Solid Food Untuk Baby 7 Bulan

Baby dah masuk 7 bulan 3 minggu baru la nak update pasal solid food ye. Takpela, 'late is better than never' katanya. At least boleh dijadikan rujukan di masa hadapan, for the next baby.. Insya Allah kalau ada rezeki ku terima dengan besar hati ;-)

Aku start bagi Irsyad makan masa umurnya 6 bulan 2 hari. Terlewat sket sebab masa tu baru balik dari kampung dari cuti beraya. Tak sempat ibu nak beli stok buah or sayur untuk Irsyad. Hahaaa setakat lewat 2 hari tak payah nak kecoh okayy. So bila dah ada bahannya, aku pun memulakan aktiviti mempuree (membuat puree) buah dan sayur untuk baby. The very 1st puree yang aku bagi kat baby adalah > puree apple. 1st time bagi sket je dalam 5 kali suap sbb nak try, campur ngan susu ibu. Penerimaan Irsyad cukup bagus, dia suke sbb 1st time dapat makan. Selalu asyik tengok je ibu, ayah & kakak makan ye sayang ;-) Cara nak buat puree senang je, kupas kulit buah pastu stim & blend. Siap blend, masukkan dalam tipuware kecik or baby cup untuk disimpan dalam freezer. Bila nak bagi baby makan, keluarkan dari freezer dan panaskan kejap kat microwave. Cara buat puree dan contoh2 resepi untuk baby banyak je kat fb group My Baby Homemade Solid Food (MBHSF). Tak lupa juga follow 4 days rule tu, bagi baby makan 1 jenis makanan yg sama untuk tempoh 4 hari berturut2. Kalau baby ok, berak semua ok dan tak kembung means sesuailah makanan tu untuk dia.

nak lagi ! nak lagi! sorry ibu prepare sket je sayang.
so apa lagi, kita campak bowl ni. aiyakk.
Walaupun aku tak bekerja, fulltime housewife tapi aku pun buat stok puree jugak macam ibu bekerja. Bukan malas tapi nak memudahkan dan menjimatkan masa. Lagipun baby makan ciputtt je. Takkan la aku nak stim & blend 1/2 biji je buah tu je kan untuk sekali makan. Silap2 mini blender tu pun tak mau pusing sbb sikit sangat. Sangat2 tak praktikal okayy kalau macam tu. Satu hal lagi, bila dah masuk 7 bulan ni Irsyad dah mula cerewet bab makan dan mudah jemu. Contoh kalau tengahari bubur nasi+labu, petang nanti tak nak dah makan sama. Esok harinya pun tak nak jugak nasi+labu tu. At least lusa baru dia nak makan menu yang sama. So thats why la aku buat stok puree, tapi skali buat pun takdela banyak. Boleh buat 3x makan, thats means 1 jenis puree tu akan disimpan maksimum 9 hari dlm freezer sebab selang 2 hari baru bleh rotate. Kalau tak memang disembur2 je ngan dak tecit tu :-p Kalau ikutkan bila kita simpan dalam freezer stok puree tu boleh je tahan sampai 2-3 minggu.. cuma aku takde buat macam tu, 9 hari is the max.

Okay, cerita bab bubur nasi plak. Lepas 3 minggu cuba pelbagai jenis puree e.g apple, pear, carot, etc tu aku start bagi bubur nasi plak kat Irsyad. Aku try buat bubur nasi guna beras yang di blend, ada juga cara2 nak sediakannya kat group MBHSF tu. Aku buat stok sket jugak untuk beras yang dah di blend tu. Tapi sayang seribu kali sayang.. anakku hanya nak terima bubur nasi tu untuk tempoh seminggu je. Masuk minggu kedua dia dah tak mau, mula la sembur2. Ibu pun mula lah nak frust, tapi tak putus asa. Teruskan bagi bubur nasi+puree tu jugak walaupun baby refuse untuk makan. Tetiba 1 day aku tergerak hati nak buat akaun instagram. Haaa ada kaitan ke? Ada, mesti ada kan, kalau tak tak payah cerita. Actually dah lama adik2 sibuk suruh buat akaun instagram ni & suh upload gambar anak2 banyak2 tapi selalu aku delay kan. Malas lagipun memikirkan henpon yang low memory (statement nak henpon baru..erkk) tu makin malas nak buat. Okay, bila dah ada instagram tu biasala akan ter'follow' plak artis or selebriti. Aku follow ig @nanamahazan tu rajin dia upload gambar makanan yang dia prepare untuk baby boy dia yang tua 2 bulan dari Irsyad. Aku tengok dia masak nasi macam biasa.. sayur plak stim, contohnya brokoli. Pastu blend nasi+brokoli tu. Hasilnya nampak creamy dan sebati. So aku pun try buat untuk Irsyad, alhamdulilah dia nak makan. Skang dah lebih sebulan setiap hari bagi nasi blended tu dia still suka nak makan. Cuma kena tukar kombinasi sayur, buah or lauk tu. Setakat ni lauk cuma ayam je, buat kiub stok ayam macam kat group tadi tu jugak. Ikan bilis pernah try bagi tapi Irsyad tak suke, siap nak termuntah lagi..aiyakk. Lepas seminggu try bagi lagi pun sama jugak, dia tak boleh terima. So takpela, kiv dulu ikan bilis blend itu.. nanti dia dah 8 bulan+ try offer kot2 dia nak pulak. Kakak Insyirah suke sangat ikan bilis blended tu, dia la yang makan sampai habis.hihi. 1st time buat ikan bilis tu goreng+blend, 2nd time sangai+blend.. both Irsyad tak minat & both Kakak Insyirah minattt sangat ;-)

Setakat 7 bulan 3 minggu, ni antara menu makanan Irsyad yang ibu rotate :

tofu ala2 taufufa beli kat pasar malam. tapi air gula gantikan dengan kuah puree kurma.
yang bentuk2 tu Kakak Insyirah punya :-)

nasi + bayam + kurma blended.
susu ibu tak dilupakan okayy.

seumur hidup ni la 1st time beli avocado. RM4.59 sebiji kat Mydin.
rasa lemak2 kelat gitu. ibu xsuke tp anak suke bila dah blend ngan kurma.

cube stok ayam. sedappp.
dada ayam + carot + bawang besar + bwg putih + serai + halia + rempah tumis direbus dalam 1/2jam. blend balance air rebusan+ carot+ ayam saja. isi dalam ice tray. jadilaaa kiub stok ayam. 

Alhamdulilah.. di samping makan solid food, breastfeed tetap diteruskan setakat ni & Insya Allah sampai umur 2 tahun nanti. Makanan2 baru akan diperkenalkan sikit demi sikit untuk Irsyad. Next stage boleh cuba bagi oat, yogurt, cheese, pasta & daging plak. Harap anak ibu akan suka apa yang ibu prepare untuk dia.. dan yang penting baby membesar sihat dan kuat ;-) eh eh dah macam iklan Milo la pulakkk. Dalam pada nak bagi solid food kat baby ni, kesabaran adalah sangat penting. Sebabnya kadang2 baby tak nak makan walapun kita dah cuba tukar2 kombinasi. Baby pun macam kita orang dewasa jugak, kadang2 tak selera (ye ke?aku selera je setiap masa.haha). Macam Irsyad ni kadang2 makan banyak, kadang2 sikit. Ikut suka dia je.. so takpela, tak semestinya makan sikit tak cukup kan. Insya Allah cukup untuk keperluan tubuh dia. Aminnn.

sejak 7 bulan ni dah pandai berdiri & duduk sendiri. yang terbaru pandai
berdiri sambil bergerak pegang sofa. orang jawa panggil 'rembetan'.
bahasa melayu xtau sebut apa :-p

sejak seminggu ni start bagi dia guna fresh food feeder ni.
letak buah potong macam betik or mangga,
klu bagi mcmtu je takut tercekik or hancur dilenyek ngan tangan dia.
baby suke sangat makan sendiri tapi mengamuk bila kita amik untuk refill :-p

tak dilupakan.. kakak tersayang.
temankan adik makan buah potong.
ada swimming suit frozen ber'skirt' lagi tu..untunglaaa ;-)

** ps : entry ni gambar agak rojak sebab collage gambar pastu frame kaler/corak lain2.
tak plan nak masukkan dalam blog entry yang sama.hihi.

Comments

  1. start guna food feeder tu umur berape bulan???

    ReplyDelete
  2. buah avokado tu msk cmner yer sis? rebus ker?

    ReplyDelete
  3. buah avokado tu msk cmner yer sis? rebus ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Avocado tu ready to eat.kena pilih or tunggu dah masak kulit agak gelap.potong belah dua pastu kluarkan isi dan lenyek cmpur susu ibu. Terus bagi baby makan.

      Delete
  4. Replies
    1. Buah pelaga, kayu manis, bunga lawang tu.biasa letak utk msk sup 😀

      Delete
  5. Stok ayam tu bawang xperlu blend sekali ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit