Friday 4 December 2015

Karnival Upin Ipin 2015 @ MAEPS Serdang

Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, aku dan hubby berkesempatan untuk bawa anak-anak ke Karnival Upin Ipin. Karnival tu selama 3 hari iaitu 20,21 & 22 November tapi kitorang pergi pada hari kedua - Sabtu 21hb tu. Actually seminggu sebelum karnival barulah aku perasan iklannya kat TV9. Padahal ada je diorang iklankan kat belakang majalah Upin Ipin yang Kakak duk beli bulan sebelum tu tapi takde pulak ibu perasan :-p Ikut plan asal, dari Pasir Gudang nak ke Bagan Serai, nak jalan-jalan cari makan @ jjcm 1 malam kat Bangi pastu 1 malam kat Ipoh plak. Tapi bila tau pasal karnival tu terus ajak hubby bawak anak-anak ke sana. Dia pun setuju, so jjcm kat Bangi dah bertukar agenda ;-) 

Mula-mula follow ig @karnivalupinipin, lepastu terjah pulak websitenya untuk beli tiket secara online. Memandangkan both anak bawah umur 7 tahun, so masuk free saja. Ibu ayah je kena beli tiket, Magic Hall RM35 dan Main Hall RM5 sorang. So total RM80 untuk 2 orang dewasa. Cuma perlu print slip @ resit yang di'email, pastu bawak ke lokasi karnival di MAEPS Serdang tu.

Pada hari kejadian, kitorang bertolak dari rumah ke Bangi around 6.30pagi lagi. Waaa semangat membara nak happy kan anak-anak. Syukur alhamdulillah termasuk rehat makan apa semua, finally dekat pukul 11pagi sampailah ibu ayah dan anak-anaknya ni ke MAEPS (tapak MAHA) tu. Plan kena terus ke sana sebab tiket yang dah dibeli secara online cuma boleh di'collect' sebelum pukul 12.30tghr pada hari karnival saja.

Seriously, tapak MAHA tu adalah maha luas :-) Parking punyalah luas tapi almost penuh juga masa kitorang sampai tu. Aku ada baca review orang yang berkunjung ke Karnival Upin Ipin 2014 kat PICC. Ramai yang komen lokasi tak sesuai, dewan tak cukup luas dan tempat parking pun terhad. Belajar dari pengalaman lepas, Les Copaque pun tukar lokasi karnival ke Dewan A MAEPS Serdang untuk tahun ni. Pasal PICC aku tak bleh nak komen sebab tak pegi, tapi untuk 2015 ni aku rasa lokasi sangat sesuai. Siap ada shuttle bas untuk bawak pengunjung dari  kawasan parking yang luas tu sampai ke luar Dewan A. Kalau nak menapak memang penatlah, dengan anak kecik lagi kan. 

Oleh kerana plan cuma nak collect tiket je, so cuma my hubby yang turun. Aku ngan anak- anak tunggu dalam kereta je. Lepas lunch nak check in hotel, and then after Asar macam tu baru plan nak datang ke karnival ni. So masing-masing dah cukup rehat, baru sesuai nak berkarnival bagai :-p Menurut my hubby, panjang sungguh barisan orang yang queue nak beli tiket, means yang walk in la. Kalau dah beli tiket secara online dan cuma nak collect je, takde la nak kena queue macam tu pun. Syukur alhamdulillah kitorang dah beli tiket dulu. So tak lama menunggu, my hubby pun dah terpacak kat kereta semula dengan tiket dan wrist band.yeayy.

dah rehat kat hotel, petang baru kitorang terjah karnival.

tangan tecit2 tu tak nak pakai pun wrist band, as usual :-p

amikkk panjang queue org yg walk in beli tiket.

ni kaunter khas untuk ticket redemption bagi yang beli online, relaks je tak ramai.

Pukul 4.30 petang, kitorang pun keluar dari hotel dan tapau siap-siap makanan. Memang banyak je kedai makan berdekatan hotel yang kitorang duduk tu - Arina Hotel kat belakang Kompleks PKNS Bangi. Tapau burger dan sosej set yang dibeli dari kedai yang cuma selang sebuah kedai dari hotel. Flamming Burger ke apa nama kedai tu, terlupa sudah. Dalam pukul 5 petang, kitorang pun dah sampai semula ke MAEPS. Masa tu dah ramai orang yang bergerak keluar, aku assume diorang ni yang datang sejak tengahari tadi kot. So tak susah nak cari parking, orang keluar kita masuklah. Dari tempat parking yang kitorang dapat tu tak jauh mana pun kalau nak berjalan ke Dewan A. Tapi memandangkan ada je free shuttle dan tak ramai plak tu, kitorang pun naik je la. 

sempat bergambar sblom naik free shuttle bus tu.

Bas tu berhenti kat depan dewan, cuma tinggal kena menapak dalam 100meter je. Tak ramai yang masuk saing dengan family kitorang so okla rasa santai je. Plan nak duk kat sana sampai karnival tutup untuk hari kedua tu. Sebelum masuk, as usual wajib amik gambar dulu kat luar sebab keluar nanti kot dah gelap kan tak cantek plak nak bergambar.

Ok, memang sukar nak amik gambar berdua sbb slalunya dak boboy akan lariii. Yang ni ok tapi kakak plak pejam mata, layannn.

yeayyy kakak yang happy.

Mula-mula kitorang masuk ke Magic Hall dulu. Wajib masuk ni dulu, bayar RM35 sorang okay untuk ibu ayah.haha. Menariknya dalam tu ada a few show dimulakan dengan persembahan hologram ; ada Puteri, Pada Zaman Dahulu, Dadidudo dan Upin Ipin. Kakak siap dapat medal sebab dia nak volunteer ke depan dan bagitau mana satu persembahan yang paling best, of cos la Upin Ipin kan jadi pilihan ;-)

Lepas persembahan hologram, tengok plak show seterusnya iaitu tarian robot. Yang ni Irsyad paling minat, siap nak ke depan dan cuba capai robot-robot yang bersusun tu tapi tak sampailah pulak. For sure diorang dah budget letak pada jarak sekian-sekian so that budak-budak tak dapat amik kan. Ada 2-3 lagu yang dimainkan antaranya Sahabat Selamanya. Cantik je pergerakan tarian robot tu. Memang budak-budak khusyuk tengok sampai habis show. Selepas tarian robot, ada pulak sesi soal jawab bersama Kak Ros. Haaa yang ni pun budak-budak excited nak tanya soalan. Kakak Insyirah pun asyik duk angkat tangan tapi tak berpeluang nak tanya soalan sebab ramai sangat yang nak juga. Sudahnya Kak Ros kena pilih ikut kriteria tertentu contohnya macam siapa pakai baju puteri boleh tanya soalan. Apapun aku tengok budak-budak happy je masing-masing. Oo ya dalam ni tak dibenarkan rakam video or amik gambar, so takde apa yang nak di share kan kat sini :-p

Selepas tu, masuk pulak ke last part iaitu Studio Rakam Suara dan Rumah Opah. Mula-mula tu agak ramai yang queue untuk rakam suara, so kitorang pun pergi la amik gambar dan masuk ke dalam Rumah Opah dulu. Memang susunan dan rupa dalam rumah tu exactly macam yang digambarkan dalam animasi Upin Ipin yang biasa kita tengok kat tv tu cuma size kecik sket la. Dak tecit tak nak masuk pun, dia sibuk main batu-batu putih kecik kat luar rumah tu pulak. aiyakk.

macam kat 3D museum @ trick art yang tengah famous skang.

Kakak dengan medal yang dapat sebelum tu ;-)

keciknya kakak. patut kat depan baru nampak sama size kan.

Adehhh ibu apsal la gumuks sgt. Pim pim pommm xpe nnt lps bersalin pastikan slim balik ;-) Irsyad as usual sibuk merayau, memang taknak bergambar.

Kakak pim pim pom la sorang-sorang plak.

Kat luar rumah Opah. Dak tecit meronta-ronta nak dilepaskan.

Kat ruang tamu.

Kat meja belajar Upin Ipin pulak.

Last skali kat dapur. Bilik je ibu tak snap gambar tapi susunan sama je macam dalam cerita.

Dengan Tok Dalang pulak.

Lepas siap bergambar, bawak kakak untuk rakam suara pulak. Kalau awal-awal tadi kena queue, kali ni tak payah queue dah sebab dah ramai yang mula beredar. Bagus, so kakak terus masuk studio rakaman la kononnya :-) Skrip pendek je pun - kamilah ahli silap mata Upin & Ipin. Kena bayar RM10, lepas tu dapat pendrive berisi video pendek Upin Ipin pim pim pom tu dengan suara kakak, yeayyy. Bolehlah buat kenang-kenangan katanya.

Siap ada staff yang bagi tunjuk ajar. Dun worry.

Hampir pukul 7, settle semua kat Magic Hall. Kitorang pun duduk kat luar sebelum masuk ke hall sebelah, Main Hall tu. Kat Main Hall pun takde apa sangat aktiviti sebab dah nak masuk waktu maghrib so diorang stop sekejap. Surau dan tandas ada je kat dalam dewan tu, so senang. Kitorang amik masa tu untuk makan dulu, mujur dah tapau makanan siap-siap. Kat sana banyak je orang berjual makanan tapi biasalah macam takde yang menarik je.hehe. Ooo ya kat dewan bertentangan pulak ada Karnival Jualan Buku. So meriah jugak depan tu kalau dan beli buku, souvenir dan makanan minuman juga.

Ni antara aktiviti kat Main Hall, tapi kitorang tak tempuh semua. Takpe yang penting last sekali tu perarakan maskot.

Dalam Main Hall tu juga ada banyak booth jualan, dari merchandise Upin Ipin sampailah ke macam-macam jenis makanan dan minuman. Ibu bawak kakak jalan-jalan dan beli barang sket sambil bergambar sementara ayah temankan Irsyad yang tertidur kepenatan. Maklum saja, kat hotel siang tu dia bukan tidur pun. Tidur kat lantai pun jadi je mamat tu, bagusss tak cerewet.

Chokopinnnn :-)

Puteri Limau.

Tidur lena sampai nak abis persembahan maskot kot. Walaupun suara emcee plus suara maskot sume kuat tapi tak terjaga pun dia.hihi.

Lepas maghrib, aktiviti kat dalam tu dimulakan dengan teka gambar. Sapa yang jawab betul dapat hadiah tau, tapi tang susahnya nak dapatkan peluang menjawab tu. Ada pulak soalan yang terbuka kepada ahli kelab saja, kitorang yang bukan ahli kelab ni just tengok je la kan. Lepastu lelongan @ bidaan potret gambar Ultraman Ribut. Tak sangka potret macam tu (katanya dibuat kat Jepun, haa yo laaa) pun ada yang nak bid. Harga bukak RM70, lastly dijual dengan harga RM200 pada sorang bapak budak ni. Waaa kalau tanya aku ngan hubby, RM70 tu pun tak nak.haha. Takpelah terpulang kepada minat masinh-masing. 

Last sekali cabutan bertuah kepada pengunjung yang ada membeli di kedai merchandise Upin Ipin, tapi diorang panggil yang jumlah belian RM200 ke atas saja. Erkkk ibu tak layak la join cabutan, beli sket je pun. Brader yang menang hadiah utama TV LED 46 inci tu buat belian lebih RM500 okayy.hehe. Rezeki dialah haritu nak dapat tv free, berbaloi sungguh :-) 

Lepas siap cabutan bertuah tu sampailah ke slot terakhir yang dinanti-nantikan malam tu, perarakan masuk semua maskot Upin Ipin dan kawan-kawannya plus Ara dan Aris. Seriously, alu ngan anak-anak tak pernah tengok pun animasi Pada Zaman Dahulu ni. Ada main kat mana eh? Ke ada kat youtube atau dijual dalam bentuk dvd saja? Wallahua'lam. Bila maskot-maskot ni dah naik atas pentas, excited sungguh budak-budak dalam dewan tu. Bermula dengan nyanyian ramai-ramai, lepastu sesi memperkenalkan diri secara one by one pulak. Ibu siap rakam semua sekali untuk kakak tengok balik kat rumah nanti. Persembahan akhir sekali, nyanyian lagu terbaru tajuknya Upin Ipin luar biasa.

Ibu ayah semua sibuk rakam video. Tengok ada sorang dak tecit tu siap naik atas pentas lagi tu.

Last sekali sebelum bersurai, semua maskot turun ke bawah pulak untuk sesi bersalaman dan bergambar dengan pengunjung. Tapi ikut nasib la mana yang dapat cos jumlah pengunjung kan ramai. Kena pandai-pandai follow dan amik kesempatan yang sememangnya terhad. Ibu la yang gigih ajak kakak follow maskot tu, dapatlah amik gambar dengan Upin dan juga Ehsan. 

Ni je the best shot yang dapat ibu amik. Okla tu kan, siap ada daddy Im Aus @ Shamsul Ghau Ghau enterprem.

dengan Ehsan pulak.

Hampir jam 10malam, tamatlah karnival hari kedua. Kat luar dewan hujan renyai-renyai, buy no worries sebab shuttle bus masih ada selagi pengunjung masih ada. So kitorang pun naik bas yang kedua terakhir malam tu untuk ke tempat parking. Kakak senyummm je sambil cakap, bestlah Karnival Upin Ipin. Alhmdulillah anak happy, ibu ayah pun happy. Tahun depan takde pergi lagi tau. Cos tahun depan kita ada adik baby kecik.hihi. Inshaa Allah.