Road Trip Jelajah Semenanjung Part 4

Day 5 - Pulau Pinang  (18 Disember 2014) 

Pagi tu kitorang bertolak dari Kuala Kurau ke Georgetown. Since Kuala Kurau ni dah dekat dengan sempadan Penang, so tak lama mana pun dalam kereta tup-tup kitorang dah sampai jambatan kedua. Ni la first time kitorang naik jambatan kedua. Oleh kerana less than an hour dah sampai, kakak pun siap tanya 'dah sampai penang ke ibu?cepatnya' hihihi memangla cepat sebab dari rumah atuk je, kalau dari rumah kita jauh wooo :-p

yeayy 1st timer di sini.last time g Penang 2thn lepas ikut jambatan lama.

Ok, start dari Penang dah takde check point tapi semuanya pit stop.hehe. Memangla kan Putrajaya, KL & Selangor boleh la jejak kaki dalam masa sehari sebab dekat-dekat je. Yang lain tak dapatla nak buat macm tu, penat kot plus nak pegi satu tempat pilihan untuk amik gambar kakak with bendera. Lepas ni kat setiap negeri kitorang akan bermalam. 

Sampai Penang, lokasi yang kitorang tuju adalah Made in Penang Interactive Museum. Alaaa panjangnya nama, muzium 3d or trick art tu la. Macam kat area I-City Shah Alam pun ada tapi aku tak berkesempatan lagi nak pegi. Huh nama je ic 10 @ Selangor tapi dalam setahun berap kali je balik sana. Sejak arwah mak takde, abah plak duduk Perak plus hubby selalu takde kat Malaysia memang makin jarang nak jejak Selangor. Uwaaa :-p

Ok, museum letaknya kat Pengkalan Weld, tak jauh dari hotel yang kitorang dah book. Parking kat bahagian belakang building museum tu, per entry RM3 kalau tak silap. Sampai sana 1st thing of cos la beli tiket, harga RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Baby free saja, so Irsyad tak payah bayar tapi tapi tapi tak boleh bawak masuk stroller or buggy sebab bahagian dalam tu 3 tingkat dan bertangga. So terpaksalah ibu dukung dak tecit tu, ok takpela sayangku :-)

tunggu ayah p beli tiket sat noo ;-)

Masuk dalam aku tak dapat nak amik gambar sangat coz Irsyad dah ngantuk. Aku bawak dia masuk mini cinema yang tayangkan info pasal Penang tu la. Dalam tu kan gelap, so dapatlah aku breastfeed Irsyad dengan harapan dia akan tido jap bagi rehat kan. Tapi taknak tido plak orangnya malah sibuk merayau-rayau dalam gelap, hihi takpela. Tunggu je ayah & kakak siap bergambar dan datang jumpa kitorang kat situ je. 

Ni antara gambar-gambar yang diambil, semuanya tunjuk suasana, orang, lifestyle, etc tentang Penang - sesuailah dengan namanya kan.

ehhh minum tak ajak ~


nangis kena paksa tiup saksofon.haha.

tolong selamatkan saya!

kait buah pinang ke kak?

elok-elok tau kakak :-)

pandai jugak kakak snap :-)

berat ke b? :-)

Keciknya awakkk :-)

Eh tebar roti canai sorang je cukupla ;-)

Kuat ke nak tarik tu?

Uitss meriamm.

Ok.saya berani sentuh :-p

Keluar je dari museum tu ada kedai coklat kat luar so menyinggah la kejap beli coklat.

Dari Made in Penang Interactive Museum, kitorang pusing-pusing carik Street Art plak yang terletak kat Lebuh Armenian, dekat je cuma sesak dan takde parking. So cuma aku ngan Insyirah je turun, hubby ngan Irsyad tunggu dalam kereta je. Nak amik gambar dengan bendera dan jugak gambar kat basikal yang femes tu.

yeayy bendera ke 7

lokasi wajib.kali ke 3 kakak sampai Penang baru berkesempatan nak ke sini.

Siap bergambar, kitorang pun pegi makan lunch kat Nasi Kandar Line Clear. Parking senang je kat situ dan bayar RM2 per entry. Masa sampai tu around pukul 1 tengahari, ramai sungguh orang. Irsyad aku bancuhkan cerelac je, sesekali masa travel ni takpela bagi instant food ni :-p Hubby amik untuk kakak nasi, kuah kari ngan udang 3pcs kena caj RM75, whattt? Mahal sungguh, bukan udang galah pun. Bila tanya balik harga, dia cross harga RM75 jadi RM45. Aikk boleh plak revise harga, pelik sungguh. Disebabkan harga yang tak logik plus kena queue lama, aku ngan hubby tak jadi makan. Kitorang tapau je dari kedai berdekatan hotel nanti :-p

lama tunggu dak tecit pun nak meragam dah lapaqq. ini lakonan semata.adik dah makan cerelac kot.

amik gambar muka hepi je. ibu ayah je tak hepi sebab xmakan lagi :-p

dekat dengan tempat cuci pinggan pun ada wall art.

Dari Line Clear yang tak berapa nak clear tu, kitorang terus check in hotel. Yang penting anak-anak dah makan kan. Hotel Mingood ni memang good location la dan yang bestnya ada private parking. Kena pandai pilihla kalau bab hotel ni. For me, tak kisah hotel budget ke takde bintang ke as long as selesa dan cukup kemudahan. Last time kitorang ke Penang stay kat area ni jugak tapi hotel lain dan takde private parking. Hotel Mingood ni selain daripada ada private parking, lift pun ada disediakan. Harga dalam RM140 untuk 3 single beds including free breakfast, ok sangat la tu kan. 2 single beds tu kitorang rapatkan so jadi macam queen bed.hihi. Actually untuk semua location bermalam aku cari yang 1 single + 1 queen bed coz itu yang paling sesuai untuk kitorang berempat, kalau takde baru amik yang lain. 

Kakak dengan bekalan jajannya ;-)

Bila dah sampai hotel, rehat-rehat dan solat jamak macam biasa. Kalau dapat tido sekejap pun jadila kan. Budak berdua tu kalau baru masuk hotel bukan nak tido pun, sibuk main or tengok tv je. Si tecit plak semua dia nak explore & check, paling suke wayar dan soket. Rasanya dah besar nak jadi electrical engineer kot.haha.xde kaitan. Tak kisah la kamu nak jadi apa pun sayang bila besar nanti asalkan yang elok dan dapat beri manfaat kat orang lain ;-)

Bangun tido dan mandi, kitorang siap-siap untuk keluar. Cadangnya nak mendobi baju tapi carik punya carik dobi self service tak jumpa. Jumpa satu yang agak jauh dari hotel tapi mesin rosak la pulak. Dekat area hotel dobi biasa ada tapi paling cepat boleh siap esok tengahari. Kitorang lepas breakfast dah nak gerak ke Perlis, so kiv la dulu bab mendobi tu. Gagal dalam misi mendobi, terus ke Padang Kota Lama untuk makan malam. Kakak dah sibuk lapar katanya.

anak-anak pakai baju tido sudah, balik hotel kang boleh terus zzzz.

Last time datang Padang Kota Lama tahun 2012, masa tu Kakak Insyirah baru 2 1/2 tahun. Kali ni datang dia dah 5 tahun, waaa boleh tahan lama. Takde apa-apa perubahan pun kat sini, kedai yang ada masih sama. As usual kalau datang sini wajib makan pasembor. Irsyad pun makan jugak tapi ibu suap yang tepung cucur tu je la ye. Lebih half biji jugak dia makan, okla kenyang. Kitorang jugak try makan sotong kangkung for the 1st time, tapi gambar lupa plak nak snap. Siap makan, duduk bersantai jap kat tepi laut pastu balik hotel.

malam di Penang 18.12.14 ;-)

Kakak tetap nak main, layankan saja.

Masa kat hotel, duk dengar berita pasal banjir kat Kelantan. Kawan pun ada whatsapp dan advise supaya avoid masuk Kelantan. Masa tu baru mula banjir kat Rantau Panjang. Lepas discuss dengan hubby, kitorang pun sepakat nak cancel route Alor Setar-Gerik-Rantau Panjang-Kota Bharu-Marang tu. Jadinya 2 negeri la terpaksa cancel iaitu Kelantan dan Terengganu. Bila route tu dah tak jadi, so kena fikir alternative route la pulak. 

Mula-mula hubby suggest untuk cancel sekali route Kuantan-Mersing. Next time plak buat road trip ke Pantai Timur. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau cancel tu maknanya dari Perlis nak terus balik Johor memang jauh bebenor. Jarak dalam 900km or lebih tu. Kena jugak carik pit stop in between dua lokasi tu. Aku bagi idea kat hubby route Kuantan-Mersing tu maintain tapi since Marang-Kuantan cancel, so kitorang akan ke Kuantan ikut Gombak-Karak.

Finally, divert routes dan pit stop yang dipersetujui sebulat suara oleh kami berdua ialah seperti berikut :(skemanya ayat)

* Route Alor Setar-Gerik cancel, ganti dengan stop di Alor Setar.
# Bermalam di Gerik 20.12.14 cancel, ganti bermalam di Alor Setar. 

* Route Gerik-Rantau Panjang-Kota  Bharu cancel, ganti dengan Alor Setar-Ipoh.
# Bermalam di Kota Bharu cancel, ganti bermalam di Ipoh.

* Route Kota Bharu-Marang cancel, ganti dengan Ipoh-Bukit Tinggi-Bentong
# Bermalam di Marang cancel, ganti bermalam di Bentong. 

Lepas tukar route, 1st thing yang kena dibuat adalah cancel book hotel or resort untuk pit stop asal dan book tempat yang baru. Gerik dan Kota Bharu dapat cancel foc tapi Angullia Beach Resort kat Marang tu dia tak pulang bayaran booking. So kira burn la, nasib baik bayar  booking RM50 je hari tu, anggap sajalah takde rezeki. So dah settle pemilihan route dan penginapan yang baru, dah boleh tidur dengan aman malam tu. Esok sambung lagi penjelajahan ke utara ;-)


Day 6 - Perlis (19 Disember 2014)

Pagi tu kitorang breakfast kat hotel tapi simple je la. Setakat hot coffee & tea, roti dengan mentega dan pilihan jem, madu dan peanut. Selain tu ada juga disediakan fresh milk dan cereal. Kira okla, tak payah nak pegi carik breakfast kat luar lagi. Yang menariknya cafe hotel ni terletak kat roof top. Boleh pilih sama ada nak makan kat dalam or yang kat open space. Adik dan kakak tak nak roti plak pagi tu, so makan la cornflakes & coco crunch tu saja.

breakfast dulu, mandi kemudian :-p

good morning Penang !

dah jom balik mandi :-p

Selesai mandi dan bersiap, terus check out hotel lepas tu terus bertolak ke Padang Besar, Perlis. Jarak Georgetown ke Padang Besar adalah 190km dan estimate total perjalanan termasuk berhenti rehat dan tukar driver selama 3jam. 

Both of us (me & hubby) ini merupakan kali pertama drive kat highway PLUS ke arah utara Semenanjung dari Penang. Sebelum ni setakat sampai Penang je, so ni kira 1st experience la. Nice view along the way sebab ada sawah padi. Suke suke suke ;-) Sekitar jam 11.30 pagi, kitorang pun sampai kat arked niaga Padang Besar tu. Rezeki hari tu elok je kitorang sampai ada kereta nak keluar, so dapat parking betul-betul kat tembok yang tulis 'Padang Besar' tu. Apa lagi, lepas parking dan turun kereta je terus amik gambar dulu. 

1st time masuk Perlis ;-)

Kereta depan nak keluar, dapatla kitorang parking tanpa perlu tunggu lama or pusing-pusing.sesak ooo kat sini.

bergambar dulu sebelum isi perut ;-) orang selatan mai utara, jauh tuuu.

Lepas dah parking kereta dan bergambar, kitorang lunch dulu sebelum masuk arked niaga tu. Katanya tak elok shopping dalam keadaan lapar, kang semua nak dibeli.haha. Apa je pun ada dalam tu, target nak beli baju kakak & toys adik je yang utama. Untuk ibu ayah setakat tshirt sehelai seorang dah la kan, tanda kenangan. Ok untuk makan, kitorang pegi gerai yang mula-mula sekali je sebab tengok macam meriah je - Gerai No. 9. 

pulut durian pilihan kakak. sementara tunggu ayah pergi bayar parking, kakak makan dulu ye.

Banyak betul pilihan menu yang menarik hati aku kat gerai ni. Banyak pengaruh Siam la makanan kat gerai ni sebab dah dekat sangat kan Perlis dengan Thailand ni. Nama makanan pun unik sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Untuk senang, tanya je kat akak kedai ramah-tamah yang amik order tu. Tomyam kelapa pun ada, mengidam makan ni masa pregnant Irsyad tahun lepas dan cuma makan sekali je kat Shah Alam. Akhirnya kitorang order 2 set nasi goreng nama apa ntah, dah lupa la pulak. Tak lupa juga pulut mangga, tak sah pegi Perlis tak makan pulut mangga weyy :-p 

Sedap pulut mangga.

Siap makan, kitorang pun masuk dalam arked niaga tu. Bangunan tu 2 tingkat dan tak adalah besar mana. Besar lagi Pasar Siti Khadijah kat Kelantan dan Pasar Payang kat Terengganu tu. Tapi selain arked tu, deretan kedai kat luar berhampiran arked tu banyak dan jual barang-barang yang lebih kurang sama. Irsyad tunggu kat tingkat bawah je ngan ayah sementara ibu dan kakak pergi beli baju dan barang-barang kakak. Itu yang utama, kang selagi belum beli barang dia asyik la tanya 'bila nak beli baju frozen kakak?' ;-) layankan saja asalkan kakak hepi.

ini saja gambar yang aku snap kat dalam arked tu. lepastu dah sibuk layan kakak pilih baju dia. Ibu aim kapal korek adik kat kedai belakang ayah tu ;-)

Hampir sejam menyoping barang kakak, hubby pun call ajak balik sebab Irsyad dah meragam, ngantuk dah tu. Ok takpe,  aku plan petang nanti datang lagi sekali untuk sambung cari barang lagi. Nasib baik barang kakak dah settle, tu yang penting. Jarak dari arked ni ke resort yang kitorang nak menginap tu dekat saja, dalam 2km. Namanya Teratai Putih Restaurant & Resort. Aku syak asalnya tempat ni restoren lepastu dia bukak pulak resort memandangkan kat Padang Besar ni takde hotel. Iye, memang takde hotel walaupun aku tengok ramai je pelawat ke sini.

Sebelum road trip ni aku dah google, memang tak jumpa hotel kat sini. Kalau search kat booking.com (aku & hubby memang biasa guna booking.com ni) pun takde. Yang ada suggestion kat area Kuala Perlis yang jaraknya lebih 20km dari sini. Ok juga sebenarnya kalau nak menginap kat Kuala Perlis tapi since dah jumpa Teratai Putih Restaurant & Resort tu, aku stick dengan yang tu je la. Jalan nak ke resort tu agak sunyi dan akan lalu satu terowong sehala,haaa macam scary je kan.haha. Sebelum nak masuk terowong tu silalah bunyikan hon untuk pastikan ada or tak kenderaan lain dari side sana sebab terowong tu kan sehala. So kalau nak lalu kena gilir-gilir ;-) 

Ok dah sampai.

arrow tu tak betul la.tunjuk resort ke kiri padahal kat belakang & kena ikut jalan masuk khas.

teratainya takde kat sini tau :-p

Sampai je kat Teratai Putih, kitorang pun dengan confident nya terus turun kereta dan angkut beg sekali. Sekali tu cari-cari resort tak jumpa tapi cuma jumpa restoren. Try tanya, rupa-rupanya resort kat belakang kawasan restoren dan kereta kena keluar balik dan masuk sana ikut pagar lain. Awat tak habaq awai-awai :-p So kitorang pun pergilah ke tempat yang dimaksudkan pastu bayar dan check in resort. Bayaran RM85 saja untuk semalam, katil queen & single seperti yang diingini ;-) Masa kitorang datang tu tak ramai orang pun yang menginap kat situ, so dapatlah tingkat bawah. Kereta plak parking betul-betul depan pintu bilik. Senanglah nanti kalau nak angkut barang ke apa.

kawasan resort.

Bila dah masuk bilik, apa lagi aktiviti tido dan solat la. Petang sket aku keluar ngan kakak nak sambung aktiviti shopping kat arked yang belum selesai. Irsyad plak lena tido lepas 2x aku susukan, so tinggal je dia ngan ayah.  Memang dah plan pun nak tinggalkan dia, senang dan cepat ibu nak membeli. Sampai kat sana punyalah sesak, kereta lebih banyak berbanding tengahari tadi. Cari parking semua full, so aku decide untuk parking kat atas bukit nun. Jauh jugakla nak menapak dari arked dalam 700 meter kot, plus nak kena turun tangga lagi. Balik kang siap membeli kena panjat tangga pulak, redha sajalah.

Misi petang tu adalah membeli jersey yang abah kirim, blouse Azira (adik) kirim, kapal korek adik, tshirt kitorang 1 family, seluar askar adik dan juga kapal korek.haha. Taktau la kenapa ibu berkenan kat kapal korek sangat. Maybe sebab besar kot, puas tengok Irsyad main nanti. Disebabkan benda tu besar, so kita beli last skali. Tak lupa jugak beli ole-ole dan jajan untuk family dan ofismate ayah. Lepas siap shopping, nak ke tempat kereta tu ibu kena ulang alik 2x angkut barang,uwaaa. Sampai bilik tengok dak tecitnya dah bangun, tengah main-main. Ok je dia, tak nangis pun kena tinggal ngan ibu :-)

antara ole-ole yang dibeli. Pepero tu RM20, isi dalam 8 kotak kecik. murahhh. 

ehhh rembat pepero ibu nampaknya ;-)

kapal korek RM60 saja.

blouse pun murah je RM25 each. 

Malam tu kitorang tak keluar ke mana-mana, tengok tv kat bilik je. Makan malam pun kat situ je, kan namanya pun restaurant & resort. So tak payahla nak makan kat luar pulak. Malam tu makan tomyam la apa lagi. Serius sedap makanan kat restoren tu dan murah juga, highly recommended kepada sesiapa yang datang ke Padang Besar. Menginap kat situ pun ok, size bilik besar dan sesuai untuk family kecik macam kitorang. Selesai penjelajahan day 6 di Perlis, sambung esoknya pulak. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar Anak ke Prasekolah JAIS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru.

Keperluan Selepas Bersalin @ Semasa Berpantang

Buah Plum Untuk Baby Sembelit