Tempat2 Makan Best @ Johor

Entry kali ni nak kongsikan tempat2 makan yang best for me n my family kat area Johor, especially JB la ye. Akan di update from time to time. Jom tengok jom :-)

1. Restoren Shahab Beriani House

Alamat :
No. 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai


Menu : 
Nasi Beriani Biasa
Nasi Beriani Gam
Lauk : Ayam merah, ayam beriani, kambing, daging, rusa, gearbox

yeayyy ini dia nasi beriani gearbox..
bukan gearbox lembu, tapi kambing.tu yg comey je size.

sedapnyaaa..acar buah ada juga. 
tapi tak amik kali ni coz variety buah tu kurangla.

view dalam kedai.
amik ko, berkawah2 nasi beriani dia.
nampak ke tak?hujung sana tu,next to meja makan.


**************************************

2. Kacang Pool Haji

Alamat :
Medan Selera Larkin, Jln Tun Abd Razak Susur 5, JB

GPS Coordinat :
1.48559,103.749293

Menu : 
Kacang pool, rojak buah, tahu bakar, roti bakar, nasi lemak


kecik je kedai, standard medan selera la kan.
order kacang pool & tahu bakar kat sini, minuman order kedai sebelah.
ABc special & ice blended mangga sedappp.xdela plak gambar ;-)

inilah dia kacang pool (makanan tu la, not my hubby.haha)
mula2 tu tertanya2 jugak, apa tu kacang pool?ingatkan kacang je.hehe.
rupa2nya 1set -  roti bakar dimakan dengan kuah kacang pool +  
telur mata + hirisan bawang & cili padi + perahan limau
kuah kacang tu merupakan kacang pool yang dikisar dan 
dimasak bersama daging kisar dan bbrp bahan lain.


**************************************

3. Mee Bandung Tg. Langsat
(Restoren Keluargaku Sayang)

Menu : 
Mee bandung udang, ketam sambal, masakan panas/thai

baru sampai..restoren 'atas air' ;-)

sedapnya mee bandung udang tu..kuahnya terasa udang kering blend.
udang fresh yang diletak dlm mangkuk tu cuma 4ekor je.
harga semangkuk mee bandung RM7. padan la dengan rasanya ;-)
ketam masak sambal pun sedap,tapi selalu abis.
kalau datang pukul 7ptg ke atas, memang tak merasa laaa.


siap makan, duk melepak kat jeti plak.

**************************************

4. Air Kelapa Bakar, Jalan Masai Lama

Alamat :
Jalan Masai Lama 
(warung tepi jalan je..kalau dari Giant Plentong 
ke P.Gudang  ikut jalan lama,
 memang akan nampak warung ni)

Menu : 
Air kelapa bakar, kuih-muih, kerepek, etc.

Insyirah with ayah..07/04/13

kelapa muda sedang dibakar ;-)

Insyirah with Cik Safa - 26/03/13

antara khasiat kelapa bakar :
mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang,
batuk kering dan melancarkan peredaran darah.

kami minum, bubuh air gula bagi sedap.hehe.
kalau utk tujuan kesihatan, minum begitu saja la patutnya.


**************************************

5. Embun Cafe Asam Pedas Claypot

Alamat : No.49, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai

GPS Coordinat :
 1.545355,103.628185

Menu : 
Asam pedas claypot ikan pari, mayong, kaci, tenggiri, etc
Nasi goreng kampung
Nasi goreng asam pedas special

pilih ikan, then baru diorang masak dlm claypot ni.
best makan panas2 ;-) 

Insyirah with Cik Vivin

**************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit