Tuesday 27 March 2018

Kembara Ke Kelantan Naik Train

Kembaraaa. Bukan main lagi. Actually hasrat nak naik train jarak jauh sefamily ni dah lama dipendam sejak duduk Johor dan anak masih sorang lagi. Tapi asyik tertangguh sebab rasa macam akan lama sangat duduk dalam train. Sudahnya masa tahun 2012, aku ngan hubby bawak Kakak Insyirah yang masa tu belum jadi kakak pun naik train dari Kempas ke Kluang je. Tiket tu tak boleh beli online, cuma beli kat kaunter je, katanya sebab jarak dekat. Tambang pun murah je tapi tak ingat brape harga. Bolehlah nak ada experience naik train bagi Kakak ngan Ayah. Ibu dah penah naik 3-4x juga masa study kat UTM Skudai dulu. JB - KL makan masa lebih 9 jam rasanya, lupaaa sudah.

Sampai anak dah 3 dan dah duduk Selangor ni baru muncul balik hasrat nak naik train. Dalam bulan lepas borak-borak kosong ngan husband pasal naik train, tetiba dia cakap one day nak jugakla rasa naik sleeper train. Alaaa train yang ada katil tu. Aku pun apa lagi, kalau cakap bab jalan dari borak kosong terus take serious. haha. Pastu adik aku, Evin plak mention orang share kat fb pasal trip KL to Hattyai naik train. Murah katanya, tapi lupa dah brape ntah sorang. Aku pun baca jugak fb post orang tu memang  okla harga tapi pikir2 balik kitorang sefamily semua passport dah mati, Adik Idlan pulak memang belum pernah buat passport. Tak penah keluar negara lagi.  Alolo takpe dik, nanti ada rezeki Ibu Ayah bawak pegi overseas ye.hihi. Nak buat passport je dah RM700 untuk ibu ayah plus 3 anak. Pastu passport tu nak guna bila pulak lagi. Memang takde plan nak ke overseas these few years. So takpela, terus pikir why not jalan-jalan naik train dalam Malaysia je. Destinasi yang terlintas kat otak teruslaa Kelantan sebab masa road trip jelajah Semenanjung end 2014 haritu terpaksa cancel Kelantan. Memang dah lama kiv pun tu.

Lepas buat sket google-ing, baru ku tahu kalau dari KL nak ke Kelantan, interchange kat Gemas. Tak pasti sejak bila route macam tu. Pastu sejak ada ETS dari KL ke Padang Besar, KTMB sleeper train dah takde ke utara. Means kalau dari KL ke utara cuma naik ETS, takde dah choo choo train pesen lama yang namanya Senandung Langkawi tu. Tapi ke Kelantan masih ada sleeper train sebab belum ada ETS. In future rasanya akan buat jugak tu ETS tapi tak tau la bila. So aku pun search kos dan timing kalau nak ke Kelantan dari KL. Aku pilih date cuti sekolah bulan 3 baru ni. Route dan timing nya yang aku rasa sesuai ialah : KL ke Gemas naik ETS selama 2 jam. Pastu Gemas ke Tumpat naik Ekspres Timuran selama 13jam+.  Tapi aku pikir nak turun Wakaf Bharu je sebab plan nak jalan-jalan Bandar Kota Bharu dan kawasan berdekatan. Tumpat tu stesen terakhir, beza 2 stesen dengan Wakaf Bharu. 

Abaikan muka tak mandi dan sememeh itu :-p

Map ni snap kat Stesen Keretapi Wakaf Bharu.

Aku search harga tiket kat website www.easybook.com yang merupakan salah satu authorised agent bagi pembelian tiket KTMB. Kalau nak beli directly dari website KTMB pun boleh tapi macam slow sangat je. Website easybook ni ok laju dan boleh beli tiket bas dan feri jugak, senang sangatlah. Aku plan 1 malam kat dalam train dan 2 malam kat Kota Bharu. Aku plan nak naik dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab my hubby survey parking rate pun tak mahal kat sana. Mula-mula ingatkan pegi ngan balik pun nak naik train tapi disebabkan gap masa antara Ekspres Timuran Kelantan-Gemas dengan ETS Gemas-TBS jauh sangat, so aku pikir alternatif lain. Yelah, takkan nak duduk lama-lama kat stesen keretapi. Kalau nak keluar jalan-jalan Gemas macam sekejap plak plus dengan beg-beg lagi. So aku terpikir why not naik bas ekspres plak. Mesti Abang Irsyad suka sebab haritu pegi Bagan Serai naik bas pun dia excited habis. Memang dia punya obsession la dengan all kind of transport. Baik jalan naik kereta, bas, MRT, LRT semua dia minat dan berhari-hari cakap pasal tu.hihi.

So, finally aku decide route seperti berikut :

- Parking kereta kat TBS 4 hari.
- ETS dari TBS ke Gemas, naik 1840 eta 2040 ~ 2 jam
- Ekspres Senandung Timuran dari Gemas ke Tumpat (stop kat Wakaf Bharu), naik 2350 eta 1250 ~ 13 jam.
- 2 malam kat hotel di Kota Bharu.
- Bas Ekspres Mutiara dari Kota Bharu ke TBS, naik 1400 eta 2300 ~ 9 jam.

Walaupun dah decide route dan tunjuk kat hubby pastu dia agree, tapi aku tak terus book. Hahaa mengada sangat kan delay. Pastu date yang asal nak pegi tu Isnin 19 Mac dah takde katil (istilahnya berth) yang cukup untuk kitorang sefamily. So anjak sehari pastu dapat 3 katil berdekatan plus 1 lagi kena duk atas. Tu la, sape suh delay dah tau masa tu cuti sekolah. My hubby kata takpe, dia boleh je nak tidur atas. Aku macam tak yakin je dia nak kena panjat-panjat katil bagai. Tapi takpela, cepat-cepat book je untuk Selasa 20 Mac sebelum yang tu sold out. Mungkin nanti boleh suruh Kakak Insyirah je tidur atas. Cerita penuh kembara ke Kelantan dan jalan-jalan sekitar Kota Bharu dari day 1 to 4 dalam next entry. 

Beli ticket kat sini. Car tak testing plak.