Saturday 16 May 2015

Terjebak dengan Tupperware

Sape tak kenal dengan jenama Tupperware kan, sejak dari aku kecik lagi memang dah famous jenama ni. Sampaikan semua bekas plastik pun kita panggil tupperware, dari dulu sampai sekarang la kan. Masa zaman kecik-kecik glamour sungguh party tupperware di kalangan mak-mak, makcik-makcik dan jiran tetangga. Tapi masa tu of cos la kita budak-budak ni tak ambik pot sangat, cuma suka kalau makcik buat party tupperware tu nanti ada makan-makan. So join mak pergi party tu tapi lebih kepada nak makan & main ngan sepupu dan sedara-mara la.hihi. 

Sejak dah lebih 7 tahun kahwin ni pun, aku sebenarnya tak pernah beli walau sebijik pun produk Tupperware. Kat rumah ni ada la 3pcs bekas masa tu my hubby dapat hamper raya tahun 2008. Dan 3pcs tu saja lah yang ada sampai sekarang. Opss actually tinggal 2 saja, lagi 1 tak tau ke mana. Yang 2 ni pun salah 1 daripadanya tutup dah hilang, aiyooo. Punyalah tak amik kisah pasal produk Tupperware ni kan. Tapi kedua-dua bekas yang ada tu aku guna kadang-kadang buat letak sayur or makanan lain.

End of 2014 my best friend whatsapp tanya sama ada aku dah jadi member Tupperware or blom, so aku jawablah belum. Then dia pun register kan aku for free under group dia. Aku pun tak faham apa-apa dan tak kisah pun, just agree je dan takde niat lagi nak membeli. Lepas register aku pun dapatlah ID dan kalau nak beli dari stokis dah boleh dapat diskaun 25% tapi as usual tak aktif pun benda tu.hihi. Dan sejak tu every month Tupperware akan pos katalog ke rumah. Bila sampai je katalog, aku cuma cuci mata then simpan dalam drawer. Sekali tengok memang cantik tapi agak pricey kan, tu yang takde niat nak membeli.

Sampailah bulan April lepas aku nak pergi jemputan kawin ex classmate masa kat SMS Selangor dulu. Selalunya boleh je 'salam kaut' @ bagi duit tapi since kawan ni lelaki dan hubby plak takde, so aku decide nak bagi hadiah je. Fikir punya fikir hadiah apa nak bagi, finally datanglah idea nak bagi hadiah Tupperware. Confirm akan bergunalah untuk letak makanan kat dalam rumah nanti. Memandangkan budget pun takde banyak mana (yang penting ikhlas kan.hihi) aku pun malaslah nak pergi ke stokis kat Taman Molek sana. So aku pun search kat instagram je pasal Tupperware ni. Lastly jumpalah ig sorang akak ni (or adik?ntah tak tanya plak umurnya) yang jual produk Tupperware, dia kerja kat Kempas dan rumah plak kat Bestari Perdana je. Oklah tu, dalam area Pasir Gudang je senang boleh kirim je kat Kak Nani ni.

So itulah permulaan aku terjebak dengan produk Tupperware. Asalnya nak beli set So Fresh yang tengah offer bulan April. Aku nak beli half set (3pcs) tapi dah tak available untuk half set plak kata akak tu. Haaa kenapa plak ni? Actually full set tu 6pcs tapi kalau ada orang nak share, boleh la 2 orang amik half set. Tapi memandangkan akak tu dah ada 4 orang nak beli half set, so aku takde geng la nak share. Melainkan kalau aku nak beli full set. Oooo begitu, baiklah saya faham. Then akak tu suggest beli One Touch canister yang tengah offer jugak bulan April, kapasiti 4.3liter. Agak besar dan boleh letak keropok. Normal price pun dah RM30+ untuk sebiji tapi untuk bulan tu RM35 dapat 2 bijik. Waaa oklah, aku pun agree saja. Macam mana nak wrap jadi hadiah pikir kemudian sebab takde kotak. 😁

One touch (ot) namanya, baru tau. Ok bagus kedap udara, sesuai letak keropok. Dak tecit as usual, kalau ada benda baru memang bz nak buat main. Botol air tu bukan brand Tupperware ye.hihi.

Kakak with Cik Evin, haaa tu dah balut hadiah Tupperware ;-)

Selain ot, aku kirim jugak Frezermate Set yang tengah offer. Harga selepas tolak 25% diskaun cuma RM90 untuk member. Actually tak register as a member pun boleh dapat harga ni, sebab kita kirim kat  orang yang dah memang member. Dia jual kat kita pun dengan harga ahli jugak. Cuma kita tak dapat kumpul point la. So far aku  tak kisah pasal point, sebab just nak beli untuk kegunaan sendiri je. Biarlah Kak Nani tu yang dapat point and then dapat komisyen ke apa. Aku tak tau sangat pasal komisyen dan sistem Tupperware ni. Ok, cerita pasal Freezermate ni kawan aku jugak yang promote katanya bagus untuk simpan lauk kat freezer. Kalau kita simpan ayam, ikan, udang or apa-apa jenis lauk kat bekas biasa kan nanti dia beku betul fan kena rendam nak bagi ais tu tanggal kan. Kalau guna Freezermate ni plak cepat defrost dan boleh terus dimasak kalau kita dah cuci bersih-bersih sebelum masuk freezer. Plus, Freezermate ni jugak BPA-free dan kalau kita letak dalam freezer tu nampak lebih kemas. 

Gambar amik dari website. See, kemas je kan semua guna Tupperware. 

Aku punya fridge half daripada size fridge kat atas ni pun takde kot, produk Tupperware pun takdelah banyak macam tu. Nama pun baru je nak mengumpul, so sikit-sikit lah kan lama-lama jadi bukit.haha. Selepas beli ngan Kak Nani, aku beli ngan orang lain plak thru ig. Alaa search aja #tupperwaremalaysia ke apa kat ig tu, banyak sangat orang post. Pilih je mana yang berkenan di hati pastu whatsapp, bayar dan tunggu je barang yang di pos sampai kat kita. Senang sangat nak shopping zaman sekarang ni kan, cuma diri sendirilah yang kena kawal nafsu nak membeli tu ye :-p

ni pembelian bulan pertamaku. 1st time memanglah beli lebih, lepas ni beli sikit-sikit je plak :-p 

Mula-mula aku tak faham, macam mana orang yang menjual nak dapat untung kalau semua barang dia jual dengan harga ahli. Ada juga yang mark up sket dari harga ahli tapi takdelah banyak. Lepas aku dah terlanjur suka nak mengumpul dan mengguna produk Tupperware baru aku faham. Tapi kalau kumpul dan simpan dalam almari memang tak lah, aku beli sebab nak guna. Lagipun almari pun tak ada.uwaaa. (my hubby sila ambil perhatian.haha). Kebanyakan seller Tupperware kat ig, blog or apa saja medium yang diorang pilih ni akan grab mana-mana item yang offer or limited edition. Takpun yang ada offer price lepas buat belian sekian sekian amount, senang cerita purchase with purchase la kan. Item macam ni lah yang diorang dapat untung bila jual semula. Plus banyak juga item yang dijual kat stokis secara set, then diorang jual balik secara loose. Ini pun yang boleh buat untung. 

Eh eh aku ni dah mula kaji-kaji, mungkinkah nak bisnes Tupperware juga? Just wait and see, hihi. Kena pertimbangkan untuk berurusan kat Pejabat Pos sebab barang agak berat, sesuai guna pos parcel yang biasa dan bukannya poslaju. Setakat 5 tahun ni aku bisnes jual baju dan barang baby semua guna poslaju dan pickup di rumah saja, so memang takde masalah nak mengakut barang ke apa. Just tunggu poslaju pickup kat depan pintu pagar rumah, cuma rate agak mahal.

Berbalik cerita pasal Tupperware tadi, bila  aku dah suka maka mulalah nak buat koleksi contohnya nak Modular Mates untuk simpan bahan-bahan kering tapi yang limited edition punya. Aku minat yang kaler hijau kuning tu yang release untuk Krismas lepas tapi masa tu tak sibuk lagi nak membeli. Bila search kat ig ada je orang jual. Of cos la orang tu beli masa end of 2014 pastu simpan buat stock kat tangan kot ada orang yang carik macam aku ni kan. Dah terlepas tarikh kempen tapi masih boleh beli.yeayy. Kalau kat stokis memang tak dapatlah ye.

haaa yang ni la yang aku beli. aku request nak mix color. 5pcs rectangular in 3size. kat stokis jual 10pcs terus tapi akak ni pecah 2. kan best tu, beli mana yang kita nak guna saja.

yang ni plak oval. RM60 utk 4pcs. gambar screenshot je, ada nama ig seller tu ;-)

Setelah berjinak-jinak dengan Tupperware ni barulah aku tahu jenis dan kegunaan setiap produk tu. Kalau dulu yang one touch tu aku selalu jugak buat simpan sayur dan letak dalam fridge. Rupa-rupanya tak perlu pun letak sayur dalam bekas jenis tu untuk sayur kekal fresh. One touch tu kedap udara dan sesuai untuk keropok ke, susu ke, milo (skang guna vico) yang boleh mengeras kalau simpan dalam bekas tak kedap udara. Oooo i see, barulah ku tahu. Untuk simpan sayur, gunalah bekas square round or currently ada Snow Flakes square round set kaler purple & green untuk kempen May 2015. So hari Jumaat lepas aku pun jejaklah kaki ke stokis Tupperware kat Taman Molek for the first time untuk grab set ni. Sajalah nak aktifkan membership ku since first month tu asyik beli ngan orang kan. Sekali tu bila sampai kat stokis tu diorang tengah ada event la pulakkk. Bz yang sangat bz dan ramai orang. Begitu ramai peminat dan pengguna Tupperware rupa-rupanya. Kaunter yang bukak untuk pembelian pulak cuma 1 je sebab staff sibuk dengan event tu, ada game ngan auction apa ntah. Aku takdelah nak join sebab anak-anak tinggal dalam kereta ngan makcik diorang. Fuhhh, lama beratur nak beli barang coz 3 orang yang depan tu memborong sampai total purchase RM2-3k, bisnes la tu. Aiyaaaa sabar je la kan, at least sempat borak-borak ngan orang lain yang sama-sama queue 😀.

ni set yang aku beli. 2pcs 1.3litre, 2pcs 400ml, 2pcs 800ml. cantek kalernya. 

yang ni pun beli jugak. 1set 4pcs. bleh letak bekal kakak pergi skul, cukuplah 400ml ni sebab biasa bawak sket je pun. Bleh jugak buat letak biskut adik, bekal masa keluar jalan-jalan 😁

freezer comelku selepas ber'tupperware'

ni pulak bahagian bawah, niat di hati nak beli lagi snowflakes square round.sabar-sabar ye😁.

Haaa comel kan fridge bottle tu. nak tunggu keluar kaler lain plak untuk tambah koleksi. Tengok dulu-dulu pernah ada kaler purple dan kuning.waaa suke3.

Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang dibeli tapi kena lah beli sikit-sikit kan dan ikut budget kan. Berminat dengan party set bulan ni bleh beli dengan harga RM65 (pwp) untuk pembelian lebih RM180. Tapi dah terlebih budget, so kena tu tunggu next next next kempen plak. Inshaa Allah kalau dah rezeki tak ke mana :-)


haa yang ni. RM65 untuk semua ni. best kan. alaaa nak beli jugak boleh tak?haha.
buat birthday anak best ni, tapi bukan tu yang utama aku nak. suke plate ngan cawan tu. 

nice kan plates tu bila stack ngam2 je. cawan plak siap ada cover, yg tu rasanya mcm xguna plak.hehe.

Kalau sebelum ni aku rasa produk Tupperware ni mahal, sekarang pun masih rasa mahal.haha. Cuma bezanya dulu takde rasa nak membeli, sekarang dah suka membeli. Inshaa Allah barang-barangnya boleh pakai lama. So takdelah membazir pun membeli, orang kata alah beli memang memakai. Satu lagi aku baru tahu yang produk Tupperware ni ada lifetime warranty. Ada terbaca kat blog orang yang tukar penutup fridge bottle yang dah lusuh dengan yang baru for free, just perlu bawak penutup yang lama ke stokis. Kalau penutup hilang plak boleh beli penutup saja. Oklah tu nanti nak beli penutup one touch kaler kuningku yang dah hilang tu ;-) 

Sunday 10 May 2015

Upah Mengecat Rumah, Membuat Gate dan Memasang Autogate di Pasir Gudang

Hahaaa tajuk entry macamlah aku yang amik upah mengecat, buat pagar & pasang autogate tu kan. Saje je, kot ada sesiapa tengah search pasal tiga perkara ni kat google, Inshaa Allah akan berjumpa dengan entry ni dan harap dapat membantu la ye ;-) Rumah aku ni kat Pasir Gudang tapi mengupah orang dari Johor Jaya (autogate), Kempas (gate) dan paling jauh Pontian (cat). Takpela walaupun jauh, masih dalam kawasan yang diorang amik tempahan pun. 

Sebelum decide untuk pilih or upah siapa, as usual kena tetapkan budget dulu. Pastu survey la 2-3 tempat mana yang boleh bagi the best price. Finally, me and hubby decide untuk upah orang yang sama buat pagar dan pasang autogate untuk rumah kawan my hubby. Memandangkan kawan tu buat ok dan takde masalah, so kitorang follow je la. 

tengahari buta ibu suh posing depan pagar baru 😁 ok ni final output selepas cat dan ganti gate + autogate. lagi cun kalau lantai tu tiles kan.hihi. next budget plis.

close up sket rupa pagar :-)

Pagar @ gate tu kitorang buat dengan En. Enal (Zainal kot nama betul dia) dari Kempas. Dia quote harga untuk gate ikut design dan material yang macam aku nak RM3100 termasuk untuk yang kat tembok kiri kanan. Lepas aku nego, dapatlah kurang RM3000. Ok senang nak nego dengan dia ni, so aku terus confirm nak. Masa ukur gate tu En. Enal tu turunlah Pasir Gudang, next step kitorang berurusan thru whatsapp je senang. Details pagar pun aku lukis kat kertas, snap gambar dan send thru whatsapp je. Bila dah confirm dan transfer half of payment kat dia, En. Enal ngan team dia pun mulakan kerja2 membuat pagar. Janji 2-3minggu siap, so kita tunggu saja la kan.

Lepas confirm gate, deal dengan orang untuk pasang autogate plak. Namanya Mr. Lau dari Johor Jaya. Bila gate dah start buat, Mr. Lau terus datang buat wiring dulu. Autogate ni my hubby nak buat yang jenis tanam punya, taknak yang jenis arm. Katanya kawan-kawan yang pasang jenis arm banyak problem diorang punya autogate tu. Ok, aku follow je tak kisah pun. Benda-benda yang teknikal (la sangat) ni biar hubby yang decide. Ooo ya pasal harga pasang autogate ni jumlahnya RM1800 termasuk wiring, kira harga all in la tu. Amik masa half day jugak nak siapkan wiring tu. Aku bayar RM500 dulu kat Mr. Lau, balance nanti masa complete pasang autogate tu la. Mr. Lau siap pesan - siap pasang itu gate, u kasi call sama saya ya. Yela, of cos la i call u, takkan nak panggil orang lain pulak.hehe. 

Siap wiring autogate, agak comot gak dinding rumah ngan lantai depan rumah tu. Habuk weii drill sana sini, so lantai aku just sapu dulu tak cuci pun sebab nak upah orang cat pulak, kang berkecah lagi kat depan tu. Actually dinding rumah kitorang pun memang dah comot, sejak beli rumah dan pindah masuk tak pernah lagi bercat. Bila bulan lepas (or bulan2 lepas lagi.haha) aku propose kat hubby kata nak cat rumah, dia pun approve. Yeayyy excited sangat, tengkiu b. 

Katanya sorang member my hubby (member lain pulak) upah orang cat rumah kat Nusa Damai, cat luar rumah saja RM2000 untuk rumah jenis semi D. Size rumah tak pasti pulak tapi lebih kurang 18x50 kot, 2 tingkat. Rumah kitorang pulak rumah teres setingkat end lot size 22x65. So aku budget bleh dapat harga kurang sket kot dari tu tapi bila my hubby mintak contact no kat member tu, dia dah tak simpan pulak. Alaaa baru nak excited.haha. So bermulalah episod mencari orang untuk cat rumah, hubby kata budget RM2000 jugak, so oklah semangat nak carik. Kalau dia kata RM1500 susah jugak tu. Nak cat sendiri memang tak mampu la. Dulu cat dapur yang 2 kangkang kera (sekangkang kera macam kecik sangat plak) tu pun makan masa halfday.huhu. Tak susah pun nak carik, google2 jumpalah blog En. Shafiee ni pastu aku terus call. 

En. Shafiee ni dari Pontian, tapi bila aku mention taman apa kat Pasir Gudang ni dia tau je. Katanya ada buat kerja2 sampai Tg. Langsat, so okla kira masih dalam kawasan liputan.kihkih. Masa aku call tu aku kat UTM, dia cakap nak datang tengok rumah hari tu untuk quote harga tapi nampak gayanya tak sempat sebab aku balik lewat, so esok harinya which is hari Ahad baru dia datang. Lepas tengok rumah dan area yang nak di cat, dia pun kira-kira harga dan quote dalam RM2070 macam tu. Harga dah termasuk upah mengecat dan harga cat sekali. Nego dapatlah RM2000 ngam-ngam seperti budget my hubby. Mula-mula En. Shafiee suggest beli cat sendiri tapi memandangkan hubby pun takde, tak kuasalah aku nak pergi kedai cat sendiri dengan anak-anak. So bila dah dapat harga tu aku terus confirm on the spot, malas nak carik yang lain. Tak tahulah mahal atau ok. Kalau carik lain pun maybe boleh dapat kurang beberapa ratus kot. Tapi memandangkan aku dah tak sabar dan malas pikir, amik saja lah yang ni :-p 

En. Shafiee ngan member dia confirm nak datang mengecat next Sabtu 02.05.15. Sebelum tu dia ada tinggalkan katalog Nippon Paint untuk aku pilih kaler. Untuk cat luar pilih jenis Nippon Weatherbond untuk tahan lama, so harga pun lebih mahal berbanding cat untuk dalam rumah. Cat kaler putih, cat kapur plak akan disapu dekat part yang terlebih comot. Kitanya layer dulu la sebelum cat kaler yang diingini untuk bagi hasil yang cantik dan tak berbelang or comot. Ok baiklah, pandai-pandailah korang buat kerja nanti kan. Amik masa 2-3 hari jugak untuk aku decide which kaler code yang nak dipilih. Memang aku nak kaler grey 2 tone, light dan dark sket tapi bila tengok katalog tu jadi rambang mata. Banyak plak kaler kelabu sampaikan aku pun jadi kelabu mata :-p 

Masuk hari ke 3, aku pun confirm kaler kat En. Shafiee kod mana nak dan transfer part payment. Yang light aku amik kaler Graycloth, yang dark plak amik kaler Minerale. Actually agak ragu-ragu jugak nak amik yang Minerale tu sebab macam gelap sangat plak kat katalog. Sekali tu bila actual takdelah dark mana, yang Graycloth tu plak betul-betul light and soft grey. Ok next time dah bleh pilih kaler dengan lebih confident - actual kaler adalah darker than yang kita tengok kat katalog ye. Cehh next time bila plak tu ye, ok maybe next 5years kot. Atau maybe untuk cat bilik-bilik plak, semua pun dah comot tu. 

Seperti yang dijanjikan hari Sabtu tu orang-orang En. Shafiee pun datang nak mengecat. Target asalnya nak buat dalam 2 hari tapi menjelang petang, diorang kata nak siapkan hari tu jugak sebab tinggal sikit je. Dalam pukul 8malam+ siaplah semua diorang mengecat, tapi aku tak dapat nak bagi komen lagi coz masa tu dah gelap so tak nampak hasil keseluruhan. Part tepi dan belakang rumah ok, sebab dah siap sebelum pukul 6 lagi. Esok siangnya barulah aku tengok semua skali dan aku tengok ada few parts yang kena touch up. Ok, fahamlah kalau dah buat keje waktu malam tu dengan lampu yang tak berapa nak jelas sepenuhnya memang tak sempurna sangat hasilnya.

luas jugak area nak kena cat tu. mandur cilik siap sedia bertugas :-p

khusyuk perhati orang mengecat

Lepas buat checking hasil mengecat, aku pun terus whatsapp En. Shafiee bagitau nak kena touch up part depan rumah dan porch kereta tu. Dia pun setuju nak datang tapi tak dapat datang hari tu tapi next Sabtu plak, oklah. Memandangkan cat pun ada banyak lebih, so dia tanya sama ada aku nak cat belah dalam rumah especially ruang tamu. Tak fikir lama, aku pun terus setuju memandangkan ruang tamu tu pun dah comot dan masih dengan cat yang asal. Snap gambar ruang yang nak di cat pastu whatsapp lagi, En. Shafiee pun quote berapa nak kena bayar untuk kerja tambahan tu. Takkanlah dia nak bagi free plak, memang tak dapatlah la kan.

see, yang asal tu comot plus dah kena conteng ngan budak-budak.aiyoo.

Settle kerja mengecat part 1 (bakal bersambung part 2 untuk kerja touch up part depan rumah dan ruang tamu), hari Khamis 07.05.15 tu En. Enal ngan team dia plak datang pasang gate. Proses pasang gate makan masa lebih 2jam jugak. Puas hati dengan hasil kerja dia, seperti yang aku inginkan dan dalam tempoh masa yang dijanjikan. Esoknya Mr. Lau pulak datang pasang autogate. Cuma part penyelak tu patutnya kalau nak pasang autogate tak payah letak tapi En. Enal buat, Mr. Lau plak terpaksa buang. So aku whatsapp En. Enal dan dia kata akan datang untuk touch up dengan cat kat part yang berbekas tu. 

lepas buang penyelak tu nampak tak cantik, so perlu touch up ngan cat semula.

hai bang, sampai garu-garu kepala tu kenapa :-p 

pagar lama vs pagar baru. tengok dari luar lagi cantek 😊

tembok depan kiri dan kanan tu pun tukar 1set ngan pagar utama.

pintu kecik kat pagar, so kalau setakat orang nak keluar masuk ikut sini je. kalau nak keluarkan kereta baru bukak pagar full.

angkat part tu untuk bukak penyelak. 

abang tecit sibuk nak jenguk van Mr. Lau yang pasang autogate tu.

Next Sabtu 09.05.15 tu bersambung aktiviti mengecat part 2. Kerja mengecat ruang tamu saja pun makan masa lebih 5jam jugak on that day. Tapi hasilnya memuaskan hati, mula-mula risau takut lantai laminate ku itu comot tapi diorang pun tahu la kan. Mengecat belah dalam rumah ni kalau ada menitik sket kat lantai, diorang akan lap dengan kain basah on the spot. Alhamdulillah selepas beberapa minggu aktiviti 'make up' rumah pun siap. Semua ni buat semasa my hubby out station kerja kat India selama 2 bulan. So nanti dia balik rumah dah berwajah baru la. 😀

sebelum dan selepas. dulu sebelum pindah masuk tak fikir apa nak buat in future, tu yang tak kemas wiring macamtu. ok redha je, at least lepas cat nampak better.

part ni aku request nak kaler dark. feature  wall kononnya.

part wall yang lain plak cat kaler light grey.

model Nippon Paint weatherbond :-p

Contact no :
Gate - En. Enal - 0177500396
Autogate - Mr. Lau - 0197632793
Cat - En. Shafiee - 0127318657

senangnya update blog guna blogger kat iphone ni. ok, jgn nak compare ngan android ye :-p