Road Trip Jelajah Semenanjung Part 7
Day 11 - Pahang & Johor (24 Disember 2014)
Bangun pagi tu ku sangkakan hujan dah berhenti tapi bila buka tingkap bilik tengok rupa-rupanya masih hujan tapi halusss je. Ok takpe, walaupun hujan tetap akan bawak kakak pegi mandi. Cuma adik je tak payah, takpela baby lagi kan. Kesian pulak nak berhujan bagai. Adik dengan ibu tunggu je la kat luar ye, tengok 'mesin mainan' apa yang ada untuk adik.
Pukul 8 pagi kitorang pergi breakfast kat cafe, okla tak jauh sangat dari bilik tapi lenguh jugakla dukung dak tecit.hihi. Mujur ada walkway yang berbumbung dari blok kitorang nak ke cafe tu, so okla tak perlu berpayung macam nak ke parking tu. Variety of foods yang disediakan ok juga, banyak pilihan tapi masakannya biasa-biasa saja. Sedap lagi masak sendiri, of cos la kan :-p Selesai breakfast pegi jalan-jalan jap kat reception, bergambar kat sana. Cantik decoration kat situ sempena Christmas esok hari.
Balik bilik, tengok berita kat tv pasal banjir lagi. Dah semakin serius dah kat Terengganu, kat Kelantan tak payah cerita la. Kuala Kemaman yang semalam masih ok pun dah mula nak banjir dah esok paginya. My hubby pun call unit banjir untuk check latest status hala ke Pekan, setakat pagi tu masih tiada halangan - means tak ada air yang melimpah ke atas jalan raya lagi. Pagi tu lepas bersiap dalam pukul 10, terus check out pastu bawak Insyirah ke waterpark. Kebetulan Irsyad pun dah start ngantuk coz dah sampai masa morning nap, aku bawak dia tidur kat surau je :-p Bangun dari nap, main-main jap kat luar. Dalam pukul 12.30, my hubby & Insyirah pun dah siap tukar baju semua. Tak lama pun main kat water park tu sebab hujan plus ada beberapa slide yang kakak takut.aiyakkk.
lena plak tidur, sejuk ye dik?
Hampir pukul 1 tengahari, kitorang pun tinggalkan Bukit Gambang Resort City. Cadangnya nak singgah rumah sewa lama dulu tapi memandangkan hujan tiba-tiba lebat, terus cancel. Sebenarnya risau kalau stuck kat mana-mana tempat yang banjir sebab dengar berita a few kawasan kat Kuantan dah mula banjir. Bila masuk je jalan menghala ke Pekan tu nampak banyak kereta parking kat tepi jalan raya coz kampung area tu dah banjir dah. So aku agak kereta tu semua milik orang kampung situ la. Kereta dari arah yang sama dengan kitorang siap ada yang berpatah balik lagi tak nak tempuh banjir @ air yang melimpah atas jalan tu. Actually still boleh jalan lagi tapi ada part yang cuma satu lane boleh dilalui.
Oleh kerana belum lunch, kitorang berhenti carik kedai makan jap kat area Inderapura tu. Jumpa satu kedai makan ni, menu yang di highlight ialah gulai kawah dan sup urat keting. So apalagi, layan je la kan. Anak-anak makan nasi dengan ikan singgang saja. Masa tengah lunch tu hujan melebat la pulak, risau juga kalau air makin naik. Tapi takde pilihan pun, kena tempuh juga. Just wait and see sambil berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Siap lunch, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Mersing melalui Pekan. Lama sungguh tak lalu jalan ni, dah semakin cantik dan lebar dah jalan. Maklum saja kampung PM kan kat Pekan, maka haruslah jalan pun di'upgrade :-) Syukur alhamdulillah perjalanan lancar je walaupun hujan almost non stop. Kampung-kampung banyak yang banjir, tapi jalan raya masih ok sampailah ke bandar Pekan.
Dari Pekan menghala ke Mersing pulak, ada 2 tempat 'air lalu' @ melimpah ke jalan iaitu area sebelum dan selepas Kuala Rompin. Dalam pukul 4 kitorang berhenti rehat kat Kuala Rompin, 'port' biasa kitorang berhenti makan dulu-dulu. Kononnya nak carik kuih or kudap-kudapan kat area bus stand tu tapi takde pulak orang berniaga, macam hambar je plak kawasan tu. Sudahnya kitorang berhenti kat Petronas sambil tapau makanan kat gerai dekat situ je. Dari Kuala Rompin, perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke Mersing. Bila masuk je negeri Johor barulah nampak matahari, syukur alhamdulillah. Setelah 2 hari hujan saja di Pahang, hari ni dapat tempuh cuaca cerah pulak di Johor.
Hampir pukul 6 petang, kitorang pun sampai tempat yang dituju. Hubby amik kunci hotel dulu tapi kitorang tak terus masuk sebab cadangnya nak pergi makan malam terus. Malam tu tak payah nak drive keluar dah. Lokasi makan malam yang dituju adalah Sate Teluk Iskandar, lebih kurang dalam 3km saja dari terminal feri Mersing tu. Search kat gps tak jumpa Teluk Iskandar tu, search Iskandar saja baru jumpa. Lepas dah sampai tu lupe pulak nak save koordinatnya. hihi.
Sate Teluk Iskandar ni ada banyak pilihan jenis sate tau iaitu : ayam, itik, kambing, lembu, arnab, rusa, paru, babat, hati ayam, hati lembu, udang dan sotong. Masa kitorang datang tu cuma udang dan sotong je yang takde, lain semua ada. So kitorang try semua kecuali hati sebab tak berapa minat hati. My review is - sedap sedap sedap okay semua sate tu. Tapi ada a few yang tak pasti sama ada itik, rusa or arnab.hihi. Mula-mula order sikit dulu, lepas dah rasa baru order lagi. Memang sedap plus kuah kacang yang diorang bagi pun banyak, puas hati. Jadinya kalau bercuti ke Mersing, wajiblah datang makan sate kat sini ye ;-)
Siap makan, kitorang pun balik la ke hotel. Masing-masing dah penat, alangkah bestnya kalau dapat landing atas katil kan.hihi. Hotel yang kitorang duduk tu namanya Riverside Hotel yang terletak dalam shoplot kat Jalan Sulaiman. Betul-betul belakang shoplot tu adalah sungai tempat kapal-kapal berlabuh. Ada 3 or 4 hotel lain juga kat row yang sama. Pihak hotel siap bagi kitorang bilik kat shoplot yang bertentangan, katanya kalau yang betul-betul kat sungai tu bising kalau kapal nak berlepas. Ooo begitu, baiklahh terima kasih. Rasanya year end macam tu tak ramai sangat pelanggan sebab musim hujan, orang takdelah nak ke pantai or pulau kan.
Malam tu cuma rehat-rehat dalam bilik saja, tapi lepas Isyak hubby & Insyirah ajak turun plak sebab nampak macam happening je kan kat bawah. So ibu pun follow saja, memang happening kat kawasan sekitar tu. Banyak kedai makan, kedai serbaneka, 7 Eleven plak kat bawah hotel kitorang duduk tu je. Oleh kerana masih kenyang, takdela kitorang pegi kedai makan. Jalan-jalan cuci mata dan ambil angin saja katanya. Lepas tu balik bilik dan tidurla. Esok nak balik rumah dah setelah dua minggu ditinggalkan. Kain baju dalam beg tu dah nak kena dibasuh weyy.
Day 12 - Johor (25 Disember 2014)
Hari terakhir, kitorang check out lewat sikit berbanding hari-hari sebelumnya coz itinerary cuma nak bergambar kat Jeti Mersing sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang. Dalam pukul 10.30 pagi barulah kitorang turun hotel dan pergi makan kat bawah tu. Nak breakfast macam dah lewat, nak lunch plak macsm terawal plak. Sudahnya kitorang order roti tisu ngan teh tarik untuk anak. Ibu ngan ayah pulak tunggu nasi putih ready dulu, then terus makan nasi campur. Kira 2 in 1 la ni namanya kan.
Selesai makan, kitorang pun pegi amik gambar kat belakang kedai tu. Tempat feri dan kapal berlabuh kat situ je pun. Untuk ambil penumpang setahu aku kat jeti sana. Dulu masa kitorang ke Pulau Tioman pun naik feri kat Jeti Mersing tu. Tak tahulah kalau skarang dah ada dua tempat naik sebab kawasan shoplot Jalan Sulaiman ni dah banyak hotel. Memudahkan pelancong juga kalau boleh naik dari sini, at least by walking distance je. Kalau nak ke jeti tu plak dalam 1-2km jugak tu.
uitss adik nampak gelap dalam pic ni.
Seterusnya, kitorang bergerak ke kawasan Jeti Mersing dan kawasan sekitar untuk ambil gambar sebelum bertolak balik ke rumah. Aktiviti wajib of cos la kakak nak bergambar dengan bendera terakhir iaitu Johor, yeayy. Singgah jugak medan niaga tu tapi lengang je, maklumlah hujung tahun. Menurut abang kedai souvenir tu, kalau bulan November & Disember memang takde feri ke pulau sebab laut bergelora kan, musim tengkujuh. Jangkaannya pada 28 Disember nanti baru akan beroperasi semula setelah cuti untuk beberapa minggu.
Last time kitorang pergi ke Pulau Tioman pun pada bulan Julai, memang cuaca baik time tu. Selain untuk ke Pulau Tioman, boleh juga naik feri dari sini untuk ke beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa dan Pulau Besar. Kalau nak ke Pulau Sibu pulak, naik dari jeti Tanjung Leman. Masa ke Pulau Tioman dulu pergi berdua coz belum ada anak lagi, Inshaa Allah ada rezeki next time nak bawak anak-anak ke Pulau Sibu pulak. Memang syok dan relaks je pergi pulau ni walaupun tak reti diving, snorkelling pun takut-takut.hihi.
Kakak beli aiskrim sampai dua mehhh. beli set baju+seluar Tioman kakak&adik murah saja RM15 each. Kalau musim orang ke pulau memang tak dapat harga tu ;-)
last pic. alaaa tak suke pakai baju ni sebab nampak gemokk.haha. baju bersih dah abis, so pakai je la.
Dari Mersing ke Pasir Gudang jaraknya lebih kurang 100+ km jugak tu. So budget dalam less than 2 hours boleh la sampai rumah. Dalam perjalanan, ibu ngan anak-anak siap tertido lagi. Sori ayah, ibu tak teman ayah driving ;-) Hampir nak sampai Today's Mall Ulu Tiram tu barulah masing-masing terjaga. Lama jugak tak ikut jalan ni, flyover pun dah siap. Dulu kalau datang dari Sg Tiram nak ke jalan utama tu cuma ada traffic light je. Bertahun jugak proses pembinaan flyover tu nak siap. Zaman ulang alik Pasir Gudang ke Kuantan tahun 2008 dulu memang inilah route nya pun : Pasir Gudang - Ulu Tiram - Mersing - Kuala Rompin - Pekan - Kuantan. Makan masa 6 ke 7 jam jugak nak sampai tu sebab jalan kampung @ biasa kan, bukan ada highway pun.
Lalu depan pasar pagi kat Sg Tiram tu, pasarnya masih ada lagi walaupun dah tengah hari. My hubby siap tanya, nak singgah ke? Ikutkan hati nak juga singgah sebab dah lama sangat tak pergi situ. Tapi mengenangkan cash kat tangan pun cuma RM20 je, terus jawab - taknaklahh. Haha, mana cukup duit banyak tu nak pergi pasar unless ada atm machine kat situ :-p Takpela last time pegi pasar tu tahun 2012 rasanya, bagi aku dah tak menarik sangat dari segi pilihan dan harga. Kalau nak shopping kain dan tudung, kat Pasir Gudang pun dah ok. Takpun online shopping je, lagi convenient dan takde impulse buying sebab aku akan fikir dulu sebelum beli ;-) Finally, menjelang Zohor kitorang pun sampai kat rumah dengan selamatnya.
Syukur alhamdulillah, selesai sudah road trip jelajah semenanjung kitorang sekeluarga. Memang penat tapi seronok dapat tengok tempat orang dan bawak anak jalan-jalan spend time dengan ayah. Maklum saja tahun 2014 ni boleh dikatakan half year hubby kat Malaysia, the other half plak kerja kat India. Finally siap jugak aku type entry pasal road trip ni walaupun makan masa sebulan :-p Inshaa Allah dalam next entry aku nak senaraikan perbelanjaan road trip ni pulak ;-)
Comments
Post a Comment