat pantai..lama tak ke pantai rasanya..besttt.

yeayy ke pantai kita ;-)

1st timer - Irsyad Syamim

nak main kejar ombak plisss

Puas melepak tepi pantai, kitorang pun decide untuk balik ke blok. Kitorang dapat blok E, salah satu blok yang berdekatan dengan water park. Sila request Blok E to G kalau anak suke main kat waterpark.hihi. Alhamdulilah masa tu belum ramai sangat guest yang sampai for that day. So kitorang dapat parking betul2 kat bawah blok, opposite suite kitorang je. Kalau lewat sket memang kena parking kat car park yang berhampiran, so perlu la menapak sket dalam 400meter sebelum nak sampai ke lift blok E & F (sharing lift between these 2 blocks).

adik dan kakak

assistant ibu yang setia
depan beg adik, belakang beg kakak

Ok, yang aku sewa adalah 1 bedroom suite. Kat Lotus Desaru ni memang penginapan semua jenis suite saja. Pilihan sama ada 1, 2 or 3 bedroom. Takde pun 1 bilik macam hotel2 biasa. Bayaran untuk 1 malam RM280 nett. Pastu aku tambah 2 wristband sebab bawak 2 orang adik. Just tambah RM5 untuk setiap tambahan wristband tu, so total jadi RM290. Kalau 2 bedroom plak dalam RM580 kot, lupe plak. Aku amik 1 bedroom sudah.. lagipun cuma nak stay 1 malam je. Adik2 bleh je tido kat ruang tamu depan tv bentang toto ke apa. Eh mana de bawak toto.. guna je comforter yang disediakan tu pihak resort :-p

Bila dah sampai suite, apa lagi aktiviti kalau bukan makan, minum, tengok tv, solat dan yang paling penting tido. Tapi lama jugak nak tunggu si kecik Irsyad Syamim tido sebab dia sibuk menjelajah ke seluruh kawasan dan sibuk panjat2 :-) Jom layan plak gambar2 dalam suite kitorang.

semua tempat nak dijelajah

tangga tu menuju ke bahagian bedroom

dak tecit nak panjat tannga gak

jenguk dari atas nampak living room

bedroom

kakak melepaskan penat lelah (ye ke??)

testing bath tub..haha.

Bangun tido petang tu siap solat Asar kitorang pun keluar jemput adik sorang lagi yang blaja kat Instedt Bandar Penawar tu. Jemput kat kolej kediaman je, dalam 4km dari resort. Singgah makan petang@malam kat sana, pastu cepat2 balik semula ke Lotus Desaru coz kakak dah tak sabar nak main air. Main air sampai pukul 7, balik suite & rehat je kat bilik sepanjang malam.

asyik ulang main ni je dia

ibu with kakak

falling coconut

adik nak cuba 'ambik' air

adik with aunties

Esok paginya lepas breakfast, temankan kakak mandi kat pool pulak. Pukul 11 pagi check out suite lepas tu terus balik rumah. Settle sudah 'super short holiday' kitorang kat Lotus Desaru. Percutian kali ni memang intentionly dedicated untuk Kakak Insyirah. Alhamdulilah happy sangat dia dapat pegi berjalan, tapi double triple lebih seronok kalau ayah ada ;-) Takpe next time plak kita pegi holiday ngan ayah, lain lokasi plak.. pulau maybe? ;-)

muka budak baru bangun tido

2 beradik mau breakfast
okla variety of food..tapi rasa biasa2 je.

yeayy main pancut2 air

ini budak banyak berani woo..muka selamba je.


the most happiest person

bestnya kalau ada pool sendiri kat rumah. haha berangan.

Wednesday 17 September 2014

Testing. Testing. 123

Ermmm lama betul tak update blog. Actually takde la apa yang nak di update sangat. Last post aritu pasal cuti2 kat Perth pada bulan June. Skang ni dah 17 September dah. Wawawaaa memang lama sungguh tu. Bukannya apa, bila tengah ada idea nak tulis entry.. masa plak tak mengizinkan. Bila dah ada masa, tetiba laptop plak tak bleh on gara2 keasyikkan Kakak Insyirah dok melayan Frozen berulang kali kat laptop. Tetiba je display hilang, blank. Taktau la sebab apa. Dah 2-3x restart pun tak boleh jugak. Terpaksa laaa tunggu husband tercinta balik dari India 30 September nanti baru bleh mintak dia tolong tengokkan. Sudahnya ni baru je meng'install' bloggeroid & men'try' type entry guna hp.

Ok, tak payah type panjang lebar sangat. Dah namanya pun testing, so kita try post dulu.. tengok macam mana rupanya :-p




ni gambar2 masa Syawal ari tu.
testing tengok ok tak susunan post ni bila type kat hp.

update : bukak semula untuk edit tapi xreti. so stakat ni ok type entry guna bloggeroid ni tapi kalau nak adjust photo caption n jaraknya dari photo, still perlukan laptop jugak. suke suke suke coz bleh type entry sambil baring2 or breastfeed baby ;-)