Road Trip Jelajah Semenanjung Part 3

Day 3 & 4 - Perak (16 & 17 Disember 2014)

Pagi tu kitorang check out lewat, dalam pukul 11.30 pagi. Bangun pagi pun liat je sebab sejukk, maklumlah chalet betul2 kat gigi (btul ke?) sungai. Tapi dalam liat tu, pukul 6+ wajib gak bangun solat subuh weii. Aktiviti pagi adalah tengok tv sambil tunggu breakfast dihantar ke bilik. Ye, breakfast dihantar ke bilik dan ini dah termasuk dalam harga chalet tu la. Simple je, nasi lemak ngan air teh o. Bolehla kan daripada nak keluar beli breakfast lagi malas :-p Siap je breakfast terus tukar 'uniform' pastu bawak anak-anak mandi sungai sekali lagi. Pukul 9 pagi mandi air sungai sejuk oiii.
 
Puas mandi for the second round, kitorang pun balik chalet. Mandi bersih-bersih dan kemas baju, pastu terus check out. Dari resort ni, kitorang singgah Yik Mun lagi coz nak tapau frozen pau untuk bawak ke rumah abah. Sayangnya frozen pau ni di pack dalam 10pcs or 12pcs per pack. So kitorang beli 1pack pau ayam je. Kalau pack 6pcs each bleh beli 2 jenis ;-) 

Dari Yik Mun, terus masuk highway PLUS untuk ke rumah abah kat Kuala Kurau atau lebih tepat lagi Parit Haji Ali, Kedai Dua. Haaa unik nama Kedai Dua tu kan. Kalau kat JB ada Lima Kedai plak. Kat highway PLUS kena amik exit Taiping pastu terus je follow sign board ke Bagan Serai / Kuala Kurau. Total distance dari exit tu nak sampai ke rumah abah dalam less than 30km. 

Bertolak dari Tg Malim pukul 12+ dalam pukul 3+ barulah sampai kat Parit Haji Ali tu. Tu termasuk berenti tapau makanan & tukar driver, maklum saja pilot kita ngantukkk. So kena la co pilot a.k.a ibu tolong replace ayah jap ;-) Sebelum ke sana, takde plak abah bagitau yang rumah tu kat kawasan sawah padi. Yeayyy suke view sawah padi, sama macam kat rumah Kak Yan kat Tanjong Karang. Cuma bezanya kalau kat Tanjong Karang tu jarak antara sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh. Kat rumah abah & umi ni plak dekat2 dan sawahnya kat belakang rumah.

sawahmu terbentang meluas, tumbuh-tumbuhan hijau merendang :-) tetiba keluar lagu :-p

dalam rumah ada buai. Kakak Insyirah suka sangat la :-)

kampung boy

Aktiviti kat rumah abah yang utama adalah mendobi baju, selebihnya makan tido dan tengok tv saja ;-) Esoknya kitorang jalan-jalan sekitar kampung sampai la ke Parit Buntar sana. Hari kelima barulah misi jelajah kitorang diteruskan ke bahagian utara Semenanjung.yeayyy. Oh ya,tak lupa jugak malam kedua tu layan bola final AFF Suzuki Cup Malaysia lwn Thailand 1st round kat rumah abah. Sambung cerita road trip kat next entry plak.

ikan keli ready untuk di'smoked', sedapnyaa lain compare ngan dibakar.kakak makan nasi 2x tambah plus ulang makan sekali lagi.erkkk.

my hubby sibuk nak carik signboard 'Kg Kedai Dua' tapi tak jumpa. Sini pun bolehla b ;-)

suke rumah kampung ;-)

ni gambar esoknya, muka Irsyad sedih nak tinggalkan atuk. ke ngantuk?

Comments

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit