Bercuti ke Da Lat - Mui Ne - Ho Chi Minh, Vietnam (Part 4)
Nak check out dah Coconut Villa kat Mui Ne ni, memang sekejap je kitorang kat sini sebab aktiviti yang nak buat pun cuma 4 jam tu je sunset jeep tour semalam. Villa ni cantik both interior dan exterior pun. Walaupun kejap, malam dan pagi tu anak-anak masih sempat ya mandi pool. Ok sangatla tu lepas rindu nak swimming, ke berendam 😀 Nice la villa ni ada 2 tingkat. Bilik anak-anak 2 queen bed pastu bilik ibu ayah 1 queen bed. Memang selesa la, alhamdulillah. Macam biasa kitorang book kat booking.com, bayarnya by cash saja VND1.18juta ~ RM205.
![]() |
antara gambar dan video kat villa
Dari villa, amik grab ke tempat nak naik bas ke Ho Chi Minh. Plan asalnya nak naik private car tapi sebab semalam dah naik car, saja la nak cuba another type of transportation plak. Kalau trip Ho Chi Minh - Da Lat naik vip sleeper bus 24-seater, kali ni try naik sleeper bus yang 36-seater plak. Kalau search bus secara online kat Vietnam ni, mostly memang akan keluar sleeper bus dari pelbagai company ya. Bas biasa yang duduk macam bas ekspres kat Malaysia tu takde or kalau ada pun sangat-sangat kurang. Mungkin kena beli offline @ walk in ke kaunter bus company tu la kot.
![]() |
antara gambar dalam bas |
Bus ni ada 3 lajur x 6 baris x 2 tingkat so total 36 seats la ya. Ku tengok more to local people la yang naik. Diorang naik dan turun kat beberapa tempat berbeza, macam kita naik bas ekspres pastu mintak driver turunkan kat jalan yang dekat ngan area rumah kita, tak follow sampai bus station. Gitu la lebih kurang. Kami je la tourist dalam tu hehe. Harga pun murah je USD7.95 per pax including insurance. So total US$47.70 =RM206 untuk kitorang berenam.
Sama jugak macam aritu, nak naik bus ni kena bukak kasut dan simpan dalam plastik. Air mineral diberikan untuk setiap seat. Walaupun bus agak lama tapi masih cantik dan paling penting bersih dan selesa je. Ruang antara seat agak open gitu sesuai la untuk travel siang hari. Kalau jenis vip 24-seats tu ku rasa lebih kepada nak tidur malam dan privacy. Makan masa 3 jam juga nak sampai ke Ho Chi Minh. Hujan otw tu dan sebelum nak sampai tu trafik slow sket sebab hujan dan ada part yang ada construction. Diorang transfer baki penumpang yang masih ada termasuk kitorang ke minivan, so okla boleh sampai cepat sket. Overall puas hati dengan bus service Cao Lam ni, sesuai dengan harganya.
Bas berhenti depan office Cao Lam, terus order grab untuk ke Mays Hotel - Ben Thanh Market. Nama kat booking pun gitu, so wajibla dia berada sangat dekat Ben thanh market kan. Jalan dia tu Nguyen An Ninh kalau ikut alamat tapi biasa dipanggil Malaysia Street sebab ramai Malaysian tourist situ. Time kitorang sampai tu bilik dah ready so dah boleh check in terus. Kitorang stay 1 malam je kat Ho Chi Minh, bayaran hotel untuk 1 family room with 2 queen bed + 1 room with 1 queen bed total VND900k ~ RM155. Pada kitorang, murah dah tu dah la yang family room tu siap ada bath tub. Memang seronok la the boys mandi dalam tu.
![]() |
check in terus |
Settle hantar beg ke bilik, terus turun semula untuk lunch. 1st kedai yang kitorang terjah adalah Jamilah Restaurant. Order pho (sup) daging, roti, fries untuk adik dan menu nasi untuk ibu kakak abang.. lupa sudah menu hehe. Location hotel ni memang terbaik, turun je dah ada kedai-kedai makan halal dan kedai souvenir. Nak ke Ben Thanh market pun jalan kaki dalam 150 meter dah sampai salah satu pintu masuk, tapi bukan pintu masuk utama sebab dia ada beberapa pintu - utara selatan timur barat gitu. Tak kisah la, janji dah sampai boleh terus masuk dan building dia pun tak la besar mana.
![]() |
abang idlan pilih roti sosej sedap, terus pakat semua nak breakfast roti ni jugak esok 😛 |
Settle lunch, ibu kakak abang-abang terus terjah Ben Thanh Market. Adik dengan ayah je balik hotel. Kat sana ada jual macam-macam souvenir, pakaian, kopi, kekacang, makanan kering etc. Seller kat sini ada yang agak agresif sikit promote, abang Idlan kata orangnya paksa Lan beli keychain 😂Harga pun diorang tak display dan start bukak kat kita dengan harga tinggi pastu kita kena tawar menawar plak sampai harga terendah, lecehhh. Kain lace, kain pasang pun banyak dijual kat Ben Thanh Market dan kedai-kedai bawah hotel kitorang tu. Boleh terus tempah baju dan siap dalam masa satu hari.
![]() |
hotel belah sini, cross jalan tu je pasar |
![]() |
jom masuk tengok apa ada |
![]() |
yang atas abang Irsyad pegang tu la filter dia |
![]() |
jajan takde tau adik 😆 |
![]() |
comel kan handphone sling bag tu bag besar tu plak ayahnya beli kat Rio bolehla buat isi semua kopi 😁 |
Settle beli kopi, amik grab nak ke supermarket BigC plak. Gambar abang dan kakak kat atas tu masa tengah tunggu grab la, dari pintu opposite yang kitorang masuk tadi. Kalau ikutkan map, jarak nak ke Big C tu dalam 3.5km je tapi nak sampai ke sana lebih 20 minit jugak. Trafik busy sungguh, penuh dengan kenderaan atas jalan especially moto la. Sampai BigC terus pilih apa yang nak dibeli, bayar dan amik grab semula balik ke area hotel kitorang. Senang semua makan kat jalan yang sama je lunch, dinner dan breakfast esok jugak. Siap dinner, ibu kakak sambung shopping dan yang lain naik atas hotel rehat.
masing-masing dah tuka baju tido je ni
kecuali abang Irsyad belum mandi 😝
![]() |
seriously pho (sup) kat Pho Halal Amin ni sedap, recommended! kopi dia pun padu, pekat |
![]() |
boleh pulak adik duduk situ 😇 opposite tu ada hotel, selang 2-3 je hotel kitorang stay |
![]() |
dah malam makin meriah, siap ada yang bukak meja letak barang jualan |
![]() |
start hujan plak so beli la baju hujan ni VND30K ~ RM5 |
![]() |
beg besar tu pun beli elok kalis air dan boleh isi banyak mostly beli telekung, pashmina kakak dan tambahan souvenir |
Walaupun malam tu hujan, ku tengok makin malam makin meriah dan ramai pulak yang datang shopping. Dari dalam bilik hotel pun masih boleh dengar kemeriahan tu, tapi takdela sampai tahap mengganggu pun. Personally, suka sangat lokasi hotel macam ni. Turun je dah penuh kedai makan dan kedai souvenir. Settlekan kemas beg, esok nak check out dan nak fly balik ke KL dah. Memang plan 1 malam saja kat Ho Chi Minh sebab trip kali ni tak focus kan jalan dalam bandar pun.
Posting hari terakhir include sini je la. Pagi tu breakfast kat Jamilah Restaurant, kali kedua ke sini. Asalnya nak masuk Halal Food Hajah Hawa tapi dah fully book for the whole restaurant plak, yang lain plak belum bukak. Ok je kat Jamilah Restaurant, sini pun sedap-sedap makanan dia. Siap breakfast, anak-anak berempat naik balik hotel. Ada yang baru nak mandi la, ada yang nak sambung main kat bath tub la. Si kakak layankan je la ya, ibu ayah keluar dating berdua je jalan kaki plan nya nak amik gambar kat Saigon Central Post Office dan jugak Al-Musulman Mosque @ Masjid Saigon. Saigon ni nama lama Ho Chi Minh la ya.
![]() |
popiah dia sedap rangupp. inti pun best |
![]() |
dari kat Da Lat lagi, merata dijual roti ni kira kalau kat Malaysia nasi lemak kot |
![]() |
macam-macam pilihan nak isi apa |
kemudian ku beli bingka
dari pakcik jual kat motor tu
Jarak dari hotel ke post office almost 1km pastu post office plak around 800m. Ok je la, ibu ayah nak walk bakar lemak sket setelah beberapa hari tak exercise.
![]() |
antara gambar kat luar dan dalam post office dalam tu ada jual souvenir jugak suasana luar post office, ada cafe ni ramai juga yang minum kat luar sambil duduk kat bangku kecik tu |
Sebelum nak sampai masjid tu, ada 1 kedai kopi ni pun sama jugak. Ada je customer yang minum sambil duduk kat bangku-bangku kecik macam tadi. Actually dari Da Lat lagi pun dah nampak. Gitu la gaya local people minum kopi ya. Kalau kat Malaysia biasa minum duduk atas kerusi dan siap ada meja. My hubby tanya nak minum kopi ke, ku kata takpela nanti minum ngan anak-anak je selepas check out hotel dan sebelum naik grab ke airport. Beli air mineral je kat situ, kering tekak weh jalan kaki total pegi balik dah berapa km tu 😂
![]() |
masjid ni dibina tahun 1935 |
![]() |
building biru tu Sheraton Hotel peach tu plak Caravelle Hotel |
Dari masjid ni, jalan kaki lagi saja nak sightseeing sekitar bandar sebelum tinggalkan Ho Chi Minh ni. Mostly butik-butik or mall bukak 10 pagi, so masa tu belum bukak lagi la. Ada lalu a few la tapi takde plan pun nak masuk. Ada jugak uncles yang bawak beca kat tengah-tengah bandar tu. Bagi siapa yang berminat nak naik, bolehla tu. Or boleh jugak try MEX Buggy Saigon macam kat gambar bawah ni.
![]() |
ku sebenarnya berminat nak try ni tapi pagi tu tak terfikir plak nak naik pegi jalan kaki plak 😆 |
![]() |
tu ada route dia |
sellers baru nak bukak kedai pagi ni
kat Ben Thanh Market
![]() |
kat pakcik ni special sebab selain bingka ubi, ada jugak bingka labu dan pisang RM4/slice, RM10/whole 4inci ada jual jugak yang loyang besar RM30 |
![]() |
kakak cantik dengan pashmina baruu beli kat Ben Thanh ibu pinjam satu yang pink tadi sehelai VND100k ~ RM17 |
![]() |
belakang tu ada kaunter Ibrahim Muslim Tour & Travel sebelah je denga kaunter Mays Hotel mana-mana yang baru nak decide amik package, boleh terus ke sini |
![]() |
serius sedap ! original Vietnam |
![]() |
bingka ubi kat kedai ni dorang jual by slice almost semua kedai makan Muslim ada dari 1st kedai kat Da Lat lagi yang tu dah siap pack dan kitorang pun ada beli |
Siap minum terus amik grab ke airport. Kitorang sampai awal, around 10.15 pagi sebelum flight pukul 12.40 tengahari. Alhamdulillah touch down KLIA2 pukul 3.40 petang dan sampai rumah dengan grab jugak sebelum pukul 7 petang. Seronok trip kali ni, every trip pun seronok la kan. Part anak penat, meragam, menangis apa semua tu biasa la. Ku pun masa kecik bukan senang nak di handle kot, haha tiberr. In Shaa Allah panjang umur murah rezeki ada kesempatan, jalan ke negara lain plak. Aaminn.
bye-bye Ho Chi Minh
bunyi hon tu akan dirindui 😂
Comments
Post a Comment